Monday, October 11, 2010

Bukti Nik Aziz Seorang Munafik

Update@1230hrs: Juak-juak Pas sudah tidak mampu menjawab hujah dan bukti yang saya kemukakan Nik Aziz seorang munafik. Mereka menggunakan hadis-hadis pula kononnya untuk menyedarkan saya. Sila lihat di ruangan komen artikel ini.

Terima kasih lah diatas pesanan-pesanan yang dihantar. Saya menghargainya tetapi ianya tidak merubah pendirian saya untuk mengatakan Nik Aziz seorang munafik,apatah lagi untuk menarik balik tulisan ini. Nasib baik Sinar Harian yang lapor, kalau Utusan yang lapor sudah tentu dikatakan ianya satu fitnah untuk menjatuhkan Nik Aziz.


Saya serahkan kepada rakan-rakan untuk menjawab komen-komen 'nasihat' yang dihantar oleh juak-juak Pas yang masih lagi nak mempertahankan Nik Aziz.

Secara jujur saya nak beritahu anda, dulu walaupun saya bukan ahli Pas tetapi saya masih ada perasaan hormat kepada seorang hamba Allah yang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tetapi selepas pru 2008 hingga kini tiada sekelumit pun perasaan hormat saya kepada dia yang masih tersimpan dalam diri saya.

Saya rasa bukan saya sahaja yang mempunyai perasaan begini, saya yakin ramai juga orang lain yang berperasaan begitu.

Dulu memang tidak ramai orang yang berani berlawan dengan Nik Aziz. Kalau ada pun hanya Tun Dr M sahaja. Pendek cerita Nik Aziz tidak pernah diaibkan seperti mana yang berlaku sekarang.

Aibnya dibuka satu persatu, dari isu menantu,kroni, campurtangan keluarga dalam pentadbiran hinggalah kepada isu tajaan haji. Itu belum lagi isu tanah dan balak.

Semua ini adalah kehendak Allah SWT. Sekarang baru kita boleh lihat wajah sebenar seorang manusia yang digelar ulama dan tok guru selama ini.

Sinar Harian 10.Oktober.2010

Semalam Sinar Harian melaporkan kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz. Katanya kerajaan pembangkang bukan musuh dan dia mendakwa kerajaan pusat tolak pelbagai projek pembangunan di Kelantan.

Dia berkata sehingga kini kerajaan pusat menafikan 118 projek pembangunan di Kelantan. Masyallah wahai sahabatku sekalian. Yang 118 dia pertikai, yang beribu projek sudah dibuat dia tidak ucap terima kasih pun.

Sahabatku sekalian, sekadar kamu mahu membaca kenyataan tersebut bolehlah kamu baca, tetapi untuk percaya jangan sama sekali.

Kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan Kelantan wahai sahabatku sekalian. Daripada sekecil projek membuat pagar kubur sehinggalah sebesar-besar projek membuat jambatan empat lorong dan jalan bertingkat, semuanya kerajaan pusat lakukan demi rakyat Kelantan.

Tan Sri Anuar Musa pernah berkata dulu, jika kerajaan pusat tidak tolong sudah lama rakyat Kelantan jadi lempeng.

Sahabatku sekalian, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pernah mempertikaikan peruntukan yang diberikan kepada negeri Kelantan melebihi dari apa yang Melaka dapat, sedangkan rakyat Kelantan tidak pernah memberi mandat kepada BN sejak 20 tahun yang lepas. Manakala Melaka yang sentiasa memberi keputusan pilihanraya yang baik kepada BN mendapat peruntukan yang lebih kecil.

Tetapi oleh kerana kerajaan pusat lebih memandang dan memikirkan rakyat berbanding dengan politik maka mereka beri juga peruntukan yang banyak kepada Kelantan walaupun ianya diperintah oleh Pas.

Jika Nik Aziz kata kerajaan pusat menafikan peruntukan kepada Kelantan ianya dusta semata-mata. Setiap tahun ada sahaja sekolah, klinik, jalan raya ,jambatan, longkang atau apa-apa sahaja yang baru dibina di Kelantan.

Sebagai contoh, sekarang ini projek pembinaan jambatan baru empat lorong dan jalan bertingkat sedang dibina yang menghubungkan Kota Bharu dan Tumpat untuk mengatasi kesesakan teruk jambatan lama yang hanya dua lorong dan ini boleh melambatkan pemimpin Pas sampai ke tempat ceramah. Sudah begitu sekali orang bagi pun masih nak menipu lagi. Dasar munafik !

Sahabatku sekalian, bukan sahaja projek besar-besar yang dibuat di Kelantan, projek kecil pun sentiasa berterusan. Saya pernah lihat di satu kampung, pagar kubur pun kerajaan pusat lagi. Pasar pun kerajaan pusat bina. Lihat di sini.

Lihat sahaja dalam kes air, kerajaan pusat pernah memberi pinjaman mudah sebanyak RM 600 juta kepada Kelantan, tetapi sehingga ke hari ini pun masalah air di Kelantan belum selesai lagi. Siapa yang menafikan hak rakyat sekarang ? Siapa yang gagal jalankan tanggungjawab ? Kerajaan BN atau Kerajaan Pas ?

Jika RM 600 juta pun gagal diuruskan dengan baik, lagi nak minta duit royalti minyak berbilion-bilion ke ? Andailah ditakdirkan mereka dapat duit berbilion-bilion itu, saya rasa mereka bahagi-bahagikan "satu untuk kau, dua untuk aku" , dua untuk kau, tiga untuk aku", "tiga untuk tok guru, empat untuk tok gAru", akhirnya rakyat makan angin keluar asap. Yang kaya mereka dan kroni-kroni mereka.

Sahabatku sekalian, saya nak beritahu anda. Yang gagal membangunkan Kelantan adalah kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat. Tahun ini sudah masuk 20 tahun Pas perintah Kelantan, tiada satu pun yang dibangunkan oleh Pas untuk kepentingan rakyat. Kemudian Nik Aziz kata banyak perubahan yang dibuat olehnya di Kelantan. Perubahan apa Pok Nik ? Nak ubah dari kotor kepada bersih pun tak mampu buat. Lihat di sini. Nak lihat syiar Islam yang dibawa oleh Pas sepanjang 19 tahun di Kelantan sila lihat di sini

Masjid - sebiji pun mereka tak pernah bina, semuanya hasil duit orang ramai. Pasar di setiap daerah- semuanya hasil peninggalan BN 20 tahun lebih yang lampau. Balai Islam- peninggalan BN. Kota Darulnaim dan pejabat-pejabat daerah- peninggalan BN. Stesen bas di bandar Kota Bharu pun dia tak mampu nak bina. Sesiapa yang nak tengok stesen bas yang dibina oleh kerajaan Pas, sila ke stesen bas ekspress berhampiran Tesco. Macam stesen bas tahun 70an.

