Friday, October 1, 2010

Galas:Din Puduraya Gelabah Beruk

Belum pun sampai 24 jam arwah Adun Galas memasuki kubur, Pas sudah mula gelabah. Takiyuddin Hassan telah membuat kenyataan meminta agar BN tidak meletak calon di Galas atas dasar perpaduan melayu. Dia meminta kerusi itu diberikan kepada Pas.

Kemudian semalam pula sekali lagi Pas gelabah apabila BN mengumumkan Ku Li sebagai pengarah pilihanraya BN Galas.

Din Puduraya (Salahuddin Ayub) dalam kenyataan medianya semalam mempertikaikan perlantikan Ku Li sebagai pengarah prk kerana katanya TS Muhyidin lari tanggungjawab yang selalu digalasnya dalam setiap prk. Boleh lihat kenyataan dia, nampak yang seolah-olah dia terlalu marah dan bengang dengan perlantikan Ku Li. Klik di sini

Lihatlah betapa gelabahnya mereka, sampaikan stuktur organisasi parti orang pun dia nak campur. Suka hatilah BN lah dia nak lantik siapa, dia punya pasal.

Sejak 2008 bermula di Permatang Pauh kemudian ke K.Trengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Penanti, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor dan Sibu, adakah pernah BN mempertikaikan siapa pengarah prk bagi Pas, PKR atau DAP ? Pernahkah BN meminta agar Pas,PKR dan DAP tidak meletak calon ?

Kepada sahabatku sekalian, untuk pengetahuan anda semua, Pas sebenarnya betul-betul terkejut dengan perlantikan Ku Li sebagai pengarah prk. Mereka tidak menjangka sama sekali yang perkara itu boleh berlaku. Sebab itu mereka gelabah tak tentu pasal, kerana segala rancangan mereka hancur.

Mereka jangkakan Ku Li tidak diberi peranan dan akan dipinggirkan dalam prk Galas, dan mereka merancang untuk mempolitikkan perkara tersebut dan Ku Li sendiri.

Mereka bercadang nak gunakan gambar dan video Ku Li semasa perhimpunan royalti minyak di Stadium Kota Bharu beberapa bulan lepas sebagai bahan kempen utama. Mereka juga akan menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh iblis kepada mereka agar memberitahu pengundi Galas supaya mengundi Pas kerana Ku Li juga menyokong Pas.

Sekarang mereka sudah pening, itu pasal gelabah tak tentu pasal kerana segala plan sudah hancur dan terpaksa cari plan baru.

Din Puduraya juga mempersoalkan janji TPM untuk membina jambatan di di Kg Manek Urai Lama.

Orang jadi MP, dia pun nak jadi MP tapi otak masih berfikiran seangkatan dengan mat pit-mat pit di Puduraya. Itulah bahananya kerana dia terlalu lama sangat bermain dan bercinta di Puduraya.

Untuk pengetahuan anda semua, semasa prk Manek Urai TPM berjanji akan membina sebuah jambatan di Manek Urai Lama dan sebuah masjid di Kg Temalir sekiranya BN memenangi prk tersebut.

Tup...tup...keluar keputusan, BN kalah 65 undi. Perlu atau tidak janji itu ditunaikan ? Sudah tentu tidak perlu ditunaikan kerana BN kalah.

Tetapi oleh kerana dasar membela rakyat tidak kira menang atau kalah, tidak kira negeri tersebut ditadbir siapa pun BN tetap menunaikan janji tersebut. Itu pasal saya kata otak Din Puduraya setaraf dengan mat pit di Puduraya. Dia tak buat homework sebelum bercakap.

Kerja membina jambatan Kg Manek Urai Lama akan bermula tidak lama lagi. Kerja-kerja kajian dan sebagainya telah pun selesai dan tender telah pun dibuka dua bulan yang lepas. Projek tersebut terletak dibawah kawal selia JKR. Nah ! ambil kau Din Puduraya... Lain kali nak bercakap pakai kepala otak bukannya pakai kepala lutut.

