Wednesday, July 14, 2010

Penipu Tetap Menipu

Seseorang yang bercakap benar tentang sesuatu perkara, maka dia akan tetap berkata yang benar walaupun ditanya oleh berpuluh orang atau sudah berpuluh tahun.

Orang yang bercakap bohong pula, sekejap dia kata begitu, sekejap dia begini. Si A tanya dia jawab begini, si B tanya dia jawab begitu. Jawapannya tidak konsisten kerana dia berbohong dan dia sudah tidak ingat apa yang dicakapnya sebelum itu.

Begitu juga dalam kes pasir di Selangor sekarang, sekejap begitu dan sekejap begini jawapannya. Kerana apa kerana bohong lah...

Lihat perbezaan di bawah


Isnin 12 julai 2010, MB Selangor berkata lombong pasir di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, bukannya di Bukit Canggang adalah lombong yang berlesen. Kerja melombong diberikan kepada Chong Weng Trading bermula januari 2010. Anda boleh lihat kenyataannya di sini
Manakala dalam Sinar harian hari ini pula, Penyelia Kanan kawasan perlombongan pasir berkata kawasan lombong tersebut adalah di Kg Bukit Changgang. Permit dapat pada 1 julai 2010. Kontraktornya pula sama dengan apa yang diberitahu oleh MB iaitu Chong Weng Trading.

Lihat perbezaan di sini

MB kata di Kg Olak Lempit, Penyelia Kanan kata di Kg Bukit Changgang.

MB kata di mula januari 2010, Penyelia Kanan kata mula julai 2010.

Kontraktor sama.

Jadi siapa yang menipu sekarang ? Kedua-duanya menipu....

Kawasan tersebut adalah lombong haram, ini kerana tiada pos keluar masuk atau alat penimbang di kawasan itu.

Anda tafsirlah sendiri...

3 comments:

wmu350 said...

barua punya khalid gagap...!tahniah RBF...atas usaha ini....ringkar tetapi penuh dengan penjelasan....

Anonymous said...

aku dah agak , bila ia melibatkan PR....geng2 dikatakan media telus lagi transparen semuanya diam membisu...

kes ini melibatkan alam sekitar, penyelewengan dan rasuah...dan banyak lagi..

rozita said...

Hidup UMNO selam-lamanya. mari jatuhkan PKR sekarang.