Tuesday, October 12, 2010

Kelantan Rugi RM 100j Akibat Kelemahan Nik Aziz dan Keluarganya

Pas seringkali mendabik dada kononnya mereka cekap, lebih hebat, lebih pandai dan segala-galanya lebih dari BN.

Orang yang cekap dan hebat dia tidak akan membuat kerugian walaupun satu ringgit. Tetapi oleh terlalu cekap dan cerdiknya Pas RM 100 juta duit Kelantan melayang.

Pas perintah Kelantan bermula pada tahun 1990. Pada tahun 1995 mereka mengswastakan perkhidmatan air di Kelantan. Mereka menubuhkan Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang mana syarikat usahasama Thames Water dari Britain dan Yakin (anak syarikat PKINK). Thames Water memegang 70 % saham dalam KWSB, manakala Yakin 30 %. Lihat di sini

Setelah beberapa tahun diswastakan, keadaan tetap sama. Tiada perubahan, rakyat tetap menghadapi masalah mendapat bekalan air. Kenapa ? sudah diswastakan pun masih tak berubah. Ini kerana wujudnya masalah antara kerajaan negeri dan Thames Water.

Perjanjian itu lebih berat dan menguntungkan Thames Water termasuklah untuk menaikkan tarif air. Itulah yang menyebabkan Kerajaan Kelantan tidak bersetuju.

Inilah contoh kecerdikan Pas yang saya nak beritahu. Mereka sudah tandatangan perjanjian, selepas itu baru mereka sedar yang perjanjian itu berat sebelah. Kalau sudah tahu berat sebelah janganlah tandatangan dulu. Perinci dulu setiap patah perkataan dalam perjanjian tersebut sebelum tandatangan. Selepas tandatangan baru dia sedar yang dia kena tipu. Cerdik kan ?

Jika tidak silap saya pada masa itu Nik Aziz berkata dia menandatangan perjanjian tersebut dengan tidak membaca terlebih dahulu isi kandungan perjanjian itu. Katanya ketika itu dia baru selesai makan nasi, kemudian ada orang hulur dokumen untuk tandatangan, maka dia terus saja tenyeh dokumen itu tanpa meneliti isi kandungannya.

Selepas itu baru dia sedar yang dokumen itu berat berat sebelah. Nasi sudah menjadi bubur, jika dia nak batalkan perjanjian itu maka Kerajaan Kelantan perlu membeli saham Thames Water 70 % dengan nilai RM 50 juta.

Selama empat tahun perkara itu berlarutan, maka pada tahun 1999 iaitu beberapa bulan sebelum pru ke 10 kerana takut mereka menerima kesan teruk dalam pru tersebut, Kerajaan Kelantan telah membeli saham-saham Thames Water yang bernilai RM 50 juta.

RM 50 juta duit melayang kerana kelalaian dan kelemahan seorang MB dari Pas. Mereka terpaksa bayar balik kepada orang asing untuk mendapat harta mereka. Hebat sungguh Pas...

Yang melucukan, semua perkara ini berlaku akibat kelemahan Nik Aziz, kemudiannya Nik Aziz pula dijulang sebagai seorang hero kononnya berjaya menghalau British keluar. Bangang sungguh.

Seorang exco yang bijak pandai menguruskan ekonomi Kelantan berkata “penstrukturan semula pengurusan air di Kelantan ini mempunyai sejarah besarnya yang tersendiri, Tok Guru (Nik Aziz) berjaya mengusir British untuk kali yang kedua” . Sini

Sebab itu saya kata mamat itu bengong, siapa yang bawa masuk Thames Water ke Kelantan ?

Kamu bawa masuk pencuri ke dalam rumah kamu, kemudian pencuri tidak mahu keluar kerana kamu tidak memberi wang kepadanya. Setelah kamu berikan sejumlah wang dan kemudian pencuri itu keluar dan kamu mendabik dada 'saya berjaya halau pencuri keluar dari rumah saya'. Tak ke gilanya nama itu ?

