Tuesday, October 5, 2010

Siapa Di Sebalik Dinar Emas Kelantan ?

Sungguh senang menjadi pemerintah di Kelantan. Pagi masuk pejabat goyang telur atau pun boleh pergi buang masa ke mana-mana sahaja tanpa perlu memikirkan kerja di pejabat atau kerja kepada rakyat.

Manakala pada malam hari pula pergi berceramah. Habis ceramah duit masuk poket. Selepas itu balik peluk bini, pilih sahaja nak balik ke rumah bini yang mana pada malam itu.

Jika rakyat ada mengadu masalah, jawapannya mudah sahaja. Itu kerja kerajaan pusat atau kerajaan pusat tak bagi bantuan kepada Kelantan.

Saya bagi dua contoh
Gambar diatas menunjukkan seorang exco yang kononnya bijak pandai mengurus ekonomi Kelantan dan bijak mengira royalti minyak boleh buang masa di mahkamah untuk seorang peliwat. Dari Kota Bharu sanggup datang ke KL untuk perkara itu. Seolah-olah tiada kerja di pejabat. Gambar tersebut dirakam semasa dia hadir untuk perbicaraan kes liwat papa Nurul Izzah pada febuari lepas.

Yang kedua pula adalah pasal dinar emas Kelantan.

Sebenarnya dinar emas Kelantan bukan perkara baru. Ianya telah wujud sejak tahun 2006 lagi. Pelancaran yang dibuat pada bulan puasa yang lepas adalah pelancaran kitar semula. Sebab itu saya kata mereka ini tiada kerja.


Sumber: Arkib Utusan Online

Semasa diancarkan pada tahun 2006 dinamakan Emas Dinar Kelantan dan pada tahun ini lancar pula sekali lagi dan dinamakan Dinar Emas Kelantan. Dok pusing gitu ja.

Saya rasa empat tahun lagi mereka akan pusing nama Kelantan Dinar Emas pula dan lancar sekali lagi . Itu pun jika hayat politik mereka di Kelantan masih ada. Jika dilihat kepada kedaaan sekarang saya nampak hayat politik mereka sudah berat. Sudah sampai haulnya.

Kadangkala saya merasa kesian kepada penyokong-penyokong Pas di Kelantan. Sebaik dengar sahaja dinar emas dilancarkan, maka keesokan paginya awal-awal pagi lagi sudah beratur di premis yang menjual dinar tersebut.

Tetapi mereka tidak tahu siapa di belakang syarikat Kelantan Golden Trade Sdn Bhd iaitu syarikat yang menjual dinar tersebut.

La ni ambo nak tunjuk, nanti pakat-pakat gi ghoyak ko ore kelate sapa hok duduk belakang tu.

Semua itu politik dan nak cari untung semata-mata dan rakyat tertipu dengannya. Dinar emas, gelang emas, rantai emas, subang emas semuanya sama sahaja. Tidak ada apa istimewanya dinar emas itu. Sengaja dibuat supaya ianya nampak istimewa kerana ada orang yang cuba nak naikkan balik imejnya yang tercalar teruk di Kelantan sekarang dan juga sebagai talian hayat politiknya.

Kerana terlalu bengong dan tak tahu nak buat apa untuk pulihkan imejnya maka dia pergi lancar balik dinar yang pernah dilancarkan pada tahun 2006. Bengong...

Sila double klik pada setiap imej untuk melihatnya dengan jelas, dan sila beri tumpuan kepada nama-nama yang saya kuningkan.


Bersambung lagi...

Akan datang saya akan ceritakan kisah sekumpulan orang upahan datang ke satu rumah dan cuba memancing tuan rumah tersebut keluar kononnya nak bincang pasal PIBG. Cerita tersebut disampaikan kepada saya oleh seorang rakan dan saya sedang berusaha untuk berjumpa dengan orang yang menjadi mangsa bagi mendapatkan pengesahan dan gambaran sebenar kejadian tersebut.

6 comments:

Anonymous said...

wow!..

aku ingat dah cukup kembong perut husam melalui arif fahmi dngn syer PMBK. rupenye dah sampai tahap boyot ni Husam dlm Kelantn Gold Trade..

Anonymous said...

syabas2,
dasat butiran2 yg disediakan, tapi tgk penyokong2 wali selipar nii kadang2 buat bodoh2 jer, mcm tak kisah lepa ditipu oleh pemimpin2 ulamak2 lepa sendiri, bodo btoll laa lepa2 niiii, bukti pun dah disediakan, apa lagiii, mogok laaa.
syabas laa RBF, detail tuuu.

Anonymous said...

Bab duit.....lebai2 pas la paling laju. Laju dia dari lipas... patut ler kelantan ni dok mundur, dapat penasihat yang karat otak

Anak Lenggong said...

Semua orang melainkan penyokong taksub PAS tau kemana arah tujuan perjuangan pemimpin PAS sekarang. Mereka ni cuma menggunakan islam sebagai batu loncatan untuk menaikan diri sendiri sahaja. Cuma yang bangang nya melayu PAS yang sanggup diperbodohkan dan dipergunakan oleh pemimpin mereka sahaja, sedangkan mereka ni berpelajaran dan waras akal pemikirannya.

Dengan berperwatakan kesederhanaan luaran dari segi berpemakaian serta kehidupan yang sederhana sahaja pemimpin PAS boleh mempergunakan penyokong nya...

Anonymous said...

lepas ni ade ler puak2 PIS kata UMNO pun buat jugak keje2 camtuh... sebagai perbandingan lah katakan

Anonymous said...

jika umno rasa berat menanggung biawak hidup kj.pas pula rasa berat menanggung biawak hidup husam