Manakala janji untuk membina masjid di Kg Temalir juga tetap ditunaikan walaupun BN kalah. Masjid Kg Temalir dalam proses pembinaan sekarang dan dijangka siap beberapa bulan lagi. Projek tersebut terletak dibawah kawal selia Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Bukan setakat itu sahaja, semasa TPM turun berkempen ke Kg Manjor, penduduk di sana merayu meminta sebuah padang permainan atau rekreasi. Walaupun kalah, janji itu tetap ditunaikan. Padang permainan akan dibina tidak lama lagi. Proses pengambilan dan pembayaran tanah telah pun selesai. Kos pengambilan tanah berjumlah RM 160,000.00. Projek ini terletak dibawah kawal selia Kesedar.

Kepada Din Puduraya, apa guna memiliki wajah yang kacak jika diri dikuasai oleh iblis dan syaitan. Asal kau buka mulut sahaja bohong, buka mulut bohong.

Bukan setakat Takiyuddin dan Din Puduraya sahaja yang gelabah. Derih Bas Stand Klang pun turut gelabah. Klik di sini

Masih ingatkah anda pada sandiwara Din Puduraya di prk Bagan Pinang dimana dia menjadi pengarah pilhanraya Pas ketika itu. Klik di sini



7 comments:

Anonymous said...

aku xleh tengok la muka Deris ni..rasa nak rembat je..geram semacam..kata Ustaz tapi statement memang macam haram jadah!!

Cencaluk said...

Salam,

Saudara RBF saya suka membaca blog saudara kerana saudara berani dan sanggup mengaku kesalahan.

Selama ini saya akan memastikan saya membaca setiap blog saudara kerana ianya disertakan dengan fakta dan bukannya dengan pembohongan dan fitnah.

Saya tak pernah meragui BN selama ini kerana saya memang benci dengan kepura-puraan PKR (DSAI) saya pernah hampir disepak oleh rakan sepejabat kerana mempertahankan TUN dan menceritakan tentang keburukan DSAI nampak sangat pelajar di IPTA banyak dipengaruhi oleh (DSAI) sehingga kebanyakan mereka seperti telah dipukau sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan DSAI) adalah IDOLA mereka.

Sekian, harap akan ada artikal lan lebih bermutu pada masa mendatang

wasallam.

Anonymous said...

macamni punye orang pun ada.. cara kerja PAS ni mmg tipikal.. bila menggelabah itu lah masa dia salahkan org lain..

macam org berlumba lari, bila dah tetinggal marahkan pelari yg menang 'kenapa lari laju sangat?'

Anonymous said...

kenapa lah busuk hati sangat orang2hamPAS ni??? memang dah tabiat semula jadi diaorang ke??? adakah mereka2 ini dah jadi penjilat tegar bontot2 cina DApig tu???

Anonymous said...

depa nie kan ker HAMPAS ..... kat mana duduk nya HAMPAS kalau bukan dalam TONG SAMPAH pasai tu segala artikel depa semua serupa SAMPAH ... muahahahhahahaha GOBLOK


SOKONG UMNO SAMPAI KIAMAT ...

nun manjung said...

awat la jadi macam tu Din. Segak sangat ka Din puduraya tu. Asyik dok ceramah saja kerja tak jalan. Makam gaji buta saja ish ish ish...

Anonymous said...

ingat lah semua, pas memang tak boleh menyumbang apa2 kpd pembangunan negara, mereka terlalu idealistik dan asyik menyalahkan orang lain.lihat sahajalah apa yang berlaku di kelantan. agak pelik kenapa penduduk kelantan tidak juga sedar-sedar akan perkara ini. yang lebih menyedihkan ramai orang kelantan yang pernah saya jumpa terlalu taksub dan tidak boleh menerima hakikat yang negeri mereka terlalu miskin dan sukar memberikan peluang pekerjaan. dan lebih pelik lagi orang yang taksub ini kebanyakannya berpelajaran tinggi.