Wednesday, October 6, 2010

Pemuda Umno Tidak Cerdik

Apabila saya menulis perkara ini saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang ahli Umno. Saya anggap diri saya seorang yang tidak berparti dan pengundi atas pagar. Jika saya letak diri saya sebagai ahli Umno maka saya tidak boleh menulis perkara ini kerana saya juga harus bersetuju dengan apa yang Pemuda Umno lakukan.

Tujuannya saya nak beritahu kepada Pemuda Umno supaya mereka berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu kerana di luar sana lebih ramai orang yang tidak berparti dan pengundi atas pagar yang akan menjadi kuasa penentu kepada keputusan pru akan datang. Mereka sedang memerhatikan gerak geri serta tingkah laku kita.

Bernama hari ini melaporkan yang Pemuda Umno akan memberi penghargaan kepada bekas-bekas Ketua Pemuda mereka dan penghargaan akan disampaikan oleh PM pada jumaat ini.

Salah seorang bekas Ketua Pemuda Umno Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Tetapi untuk Anwar tiada pengharagaan diberikan. Menurut Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid tiada penghargaan diberikan untuk Anwar Ibrahim kerana Pemuda Umno beranggapan adalah janggal dan tidak sesuai penghargaan itu diberikan kepada Anwar yang telah menyertai pembangkang.

Tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno ini adalah satu tindakan yang tidak cerdik. Orang-orang yang tidak berparti di luar sana akan berkata mereka tidak profesional. Jika tidak mahu beri kepada Anwar, jangan buat majlis tersebut. Sudahlah buat majlis tidak lengkap , kemudian siap umum yang tiada anugerah untuk Anwar.

Apa salahnya jika pemuda jemput Anwar. Soal dia datang atau tidak perkara kedua. Saya berkeyakinan Anwar pun tak teringin nak datang ke majlis Pemuda Umno yang ada sekarang. Kerana baginya pemuda sekarang budak-budak hingusan sahaja berbanding di zamannya.

Suka atau tidak suka semua ahli Umno kena terima hakikat bahawa Anwar adalah bekas pemimpin Umno. Soal moral, soal peribadi dan soal politik buang tepi. Tolong pandai bezakan antara minyak dan air.

Datuk Sri Najib juga pernah menunjukkan kematangan politik yang tinggi apabila dia pernah duduk minum teh bersama Anwar dan bersembang pasal pemuda di zaman mereka dulu.

Saya masih ingat lagi dalam satu Perhimpunan Agung Umno selepas Anwar dipecat (tidak ingat tahun PAU tersebut, antara 1999 atau 2000) wajah Anwar ada dipamerkan dalam senarai bekas-bekas pemimpin Umno dan Tun Dr M pada masa itu tersenyum tatkala melihat wajah Anwar. Itulah contoh orang matang berpolitik.

Kalau begitulah sikap Pemuda Umno saya rasa lebih baik mereka buat satu memorandum dan hantar kepada Kerajaan, Umno dan BN minta nama-nama Anwar yang tersenarai dalam rekod kerajaan dan parti dihapuskan.

Sekiranya Anwar Ibrahim meninggal dunia hari ini, jenazah dia perlu dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara kerana dia adalah bekas TPM. Adakah itu pun Pemuda Umno akan bantah ?

Mungkin ada kawan-kawan yang berkata lain macam saja lihat rbf kali ini. Macam sokong Anwar sahaja. Bukan begitu kawan-kawan sekalian. Yang benar kita kena kata benar. Seperti yang saya kata diatas, saya bercakap sekarang seolah-olah saya tidak berparti dan pengundi atas pagar.

Berbalik kepada tindakan tidak cerdik Pemuda Umno, tindakan mereka itu menyebabkan orang-orang atas pagar akan membenci Umno dan perasaan simpati mereka datang kepada Anwar. Kerana ianya satu penghinaan kepada Anwar yang sedikit sebanyak ada jasanya kepada Pemuda Umno.

Jangan bohonglah kalau Anwar tiada jasa kepada Pemuda Umno semasa dia menjadi ketua. Saya tidak suka hipokrit, berkata benar walaupun pahit. Di zaman Anwar Ibrahim jadi Ketua Pemuda dulu pemuda Umno nampak hebat dan kuat, kemudian disambung oleh DS Najib, juga hebat pemuda di zaman itu. Pemuda mula lesu dan lembik sepeninggalan Datuk Zahid Hamidi. Itu pun sebab jodoh Zahid tidak panjang dengan pemuda kerana dia terpijak kulit pisang. Jika tidak momentumnya kehebatan itu akan berpanjangan kerana Zahid pernah bekerja dengan kedua-dua mereka iaitu Anwar dan Najib.

Selepas itu Pemuda Umno terus lembik dan lembik dan kini semakin hancur. Lebih baik beri tumpuan kepada kerja-kerja lain daripada sibuk nak beri penghargaan kepada bekas-bekas ketua. Kalau kita nak beri penghargaan kepada orang, diri kita patut lebih baik atau setanding dengan orang yang kita bagi anugerah.

Kalau diri kita lebih teruk dan kita pula nak beri penghargaan kepada orang yang lebih hebat, maka siapa yang nak hargai penghargaan yang kita beri ? Ibarat Pak Pandir nak bagi penghargaan kepada Ratu Elizabeth . Jawabnya masuk bakul sampahlah penghargaan tersebut.

Sekali lagi saya ulang kenapa saya bantah tindakan Pemuda Umno dalam hal ini. Saya terpaksa ulang berkali-kali agar tidak ada yang salah sangka. Saya bantah kerana tindakan mereka itu akan menimbulkan kemarahan orang-orang atas pagar kepada Umno dan mendatangkan simpati kepada Anwar.

Mungkin ada orang berkata, 'hangpa blogger-blogger pun teruk juga bantai Anwar'. Jangan bandingkan dengan kami, kami blogger-blogger tidak mewakili Umno dan kami bukan suara rasmi Umno. Berbeza dengan tindakan yang dibuat oleh Pemuda Umno kerana sebarang suara atau tindakan mereka adalah suara dan tindakan Umno. Masyarakat boleh menilai antara tindakan blogger dan tindakan parti.

Sahabat-sahabat sekalian, kadangkala saya pun sudah ada rasa bosan dengan tindakan-tindakan tidak cerdik sesetengah pemimpin Umno atau Pemuda Umno. Sebab itu saya sering dikutuk oleh rakan-rakan blogger saya.

Ada masanya sesekali rakan-rakan blogger berkumpul untuk minum-minum. Apabila melihat saya sampai maka akan adalah rakan-rakan blogger yang akan perli saya 'pemuda umno dah datang'.

Ini kerana dikalangan rakan-rakan blogger saya baik GAP, Parpu dan ramai lagi, kebanyakan mereka bukan ahli Umno. Mereka berjuang dalam dunia blog kerana agama ,bangsa dan negara.

Dalam parti atau kerajaan sekarang saya nampak orang yang bekerja dan komited nak menang adalah orang nombor satu dan nombor dua serta ada dua tiga orang lagi. Yang lain semua tak boleh pakai. Kalau dalam sayap Umno atau BN pula yang nampak betul-betul komited adalah wanita Umno. Yang lain semua sudah hanyut.

Oleh yang demikian saya merasakan adalah lebih baik jika ada pegawai-pegawai PM dapat menasihatkan PM agar tidak datang ke majlis anjuran pemuda tersebut. Ini kerana kesilapan yang dilakukan oleh Pemuda Umno akan terjangkit kepada PM jika PM teruskan programnya di majlis tersebut. Biarkan Ketua Pemuda sampaikan sendiri penghargaan tersebut.

Lagi pun saya difahamkan yang tindakan Pemuda Umno untuk menyampaikan penghargaan tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat exco pemuda. Ramai exco yang tidak tahu program tersebut. Pemuda sendiri pun dengar khabarnya sudah berbulan-bulan tidak bermesyuarat.

21 comments:

Anonymous said...

sokong rbf 100 %

Anonymous said...

kalo dah xde mesyuarat apa kejadahnya diadakan pemilihan jawatankuasa. saudara tun faisal,td pun sy 1 keluarga dh ckp psl bnda ni masa tgk berita rtm1.
mmg tindakan xprofesional. mcm budak2 gaduh psl silap kejar time main polis sentri.

Pejuang Bangsa said...

aku setuju dgn pandangan bro RBF ..

Pemuda UMNO nampak spt tak matang berpolitik ... apa salahnya jemput Anwar hadir ??

Kita tengok reaksi dia tengok ??? hehe ...tambah2 Najib pulak akan bg penghargaan ... jumpa balik bekas bos ...