Di negeri Kelantan, masalah rumah banyak dihadapi rakyat yang tinggal di Kota Bharu. Semenjak Pas perintah sehingga kini tiada satu perumahan yang dibina untuk rakyat berpendapatan rendah di Kota Bharu. Sebaliknya mereka lebih ghairah jual tanah kepada orang luar untuk dibina dengan rumah-rumah mewah.

Di zaman pemerintahan BN pada tahun 80 an, mereka sedaya upaya menolong rakyat yang berpendapatan rendah dengan membina rumah-rumah pangsa di Kota Bharu. Antaranya ialah rumah pangsa Jalan Bayam, Kg Sireh dan Buluh Kubu serta perumahan kos rendah di besar-besaran di Padang Tembak Pengkalan Chepa.

BN memerintah Kelantan selama 12 tahun (1978 -1990) pelbagai kemudahan yang dapat mereka berikan kepada rakyat dan kakitangan kerajaan. Tetapi nak buat macamana, jodoh BN tak panjang di Kelantan, jika tidak sudah tentu Kelantan sehebat Melaka sekarang. Semuanya kerana rakyat Kelantan memilih jalan pintas untuk ke syurga dengan memilih Pas.

Di negeri Kelantan semuanya ada, tinggal lagi kepada kecerdikan pemerintah untuk memajukannya. Pantai cantik di Kelantan, tanah subur di Kelantan, makanan sedap di Kelantan, seni budaya, sumber alam dan sebagainya. Pendek kata di Kelantan semuanya ada.

Saya pernah beritahu kepada seorang rakan, Kelantan kalau dapat kepada Ali Rustam aku yakin ianya akan menjadi sebuah negeri yang hebat dan destinasi pelancongan dunia. Dalam dunia ini mana ada negara yang ada beruk panjat pokok kelapa ? Ianya bermula di Kelantan dan hanya ada di Kelantan. Itu pun sudah boleh dijadikan produk pelancongan. Dalam dunia ini mana ada orang boleh lukis batik pakai tangan dan hasilnya seperti menggunakan mesin ? Hanya ada di Kelantan. Dalam dunia ini mana ada orang boleh buat wau bulan dengan begitu cantik sekali ? Hanya ada di Kelantan.

Sungai Kelantan yang airnya bagaikan air susu sekarang, jika dibangunkan dengan sempurna ianya boleh menjadi sebagai satu produk pelancongan yang menarik sepertimana Sungai Nil di Mesir.

Ambil sahaja contoh Sungai Melaka, dulu kotornya yang amat sangat. Sekarang apa sudah jadi ? Semuanya kerana kekreatifan seseorang pemimpin. Di Kelantan mereka ada juga seorang exco yang kreatif, tetapi kreatif apa ? Kreatif kira duit royalti minyak berbilion-bilion dan kreatif nak hantar tok-tok guru pergi berdoa di Mekah.

Cukup setakat itu pasal kegagalan Pas di Kelantan. Kalau nak tulis empat hari empat malam pun tak habis. Sekarang saya nak balik kepada kisah Nik Aziz seorang munafik.

Dalam Sinar Harian semalam Nik Aziz kata seperti dibawah.

"Lapangan terbang pula baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu"- rujuk tulisan yang dikuningkan dalam keratan akhbar di atas yang dilaporkan oleh media kesayangan Pas iaitu Sinar Harian, bukannya Utusan Malaysia.

Munafik ! Nik Aziz seorang yang munafik.

Saya ada asas yang kukuh untuk melabelkan Nik Aziz seorang munafik. Ini kerana dia telah berdusta.

Pas perintah Kelantan dari 1990 hingga sekarang 2010. Ini bermakna sudah 20 tahun.

Dia kata baru sekarang Kelantan dapat lapangan terbang baru setelah memohon 20 tahun lalu.

Dasar munafik punya pemimpin. Saya bagi bukti kenapa dia layak dipanggil munafik.

Pas mula perintah pada 1990. Upacara pecah tanah untuk membina terminal lapangan terbang baru diadakan pada 22.julai.1999 dan upacara tersebut dilakukan oleh PM pada ketika itu Tun Dr M. Lihat di sini

Selesai sudah upacara pecah tanah, maka bermulalah pula upacara pecah otak di kalangan jurutera-jurutera dan upacara pecah peluh di kalangan pekerja-pekerja binaan. Kerja-kerja pembinaan pun bermula dan akhirnya terminal itu siap pada tahun 2002 dan mula digunakan pada bulan September 2002. Lihat di sini

Selepas ianya digunakan lebih kurang dua tahun dan tidak ada sebarang masalah pada bangunan itu maka pada tahun 2004 iaitu pada 12.April.2004 KDYMM Al-Sultan Kelantan pada masa itu Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah mencemar duli berangkat merasmikan terminal baru lapangan terbang tersebut. Lihat di sini

Ini bermakna daripada Pas mula memerintah Kelantan pada 1990 ianya mengambil masa seperti berikut untuk kerja-kerja pembinaan tersebut.

9 tahun - dari mula Pas perintah sehingga ke kerja pecah tanah.

12 tahun - dari mula Pas perintah sehingga ke terminal baru tersebut boleh digunakan.

14 tahun - dari mula Pas perintah sehingga terminal dirasmikan.

Nik Aziz kata baru sekarang kita dapat sejak hampir 20 tahun memohon. Itulah buktinya Nik Aziz seorang yang munafik. Dia sendiri entah berapa ratus kali sudah gunakan lapangan terbang tersebut semenjak ianya siap pada 2002 hingga kini, kemudian dia boleh kata kita baru dapat. Sedangkan lapan tahun lalu mereka telah dapat

Inilah yang dikatakan oleh orang tua-tua, dapat dosa kering. Benda depan mata pun dia sanggup menipu semata-mata kerana dendam dan bencinya dia kepada BN.

Itulah wajah sebenar seorang ulamak atau tok guru yang sering dipuja-puja oleh juak-juak Pas. Patutlah tempohari dia berkata tiba-tiba mulutnya keluar darah. Itulah balasannya kepada orang yang ada ilmu tetapi tidak menggunakan lidah dan mulutnya ke jalan yang benar, sebaliknya menggunakan lidah dan mulutnya untuk kepentingan politiknya dan suku-sakatnya. Lihat di sini

60 comments:

Anonymous said...

tau nak menghentam org je ko nih.
ulama' ko xnak jd kan contoh.
mmg kalo kat dunia ni ko boleh nak memaki hamun @ mngutuk.
tp jgn menyesal kalo kat akhirat nnt ko yg kene jumpe dye mintak maaf mintak ampun.
mcm ni la org yg x cukup didikan agama.
kalo amalan x cukup jgn bermimpi lah ko nak cium bau syurga.
semoga ALLAH buka mata ko.
dan tiupkan Hidayah Nya pada ko.

Anonymous said...

Betul tu jalan dalam kampung pun kerajaan pusat yang baikki

Anonymous said...

dah sampai org masanya kelantan bangkit dan ludah muka tua kutuk ni. munafik tegar.

Gelombang Wangsa Maju said...

Saudara RBF,

Analisis dan hujah saudara cukup membanggakan untuk membuktikan sememangnya Nik Aziz manusia munafiq sama seperti Anwar Ibrahim.

Hujah saudara lebih bagus jika dibandingkan dengan Saifuddin Nasution yang kerap menelan Julap Cap Assmin.

Namun agak malang kerana penyokong tegar PAS masih berada di dalam kegelapan. Otak dan jiwa mereka teruk di'brainwashed' sehingga cahaya terang bertukar menjadi api hitam.

Walau apa sekalipun hujah, fakta dan analisis yang diberikan, hanya mereka yang mampu berfikir secara baik dapat menerimanya, melainkan parti PAS.

Sungguh malang ....

Anonymous said...

kerajaan isle PAS tak minat kat pembangunan fizikal tapi fokus kepada pembangunan rohani, gitulah gamaknya..Nak lihat kemajuan rohani lihatlah model kelakuan mereka... he he.. lu fikirlah sendiri

Dah 20 tahun memerintah, nak tanya pada TGNA.. berapa banyak orang Asli dan orang Cina Kelantan yang dah masuk agama Islam kerana tertarik dengan model kelakuan yang ditunjukkan ???

Anonymous said...

anon 9.15
Org tua tuh ko panggil ulama ker?? Ooo, kalu ulama tua tuh maki hamun org tkper plak ek..kalau kita org "tegur" dia tk bole, banyak cantik..kat akhirat nnt pon dia kena jumpa org yg dia maki utk minta maaf jugak..pinjam ayat ko "semoga ALLAH buka mata ko.
dan tiupkan Hidayah Nya pada ko"..

Anonymous said...

say tak tau nak cakap apa lagi tentang orang kelantan ni....intan di depan mata, taik lembu juga di ambil buat bermain..

Anonymous said...

Felda lawan ladang rakyat

yang mana satu pilihan anda. yang mana satu bagus dalam membela rakyat.

hangpa pikirlah sendiri.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Padiyappa said...

Salam...

diharap rakyat Kelantan mulai sedar akan perkara ini. Jangan terus diperbodohkan oleh mangkuk-mangkuk hayun dari PAS ini.

Mereka hanya menanti untuk menggantung bendera PAS bilamana bangunan dari kerajaan pusat siap dibina...

kobEj0rdan~ said...

hanya satu sahaja pertanyaan saya:)
kepada mereka2 yang terlaku agungkan MELAYU :
pilih antara dua yang mana lebih baik:

1) menjadi MELAYU tanpa ISLAM : istimewa di malaysia,hina di mata Allah

2) ISLAM tapi bukan MELAYU : hidup mungkin sukar dimalaysia, tp insyaALLAH bahagia di Akhirat Kelak


p/s : tak ada apa nak di bangga dgn bangsa, tp berbanggalah dengan ISLAM. ISLAM memajukan melayu dan bukan sebaliknya:)

kobEj0rdan~ said...

dan minta maaf yer, mmg berdusta ciri seorg munafiq, TP HARUS JELAS itu hanya ciri, dan BELUM TENTU DIA MUNAFIQ.

org yang tidak sembahyang belum tentu dia kafir, TP BELIAU TERGOLONG DLM GOLONGN ORG YANG BERDOSA BESAR

Panglima Perang Cyber said...

BRO MANTOP SIOT LAAA ARTIKEL LU

PINJAM YER HEHE

TQ

AMENO Chacha Marba said...

Antara perkara yang diharamkan oleh Islam ialah ‘ghibah’. Ghibah bermaksud mengata (mengumpat) individu atau kumpulan tertentu tanpa pengetahuan mereka. Apa yang diperkatakan itu selalunya perkara buruk yang tidak disenangi simangsa. Firman Allah bermaksud :

“Wahai orang beriman jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujuraat : 12)

Begitulah beratnya dosa seseorang yang melakukan ghibah baik secara sengaja atau tidak. Mereka yang mengumpat atau memperkatakan sesuatu perkara tidak benar atau tidak disukai oleh saudara mereka digambarkan sebagai orang yang memakan daging mayat saudara mereka. Satu perbuatan yang jijik dan mengejikan, yang tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang waras. Jadi hati hati lah wahai R B F,jangan senang2 tuduh seseorang itu MUNAFIK,jika kamu sendiri tak faham dan kurang arif akan implikasi tuduhan kamu....!!!!

JoN said...

manusia semuanya sama tp beza pada iman masing2, adakah nik aziz seorg ulama? fulamak mnkin ulama no.. nik aziz sepatutnya bertaubat... em bnyk pnyokong2 fanatik nik aziz ni dh anggap nik aziz ni umpama dewa pujaan diaorg, insaf lah.. nik aziz hanya manusia biasa bknnya nabi.. ulama x akan brcakap dusta dan mnggunakan perkataan2 keji kpd sesama islam... insaflah pnyokong2 PAS...

Ir. Malaysian 2020 said...

“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah? Sahabat menjawab, Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah saw lalu menyambung sabdanya, kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Saya pun bertanya, walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah saw menjawab, jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya.” (Al-Nawawi: Riyadhus Sholihin)

Ghibah tidak bermaksud sekadar umpatan dengan menggunakan kata. Ghibah boleh juga digambarkan dengan gerak badan seperti menggerakkan jari telunjuk ke kepala, melirik mata, mencebik bibir mulut, mengangkat alis mata dan sebagainya.

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang dicakapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Nisa : 148)

Ir.Malaysian 2020 said...

Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadith-hadith di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama). Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka. Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

اِذَا قَلَّ الْعِلْمُ ظَهَرَ الْجَفَا وَاِذَا قَلَّتِ اْلآثَارُ كَثُرَتِ اْلاَهْوَاءُ وَلِهَذَا تَجِدُ قَوْمًا كَثِيْرِيْنَ يُحِبُّوْنَ قَوْمًا وَيَبْغَضُوْنَ قَوْمًا لاَجْلِ اَهْوَاءٍ لاَيَعْرِفُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ دَلِيْلَهَابَلْ يُوَالُوْنَ عَلَى اِطْلاَقِهَا اَوْ يُعَادُوْنَ مِنْ غَيْرِ اَنْ تَكُوْنَ مَنْقُوْلَةً نَقْلاً صَحِيْحًا عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ وَسَلَفِ مِنْ غَيْرِ اَنْ يَكُوْنُوْا هُمْ يَعْقِلُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ يَعْرِفُوْنَ لاَزِمَهَا وَمَقْتَضَاهَا. رواه مالك.

"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya". H/R Imam Malik

Anonymous said...

ORANG yang ada masallah agama sahaja yang mempunyai masallah dengan orang yang beragama.SEmuga Allah memberi taufik dan Hidayat kepada semua penyokong UMNO. AMinnnn,

Anonymous said...