Lainlah sekiranya Thames Water masuk seperti askar-askar British dulu, kemudian tawan semua loji-loji air di Kelantan dan Pas berjaya halau mereka keluar. Kalau begitulah bolehlah dikatakan kita berjaya halau British keluar. Ataupun mereka berjaya mengeluarkan Thames Water dari Kelantan tanpa perlu membayar satu sen pun.

Pas yang bawa masuk Thames Water ke Kelantan, Pas yang tandatangan perjanjian, Pas bayar RM 50 juta , kemudian dia kata Pas berjaya usir British keluar. Kepala otak kamu !

Anda semua boleh lihat bagaimana mereka memusing cerita. Asalnya adalah kelemahan Nik Aziz, kemudian mereka pusing dan canang cerita yang membuatkan Nik Aziz dilihat sebagai seorang hero.

Harakahdaily sepertimana link yang saya berikan diatas mengeluarkan kenyataan seperti berikut, 'kesempatan memerintah negeri Selangor, dikatakan idea Husam menstruktur semula pengurusan air Kelantan dipanjangkan dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor'.

Selesaikan dulu masalah air di Kelantan yang tak selesai sehingga kini. Tak payah nak sibuk mari campur urusan air di Selangorlah. Kami tiada masalah air di sini, kami mampu bayar bil air dan kerajaan yang ada di Selangor pada hari ini sudah beri subsidi RM 11.00 sebulan. Jangan nak mengada-ngada nak tunjuk pandai.

Selesai bab RM 50 juta yang pertama. Setahun dua yang lepas berlaku juga masalah yang hampir sama. Kali ini bukan masalah air, tetapi masalah Bazar Tok Guru.

Kerakusan menantu dan demi menyelamatkan maruah pak mertuanya sekali lagi RM 50 juta wang Kelantan melayang. Kickdefella ada butiran lanjutnya di sini.

Kedua-dua insiden diatas sudah cukup untuk membuktikan kelemahan Pas. Empat puluh lima tahun dulu pun begitu juga , mereka serahkan beratus ribu ekar kawasan balak kepada sebuah syarikat dari Singapura, kemudian timbul masalah dan mereka disaman. Pada akhir tahun lepas mahkamah memerintahkan mereka membayar RM 800 juta kepada syarikat berkenaan. Sini

Terkedu exco bijak pandai yang menjaga ekonomi Kelantan. Selama ini dialah raja saman-menyaman orang, akhirnya kerajaan dia kena bayar saman RM 800 juta. Yang seronoknya dia salahkan BN pula. Sini

Dia tak pula cerita yang pada masa itu kerajaan BN Kelantan diterajui oleh Pas. Lihat di sini

Itulah wajah-wajah manusia yang memperdagangkan agama untuk kepentingan politik , peribadi dan nafsu mereka serta suku sakat mereka. Pendustaan dan pembohongan adalah mainan bagi mereka. Buka mulut sahaja, bohong. Buka mulut, bohong. Pembohongan bagi mereka seolah-olah makan kacang rebus .







14 comments:

Anonymous said...

Syabas saudara,sudah tiba masanya kita dedahkan apa sebenarnya yang berlaku.patutlah pihak pembangkang 'mengharamkan'akhbar Utusan kerana semua fakta benar didedahkan bukannnya macam Harakah atau yang lain-lain yang asyik menyembunyikan fakta dan kebenaran...

Anonymous said...

Makan nasik bungkus pun nak tunjuk klu stekat nak tunjuk2 macam tu tapi anak menantu bela kroni luupakann laaaa

Anonymous said...

Hairan betul nak tebus talak je 50 juta, macam ada apa-apa je, ada jadi penasihat 25% ke ?, jangan marah nanti kena jual.

3 Abdul = Kelantan ada 3A gak ke, maybe ada..

Anak Lenggong said...

