Wednesday, June 2, 2010

Subsidi: Komen Rakyat Yang Membanggakan

Saya sungguh gembira melihat komen-komen yang ditinggalkan oleh rakyat yang begitu membanggakan berhubung isu subsidi yang ditulis oleh saya dalam dua tulisan terakhir di blog ini.

Saya membawa komen-komen tersebut ke sini agar ianya mendapat perhatian pihak berkenaan dan juga semoga ianya boleh dibincangkan lagi oleh rakyat-rakyat yang lain.

Komen untuk artikel bertajuk, Negara Bangkrap ! Apa Barang ? Berapa Subsidinya ?

Komen 1 kiriman Jalak Lenteng

salam bro rbf..

Kerajaan mudah cakap bahawa semua ada subsidi. Pendek kata, mula bangun tido lepas tu keluar rumah sampai nak tido semula, semua yg kita guna ada subsidi dari kerajaan.

Kita akui kerajaan membantu membayar apa yg jadi keperluan rakyat. Cuma kita confuse bila kerajaan cakap bagi subsidi tapi jumlahnya tak tau berapa..

Secara mudahnya, katakanlah mula bangun tido kita terus ke bilik air dan mandi.
Okey..air itu subsidi tapi jumlahnya berapa? Lepas tu sarapan..masak sarapan guna gas subsidi gas berapa? begitulah seterusnya bersambung dgn aktiviti harian lain yg mana ada aktiviti makan, minum, pengangkutan, pelajaran & bagai2 perkhidmatan lain...namun, subsidinya tak berapa jelas jumlahnya dlm seharian hidup kita?

Yg pasti, dlm masa sama kita bayar juga, barang & perkhidmatan tu..bukan dpt free je..!

Jadi, saya setuju benarlah pandangan RBF agar kerajaan tunjukkan kpd rakyat details setiap barangan dan perkhidmatan sehari-hari yg dikatakan ditanggung subsidi oleh kerajaan tu. Semoga dgn penerangan lengkap itu, ianya dpt mendidik rakyat utk berjimat cermat di samping membantu memakmurkan negara.

Cuma, kerajaan kenalah telus dlm perbelanjaan wang negara. Jgnlah pulak, tiap-tiap hari rakyat dihidangkan dgn berita ; ada pegawai kerajaan kena cekup rasuah sana rasuah sini. Ataupun ada anak syarikat kerajaan berniaga tapi rugi ratus2 juta. Kalau mcmtu nampak sgt kerajaan ni tak pandai mengurus dan mentadbir...jadi jgnlah mendungukan rakyat yg tiap-tiap hari makan hati asyik bersabar je!

June 2, 2010 2:32 PM

Komen 2 kiriman Anonymous

Kerajaan perlu untuk melihat siapa yg dpt subsidi tersebut? Adakah hanya rakyat Malaysia sahaja yg memperolehi subsidi? Kenapa perlu diberikan kepada rakyat asing?? Walhal jika mereka memandu kenderaan ke Malaysia, adakah mereka semua membayar cukai jalan?? Dari sini kite nmpk rakyat asing lebih dimanjakan dari rakyat sendiri…. Mereka dgn senang lenang menyusuri jalan raya dengna titik peluh rakyat yg telah membayar cukai setiap tahun… RBF perlu highlight isu ini kepada Datuk Ismail Sabri KPDNHEP…

June 2, 2010 5:08 PM

Komen 3 kiriman Anonymous

All out secara purata katakan 25j rakyat belanja RM10 sehari barangan bersubsidi.
25juta X 10 X 365 = rm 91 billion
Rm 10 ini lah merangkumi kos kesihatan, kebajikan, pendidikan dan biasiswa, petrol, gas memasak, gas dan elektrik, tol, penerbangan pedalaman, kereta api, minyak masak, gula, tepung, beras, makanan laut dsbg.

June 2, 2010 5:23 PM

Komen untuk artikel bertajuk, Subsidi Untuk Kita, Rakyat Asing Turut Balun

Komen 1 kiriman Zaharah

Nak tambah sikit berkenaan Orang Singapore ni.. kenapa bila rakyat malaysia pergi singapore langgar undang-undang kecil,kena saman kereta ke apa ke tak boleh keluar singapore kalau tak bayar saman dulu..

kenapa orang singapore dengan senangnya keluar masuk malaysia walaupun langgar undang-undang sana sini..

kerajaan bodoh ke? kenapa nak jaga sangat orang singapore tu??
aku seru supaya JPJ dan Polis salurkan maklumat saman ke Imigresen di SEMPADAN dimana kalau mereka ni tak bayar saman jangan benarkan mereka keluar dari malaysia.dan denda hendaklah 2 kali ganda daripada rakyat malaysia..