ORANG yang ada masallah agama sahaja yang mempunyai masallah dengan orang yang beragama.SEmuga Allah memberi taufik dan Hidayat kepada semua penyokong UMNO. AMinnnn,

Anonymous said...

anon 9.05 adalah contoh terbaik seperti yg di sebut oleh gelombang wangsa maju

Anonymous said...

600 juta hilang entah kemana ?

salah satu sebab ialah silap penswastaan kat syarikat britain Thames Water, 50 Juta atas angin hilang sebab nak tebus talak.

bijak-bijak ada komisyen tak ? 25% ha ha ha jangan marah nanti kena jual.

patut lah diorang berbangga cuba baca

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27812:air-nadi-rakyat&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Gaji berjuta-juta masalah air tak selesai tak pe aku bangga sebab melayu boleh joli katak.

Nik Ajis sudah weng said...

Kesian penganut Pas... Dia org je yg islam...org lain x islam... Aku nak tanya 1 soalan kepada penganut Pas esp Ir 1Malaysia, keimaman sesorg boleh nampak ke?

Adakah ko pasti org UMNO akan masuk neraka & org Pas confirm masuk syurga?

Bukan ke qadaq & qadar ketentuan Illahi...

Apabila kita didlm keadaan amarah, bukan syaitan dah jadi rakan penasihat kita & tidak mustahil apa yg dipertutur dtg dr nasihat syaitan...

irs-Hursaini said...

Gertak (Jambatan) Palekbang jadi jambatan ghaib. Tahun 1995 letak batu asas, sampai sekarang xda jambatan tu. 15 tahun dah.

Duit untuk jambatan tu guna untuk apa?

Miskin2 kelantan pun, 13 pembantu exco boleh dilantik untuk tujuan berceramah politik.

Andaikan gaji seorang pembantu tu RM2,000 sebulan, gaji 13 orang sebulan dah cukup untuk buat rumah berharga RM25,000 untuk rakyat miskin,

Ataupun 3 bulan gaji mereka, boleh bina tangki air untuk satu kampung, bagi mengurangkan masalah air di kelantan.

Anonymous said...

Syarikat air milik orang putih minta RM5 sebulan kepada rakyat kelantan yg nk gali dan guna air telaga..

Anonymous said...

Salam RBF;

Puok2 nih boleh wat apa saja kerana mrk telah ade jaminan shurger.

Sy hilang respect pd Wali Trompah Suci nih dari tahun 1999 lagik bila dia kata Allah Ta'ala mencarut dlm KitabNya.

Anonymous said...

Nik Aziz perlu muhasabah diri. Byk sgt dh dia keluarkan kenyataan yg menyelewengkan lg mengelirukan. Juak-juak yg taksub akan ambik bulat2 apa yg dia katakan . jika perkara yg dikatakan tu salah, semua juak-juak dia gunakan sbb tidak tahu bayangkanlah berapa byk yg telah keluar dari landasan yg betul.setuju...Nik Aziz tu hanya manusia biasa, seorang guru agama shj tp oleh kerana taksub dan jumud juak-juak PAS anggap dia mcm tahap Nabi sapa yg nk dipersalahkan kalau bukan Nik Aziz sendiri yg tidak pernah nak perbetulkan keadaan itu.

Islam adalah mulia disisi Allah Ta'ala dan ia adalah agama pentelamat kita yg beragama islam dunia akhirat. tp harus ingat sebelum kita tahu kita Islam , kita lahir dari bangsa dahulu...melayu islam, arab islam. moyang kita dahulu kala mungkin belum memeluk agama islam tp setelah kedatangan islam, Allah SWT memberikan hidayah dan membuka pintu hati mereka utk memeluk islam maka kita juga jdlah bangsa melayu yg beragama islam.
kedua-dua perkara penting....jati diri kita akan bangsa kita...pegangan dan kepercayaan kita kepada kita ISLAM yg akan melapangkan kita diakhirat kelak. oleh itu jgnlah terlalu riak dan bongkak memperkatakan amalan sapa dan merujuk kepada segala hadis JIKA PERKARA TU SEPATUTNYA DIAMALKAN BUKAN SETAKAT CAKAP DAN RUJUK SAHAJA.

Ir.Malaysian 2020 said...

Allah berfirman bermaksud :

“Wahai orang beriman, jika datang kepadamu seseorang fasiq (pernah melakukan dosa) membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (yang sebenar) yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatan kamu itu.” (Al-Hujuraat : 6)

Seboleh-bolehnya tegahlah dan berilah teguran kepada mereka secara berhikmah jika kita mengetahui hal sebenar.

Seseorang Muslim yang tidak mendiamkan diri ketika berhadapan dengan kepalsuan akan mendapat ganjaran besar daripada Allah. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

“Sesiapa yang menolak (menasihati atau memperbetulkan) umpatan saudaranya, akan dihalang mukanya daripada api neraka pada hari kiamat.”

Abu al-Dardaa pula meriwayatkan bahawa Baginda saw pernah bersabda :

“Sesiapa yang menolak umpatan saudaranya Allah akan menghalang mukanya daripada api neraka.” (Sunan Abi Daud).

Jika dikaitkan dengan keadaan semasa, kita melihat masyarakat terlalu mudah menjatuhkan atau merendah-rendahkan pihak lain dengan tuduhan tidak benar demi mencapai sesuatu maksud dalam tempoh singkat.(Ulasan yg sdr paparkan datangnya dari Sinaran Harian,dari seseorang pemberita. Kalau berita itu TIDAK BENAR?? How leh???)Wal-Asr RBF,wal-Asr.......

Mungkin bertujuan politik, perniagaan dan sebagainya. Seandainya keadaan ini dibiarkan merebak, masyarakat Muslim akan terus hidup terumbang-ambing lantaran tidak ada satu pun kebenaran yang boleh menjadi pegangan.

Tampuk kepemimpinan umat Islam juga akan berada di tangan orang yang berjaya memperolehi sokongan melalui tipu helah. Pada ketika itu tunggulah balasan kehancuran daripada Allah.

Mungkin ada yang mempersoalkan, jika memperkatakan seseorang walaupun mengenai perkara benar dianggap ghibah, tertutuplah peluang untuk memperolehi keadilan kerana umat Islam tidak dibenarkan membongkar perbuatan jahat yang dilakukan oleh seseorang?

Hakikatnya Islam adalah agama dinamik, hukumnya bukanlah undang-undang statik dan tidak akan berubah walau dalam apa keadaan sekalipun. Jelas dalam hal ini, Allah menegaskan melalui firman-Nya yang bermaksud :

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang dicakapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Nisa : 148)

Dosa ghibah walaupun tidak sehebat dosa fitnah, sebagaimana diketahui Islam meletakkan dosa fitnah sebagai lebih besar daripada membunuh. (Al-Baqarah : 191)

Namun ghibah juga boleh membawa kepada fitnah. Secara logik cerita yang kurang enak didengar yang berasaskan sangkaan atau gambaran peribadi si A (pemula) akan berkembang menjadi lebih besar dengan pembawaan dan tokok tambah si B, si C dan seterusnya. Perkara asalnya kecil boleh merebak menjadi isu besar. Bukankah pada saat itu ia bertukar menjadi fitnah?

