Sunday, June 27, 2010

Syabas Kepada Pemuda Umno Kota Raja

Nampaknya kehangatan Persidangan UMNO Bahagian tahun ini tetap dirasakan walaupun tanpa pemilihan atau pertandingan. Suasana panas Persidangan Pergerakan Pemuda Umno sebuah bahagian di Selangor malam tadi akan menjadi bahan tulisan saya kali ini.

Malam tadi saya berjumpa dengan blogger GAP di Shah Alam. Hanya sekadar untuk minum-minum dan berbicara pasal politik Selangor. Menghampiri jam 12 malam peti mesej telefon GAP menerima beberapa sms yang memaklumkan tentang kehangatan mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Kota Raja Selangor.

Katanya beberapa perwakilan ketika menyampaikan ucapan mereka telah meminta Ketua Pemuda Umno Selangor ditukar. Ada yang mengesyorkan usul tergempar dan ada juga yang ingin mengusulkan undi tidak percaya. Parpukari juga ada melaporkan di sini perkara tersebut sebaik sahaja ianya berlaku. GAP juga ada menulisnya di sini.

Untuk mendapatkan gambaran sebenar hari ini saya cuba mendapatkan maklumat daripada beberapa rakan yang tinggal di Shah Alam. Akhirnya saya berjaya dapat nombor telefon salah seorang perwakilan yang membawa cadangan tersebut.

Daripada beliau saya telah mendapat cerita sebenar. Menurutnya perkara tersebut telah lama diperkatakan di oleh ahli-ahli bawahan. Cuma mereka tiada ruang untuk meluahkan perasaan mereka hinggalah mesyuarat bahagian berlangsung.

Bagi mereka inilah peluang terbaik yang ada dan mereka tidak lepaskan peluang tersebut. Khabarnya suasana di dalam dewan mesyuarat sungguh hangat. Tepukan bergema dan para perwakilan bangun sebagai tanda sokongan kepada orang yang sedang berucap kerana sanggup mewakili mereka bagi menyampaikan hasrat itu.

Anda semua lihatlah betapa besarnya harapan ahli-ahli Pergerakan Pemuda Umno di Selangor untuk mendapatkan seorang ketua pemuda negeri yang bagus. Saban hari mereka berharap agar ketua pemuda sedia ada ditukar. Mereka rindukan kehebatan pemuda yang lepas-lepas.

Oleh yang demikian sedarlah wahai Suhaimi, tanya diri sendiri, baguskah aku selama ini ? Undurlah dengan cara baik. Berilah peluang kepada orang lain untuk bekerja. Jangan ambil jawatan dan simpan dalam poket.

Saya difahamkan akan ada lagi bahagian-bahagian (pemuda) yang lain di Selangor akan ambil langkah yang sama dengan apa yang berlaku malam tadi. Dikhabarkan mereka akan merancang dengan teliti usul undi tidak percaya kepada Suhaimi supaya ianya mematuhi peraturan mesyuarat.

Apa yang berlaku malam tadi tidak mematuhi peraturan mesyuarat dan ianya sekadar diminitkan dan laporan akan dihantar ke peringkat negeri. Soal mematuhi peraturan mesyuarat atau tidak itu perkara kedua. Perkara pokoknya ialah pemuda-pemuda Umno Selangor menolak Suhaimi sebagai KPUS.

Sekarang terpulang kepada Suhaimi samada dia mahu berundur atau diundurkan...

No comments: