Friday, October 22, 2010

Umno Kalah , Malaysiakini Menang

Benarlah kata orang yang orang melayu mudah mengalah.

Benarlah kata orang melayu mudah lembut.

Sebelum ini sekretariat Perhimpunan Agung Umno 2010 amat tegas sekali dalam soal pengeluaran pas media. Katanya tiada sebarang pas media dikeluarkan kepada sebarang media eletronik (media baru) termasuklah blogger-blogger pro Umno seperti saya.

Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ketegasan pihak sekretariat tidak kemana. Setelah dua hari diasak oleh malaysiakini akhirnya mereka mengalah dan seterusnya mengeluarkan pas media untuk malaysiakini semalam.

Mkini diberikan pas media AGM Umno

Buat kali pertama, Umno akhirnya mengeluarkan pas media kepada Malaysiakini bagi membolehkan wartawannya membuat liputan sempena perhimpunan agung parti itu.

Bagaimanapun, hanya dua pas dikeluarkan kepada portal berita bebas itu walaupun sebanyak 15 permohonan dibuat untuk empat seksyen berlainan bahasa dan laman videonya.

Difahamkan beberapa lagi akhbar dalam talian turut diberikan pas yang sama pagi ini.

Bagaimanapun, bagi media arus perdana, difahamkan hampir kesemua yang membuat permohonan telah diberikan pas berkenaan.

Semakan dengan sekretariat Umno memberikan gambaran tiada lagi pas media akan dikeluarkan kepada Malaysiakini.

Pas itu diperoleh apabila insiden terbabit dilaporkan beberapa media semalam. Manakala Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin pula berkata akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Semalam, lapan wartawan Malaysiakini diminta keluar dari bilik media di perhimpunan agung Umno kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti itu.

Semua mereka diberitahu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan bilik media oleh seorang pegawai sekretariat perhimpunan itu, seperti diarahkan oleh setiausaha agung

Menurut pegawai terbabit, arahan tersebut dikeluarkan terus dari setiausaha agung Umno.

Syabas malaysiakini, anda memang hebat !

Hidup Malaysiakini !










13 comments:

hisham said...

sebab itu cina berani pijak kepala melayu...
senang sangat mengalah dan terlalu berhemah serta berbudi bahasa.
cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

iTU ADALAH SALAH SATU CIRI BETAPA KELEMEHAN , KETIDAKTEGASAN, KETIDAK BERPENDIRIAN, BEBALNYA GOLONGAN MELAYU YANG MEMERINTAH

AKU AHLI UMNO TAPI BENCI CARA UMNO DIURUS

MAT LOYA

Anonymous said...

ada talibarut yang bagi PAS tu orang pas ke yang bagi tak mungkin, he he he, maybe orang yang berniat Kerja Jahat yang bagi.

Anonymous said...

UMNO mcm kerak nasi direndam air hujan....

halim said...

salam tuan,
Bukan Malaysiakini menang,tapi untuk berlaku adil kepada semua blogger tak kiralah blogger pro kerajaan atau tak..ala,itu pun bagi 2 je bang..sekurang2 kita tau yang kerajaan berlaku adil kepada media, bukan mcm binatang yang sebelah sana tu..

Anonymous said...

hahahaha...kalu mcm ni sure melingkup umno pd PRU akan datang...sbb xde kerandut telor....hahahahahahahaa

Eljay said...

Salm.

Buat letih je presiden UMNO cakap berapi2 kalau masih ada lagi orang macam S/U agung tu.........

Man dego said...

Orang umno memang begitu. Dengarkan cakap begitu hebat nak memperjuangkan hak melayu tapi tindakkan mereka habis perhimpunan nanti cakap tak serupa bikin.

johnlabu said...

tuan rbf

apasal malaysiakini tak diberi pas, kenapa perlu takut malaysiakini melaporkan perjalanan perhimpunan agung. so, kalau malaysiakini salah melaporkan apa yang berlaku dalam perhimpunan, peluang besar untuk saman. itu pun terpulang pada ajk tertinggi umno samada berani ke tidak saman. cuba hayati ucapan Datuk Salleh Tun Said yang cukup menaikkan semangat. lawan tetap lawan.

hangkedee said...

Melayu mudah lupa-Nazri aziz
melayu mudah di pengaruhi-Pak lah
melayu mudah di beli-Pak lah
melayu mudah mengalah-kerismudin
melayu mudah mendabik dada-keri
melayu mudah menjual maruah bangsa-anuar juburi
melayu mudah mengadai tanah melayu -Nizar
melayu mudah menyesatkan -najis
melayu mudah membeli belah-rosmah
melayu mudah ditipu-kakwanjijah

melayu takkan hilang.... nasib baik ada BAJU MELAYU

thephenom said...

encik johnlabu..

ini bukan soal takut atau tidak. Ini soal kredibiliti, ketegasan dan keadilan.

Anti PAS tapi ada perkara kena setuju said...

Faizal .. Ini satu lagi kes .. PAS buat demo pasal isteri PM . Tang ni aku pun tak setuju .. Agak2 lah kalau nak rasmi majlis fesyen . Memalukan org Islam jer ni. Mana ada pakaian Islam camtu . Saya pasti saudara Faizal pun sure dapat email isteri PM rasmikan majlis tersebut di Monte Carlo. Berani kerana benar Faizal .. awak kena tulis pasal ni. Bukan perkara main2 ni.

Anonymous said...

difahamkan yang pas diberikan atas hasil usaha si KJ berok tu.syabaslah UMNO sebab masih lagi mendengar cakap si berok tu.pelik pun ada sebab tuan kepada si berok iaitu UMNO patuh menurut arahan si berok tu.dunia sudah nak kiamat agaknya.