Oleh itu sama-samalah kita elakkan perbuatan ghibah seperti mengumpat, mencaci maki, mengejek dan sebagainya. Sesungguhnya semua umat Islam bersaudara, bererti sesiapa saja yang menjadi sasaran umpatan, kejian atau ejekan kita adalah saudara kita. Tidak wajar bagi seseorang yang waras bertindak demikian ke atas saudaranya sendiri.

Wal-Asr..."Sesungguhnya manusia itu di-dalam KERUGIAN,kecuali....."

Hah,FAHAM kan rbf??sebagai seorang Muslim..yang masih ada IMAN...??

Anonymous said...

Adoh yai.. apsal nak kene pilih melayu atau islam plak ni??.. Melayu tu bangsa, islam tu agama yg dianuti. 2 perkara berbeza tu. Jauh sgt beza eh.. mana bleh pilih2.. kalo isi maklumat peribadi dlm apa2 borang pun mesti kene isi ruang 'bangsa' dan 'agama' tu dll lah..

Kekuatan islam tu terletak pada bangsa.. kalo bangsa melayu bersatu padu sudah pastinya islam menjadi kuat.. kalo bangsa melayu sendiri pecah belah.. kat mana kekuatan islam eh? tadak kan..

Melayu itu islam tapi islam tu tak semestinya melayu.. byk bangsa lain yg islam lg.

~Z~

Anonymous said...

Antara air bersih vs akidah bersih...dua-dua takde

air bersih - memang takde...duit abis ntah ke mana

akidah bersih - juga tak nampak...kalau akidah bersih..takde le kes bakar bas tepi stadium,takde kes liwat kambing etc

Anonymous said...

Nik Aziz ulamak? Sapa kata? Orang2 PAS kata. Orang2 Kelantan yang yang betul2 kenal sandiwara Nik Aziz, sudah lama buang Nik Aziz ni dari list 'ulamak'.

Penggal pertama perintah Kelantan (1990-1995), ok lagi. Warak dia 'natural'..

Namun, semakin lama, semakin riak & ujub Nik Aziz ni dengan 'ilmu'nya. Dia berjaya pengaruhi2 pengikut2nya menolak ulamak2 lain. Mufti2, tok2 guru pondok, Doktor2 Falsafah Islam yang ada, yang berani menegur beliau telah diperlekeh. Pengikut2 taksubnya pun memperlekeh dan mempersenda mana2 ulamak, tak kira mufti atau ilmuwan Islam yang lain yang tak selari dengan Nik Aziz.

Dia seorang yang nak bawa PAS membawa hukum Islam kat negara ini, DENGAN CARA DIA. Usahkan nak pakai fikiran ulamak2 lain.., fikiran ulamak2 sesama PAS pun, yang tidak setuju dgn dia, dia ni tolak.. Bab mulut dia mencerca orang tu.., toksah cakap ler...

Ulamak ker mcm ni? Ulamak pewaris nabi..., perangai nabi ker dia ni bawak? Orang Pulau Melaka tau banyak dah perangai Nik Aziz..

Anonymous said...

Anonymous said...
tau nak menghentam org je ko nih.
ulama' ko xnak jd kan contoh.
mmg kalo kat dunia ni ko boleh nak memaki hamun @ mngutuk.
tp jgn menyesal kalo kat akhirat nnt ko yg kene jumpe dye mintak maaf mintak ampun.
mcm ni la org yg x cukup didikan agama.
kalo amalan x cukup jgn bermimpi lah ko nak cium bau syurga.
semoga ALLAH buka mata ko.
dan tiupkan Hidayah Nya pada ko.

Pada Anon October 11, 2010 9:05 AM

Salah tu..bukan semoga Allah buka mata...Allah dahpun buka mata dan hati dan otak untuk berfikir. Sebabtulah dia berani berkata yang benar. Korang saja yang dungu.
Allah maha mengetahui la oi.. buat apa nak mintak maaf kat orang dah sesat??

Anonymous said...

Satu solan untuk kobEjOrdan:-

Awak dilahirkan darimana? dari tunggul kayu atau dari lubang buluh....sampai tak tahu asal usul dan tak kenal diri sendiri.

Semak balek Perlembagaan pengertian Melayu.....Melayu itu adalah berugama Islam.............

Inilah akibat terlalu taksub kepada wali selipar..........biar taksub Melayu jangan taksub walipar selipar.

Dr.ZTM said...

MAKE LOVE,NOT WAR...
-----------------------------

APO lah korang neh...Dari perang2,umpat2,kata mengata,LEBIH BAIKlah korang MAKE LOVE,NOT WARs,Paham Tak??? KAHWIN LEBIH DARI SATU UNTUK PEJUANG2 LELAKI MIM; bacalah seterusnya........::)

KITA sepatutnya melihat dari segi keCANTIKAN hukum ALLAH SWT mengenai POLIGAMI...bukan hanya kepada persepsi NEGATIF yang berlaku dari KESILAPAN MANUSIA untuk diperkotak katek kan HUKUM-HUKUM ALLAH SWT,mengenai POLIGAMI!

LAGI pun,cuba kita pikir kalau 3/4 jumlah LELAKI MELAYU diMalaysia diBENARkan KAHWIN lebih dari SATU olih kuam Wanita MELAYU/ISLAM..??
MIM skrg ada 60% kali 28juta =16.8Juta...ini bermakna,kalu dibahagi
5 orang(dalam satu keluarga),para
LELAKI MIM ada 16.8/5=3.36juta orang....kalau jumlah 75%x3.36=2.52
juta.BAYANGKAN,2.52juta lelaki bolih kahwin 3..(mcm cerita MADU 3,P.Ramlee),ada 2.52x2=5.04juta keluarga EXTRA....kalikan 5 orang anak satu keluarga,Voila..!!!MIM bolih bertambah 5.04x5=25.2juta org...!!!jadi jumlah BESAR bilangan MIM ialah 16.8 + 25.2=42Juta orang MIM.kalau dijumlahkan 42+(28-16.8)=42+11.2=53.2 penduduk
so,42/53.2=79% nisbah MIM dari jumlah penduduk Malaysia,

NO PROBLEM pada PRU PRU akan datang!
INILAH SATU CARA NYA NAK TAMBAH BILANGAN MIM,dlm tahun2 mendatang!!amacam??? SETUJU TAK?? .............DARIPADA KORANG
GADUH2,tak kesudahan..buat DOSA aje
lebih baik pikir mcm mana nak biak kan kaum MIM di-MALAYSIA. kaum keturunan CINA dan INDIA tak boleh berPOLIGAMI,MIM boleh,so apa lagi??

