Friday, July 9, 2010

Macam-Macam Cerita Proton

Sehari dua ini macam-macam cerita yang kita dapat dengar pasal Proton. Kalau dengar pada semua dakwaan itu rasa gerun juga, seolah-olah Proton sudah menjadi lubuk PAS dan PKR.

Semalam saya juga menerima lagi beberapa dakwaan lagi mengenai Proton termasuk dakwaan berkenaan peribadi orang kuat Proton.

Tetapi saya memilih untuk tidak menyiarkan dakwaan peribadi tersebut di sini. Saya hanya nak tumpu kepada dakwaan - dakwaan lain.

Dibawah ini adalah dakwaan saya terima mengenai Proton, harap Datuk Syed Zainal dapat jawab atau jelaskan dakwaan-dakwaan ini samada ianya benar atau tidak.

1) Proton guna Badan Modal Insan untuk kembangkan fahaman pembangkang dengan harapan kalau mereka menang PRU 13 nanti Syed Zainal akan jadi menteri.

2) Proton membenarkan penceramah-penceramah pembangkang memasuki Proton dan menyampaikan ceramah pada bulan Ramadhan.

3) Penghujung julai 2009 Proton bawa masuk penceramah yang agungkan Nik Aziz selepas solat hajat. Difahamkan Syed Zainal turut berada di sana.

4 ) Dakwaan peribadi, saya memilih tidak mahu menyiarkannya.

5) Seorang pengurus besar jabatan buat hal dalam bilik 303.

6 ) Kerugian Proton sebanyak RM 40 juta di Iran.

7 ) Difahamkan Proton beri bantuan geran sebanyak RM 5 juta kepada Ingres yang mana pemilik syarikat tersebut adalah penyumbang utama kewangan kepada PAS dan PKR.

8 ) Melantik klinik milik adun PAS Meru sebagai klinik panel Proton.

9) Difahamkan Hj Yunos iaitu orang kanan Syed Zainal yang mana Hj Yunos adalah penggerak PAS dalam Proton dengan gaji RM 18 ribu sebulan bakal dilantik sebagai salah seorang pengurus besar.

Itulah dakwaan-dakwaan yang saya terima. Harap Datuk Syed Zainal dapat menjawab dan menjelaskan sejauh mana kebenaran-kebenaran dakwaan ini. Jangan biarkan khabar-khabar angin bertebaran kerana ianya boleh menjejaskan imej Datuk Syed Zainal sebagai peneraju utama sebuah GLC. Jika tidak benar kata tidak benar dan jika benar kata benar.

7 comments:

Anonymous said...

slam,tlg ulas mengenai ktmb...sy dngr pelbagai masalah dalaman ktmb?

Anonymous said...

lepas ni patut proton jemput ulama ulama muda salafiah yang baru masuk umno berceramah ke proton. kalau tidak apa guna mereka dibawa masukkan.

Anonymous said...

Memang benar banyak penceramah2 pembangkang datang berceramah di surau Jabatan Kerajaan waktu lunch sekarang ini kerana AJK nya dikuasai oleh puak pembangkang dan k/tangan kerajaan sekarang banyak diambil dari kalangan puak pantai timur menggunakan pengaruh kroni. Saya percaya suatu hari nanti jikalau puak DAP kuasai Kerajaan Pusat semua ceramah agama disurau pejabat kerajaan tidak akan dibenarkan utk jadi tempat asutan menentang kerajaan spt di Singapura. Kerajaan sekarang terlalu bertolak ansur mereka mengambil kesempatan.

Anonymous said...

UMNO dirikan masjid yang cantik-cantik tapi orang PAS yang senang-senang buat sarang.
PAS tak banyak dirikan masjid. Tapi bila ada warnnya terus dicat warna hijau. Bendera PAS dipasang keliling malah pintu masukpun dibubuh lambang PAS.
UMNO tubuhkan GLC, orang-orang PAS terus menyusup masuk dan menjadi ketua.
Apa yang tidak kena?

ReentryCapsule said...

Patut la kereta design dan kualiti macam TAIK.Rupanya banyak kuncu-kuncu pakatan TAIK.Zaman Mahalel dulu takder macam nie.Diorang ni nak bikin kereta ke nak berpolitik.Macam TAIK BABI HANJENG.

Apa-apahal pun http://reentry7.blogspot.com/

Anonymous said...

dakwaan 2, 8, 9 - apa salahnya dakwaan2 ini?

VoidDance said...

Saya masih tidak faham. Kenapa orang mesti libatkan pegangan politik seseorang dengan kerjaya dan tempat kerja. Kalau dia PAS atau PKR atau DAP sekalipun, tidak bolehkah dia bekerja dengan kerajaan? Berkhidmat untuk negara tidak kenal parti mana yang seseorang sokong. Berkhidmat untuk negara adalah kerja yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan bekerja untuk negara dan demi negara semata-mata. Pegangan politik tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk menghalang individu daripada berkhidmat untuk kerajaan dan negara. Kalau mereka salah guna kuasa, tangkap dan sumbat dalam penjara, tidak kira siapa jua mereka atau pegangan politik mereka.

KERJA KERAJAAN & GLC BUKAN MILIK BN atau UMNO. Ingat tu.