Aku pun nak tengok apa kat puak2 PAS ? mesti best ...

tp nak buat mcmana Pemuda UMNO skrg tak matang berpolitik lg...

wmu350 said...

setuju dgn rbf....sebenarnya selagi ada kj selagi tu lah pemuda tak kemana....304 je la yg sokong ...pasal tu la pemuda lesu....orang pun dah boring dah...termasuk aku..!

Anonymous said...

tuan Rbf...
setuju sgt dgn tulisan tuan. tak tau le apa lagi perkara2 bodoh yg nk dibuat oleh Pemuda UMNO ni.cari masalah betul le.
sy setuju dgn kenyataan tuan...seburuk mana Anwar..dia ada buat kebaikan semasa memimpin Pemuda dulu. mmg tak profesional betul le pergerakan Pemuda UMNO ni.kata pandai2 dan bijak2 tp rupanya bodoh piang.harap dibatalkan saja perkara ngarut ni....cermin le dulu apa yg nk buat...dan paling penting..'WHAT'S THE OBJECTIVE BY DOING SO?' KHAIRY PLS DONT DO FOOLISH THING LE WOI....

Patek said...

Sangat betol.!!! Amat sokong pandangan rbf 100%.!!! Memang tepat dan betol 100%, tak syak lagi.!
Satu perkara lagi perlu diingatkan disini berkenaan Piliharanraya DUN Galas nanti, sekiranya Pemuda dengan perangai lama iaitu mulut celupar sangat dan bermegah megahan dan berlagak dan "over confident", sama sama tengok lah nanti.!
Wallahualam.

woodball10 said...

hek eleh,KJ tu cerdik,dia wat gitu nak laga kan lagi org melayu, biar org melayu lagi berkecamuk, lagi pun kan dia sekutu DSAI, sepe yg htr pasport DSAI masa nk ke usa? sepe yg tak suka pada Tun M? byk lah keje2 KJ yg nak UMNO hancur, dont worry bro seme, PM kita bijak, tgu dan lihat apa kata PM pulak, lunyai lah KJ kena keje masa perwakilan pemuda umno nanti

Anonymous said...

oooo..majlis ini pun tak dibawa dalam mesyuarat?

nampaknya ada seseorang terdesak untuk meminta PM atau Presiden parti hadir kononnya mendapat sokongan..hehehe terdesak sebab nak dekat PAU..nanti apa kata orang, PM tak pernah bertanya khabar pemuda

sham said...

lain ja kau punya bunyi rbf. kau dah sokong anwar ke

Daulah-alWatan said...

Tuan,
Pandangan yang menarik dan sesuai untuk pulihkan pergerakan pemuda.

Saya telah link entry tuan ke blog saya.

Anonymous said...

Itu lah aku katakan dari dulu sekira melantik seorang yang berkelulusan OXFART yang pemuda dapat ialah OXFART KENTUT LEMBU.

Lagipun dia meraikan anugerah ini macam dia dah tahu pemilihan akan datang dia akan jadi BEKAS KETUA PEMUDA UMNO agak nya.

Anonymous said...

antara tulisan terbaik RBF setakat ini, teruskan menulis and please remain objective!

santauangin said...

Sy amat bersetuju dgn apa yg ditulis oleh RBf ini. Semmg nya pemuda UMNO skrg dah hancur sejak di pegang oleh KJ. Tapi apa nak buat selagi tak ada pemilihan baru selagi itu KJ akan membuat sesuatu yg akan menghancurkan UMNO. Jestru maka lebih cepat KJ di tendang keluar lebih aman UMNO kelak.

Buat PM kalau dia fikir lebih jauh maka dia tak akan hadir pada hari tersebut. KJ ( Kuat Jolok ) pun buat ni mesti ada muslihat dia tersendiri. Cuba menunjuk bahawa dia lah yg berkerja dan tahu nak hargai org. Pi mampus lah kalau ingat mcm tu.Apa pun semuanya ada udang disebalik mee tau. Mcm dlm filem madu 3 " baik ada makna tu "

Buat org org dalam pemuda UMNO, apa hangpa tunggu lagi, buat lah undi tak percaya kat KJ ni. Hangpa takut ke kat dia pasal dia banyak duit. Sedangkan sejak dia jadi KP hangpa apa yg dia buat. Bangun lah wahai pemuda UMNO dan selamatkan parti hangpa kalau rasa nak berjaya pada PRU13 nanti ( inshallah ).

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian p mampus dgn KJ lah jawapnya.

hamdan said...

soalan saya ...apa perlu buat majlis penghargaan tersebut?
Tak ada makna dgn keadaan yg ada sekarang. Hanya satu majlis nak mengampu dan lobi sahaja...dari KJ agar dapat jawatan kabinet

Anonymous said...

Bro...

Ini adalah misi Kitol Kj Sial punya kerja... dia nak burukkan nama PM kita... Babi punya KJ! Sy yakin kebanyakan UMNO tak mahukan dia.. dia perlu keluar dari UMNO!

Anonymous said...

setuiju jugak dgn ko ni rbf...

mmg mcm budak2 pon perangai pemuda sekarang...
tp aku rase tak payah buat langsung pon xpe...
sebagai seorg non-partisan atau atas pagar kpd pemuda atau umno sendiri!
TOLONGLAH jgn buat acara2 yg 'pelik2' yg hanya menunjukkan 'syok sendiri'???
apa kebendanya yg nk dihargai sgt sedangkn pemuda adalah dlm komponen umno dlm komponen BN...
cube fikirkan...
byk lg majlis yg lebih 'appropriate' utk menghargai seseorg itu...
bukanlah menidakkan jasa pemuda ttp fhm2lah sendiri...byk lagi yg berjasa juga hatta bukan melayu sekalipon dlm pembangunan negara...jasa pemuda hanya utk sedikit shj golongan rakyat..
rakyat tgh tgk ape yg korg buat wahai umno...kalau ade majlis yg besar2 utk parti sendiri kang org chop menghabeskan duit rakyat...sudahh...
adakah jasa pemuda terlalu besar dlm pembangunan negara berbanding komponen2 yg lain??
apa matlamat sebenar majlis nie?
bekas pemuda yg skrang jd menteri pon selalu kene kutuk sbb lembik...
get the message??

proton myvi

Ahmad Zack said...

Kitol Jamban (KJ) memang ada niat yang tak baik terhadap UMNO, Ahli-ahli UMNO perlu hati-hati...

Anonymous said...

tahniah rbf , walaupun melawan arus aku sokong ko..tgk la Datok Anifah Aman kata apa kat KP Umno..hahahaha..x abis2 cari publisiti murahan..pendapat aku , nyawa dia dah nak tamat kan, so tahun depan bila PRU,nama dia x terpilih jadi calon, x jadi YB dah, satu2 nya cara orang nak kenang dia adalah dengan buat benda2 penghargaan gini r..dah prepare awal2 tu, si kitol ni bangsat sungguh perangainya

_Melayu Jati Kelantan_

Anonymous said...

pehh.. camgitu, KERISMUDIN pun kan dapat anugerah lah ya. berani tak dia buat aksi cium keris lagi?

loloqx said...

Assalamualaikum wa Rahmatullah,

Tahniah buat saudara RBF kerana daya ulasan dan pemikiran sebegini perlu demi memastikan setiap tindakan dalam parti yang diamanahkan sentiasa memikirkan implikasinya.

Pendapat tambahan saya- ada eloknya majlis anugerah sebegini tidak diadakan langsung. Bukan niat untuk menafikan sumbangan DSAI. Bukan niat untuk menelan kebenaran yang pahit.

Tetapi, sehingga ke hari ini saya (antara pengundi atas pagar tanpa mewakili mana-mana parti politik) merasakan PEMUDA UMNO belum boleh diangkat sebagai entiti yang kuat dan gagah. Dibawah kepimpinan semasa, mereka belum menampakkan kePERKASAan sayap pemuda dalam UMNO untuk membela perjuangan AGAMA dan BANGSA MELAYU.

Andai majlis sebegini dibuat hanya untuk menaikkan nama pemimpin yang sedia ada- saya hanya mampu melabelkan majlis ini sebagai satu kecurangan UMNO kepada ahlinya dan masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Atau dalam bahasa kasar sedikit (mohon maaf dan saya sepemikiran dengan saudara Hamdan) ada kalangan PEMUDA UMNO cuba merasuah Majlis Tertinggi untuk kepentingan mereka dikemudian hari nanti.

Salam Marhaen...

Anonymous said...

setuju 110%