June 2, 2010 4:32 PM

RBF: Saya sokong apa yang dikatakan oleh Zaharah. Inilah salah satu cara yang boleh menyumbang kepada hasil kerajaan walaupun ianya mungkin kecil. Sana sikit, sini sikit, lama kelamaan akan jadi bukit. Tidak perlulah nak usik subsidi minyak untuk rakyat.

Apabila kenderaan asing disaman, maka pihak berkuasa hendaklah dengan serta merta memasukan data saman berkenaan ke dalam sistem yang kemudiannya di 'link' kan terus kepada sistem di pos kawalan sempadan ataupun CIQ. Sebelum sesebuah kenderaan asing meninggalkan Malaysia,pihak berkuasa kita di sempadan hendaklah memeriksa rekod samada kenderaan itu ada disaman atau tidak semasa di Malaysia dan periksa samada mereka telah membayar saman berkenaan atau tidak. Jika tidak bayar,minta mereka bayar disitu juga. Jika tidak boleh bayar, jangan keluar dari Malaysia sehingga mereka membayarnya. Undang-undang mesti tegas. Jangan kluk klek.

Komen 2 kiriman Anonymous

Tu tak masuk lagi yang seludup gula kat sempadan, kalau boleh tangkap dan dakwa, Mandatori Penjara 6 bulan kalau denda-denda ni diorang boleh bayar punya, yelah kalau denda 3 ribu, 10 hari kerja seludup pun dah balik modal.

kalau boleh guna tentera atur dekat sempadan 1KM = dua orang. jangan tentera Marah pulak ni kira time berperang juga dengan tentera semut.. kalau dapat tangkap 1 orang bagi bonus 10 ringgit. aku sure ramai tentera nak gi sana.

June 2, 2010 4:38 PM

RBF: Saya setuju dengan anda. Sepatutnya orang-orang yang menyeludup keluar hak rakyat kita dikategorikan dalam golongan penjenayah. Hukuman kepada mereka harus sama sepertimana hukuman ke atas ke dadah atau merompak. Mereka ini pengkhianat negara sepertimana komunis.

Komen 3 kiriman Wake Up

Patutnya kalau di sempadan tu siapa nak isi minyak kena tunjuk IC. Kalau IC warganegara Singapura atau Thailand, jangan bagi subsidi. Tu cara paling mudah nak kira.

June 2, 2010 5:00 PM

RBF: Kepada Wake Up, tunjuk IC tak boleh. Maklumlah ada juga rakyat kita yang sanggup jadi si kitol demi duit. Nanti kerja mereka sehari-hari berlegar di pam minyak sahaja, cari orang yang nak isi minyak murah dengan menggunakan IC mereka.

Saya nampak cara terbaik ialah dengan berpandukan kepada nombor pendaftaran kenderaan. Mungkin juga boleh berlaku nombor kenderaan asing ditukar kepada nombor Malaysia apabila mereka hendak masuk ke pam minyak. Selesai isi minyak mereka tukar balik. Benda senang, hanya buka skru sahaja. Tetapi saya jangkakan perkara ini agak sukar sedikit kerana kita boleh melihat kepada cukai jalan dan jenis kenderaan yang digunakan. Lagi pun jika di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand dengan mudah kita boleh bezakan kenderaan Malaysia dengan kenderaan Thailand. Di Johor mungkin susah sedikit, tetapi saya yakin orang-orang Singapura tidak berbuat demikian.

Komen 4 kiriman Abu Garcia

Aku dah hangat hati betoi bila kerajaan mula dok acah-acah nak tarik balik subsidi bebrapa barangan pengguna. Alasan yang Jala berikan adalah negara mungkin bangkrap menjelang 2016.

Tidakkah menteri-menteri yang bertanggungjawab ambilkira potensi perkembangan ekonomi atau peningkatan pendapatan rakyat pada masa itu. Tiadakah usaha yang mereka boleh lakukan untuk membantu rakyat mencapai tahap pendapatan tinggi.

Yang menjadi isunya sekarang adalah kenapa bila timbul isu subsidi, yang mereka nampak cuma gula, tepung, susu dan minyak. Semuanya begitu dekat di hati rakyat jelata. Bak isi dgn kuku, kolestrol dgn darah.

