Monday, August 9, 2010

Terkini Kes TBH: DAP Mula Kepanasan Apabila Kebenaran Hampir Muncul

Sewaktu mula-mula kes TBH timbul saya pernah katakan kepada rakan-rakan saya yang kes ini bakal membawa keuntungan kepada kerajaan satu hari nanti. Bila tak tahu, tapi ianya akan berlaku. Antara cepat dan lambat sahaja.

Setelah setahun ding dong-ding dong berlarutan, maka kini ianya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Kebenaran sudah mula menunjukkan bayangnya.

Sebelum ini kerajaan hanya biarkan sahaja mereka (DAP,PKR dan PAS) serang dan jaringkan gol awal. Tetapi disaat kerajaan 'menyerang' balik dan hampir nak menjaringkan gol kemenangan , maka tiba-tiba DAP cuba mengalihkan tiang gol.

Berita yang saya terima hari ini, satu pertemuan antara para-para peguam yang mewakili Teoh dan mewakili kerajaan dengan koroner Azmi Mustapha Abas telah berlangsung di dalam kamarnya.

Dalam pertemuan itu peguam yang mewakili kerajaan telah memberitahu bahawa mereka akan mengemukakan satu 'suicide note' yang ditulis oleh TBH sebelum beliau mati. Klik di sini untuk mengetahui kandungan nota tersebut.

Apabila mendengar perkara itu, peguam pemerhati yang mewakili keluarga TBH iaitu Gobind Singh telah naik angin, marah-marah dan meninggikan suara agar 'suicide note' itu tidak dikemukakan kepada mahkamah.

Akibat tidak puas hati maka Gobind keluar meninggalkan kamar koroner dalam keadaan marah. Seorang rakan saya yang memerhatikan gerak geri Gobind memberitahu semasa di luar mahkamah juga Gobind kelihatan angin satu badan dan berkata mahkamah menyalahguna kuasa. Apa yang salah guna ni wahai benggali ? Seperti biasa, bila kena batang hidung dia, mulalah dia salahkan mahkamah. Bila memihak kepadanya mahkamah adil.

Yang menjadikan saya merasa pelik ialah, keluarga TBH saban hari menuntut agar keadilan dapat ditegakkan kepada mereka. Manakala Gobind pula adalah peguam yang mewakili keluarga mendiang TBH.

Apabila keadilan hampir berjaya ditegakkan kepada keluarga TBH kenapa pula peguam yang mewakilinya cuba menghalang ? Pelik...

Seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh DAP. Apa dia yang mereka cuba sembunyikan ? Saya tidak mahu mendahului mahkamah untuk memberitahunya di sini. Biarlah saya simpan apa yang saya nampak dan saya rasa kawan-kawan semua juga nampak apa yang saya nampak. Nampak tak ? Siapa tak nampak tandanya orang itu nak mati.

Kepada sesiapa yang mengenali keluarga mendiang TBH saya menyarankan agar anda memberitahu mereka supaya menukar sahaja peguam yang mewakili mereka. Minta mereka lantik peguam yang bebas dari kepentingan politik jika mereka benar-benar ingin menuntut keadilan. Jika mereka terus dengan situasi sekarang, keadilan yang sebenarnya tidak akan ditemui.

Mungkin juga keluarga TBH mengalami masalah kewangan untuk membayar kos guaman. kerana peguam yang mereka guna sekarang semua 'free' dan ditaja oleh DAP. Saya rasa itu bukan masalah besar. Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan penyayang, kita semua boleh berpakat dan menghulurkan sumbangan kepada mereka. Setuju atau tidak ?

Bukan setakat keluarga TBH sahaja yang ingin keadilan untuk mereka, jutaan lagi rakyat Malaysia juga ingin melihat keadilan ditegakkan untuk TBH. Kami juga ingin tahu siapa dalang sebenar yang menyebabkan kematian TBH.

