Saturday, November 13, 2010

Penjelasan Hubungan Bekas Permaisuri Dengan Uncleseekers

Seorang rakan menghubungi saya hari ini memaklumkan tentang sebuah blog (http://uncleseekers.blogspot.com) yang memaparkan kisah hubungan penulisnya dengan bekas Permaisuri Agung yang juga bekas Tengku Ampuan Selangor.

Rakan saya berkata perkara ini boleh menjejaskan nama baik Istana Selangor. Pada mulanya saya tidak berniat untuk menulis perkara ini dan memberi publisiti kepada blog berkenaan serta penulisnya.

Tetapi apabila mengenangkan rakan saya berkata ianya boleh menjejaskan nama baik Istana Selangor, maka saya kena jelas sekadar kemampuan saya untuk betulkan persepsi tersebut. Ini kerana saya bimbang orang-orang lain pun akan berfikiran begitu.

Ini kerana bila orang teringatkan Siti Aishah, maka mesti orang akan ingatkan Istana Selangor walaupun Aishah bukan dari keluarga Di Raja Selangor. Persepsi inilah yang kena dibetulkan.

Saya telah melihat kelima-lima siri tulisan penulis blog berkenaan. Dia menceritakan kisah hubungan dia dengan Aishah dan gambaran yang diberikannya seolah-olah Aishah yang tergila-gila kepadanya.

Jika mengikut jalan ceritanya, dia menulis perkara berkenaan di blog tersebut seolah-olah dia dendam kepada ayah Aishah (Dato' Seri) kerana tidak suka penulis itu bercinta dengan Aishah.

Tidak diketahuilah oleh saya jika dia mempunyai niat lain yang tersembunyi di sebalik tulisan itu. Bagaimana pun kesahihan cerita tersebut belum dapat disahkan lagi. Walaupun penulis blog itu (Syed Abdullah Al Attas) ada meletakkan gambarnya di blog tersebut, tetapi belum tentu itu dia punya blog. Ini kerana sesiapa pun boleh buka blog dan boleh letak gambar atau nama sesiapa.

Soal betul atau tidak tulisan itu belum dapat dipastikan lagi sehingga kedua-dua tuan punya badan bangkit untuk menjelaskannya dan sekiranya benar tetapi mereka tidak mahu menjelaskannya pun tidak menjadi masalah kerana itu kisah hidup mereka. Sama seperti kisah cinta pasangan lain.

Tetapi, jika benarlah apa yang ditulis itu, maka ianya sesuatu yang memalukan. Ini kerana Aishah masih lagi menggunakan gelaran Permaisuri dan ini sedikit sebanyak mencalarkan imejnya, apatah si penulis tersebut menceritakan kisah dia diminta memilih pakaian dalam wanita.

Tujuan saya menulis perkara ini adalah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat apabila nama Aishah disebut. Masyarakat tidak boleh mengaitkan Aishah dengan Istana Selangor, kerana Aishah sekarang tidak lagi berada dalam Istana Selangor walaupun dia masih menggunakan gelaran Permasuri.

Beliau kini hanyalah rakyat biasa seperti kita semua dan bebas untuk ke mana-mana dan juga bebas untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Istana Selangor tidak boleh mencampuri kehidupan peribadinya. Cuma dalam bab ini beliau harus berhati-hati agar tidak tersilap memilih pasangan dan menjaga setiap gerak-gerinya agar sesuai dengan gelaran Permaisuri yang digunanya.

Tindakan penulis blog berkenaan menulis "sekiranya saya kawin dengan aisyah, otomatik saya jadi bapak tiri Sultan Selangor yang akan membawa gelaran tuanku uncleseekers", adalah satu gurauan bodoh.

Aisyah masih lagi mempunyai ibu bapa yang masih hidup, mengapa perlu dikaitkan dengan Sultan Selangor. Sultan atau Raja-Raja Melayu berada di tempat tinggi dan sebagai Payung Rakyat adalah agak kurang ajar jika nama Sultan dijadikan bahan gurauan.

Akhir kalam, adalah lebih baik tuan punya badan dapat bangkit dan jelaskan perkara sebenar kepada rakyat. Ini kerana kita bimbang jika ianya satu fitnah maka kita tidak boleh biarkan fitnah itu berterusan. Jika tuan punya badan memilih jalan untuk tidak menjelaskannya pun tidak mengapa, itu hak mereka.