Pak Lobai PAS ni memang laa bangang sebab tu asyik kena kelentong dik nuar brahi dan kit siang anak branak..mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memuaskan hati mereka untuk menjatuhkan kerajaan bn dan mereka dapat berkuasa.

Kalau tak bangang kenapa mereka senang-senang ditipu oleh syarikat yang kononnya nak memajukan kelantan dengan ganjaran sebanyak
RM4b. Secara logik akal pun, kita semua boleh memikirkan duit sebanyak tu bukannya sedikit..so pak pak lobai pas tak terfikir ke sekiranya pengarah syarikat tu boleh menyalurkan duit sebanyak tu dah tentu dia ni menjadi top jutawan kat malaysia ni..tapi dalam senarai jutawan yang dikeluarkan takde pun nama pengarah ni kah kah kah...pastu tok ajis tak ngaku pulak yang dia pernah berurusan dengan syarikat ni tapi bila dibuktikan dengan gambar dan sejarah pertemuan sekali dia haramkan syarikat ni beroperasi di kelantan...

Anonymous said...

Aku muskil kan tahap IQ pemimpin dan pengikut pas. Kalau ini lah cara mereka buat kerja alamat kena jual lah satu negara nanti

Lepas tu mereka 'salahkan' takdir...

Anonymous said...

patut la selalu dia cakap "ambo tak tau",rupenya mmg dia tak amik tau segala hal main tenyeh jer bile di suruh sign.

Anonymous said...

http://panggungopera.blogspot.com/2010/10/sembunyi-fakta-sebar-fitnah-mesti-baca.html

bro, kopi and pasta dalam ko nyer postings... hangit siot~

label: PAS BEBAL

Anonymous said...

Apa plk dofahamkan,

Memang dia bercakap semasa pemberita tanya dia..dia baru sudah makan. Tubik dalam berita TV bro..

Anonymous said...

UMNGOK BETULLAH PUAK2 APCO ORANG SURUH BELAJAR DR ALQURAN DAN SUNNAH HANG DOK BELAJAR DGN TV3 SUKU UTUSAN MELOYA DAN BERITA HAIRAN PATUTLAH BODOH..MUNAFIK

komenje said...

syabas rbf pendedahan ini baik untuk diketahui oleh rakyat 100 juta sunguh banyak jika dihitung kerugian akibat kelemahan Nik Aziz dan keluarga. pemimpin yang merugi kan kerajaan dan rakyat patut didedahkan je tembelang mereka. tapi saya rasa mereka tak mengharamkan akhbar Utusan dan sebagainya tapi dikawal oleh kerajaan supaya tidak banyak rakyat tahu tentang kerugian yang dibuat oleh pemimpin dan kerajaan contohnya rbf boleh kupas dan dedahkan kerugian kehilangan block M dan block L bukan setakat ratus juta je ratus bilion tu...kes batu putih dapat je batukan tengah laut kejap timbul kejap hilang, banyak lagi banggunan kerajaan yg menelan belanja bilion. ada lagi baru kita respek sama rbf

Anonymous said...

K'jaan BN tak ambik kelantan balik pun tak pa..buat susah nanti habis duit punah dok bayar ute PAS kat orang.

Anonymous said...

Penyokong PAS ni memang tak tahu menilai akan teguran demi kebaikan. Pada dia, hanya PAS saja yang betul....
Pirahhhhhhhhhhhhhh
Kencing tak pernah basuh...
Hancinggggg

Anonymous said...

Kepada semua pencacai UMNO tu taubatlah.. Tengok dulu sebelum cakap.. Kerajaan Kelantan skrg rugi beratus juta kerana bayar hutang UMNO tinggal masa perintah Kelantan. Skrg ni hutangnya dah takde lg. Kalau tengok negeri yg diperintah UMNO hutang ngan kerajaan pusat beratus2 juta. itu apa? Jgn tengok sebelah mata je. Bagi peluang kat pas masuk tv n biar rakyat nilai.. Ada berani ka?

kulat said...

lidah Syaitan mana boleh bg masuk TV, bedosa org Umno nanti..