12 comments:

Anonymous said...

chua soi lek kan ker ada minta tolong depa la benda-benda camnie semua menyusahkan orang jer dah nak mati, mati ajelaa

Anonymous said...

sedutan dari filem madu3

hidup banyak susah, sulah mati kena pegang bendera ...

pacat said...

NAMPAK... NAMPAK.. NAMPAK!! HAHAHA AKU NAMPAK DAH....

nampak sorang militan sigh yg berjaya menyusup sebagai peguam di makamah!! .. hahaha

Anonymous said...

rasakan lah peguam singht paria tu..dah ada bukti jelas yg tak memihak kepada pakatan haram jadah, dia pulak naik hangin satu badan kenapa...

Yoep Perak said...

Lepas nie itu Taram Singh tarak boleh cari makan wooooo... manyak tipu la dia

The Eugenist said...

Salam..

Kebenaran itu pasti akan datang. Seperti firman Allah,

Sesungguhnya dari dahulu pun mereka telah mencari-cari kekacauan dan mereka mengatur pelbagai macam tipu daya untuk merosakkan kamu, hingga datanglah Kebenaran (pertolongan) Allah ..Surah 9:48

Melayu Pasir Gudang said...

Tahniah Bro

aku setuju dengan pendapat bahawa keluarga TBH kena cari peguam lain, peguam nie hanya mengambil kesempatan untuk modal politik mereka , betapa buruknya moral mereka semua yang sanggup mempermainkan keadilan si mati demi kuasa politik.

fan said...

peguam yang mewakili keluarga TBH bukan nak cari sangat kebenaraan..yang depa nak cari kesalahan kerajaan, SPRM, UMNO, DS Najib..sebab itu bila ada bukti yang membolehkan kesalahan tidak jatuh pada pihak berkenaan mereka tidak setuju dan mengelabah..
kesian juga tengok mak n bapak TBH tu..npk sgt tuanya dan di perlakukan sedemikian rupa oleh DAP semata mata untuk menjadi bom memusnahkan kerajaan..

tapi Allah itu maha kaya..kebenaran akan menang juga akhirnya..singh celako ni patut malu sb dia dah nampak tidak berintegriti sebagai peguam..buki baru ke lama sepatutnya diperhalusi bukan di tolak mentah mentah...memang celako la singh ni..sama celako mcm bapak dia..

Dah Sedar Diri said...

Sapa yang percaya ada nota bunuh diri, bila dah nak ujung2 ni. Sepatutnya ianya dikeluarkan lebih awal. Keluarga TBH pulak kata, tulisan nota tu tak macam TBH punya. kan pelik...
Takkan last2 minute benda baru nak dikeluarkan, padahal ni bukti penting, kalau benar dia bunuh diri. Dah nampak lagi bersuluh, satu penipuan dari Mahkamah Malaysia.

Anonymous said...

Kenapa nota bunuh diri tak dibentang lebih awal?

Jawapan mudah aje! Kerana nota bunuh diri itu ditulis selepas arwah TBH mati. Kah kah kah kah

Bukan nama sebenar said...

buta hati..baru sekrang nk ckp ade suicide note..knp x dari awl dulu ckp sume ni.?
kn lagi senang dan boleh tutup kes..
sebenarnyer sprm dan united malay organisation dh ketandusan idea..
bodohnyer la orang yg mencipta plot cerita sebegini rupa..pengampu dan para pembodek umno je yg buta ati x berfikir soal itu sume.
bro.kalu anda betul jantan siarkn comment ini agar penyokong2 united malay organisation seperti anda dpt baca pandangan saya yg berhaluan kiri ni pula..baru fair nk bukak ruangan comment ni.

Anonymous said...

berdasarkan artikel anda di atas, saya mengandaikan anda bukan seorang yang bersembahyang, atau sembahyang anda tak mampu mencegah anda dari melakukan perkara mungkar. memang andaian saya takkan silap. tanya diri anda sendiri.