Wednesday, July 14, 2010

Hancurnya Bumi Selangor

Anda lihatlah sendiri, sebesar-besar jentera pengorek nampak terlalu kecil dalam gambar ini. Itulah gambaran yang saya nak beritahu anda betapa besar dan dalamnya lubang itu dikorek untuk mengeluarkan pasir. Itu belum habis lagi, makin lama makin besar dan makin dalam. Akhirnya nanti jentera pengorek apabila dilihat dari atas akan nampak sebesar saiz puting mancis.
Saya nak beritahu kepada sahabat sekalian, jika anda melihat kawasan perlombongan pasir yang dalam gambar di atas saya yakin anda akan terkejut dan hati akan terasa sedih melihat jahanamnya bumi hanya kerana semata-mata nak mengeluarkan pasir.

Blogger GAP ada berkata lubang besar yang dikorek itu sebesar Masjid Shah Alam. Saya nak beritahu bukannya besar saiz bangunan Masjid tetapi saiz keluasan keseluruhan kawasan Masjid Shah Alam.

Dasyat memang dasyat wahai sahabatku sekalian. Seumur hidup saya , saya tidak pernah melihat lubang sebesar itu. Paling besar pun hanya lubang kubur sahaja yang saya pernah lihat.

Itu baru satu tempat sahaja, ada lagi berpuluh tempat. Semuanya diatas tanah milik kerajaan negeri. Apa nak jadi saya pun tak tahu nak kata.

Sebelum juak-juak itu semua menjadi kerajaan, siang malam mereka duduk tibai BN kononnya rasuah dan sebagainya.

Tetapi apa yang mereka buat sekarang lebih dasyat dari rasuah. Mereka jahanamkan muka bumi tempat rakyat nak tinggal, mereka korek bumi besar-besaran untuk dapat duit rasuah.

Dulu mereka kata kerajaan BN pantang ada tanah kosong semuanya nak buat padang golf, hinggakan nak buat kubur pun tiada tanah.

Sekarang apa dah jadi ,mereka korek sana-sini sebesar-besarnya, nak buat kubur di mana. Kalau jadi padang golf, boleh diambil balik jika nak buat kubur atau rumah. Jadi lubang besar begitu apa boleh dibuat ? nak kambus, mana nak toreh bukit untuk tutup lubang sebesar itu ? Adakah boleh di ambil 'bukit' elizabeth wong yang sebesar telur ayam kampung untuk kambus lubang itu ?

Akhirnya 20-30 tahun lagi Selangor akan jadi negeri yang paling banyak mempunyai rumah rakit di dalam bekas lombong pasir. Inilah padahnya bila pengkhianat diberi peluang memerintah. Mereka khianat habis-habisan tanpa memikirkan orang lain.

Pada pandangan saya DYMM Tuanku Al-Sultan Selangor sebagai penjaga negeri Selangor perlu campur tangan dalam hal ini sebelum habis bumi Selangor dirobek oleh pengkhianat-pengkhianat negeri Selangor. Daulat Tuanku !

Kepada rakyat Selangor yang ada peluang, anda pergilah lihat sendiri kawasan tersebut jika anda mempunyai kelapangan. Tempatnya di Kg Bukit Changgang berhampiran dengan Dengkil. Untuk sampai ke tempat tersebut, pandai-pandailah tanya orang kampung. Jika nak pergi pastikan anda dalam kumpulan yang besar dan berhati-hati dalam soal keselamatan. Ini kerana kawasan tersebut dijaga oleh tonto-tonto atau kumpulan samseng.

No comments: