Wednesday, July 7, 2010

Pengurus Besar Jabatan GLC Ditahan Polis Atas Tuduhan Mencabul

Sepertimana yang dijanjikan semalam, saya telah berjaya dapatkan berita lanjut berhubung dengan satu kes yang berlaku dalam Proton.

Saya sebenarnya rasa berat untuk menuliskan perkara ini di sini kerana memikirkan maruah orang. Tetapi bila mengenangkan apa yang dibuat oleh orang-orang atau blogger-blogger PAS jika ada isu yang timbul melibatkan orang UMNO, maka saya terpaksa keluarkan juga perkara ini.

Jika ada apa-apa yang terjadi melibatkan orang UMNO tak cukup tanah mereka kerjakan, dari kedai-kedai kopi, dalam blog hingga ke pentas ceramah mereka tutuh habis-habisan. Jadi saya rasa tak salah jika saya juga turut mengikut cara mereka. Kerana cara itulah yang membuatkan mereka berjaya. Apa salahnya kita ikut. Betul tak ?

Seorang Pengurus Besar sebuah jabatan di Proton yang difahamkan penggerak utama PAS sepertimana yang dilaporkan di sini telah ditahan polis pada isnin lepas kerana dituduh mencabul kehormatan seorang kakitangannya. Satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Putrajaya.
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja

Tertuduh telah ditahan oleh Polis Putrajaya dibawah seksyen 354 kanun keseksaan kerana dituduh mencabul kehormatan. Tertuduh telah pun dibebaskan dengan jaminan polis.

Bukan seperti yang saya laporkan semalam iaitu gangguan seksual.

Dua perkara ini ada perbezaannya.

Gangguan seksual, sekadar bercakap lucah ,gaya atau bahasa badan yang membawa maksud ke arah itu, tetapi tidak menyentuh mangsa.

Mencabul pula bermakna tertuduh telah menyentuh mangsa.

Dalam kes ini tertuduh telah dituduh mencabul mangsa. Maknanya dia telah menyentuh mangsa.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah hotel di Putrajaya semasa Proton ada melangsungkan satu majlis di situ.

Difahamkan kakitangan wanita tersebut diminta datang ke bilik penginapan tertuduh di hotel berkenaan untuk mengambil tandatangannya atas urusan kerja.

Dikatakan tertuduh telah berjumpa ibu bapa mangsa bagi tujuan memujuk mereka agar anaknya (mangsa) tidak membuat laporan polis.

Kita tunggu apa komen PAS dalam hal ini.

Yang pasti akan ada pencacai PAS yang akan kata tertuduh adalah ahli UMNO. Wa kah..kah...kah... Ariffahmi pun orang UMNO juga oiiiii....


8 comments:

ahmadi said...

ada sebarang bukti ke yg tertuduh adalah ahli PAS?
bukan semua yg bergelar HJ dan warak dlm GLC adalah ahli PAS.

Anonymous said...

aku pun ahli umno, tak daftar lagi.

jangan marah.

Anonymous said...

alahai... haji sofie ni mmg kemaruk p*nt*t ke??

masa aku nak resign dari proton, ngadap la org tua nih...

hanizam said...

semua yang baik tu oleh PAS jelah...bila kena batang hidung sendiri, padan muka...

sekarang ni sama je...kena terima hakikat manusia ni semuanya tak sempurna...

tapi belah sinun tu, memang mengaku mereka ni maksum...pijak semut pun tak mati...

PERGI JAHANAMlah...

Bro, aku sokong ko bongkarkan ape yang sepatutnya..bukan kita nak aibkan orang, tapi bagi pengajaran sikit...

Kalau Blogger sinun boleh buat, takan kita tak boleh jugak...tang bila orang lain buta salah, sampai mati dijaja...bila kena side sendiri, mintak jangan diaibkan pulak...ape punya DOL pemikiran mereka ni...

Abu Garcia said...

Terlalu ramai orang/ahli/penyokong PAS, DAP dan PKR bekerja dalam GLC.
Bila GLC seperti Petronas difitnah mengalami kerugian, anda rasa ini perbuatan siapa? Siapakah pengkhianat yang sebenarnya yang membuat fitnah atau yang membocorkan maklumat sulit kalau bukan orang mereka (Pakatan) juga.

Andaikata kerugian benar-benar berlaku sepertimana dialami Sime Darby, tidakkah perbuatan yang merugikan GLC turut dilakukan oleh orang mereka (Pakatan) Mungkinkah mereka ini yang mensabotaj GLC supaya pihak kerajaan BN boleh dipersalahkan kelak.

Pak Menteri mesti siasat siapakah dalang sebenar yang merugikan GLC. Pastinya mereka ini mengambil keuntungan daripada pekerjaan mereka dan dlm masa yang sama mensabotaj GLC.

Aku sendiri ada saudara yang bekerja dengan Petronas. Dia ini memang ahli PAS hangit/totok. Apa saja yang dilakukan oleh kerajaan BN adalah salah belaka sedangkan dia enjoy dapat gaji berpuluh ribu sebulan. Dia ni memang kaki belit dan kaki anti kerajaan. Bagi aku kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan BN ataupun GLC adalah mengambil orang seperti ini bekerja dgn GLC. Mereka ini mesti disiasat dan di"flush" keluar daripada GLC.

Jangan lupa dgn IPTA, jabatan, agensi dan GLC negeri. Sudah terlalu ramai gunting dlm lipatan.

Wake UP! said...

Boleh tahan jugak gatal tangan penyokong PAS ni.

Nama pun manusia. Macam kucing la, mana boleh menolak ikan di depan mata.

Anonymous said...

jangan jadi macam tabloid, rbf. dah ada nama ke, bubuh aje dalam blog. biar orang kenal betul2.

Anonymous said...

Tunjuk bukti dia ahli PAS (kad keahlian ke?. Kalau tidak, jangan fitnah. Kalau setakat anti-BN, biasalah, ramai orang anti-BN angkara BN sendiri.

sri hartamas