Satu Peringatan: Kaum Wanita MIM janganlah mcm Karapal Singh(Langkah mayat aku dulu)tapi sebaliknya bagi LALUAN,SOKONG DEMI BANGSA,UGAMA dan NEGARA........

Zorro Team Malaysia

kontolan said...

.sampai sekarang pun aku tak pernah respect kat N.ajis ni....makin meluat ada le...

KHAIRUL ANUAR BIN KASSIM said...

Jangan cakap banyak. Saya memang dah TAK YAKIN dengan Tuan Guru Nik Aziz ni.

Anonymous said...

anon 9.05 am,kau gial?!orang macam Nik Najis tu kau panggil alim ulama?!apa buktinya dia alim ulama?!
nih bukti aku yang Nik Najis yang kau puja tu bukan orang alim tapi hanya tua kutuk yang nyanyok!
1-orang alim takkan kata Tuhan pun mencarut!
2-orang alim takkan join politik kepartian!
3-orang alim akan menyokong perpaduan Melayu kerana perpaduan Mealyu melambangkan penyatuan Islam!
4-orang alim takkan terus menerus mengeluarkan kenyataan yang menghasut orang Melayu Islam agar membenci saudara seagamanya hanya kerana saudaranya itu berbeza fahaman politik!
4-orang alim takkan menghalalkan orang Islam berbunuhan sesama Islam hanya kerana berbeza parti politik!
5-orang alim takkan sesuka hati mangatakan saudara seagamanya kafir hanya semata-mata saudaranya berbeza fahaman politik!
6-orang alim takkan bekerjasama denga parti bukan Islam seperti DAP haram jadah tu yang terang-terang menolak Islam.Karpal Singh siap warning 'over my dead body kalau nak buat negara Islam'!
sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis bagi menunjukkan yang Nik Najis tu bukan alim ulama tapi hanya ahli politik oportunis yang mengunakan agama untuk kepentigan politik!tapi aku rasa hujah ni atas pun dah cukup rasanya untuk manyokong kenyataan yang nik Najis memang munafik!dan orang munafik tiada tempat disisi Tuhan!

Anonymous said...

kepada pemberi komen yang suka letak firman Allah dan hadis nabi untuk menghalalkan cara nik ajis keparat tu, jangan lah jadi bodoh. keluarlah dari kepompong. inilah akibatnya kalau membesar hanya di Malaysia, paling buruk kalau hanya di kelantan. mengembaralah dan lihatlah tempat oang. anda sendiri akan sedar apa yang berlaku di kelantan tu..kalau tak mau berubah juga, hiduplah anda dalam kegelapan..

azman said...

Assalmualaikum RBF

Bila niky nih membuat tuduhan yang lebih hina dari ape yang kita perkatakan ini ape hukumnya? bukan munafik saja dan dah murtad kot.

Tapi pengikut hampas ni bole je percaya yang segala perbuatan niky nih tak bercanggah dengan hukum Islam.

Kat tempat aku nih pengikut hampas setiap taon akan berbondong bondong ke Kelantan untuk berziarah kononya, aku syak mereka ke sana nak perbaharui lesen masyuk shorga mereka kot kat niky...hehehehehehehehehe.

Anonymous said...

sebab tu lah allah masih panjangkan umur dia supaya dia sedar dan bertaubat.

Cucu said...

Kpd Ir.Malaysia 2020 dan Ameno ChacaMerba:

Bila aku baca tulisan kamu tentang definasi 'Munafik' dan 'Ghibah' maka jelas lah ia merujuk secara terang kpd perlakuan dan budaya pemimpin2 PAS spr Mat Sabu dan Mahfuz dlm ceramah2 mereka selama ini.Ehh...korang tak pernah dengar ceramah Mat Sabu ke? Hah - 'Ghibah' la tu!

shonzu said...

Salam RBF,

Maaf kerana lari dari ulasan artikel tapi masih kena dengan tajuk N.Ajis memang seorang munafik!!!

Kalau nak tahu apa maksud saya ni, sila klik sini

Saya harap saudara RBF boleh analisis suratkhabar apa yang N.Ajis tu sedang kepitkan. Nak kata N.ajis ni jujur dengan kata2 dia selama ini, saudara bolehlah lihat sendiri.

Tapi bagi saya, N.ajis ni memang spesis munafik yang suka menyesatkan umat Islam di negara ini.......

pacat said...

Idup Ayah Pin!!!.. apapon kerajaan langit lebih membanggakan aku!!!

Esperalzi said...

@kobEj0rda: Kenapa nak kena pilih antara MELAYU dan ISLAM? Apa salah kalau kita pilih kedua2nya sekali, yakni MELAYU dan ISLAM? Melayu adalah BANGSA kita, Islam adalah AGAMA kita.

Kenapa Allah benci pada bangsa2 ke? Allah suruh kita buang bangsa ke? Tolong berikan aku satu saja ayat Quran di mana Allah sangat benci kepada kewujudan bangsa. Atau berikan aku satu saja Hadis Nabi di mana Rasulullah sangat benci pada kewujudan bangsa..

Yang aku tahu, Allah sendiri mengaku bahawa Dia lah yg mencipta BANGSA2 dan PUAK2. Lihat Firman Allah seperti berikut tentang Bangsa dan Puak:

"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13

Benar, ayat itu mengatakan sebaik manusia di sisi Allah ialah yg paling bertaqwa tanpa mengira bangsa tp Allah juga jelas menyatakan Dia mencipta Bangsa dan Puak atas alasanNya sendiri..kamu jangan melawan Allah!!

Bukan saja manusia, SEMUA MAKHLUK ALLAH dijadikan berbangsa2 dan berpuak2 - berbagai jenis tumbuhan dan binatang, dan setiap jenis tumbuhan dan binatang pula terdiri dari berbagai varieti yg setiap satu sebenarnya adalah bangsa dan puak - berbagai jenis lembu dan ayam, berbagai jenis buah mangga dan sayur sawi, misalnya. Cuaca juga dijadikan Allah berbagai2 jenis. Angin dan awan juga dijadikan berjeniss angin dan awan. Air dijadikan Allah berbagais jenis air. Semua ciptaan Allah diciptaNya berbagai2 Jenis, Bangsa dan Puak..

Bahkan, Allah sendiri menyebut beberapa bangsa dalam Quran - A'ad, Thamud, Rum , Parsi, Madyan, Yahudi dan Arab. Bahkan satu Surah Quran diabadikan dengan nama Bangsa Rum (Romans), Sura Ar-Rum (The Romans)..apakah Allah melebihkan Bangsa Rum dari Islam atau melebihkan bangsa Rum dari bangsa2 lain?

Kamu penganut2 PAS suka ubah konsep2 yg ditetapkan Allah. Kamu benci bangsa Melayu kerana kamu dah putarbelit ayat Quran konon Allah dan Rasulullah benci pada bangsa. Kamu bukan meminta orang2 Melayu jangan melebihkan bangsanya dari agamanya, tapi kamu meminta orang Melayu supaya MEMBUANG terus bangsanya. Kamu orang2 PAS sgt SONGSANG..

