Wednesday, October 27, 2010

Khir Bikin Naik, Khalid Bikin Turun

Khalid Ibrahim selalu digambarkan sebagai tokoh koporat yang hebat. Manakala Khir Toyo pula adalah budak kampung dan hanya seorang doktor gigi.

Sekarang mari kita lihat mana lebih hebat antara budak kampung dengan tokoh koporat.

Pada tahun 2005 jumlah baki wang tunai Kerajaan Selangor sebanyak RM 415.21 juta.

Tahun 2006 meningkat sebanyak RM 154.91 juta menjadikan ianya berjumlah RM 570.54 juta.

Pada tahun 2007 pula meningkat lagi sebanyak RM 205.9 juta menjadikan ianya berjumlah RM 776.44 juta.

Pada tahun 2008 pula Khir menjadi MB sekitar tiga bulan sahaja. Mac 2008 Khalid pula mengambilalih tempat Khir.

Tamat tahun 2008 selepas lapan memerintah wang tunai yang ditinggalkan di zaman Khir telah menyusut sebanyak RM 42.8 juta. Aik, kata tokoh koporat yang hebat.

Tak mengapalah, kita bagi peluang kepadanya, kerana masih baru memerintah dan masih belum menemui rentak lagi. Kita bagi setahun lagi mungkin wang tersebut akan meningkat.

Rupanya-rupanya harapan kita meleset, wang bukan makin bertambah atau kekal dengan jumlah pada 2008, sebalik menyusut dengan teruk sekali dari RM 733.64 kepada RM 617.20. Penyusutan sebanyak RM 116.44 juta.

Sila lihat jadual di bawah, ianya bukan dibuat oleh saya, tetapi laporan Ketua Audit Negara 2009

Klik pada imej untuk membaca dengan jelas

Doktor gigi boleh bikin naik tiga tahun berturut-turut,tokoh koporat yang hebat bikin turun dua tahun berturut-turut.

Jadi sekarang siapa yang lebih cerdik dan hebat ? Doktor gigi atau tokoh koporat yang berhutang dengan Bank Islam berpuluh juta ?



12 comments:

Anonymous said...

x ade nak comment pasal rancangan kerajaan pusat nak bnyakkan kelab malam n rumah urut ke Mr Faizal?

Cencaluk said...

Salam,

Saudara adakah saudara masih berminta untuk mencari Buku TUHAN, POLITIK DAN SEKS OLEH S.ATTLAS kalau berminat sila hubungi Cik Nabilla H/P 0129333793.

Kalau tak salah dia masih ada lagi 7 naskah.

Anonymous said...

Tp...bukankah Ketua Audit Negara kata yg Selangor tarik pelabur antara yg tertinggi? Cuba baca Malaysiakini.com. (sekadar bertanya jer..)

Anonymous said...

Hutang negara bertambah jadi RM362 BILLION... naper tak bising...

Anonymous said...

Salam Saudara,

Cuba perhatikan kemajuan yang dibawa untuk rakyat oleh kerajaan pimpinan Khalid,cukup kita lihat di bandaraya shah alam.sepanjang 2 tahun PR memerintah,trlampau banyak kemudahan dinaik taraf di shah alam.ruang pejalan kaki,landskap di naik taraf,jalan rosak cepat diperbaiki dan yg terbaru,MBSA sibuk menaik taraf bus stop di sekitar s.alam.rakyat dapat lihat bagaimana duit ni digunakan utk kesenangan rakyat.tidak seperti zaman khir toyo,bandaraya s.alam kelihatan sangat2 lesu...walaupun khir toyo sibuk mengatakan rizab selangor sgt tinggi dibawah pimpinan beliau..

seperkara lagi,saudara jgn lupa semasa pemerintahan BN,kerajaan selangor dapat banyak bantuan dari kerajaan pusat.dan kini di bawah PR,mereka berusaha atas kaki sendiri utk menggerakkan negeri Selangor.

-warga Shah Alam-

Anonymous said...

