Monday, November 1, 2010

Galas & Manek Urai:Bukti Pas Parti Anak Syaitan

Di Manek Urai Julai 2008
Empat hari selepas menang tipis dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, PAS membuat aduan di balai polis Kuala Krai berhubung taktik Umno membayar elaun tambang kepada pengundi luar yang pulang untuk mengundi pada 14 Julai lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Mahadi Mat Zain, dengan ditemani Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman dan timbalannya, Hisham Fauzi, membuat laporan polis semalam, meminta mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

Mereka menuduh BN dan Umno telah merasuah pengundi pada hari pengundian dalam sebuah premis Kesedar di Sungai Peria.

Mahadi mendakwa, pengagihan wang tunai untuk tujuan tersebut berlaku kira-kira 50 meter dari pusat pengundian SK Perai. Malaysiakini menyiarkan rakaman video insiden tersebut.

Dalam laporannya, Mahadi berkata beliau dimaklumkan oleh petugas parti itu mengenai aktiviti tersebut pada kira-kira jam 10.30 malam 14 Julai, dan beliau bersama seorang peguam dan empat petugas sukarela dari Mafrel telah pergi ke tempat tersebut.

Menurutnya, bila mereka tiba di situ, mereka ternampak orang ramai berbaris di depan sebuah rumah kayu untuk mendapatkan wang tersebut.

Katanya, mereka cuba masuk ke dalam rumah tetapi dihalang daripada berbuat demikian.

Sumber: Klik di sini

Di Galas Oktober 2010
PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti. Pengarah jentera PAS bagi pilihan raya kecil itu Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah.

Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.

"Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.

"Kita tisak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus," katanya.

Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.

Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Turut hadir di sidang media itu ialah penasihat jenteranya Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman.

Sumber: Klik di sini

Umno buat rasuah !

Mereka buat tidak rasuah !

Dasar parti anak syaitan !


5 comments:

Anonymous said...

mereka dah lama bayar kat pengundi, cuma ahli pas je yang boleh dapat duit tu, kalau bukan jangan harap le.

dia akan kata kami orang pas tak bayar pengundi, kalau nak pergi kat umno.

padahal ada bayar. nanti aku cari document PIS bayar kepada orang pas, maybe ada, tapi kena godek kat hdd computer lagi satu.

Anonymous said...

xtao ler RBF. Diorang ni pandai spin bler kena batang idung sendiri.

p/s bleh plak macam tu.kuikui

Anonymous said...

macam jugak ketua kampong kat daerah petaling ni. kontraktor datang buat kerja dia mintak2 duit tabung. tak kisah lah tapi kenapa dulu ketua kampong yang lama mintak dia kata haram tapi dia mintak tak haram? lagi teruk ada ketua kampong nak ajak kontra lagi dengan kontraktor. kerja tak payah buat tapi duit bagi kat diaorang je. celako! celako! celako! parti anak syaitan ni!!!

Anonymous said...

Klu aku.. dua dua aku kebas.. undi aku rahsia.. ha ha ha.. lantak la apa diorg nak cakap... hidup mesti diteruskan beb..

Anonymous said...

diaorang ni nanti kena soal kat akhirat pandai pandai la jawab..tang orang lain haram la, rasuah la, berdosa la..tang dia ok jek..memang nak masuk neraka diaorang ni suak hati buat hukum sendiri