Allah tidak pernah benci pada ciptaanNya. Bangsa Melayu adalah ciptaan Allah sepertinya bangsa2 Thamud, A'ad, Rum, Yahudi, Madyan dan Arab. Kita cuma dilarang melebihkan bangsa dan di Malaysia kita tidak pernah melebihkan Melayu dari Islam.

Sekiranya kita kelihatan melebihkan bangsa Melayu, ini bukan berkait dgn agama Islam tapi berkait dengan masalah imbangan kaum di Malaysia di mana imbangan Melayu-Bukan Melayu sekadar 60%:40% saja. Kalau Melayu hilang negara Malaysia yg jatuh ke tangan Bukan Melayu, maka Islam pun akan hilang Malaysia kerana org2 Melayu hampir semuanya beragama Islam di Malaysia sedangkan org2 Bukan Melayu hampirnay kafir.

Kalau 100% rakyat Malaysia beragama Islam, maka sudah tentulah kita tak perlu risau lagi soal bangsa spt yg org2 PAS mahu, tp kita bukan 100% Islam. Melayu dan Islam tak boleh dipisahkan di Malaysia.

Islam tertindas di Pattani, Thailand kerana Melayu tertindas di Pattani, Thailand. Islam tertindas di Mindanao, Filipina kerana Melayu juga tertindas di Mindanao, Filipina. Sekiranya Melayu tertindas di Malaysia, maka Islam pun akan tertindas juga. Ke mana pergi Melayu, ke situlah perginya Islam di Asia Tenggara. Kamu org2 PAS sangat bodoh dan songsang sedap2 kamu nak hapuskan bangsa Melayu tp quota Melayu spt biasiswa, lesen berniaga, tempa di IPTA, dll kamu KEBAS juga!

Anonymous said...

orang kelantan yg banggang jer sokong orang tua nyanyuk tu.... mulut celupar mcm terompah...dia jer yg betul.. kalau orang lain sanggah cakap dia.. orang tu kafir... tu ler perangai lebai pendek akal PARTI AJARAN SETAN (PAS) biar Allah saya yang menilai ...

Pena Agenoz BERBISIK... said...

Salam Ukhwah..

Maaf PAB berkata2 :

Kpd yg menggunakan "Kata-Kata' Allah dengan tujuan 'menegakkan benang yang basah'...

PAB minta muhasabah diri...Baca keseluruhan ayat dan maknanya dan akitkan dengan akhlah N.Ajis dan Juak2 PAS. Ada kesamaan tak.

Bukan PAB nk kata org UMNO tak begitu..tetapi pengikut PAS nie dah jadi kebiasaan nk BODOHKAN UMAT ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN FIRMAN ALLAH. Tak mustahil..krn itulah yg diajar oleh guru mereka.

Cuma PAB nk berpesan. Allah melarang hamba-Nya menggunakan kata2-Nya dgn tujuan peribadi atau berniat memecahbelahkan perpeduan umat islam.

Semoga kita semua tergolong dlm golongan org yg sentiasa mendapat hidayah Allah, Amin

Anonymous said...

tabur duit banyak-banyak di galas.... kalau umno nak menang

Anonymous said...

Ni la org kata muka tak tahu malu semua pembangunan di kelantan kerajaan pusat yg kena bangunkan yg pas perintah kelantan buat apa mana pergi wang hasil negeri kelantan bila kerajaan pusat nak bangunkan kelantan pas kata rakyat kelantan tolak pembangunan Ni tok Nik jangan lah main wayang cina sekarang rakyat kelantan dan tak berapa suko dgn mu ni mu ni banyak cakap tapi tak do kerja mu ni dok bagi rakyat kalate dok dengar ceramah mu tapi rakyat kalate tak dapat apa satu masuk angin keluar asap yg kayo rayo puak puak mu je mu sedar lah Tok Nik rumah kato pergi kubur kata mari.

kingnek said...

RBF, hujah anda dengan berbekalkan fakta amat menarik, syabas kerana artikel ini sangat baik!

Dan sekali lagi, lihat hujah orang PAS yang tidak berupaya melawan fakta, tapi hanya dengan kebencian dan kemunafikan

Seperti saudara RBF, saya dahulu amat menghormati Nik Aziz, namun semenjak kebelakangan ini, baru saya sedar akan perbuatan PAS memecah-belahkan ummah di Malaysia

Harap perpaduan Islam akan terjadi jua, walaupun ia amat dibenci orang kafir

Anonymous said...

Salam RBF,
Sungguh mendalam ayat ini: -
"Semuanya kerana rakyat Kelantan memilih jalan pintas untuk ke syurga dengan memilih Pas".

pemerhati dari jauh said...

kalau syurga dunia gerenti puak-puak pas akan dapat. Tapi syurga Allah belum tentu. Nak tahu syurga dunia kat mana? Kat celah kangkang pompuan la... keh..keh.. Setahu aku ada beberapa orang wakil rakyat dan bekas wakil rakyat pas yang pegi Kemboja buat balik bini baru.. Belasan tahu bro..

Anonymous said...

kata org jawa RESPECT IS TO BE EARN....

seorg ulama yg benar2 muktabar tidak akan sesekali memaksa org lain utk menurut kehendaknya spy menghormatinya...
dan tidak sesekali membenci dan berdendam dgn org seagamanya dgnnya...
ttp mengapa masih ada org yg ckp bukan2 psl nik aziz?
dan mengapa mesti ada org mempertahankannya dgn segera menghukm org lain dah berdosa...eh..ko ni tuhan ape???
mereka yg masih berhujah dgn pasal tak bangga jd melayu nie mmg dangkal dan seolah2 menghina kejadian ciptaan Allah itu sendiri!!!

adakah manusia ni boleh dipilh automatik mcm main ps 2 sblm dilahirkan?
usah menghina ciptaan diri sendiri...
islam tu pon tak dtg automatik jika tidak kerana kamu tu lahir dlm bangsa melayu...
itulah indahnya jadi bangsa melayu malaysia...
sedarlah diri tu sket...

Anonymous said...

syabas saudara fakta yg telah dinyatakan sangat menakutkan para ahli agama PAS ... Nik Ajiz ni bila cakap penuh berbelit dan akan menggunakan hukum haram bila perkara tidak menyebelahi agama PAS . Dan akan jatuhkan hukum halal bila sesuatu perkara politik memberi keuntungan kepada agama PAS .. itulah nilai agama PAS yg peliknya hukum haram dan halal mereka boleh bertukar sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka.

Sebab tu bagi aku nik ajis lebih hina dina berbanding pelacur , pelacur lebih mulia daripada nik ajis . itulah jadinya bila agama PAS yg bertuhankan nik ajis .