Kenapa kerajaan tidak pula mahu memansuhkan subsidi jutaan ringgit yang dinikmati industri atau korporat. Begitu banyak subsidi diberikan kepada IPP (Independent Power Producer), Kilang Simen, Kilang Besi, Industri Binaan dan begitu banyak lagi. Kenapa tidak ditamatkan sahaja subsidi mereka.

Tolonglah fikir lebih sikit. Pendekatan si Jala ni pun bukannya bijak sangat. Nak untungkan MAS, jual bangunan. Woi, akupun reti la kalau mcm tu!

June 2, 2010 5:11 PM

RBF: Komen Abu Garcia ini tidak perlu saya ulas panjang, kerana semuanya telah cukup rasa. Apabila dia masuk MAS dan nak untungkan MAS, maka dia jual bangunan . Saya bimbang sedikit hari lagi kerana nak untungkan kerajaan dia cadangkan agar Putrajaya dijual.

Komen 5 kiriman Johnlabu

salam..

bro hanya sentuh tentang minyak kereta subsidi, tapi bagaimana dengan keperluan harian seperti gula, tepung, dan barangan lain yang disubsidi oleh kerajaan. bayangkan hampir 2 juta pekerja asing beli barangan tersebut yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat tempatan. KPDNHEP tak nampak ke benda ni, kalau nak tarik balik subsidi, tarik balik dulu barangan yang disubsidikan ni pada pekerja asing.

June 2, 2010 5:26 PM

RBF: W.salam Johnlabu, saya akan sentuh bab berkenaan dalam tulisan esok. Panjang yang saya nak tulis pasal perkara ini, masa tidak mengcukupi. Sebab itu ianya bersambung-sambung.

John, tentang dua juta pekerja asing membeli barangan bersubsidi saya nampak tiada masalah sangat jika pekerja tersebut adalah pekerja yang sah. Kalau pendatang haram memang kita rugi. Ini kerana pekerja asing yang sah, mereka telah membayar levi atau permit kepada kerajaan setiap tahun. Sekurang-kurangnya mereka membayar juga, bukanlah seperti pendatang haram yang tidak bayar apa-apa kemudian kaut subsidi pula.

Bab pekerja asing susah nak dikawal John. Mereka berada bertaburan. Cuba anda bayangkan,tidak pernah terfikir dalam kepala saya bahawasanya di Manek Urai pun ada pekerja asing. Selama ini kita hanya nampak pekerja asing di kawasan bandar, rupa-rupanya di kawasan pendalaman pun ada juga. Perkara ini saya lihat dengan mata saya sendiri semasa kempen PRK Manek Urai tahun lepas.

Bab pekerja asing susah nak selesai, maklumlah rakyat kita makin lama makin cerdik, jadi tiada lagi yang nak kerja sebagai pekerja bawahan atau buruh. Semua nak jadi bos. Tentang pendatang haram pula saya tidak tahu apa lagi yang boleh dikatakan. Perkara ini sudah lama berlarutan, seolah-olah tiada penyelesaian. Kenapa negara kita mudah dicerobohi ? Sama-sama kita fikirkan. Siapa yang makan cili dia akan terasa pedasnya.

Pekerja asing Bangladesh dan India di Stesen Keretapi Manek Urai. Gambar kurang jelas kerana saya rakam dari seberang rel dengan menggunakan kamera cap ayam.












2 comments:

whiteorange said...

SUBSIDI

Aku bukan anti kerajaan kerana kerajaan pernah bagi aku kerja lebih 30tahun. Tapi aku tak suka penyelewengan yang dilakukan oleh orang yang di dalam kerajaan

SUBSIDI

Siapa yang untung? aku tak berani nak tuduh, tapi setiap kali ada dasar pemberian SUBSIDI ada sahaja orang politik yang dapat duit tepijak. Contoh: Subsidi minyak masak , siapa yang untung atas angin ? aku tak berani bagi tau takut kena saman, tuan2 carilah siapa mereka ini

Anonymous said...

dulu pihak kerajaan ada mencadangkan akan mengenakan rm5-rm10 setiap kenderaan yang memasuki Malaysia di Tambak, tapi ia telah dibantah oleh pihak kementerian pelancongan kerana tidak mahu jumlah kedatangan pelacong dari singapore dan negara2 lain berkurangan...

keistimewaan kepada rakyat asing:

1) cukai jln free
2) Minyak subsidi
3) saman (die org buat bodoh jer)
4) dapat membeli barangan keperluan yg bersubsidi
5) memandu secara merbahaya

from boyesen...