12 comments:

Anak Seberang said...

cerita sensasi ni rbf!
hati2..

pohon sdr dpt follow dan link blog saya dlm blog tuan.. TQ..

http://panggungopera.blogspot.com/

Anonymous said...

sorry bro kalo ako tersilap jangan marah tetapi setahu aku title bekas permaisuri agong tetap ada dan beliau memang ada elaun khas dari kerajaan dan perkara nie termaktub dalam perlembagaan

Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas
Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan,
macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat
tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500
sebulan.

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati
semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni.
Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati
masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni
sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang
Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

kesimpulan kalo dok tengok mengikut adat mana-mana bekas permaisuri agong atau sultan selepas mangkatnya agong atau sultan depa memang tak kawin lain pasai memang tak boleh kawin jadi aishah memang tak boleh kawin sampai akhir hayat dia ....

take out kalo tak betul tooooooooooooolongggggggggg betulkannnnlahhhhhh.....

Anonymous said...

Biasalah bang... penulis blog itu kurang ajar sebab asuhan daripada pemimpin Pakatan Rakyat terutama pemimpin PAS.

Jika lihat orang yang kurang ajar, cuba risik siap yang dia sokong. Mesti puak PAS, DAP dan PKR.

Jika lihat murid kurang ajar di sekolah mesti mak bapak dia penyokong fanatik puak PAS, PKR dan DAP.

Betul tak aku cakap?

hehehe....

Anonymous said...

lagipun aishah nie masih muda nafsu masih ada, korang nilai sendiri ..... kalo dah monopos tak tau la kan hahahahah

Anonymous said...

Untuk pengetahuan semua, bukan aku menyebelahi Uncleseekers tetapi cerita ini memang benar, permaisuri Aishah memang ada penyakit pelik setahu aku sudah banyak bomoh dan duit yang dihabiskan untuk berubat tetapi hingga setakat ini masih bbelum berjaya. Aku amat simpati kepada beliau dan keluarga. Hal ini sudah lama terjadi tapi mungkin tidak ada yang hebohkan. Kepada Uncleseekers pula mengapa hal ini diceritakan kepada umum? jika anda betul-betul pandai dan ikhlas tolong ajelah...!.

Anonymous said...

Ada org yg pernah cerita kpd aku pasal uncle seekers ni...Dia dah kahwin tapi ada masalah dgn perkahwinan sebab main kayu tiga. Semua kemudahan yang dia dapat dari isterinya dah kena tarik balik.

Kabarnya dia juga pandai dlm soal mandrem....mgkn bekas permaisuri juga dah kena mandremnya sbb pendapatan darielaunnya agak lumayan...Aku rasalah..ini mgkn spesis pisau cukur cap buaya....

Anonymous said...

ni bkn anak pak habib ke?gila ke apa

Anonymous said...

otak hilang screewla mamat ni.dh jd gila lps tangkap byk jin hantu.lebih kurang bapak je.masa zaman tun tulis buku puji tun.masa zaman dollah tulis buku puji dollah hentam tun.ni zaman najib dok hentam dollah plak.lebih kurang mso je

ReentryCapsule said...

ANON kat atas cakap ,

"Jika lihat murid kurang ajar di sekolah mesti mak bapak dia penyokong fanatik puak PAS, PKR dan DAP.""

► Aku sokong kau lapan puluh lapan ribu peratus.Memang betul dan tepat.

Terima KaseYY...!!!

Anonymous said...

Apa bole buat...

Mgkn siti aishah ni x pandai mengurus diri sampaikn x tahu kedudukan die di mana d mata masyarakat...
Mgkn juga suda memberontak utk mbuat keputusan sendiri setelah selama ini nasib dia 'ditentukn'.

Anonymous said...

Syed ni Uncleseekers. Dia bukan anak Syed Hussain yang dok tulih buku politik semasa tu kaaa....

Sebab dia kata, depa ada rumah di Jandabaik? Rumah Syed Hussain pun ada kat situ?.

Jika iyya... Allaaahaiii.. ghosak.

Anonymous said...

Salam Bro,

Hihihihi... bg aku la, pedulilah mereka nak wat ape pun... lantak la.. aku yakin nie semua publisiti murahan... plus Uncle Seekers tue mmg kaki kencing (member aku cakaplah)..kuat balun duit org (ntah betul ntah tidak)...hihihi