Anonymous said...

sekarang baru muntah darah... nanti pecah perut pulak~ sebab selalu sangat doa kat tun m mcm tu~ walhal tun m nampak lebih muda kot!

usin said...

wahai kelantanis, keluarlah korang dari bumi kelantan dan mengembara ke lain2 pwlusuk m'sia. lihat perbezaan antara kelantan & lain2 negeri. jgn duduk dlm kepompong. kamu akan lihat kebenaran @ kemungkaran pemimpin kamu... lihat & nilai sendiri wahai kelantanis!!!!!

anti bohmau said...

salam rbf,

aku petik berita ni supaya anon2 9:05 AM,10:35 AM & yg sewaktu dgn mrk, yg marah2kan nko, nampak apa yg berlaku kpd manusia yg kononnya 'ulama' dimata mrk.

Isnin November 9, 2009
Saya terjaga dengan mulut dipenuhi darah - Nik Aziz
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila tejaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.
Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.
"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.
"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.
"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

elokla kita semua berfikir dalam2 mengapa Allah SWT memberikan mimpi yg begini kpd n.ajis ni. bukankah mulutnya selalu mengeluarkan kenyataan2 yg bercanggah dgn ajaran agama Islam yg suci???...

MOHD SUFIAN BIN ISMAIL said...

siapa yang tidak mahu ikut hukum Allah s.w.t (hukum hudud)?
ada golongan yang mengatakan hukum ini ketinggalan zaman,x sesuai dengan zaman moden. pelik??kenapa tidak mahu ikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t?sedangkan objektif utama hidup kita di dunia adalah untuk mentaati segala suruhanNya.pelik??tiada satu pun iklan di kelantan yang mendedahkan aurat wanita.siapakah pemimpinnya?pelik??

Anonymous said...

To brader Sufian b. Ismail:
Apa cerita hudud ni. Ini cerita basi bro. Sekarang Nicky ada cerita hudud ke? Dalam Pakatan ada cerita hudud jugak ke? Mana ada. Hipokrit dan retorik semata2. Bab iklan kat Kelanta yg tak mendedahkan aurat, Islam tu hanya utk iklan ke? Islam itu syumul, menyeluruh bro. Nak senang ikut sunah nabi. Apa nabi buat kita ikut, simple. Tapi orang PAS ikut sunah ke? Atau ikut sunah bila nak kahwin lebih dari satu? Atau ikut sunah bila bab nak pakai serban ngan jubah sahaja. Sunah nabi bukan kat jubah ngan serban je. Sabar, menjaga tutur kata, berbaik sangka, lemah lembut, bantu isteri di dapur, tolong anak2 buat kerja sekolah dan banyak lagi. Itu kira sunah juga.

So PAS tak payah nak bangkitkan soal hudud lagi. Cerita basi. Sekarang dah berpakat dengan DAP, PKR, apa lagi. Ceritalah hudud dgn dioang, lebih afdah lagi dahwahlah kat LKS, LGE dan Karpal tu biar terbuka hati utk terima Islam dan hudud.

Piirraaahh...aku dah hilang respek, dah hilang percaya dengan PAS. PAS skrg bukan seperti PAS dulu2. Nicky skrg tak sama dgn Nicky dulu.

Tak benci PAS, tapi benci hipokritis.

Fitri said...

Tahniah saudara RBF, hujah dan analisis yang bagus. Tapi setelah saya baca ruangan komen untuk post ini dan lain-lain post dapat saya simpulkan bahawa kebanyakkan penyokong PAS ini adalah golongan 'PONDAN'!!! kah kah kah..
Bagi mereka (PAS) perbuatan mencaci, mencarut, memfitnah dan lain-lain lagi jika mereka buat tidak mengapa, tetapi bila orang lain buat adalah berdosa!! kepala atuk diorang!! ini semua ajaran guru sesat merekalah ni... Nik Aziz!!!

Pandai pulak keluarkan Nas al-Quran dan hadis kepada kita, sepatutnya tujukannya khas untuk Nik Aziz tu bila dia memfitnah, mencarut dan menipu..

Bukti dah nyata PAS itu HAMPAS!!! PAS telah memalukan orang Kelantan!! Pemerintahan PAS menyebabkan Kelantan tak maju-maju!! Orang Kelantan kene carik kerja kat negeri lain.. Pemerintahan PAS menyebabkan orang Kelantan di Kelantan dalam kerugian..

PAS serupa keling!! Cakap bukan main, tapi habuk pon tarak!! kah kah kah.. Disini saya seru, tunaikan kewajipan mu sebagai seorang Islam, tunaikan perintah ALLAH, berbuat baik baik sesama insan dan tinggalkanlah PAS yang HAMPAS tu.. wassalam.

p/s: ni gerenti melenting orang-orang PAS kan?... wakakaka...

Anonymous said...

betul ke mulut nicky berdarah..? ish nampaknya tuhan dah membalas secara tunai segala kelancangan mulut itu bermain hukum hakam tuhan dengan sewenangnya...amin..
moga lepas ni nicky segera bertaubat nasuha...dia dah jauh dari tuhan tu...

Anonymous said...

aku tak baca semua yg ko tulis...sarat dgn fitnah dan andaian sendiri.

Projek..
Apa projekyg federal kasik?? kalau bukan untuk dipelahap oleh geng umno? sekolah/jalan/jambatan/kompleks kerajaan/tambatan banjir/persimpangan bertingkat... kalau federal tak kasi semua ni...macamana geng umno nak perhabis duit rakyat?? mana ketua bahagian/ketua pemuda nak cari makan???

tak buat jalan kampung mana la umno cawangan yang berdiri tegak? hahaha

118 projek yg dimintaoleh kerajaan negeri memang yang akan memberiimpak besar kepada ekonomi negeri. perancangan mereka jelas adalah untuk kesejahteraan rakyat. kalu projek tu kamu nak sapu..sapu bersih lah, janji kamu buat. tapi oleh kerana kebodohan dan hasad dengki yg amat kuat, puak-puak umno tak berani nak buat. tapi bab ni takyah kita berbicara.. tgk royalti sudah cukup...perangai umno lebih daripada munafik!!!

soft loan air??? kata je la kelantan dapat loan..tapi hakikatnya sapa yang kontrol?? keluar tender aksb tapi pemilihan pada tangan siapa?? kerajaan negeri ke treasury???

apa2pun...aku amat suka kalo ko buka lagi apa rahsia nik aziz...setakat kes lepas-lepas, tu kecik anak... sipi pun tak cemarkan nama dia... yg buat cerita akhirnya tergolek.

Anonymous said...

artikel yg layak dibaca oleh budak2 hingusan,hehehehehhehe..aku nie dari puak2 muda yg menentang politik 'sampah' macam blog nie..pada aku kebanyakkan pemimpin umnolah yg macam haramjadah..menyusahkan hidup rakyat jelata.katak bawah tempurung je yg masih sokong umno.hehehehehhehehehehehehhehehehehehhehehehehehehehehehehehehehhehehehehheheheheheheheheheheh