Apasal RBF tak komen laporan audit utk P.Pinang, Kelantan & Kedah? Yang dapat taraf terbaik negeri mana tu? Yang terburuk pula negeri mana?

Utk makluman RBF yg buat2 tak tahu jg yg sekapal dgnnya, P.Pinang adalah yg terbaik dgn Kelantan & Kedah menunjukkan peningkatan manakala Perlis paling teruk nak audit pun tak boleh sebab laporan tidak disediakan.

Rustam Dr. Ayam In Making said...

.

Dear Faisal Yg Pintar....

Kalau di negara kita Malaysia, "peribahasa kera di hutan disusukan" memberi maksud seseorang yang mengutamakan orang lain lebih dari keluarga sendiri sesuai dengan sambungan peribahasa tersebut yang berbunyi "...anak di rumah mati tak makan". Dek kerana terlalu mengutamakan orang SANJUNGAN UMNO, sehingga terlupa darah daging sendiri ISLAM yang "mati tak makan".

Moga shalat dan amalan Faisal diterima Allah swt walaupun penulisannya bergaya munafik atau menyokong perjuangan FREEMASON.

yang menyayangi saudara2 Islam,

Rustam

.

Anonymous said...

saudara warga shah alam..

Buat pengetahuan saudara...duit membina bus stop yg saudara katakan itu dari kerajaan pusat melalui ICU (unit pembangunan persekutuan negeri selangor..dan dikendalikan oleh MBSA..ini kebenaran yg awak kena tahu...

Anak selangor

Anonymous said...

Anak Selangor:

Bila Selangor jatuh ke PR,baru la pimpinan BN sibuk nk jaga hak rakyat...

knape dulu kene tunggu time pilihanraya baru nak tar jalan???dua kali PRU BN buat bende yg sama,PRU 2004 dan 2008...

sedarlah,keperluan asas adalah sgt penting utk rakyat..jgn la diabaikan...

kepada kerajaan PR,terus la berbakti pada rakyat...jgn diulang kesilapan pimpinan BN terdahulu..

Anonymous said...

-warga Shah Alam-

October 27, 2010 10:18 AM

Lawak tahap absober iswara la kau ni. Dalam 2 tahun PR perintah Selangor dah maju kedepan ke?

Kiranya sekarang ni pembangunan kat shah alam ni sekali petik jin-jin terus bina ke? Abis tu bila pulak kerajaan BN dulu buat pembangunan?

Oii mangkuk, sekarang ni PR perintah jalan kat shah alam macam hampeh! lubang sana sini.

dalam minggu lepas je MBSA sambut 10.10.10. kat shah alam, sebab tu la kau mangkuk nampak jalan kat shah alam ni ber TAR.

AKu rasa lebih baik la kau masuk dlm tasik shah alam tu jangan keluar sampai pru13 nanti mangkuk..

Anonymous said...

alahai pembangang bangga kononnya mereka perintah semua kemudah naik...cam tempat aku lah..jalan, ruang pejalan kaki, lampu jalan ..bla bla bla...semua peruntukan pusat....YB Pas dan Pakatan Rakyat apa buat? buat fitnah kata pusat tak tolong...hahahaha jgn jadi bangang lah...untuk pengetahuan pembangang, pelabur yang banyak tu hasil usaha pemerintah dahulu di Selangor, tak percaya tanya teressa kok, berapa jumlah pelaburan yang dia dapat apabila melakukan lawatan ke tiga buah negara eropah selama 2 minggu dgn hasil wang cukai rakyat...hehehe takat menempek kat depan kilang yang mana dah melabur kat Malaysia ,...rentikanlah...

oh ya, dengar cerita pelabur china berminat nak melabur dalam kandang babi moden...hahahah itu mmg benarlah hasil teresaa kok punya kerja kot

Anonymous said...

Kepada pro-pro skalian. Penyata itu hanya pada angka. Janganlah kita membuat tanggapan sendiri, kelak memakan diri. Ada kata skit pasal byk belanja utk rakyat la,ada kata byk psl dpt tarik pelabur la n memacam lagi. Kalo nk tao lebih, suruh jer SPRM siasat.

-On the fence-