Thursday, July 1, 2010

1:40 - Shafie & KJ Pun Tak Tahu Angka Sebenar

Isu nisbah 1:40 antara melayu dan bukan melayu dalam soal pendaftaran pengundi baru terus menjadi perhatian.

Perkara ini mula dibangkitkan oleh seorang exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk menjaga pendaftaran pengundi pemuda UMNO iaitu saudara Hishamudin Yahya atau lebih dikenali sebagai Yop.

Yang membuatkan kita boleh jadi pening ialah apabila tiba-tiba hari ini dua pemimpin UMNO menafikan perkara ini. Lebih malang lagi apabila Khairy sebagai KPUM memperlekehkan kerja yang dibuat oleh exco beliau sendiri. Lihat di sini. Apa punya turrr......

Kalau nak perlekeh sekali pun perlekehlah dalam mesyuarat dan bukannya perlekeh di depan para wartawan. Pemuda dia buat kerja sikit punya bagus, kemudian dia perlekehkan buta-buta.

Lebih malang lagi KJ sendiri gagal memberikan angka yang sebenar. Jika dia kata apa yang dikaji oleh Yop tak betul dan dia nak buat sidang media patutnya dia sudah angka yang sebenar di tangannya.

Sama juga dengan Shafie Afdal, pun tidak ada angka yang sebenarnya juga. Kalau kita tidak ada angka atau fakta sebenar jangan kalut nak bercakap. Pantang wartawan hulur tape atau mic mula lah naik geli dan bercakap melalut-lalut, kemudian ianya menjadi back fire.

Macamana KJ nak tahu darimana exco beliau dapat semua angka itu jika dia sendiri sebagai KPUM sudah berbulan-bulan tak panggil meeting exco. Panggillah meeting, kenapa nak takut sangat ?

Pada saya 1:40 ke , 1:20 ke, 1:10 ke , hatta 1:5 sekali pun ianya tetap membimbangkan. KJ sendiri pun mengakui trendnya begitu, iaitu DAP agresif tarik pengundi cina dan ini diakui sendiri oleh SPR di sini.

Jika perkara ini tidak diletupkan oleh Yop nampaknya baik Shafie atau KJ masih lena dibuai mimpi. Shafie dibuai mimpi bersama si dia dan KJ pula dibuai mimpi menjadi Menteri Pertahanan.

Jangan cakap banyak lagi , masih ada 4.3 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi dan sama-sama kita lihat apa tindakan yang bakal diambil oleh Shafie Afdal dan KJ.


No comments: