Wednesday, November 3, 2010

Calon Pas Gagal Tampil Bersumpah

Calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad tidak muncul di Masjid Tengku Faiz Petra di sini, selepas Asar tadi walaupun dikatakan akan bersumpah secara Islam bagi menafikan dakwaan beliau pernah ditangkap khalwat sebelum ini.

Malah difahamkan juga tiada laporan polis dibuat ke atas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin dan UMNO-Online berhubung perkara tersebut sehingga setakat ini.

Walaupun ramai penyokong Pas berkumpul dan bersembahyang Asar di masjid tersebut namun sehingga jam 5.30 petang kelibat calon Pas itu tidak kelihatan.

Berikutan itu dakwaan khalwat menerusi beberapa blog sebelum ini tinggal misteri walaupun pada awalnya Pas cukup garang memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan tersebut.

Semalam Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin mencabar Pas menafikan dakwaan kes khalwat yang membabitkan calonnya, Dr Zulkifli Mohamad.

Kata beliau pihaknya hairan jika sebelum ini Pas begitu lantang untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan yang dilemparkan namun sehingga hari ini menikus walaupun beberapa blog terus menyiarkan dakwaan tersebut.

“Kita bukan nak menyerang peribadi tapi Pas kena nafikan…jika fitnah Pas patut ambil tindakan terhadap blog tersebut”, katanya.

Sumber: Umno Online

Penuh masjid orang Pas menunggu, calon tak muncul-muncul.

Kenapa ?

Berani kerana benar

Takut kerana salah

8 comments:

Anonymous said...

aik, dipihak yg dituduh pula yg kena...pihak yg menuduh langsung xkemukan bukti....cmno nie?

Anonymous said...

mana itu nasrudin tantawi?dulu bukan main usung bini orang yang dikatakan teraniaya..skrg apasal senyap?

pas itu pelik..

Panglima Perang Cyber said...

bos pinjam artikel...nak sebar

Anonymous said...

kena daahhhhhhhh

Anonymous said...

hahaha tantaik tu memang penipu...calon pas tu memang kaki merodok kah kah kah

Anonymous said...

Dah agak dahhh...

Anak Lenggong said...

Nak bersumpah camner...sebab memang itu kebenarannya..dia tu tau hukum hakam akibat bersumpah seperti juga dengan nuar brahi mana berani nak bersumpah yang dia tak meliwat si seful...tu ;aa orang cakap brani kerena benar takut kerana salah...

Anonymous said...

Saya rasa .. unmo dah bank in kat Akaun mamat tu RM10 juta .. tu yg dia tak jadi nak buat sumpah tu ...

Pandangan kekawan ? hehe