Saturday, December 18, 2010

Adakah Ariffahmi Bebas Rasuah ?

Beberapa hari lepas SPRM mengumumkan yang mereka telah menutup fail siasatan terhadap Nik Aziz berhubung isu tajaan haji dan perlantikan menantunya sebagai CEO di PMBK.

Dalam hal ini ramai orang keliru. SPRM hanya menutup kes siasatan terhadap Nik Aziz berhubung perlantikan menantunya. SPRM tidak pernah mengumumkan Ariffahmi bebas dari segala kegiatan rasuah sepanjang berada di PMBK.

Senang cerita beginilah, SPRM tidak pernah mengumumkan mereka menutup fail siasatan keatas Ariffahmi.

Itu yang sebenarnya, bukannya seperti yang geger gempak di Kota Bharu beberapa hari kebelakangan ini kononnya Ariffahmi bebas dari rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa semasa berada di PMBK.

Berbalik kepada perkara yang diumumkan oleh SPRM beberapa hari lepas.

Katanya mereka telah menutup fail siasatan keatas Nik Aziz kerana siasatan mendapati Nik Aziz sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik pegawai dan kakitangannya seperti yang termaktub dalam enakmen PMBK.

Siasatan terperinci yang dijalankan oleh SPRM berpendapat bahawa pelantikan Abdul Ariffahmi yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi PMBK kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK itu adalah lebih kepada pertukaran nama jawatan.

Halo SPRM,

Sebab Nik Aziz MB lah dan dia mempunyai kuasa untuk melantik menantunya. Siapa tidak berani membantah. Kalau Nik Aziz tiada kuasa sudah tentu dia tak boleh lantik menantunya. Jika orang lain MB dia tidak akan lantik ayam berak kapur seperti Ariffahmi itu sebagai CEO.

Apakah itu bukan penyalahgunaan kuasa ?

Daripada Ketua Pegawai Operasi kepada CEO, SPRM kata pertukaran nama jawatan. Betul ke wahai SPRM ? Tolong periksa samada gaji sama atau tidak ? kemudahan yang dinikmati sama atau tidak ? dan yang penting KUASA yang dimiliki sama atau tidak ?

Kalau segalanya lebih semasa menjadi CEO itu bukan pertukaran nama jawatan, itu naik pangkat namanya. Adakah SPRM tertipu dengan silap mata yang dimainkan oleh Nik Aziz dan menantunya ? Bagaimana cara Nik Aziz melantik menantunya ? sila klik di sini.

Adakah itu bukan salah guna kuasa ?

Berhubung isu tajaan haji SPRM berkata Nik Aziz tidak pernah meminta pembiayaan kos mengerjakan haji itu.

Ohhhh.....

Kalau begitu jawapannya , selepas ini jika ada orang bagi rasuah kepada kita, tetapi kita tidak memintanya maka ianya bukan satu kesalahan. Kita tidak minta, orang nak bagi. Apa lagi rembat sajalah kerana SPRM kata itu tidak salah.

Dr Khir Toyo pun boleh gunakan alasan itu di mahkamah kelak. Walaupun orang itu beli rumah RM 6.5 juta tetapi dia nak jual RM 3.5 juta. Dr Khir boleh berkata "saya tidak minta, dia nak jual dengan harga itu, saya belilah".

Mana-mana pegawai kerajaan atau polis trafik atau JPJ atau mana-mana pegawai-pegawai penguatkuasa yang lain jika ditangkap oleh SPRM selepas ini boleh gunakan alasan seperti itu juga. "Saya tidak minta, mereka nak bagi.

Apa macam kawan-kawan semua, setuju atau tidak ?

Jika Nik Aziz benar-benar seorang yang jujur dan suci apabila dia tahu sahaja ada orang yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan negeri ingin menaja dia ke Mekah, awal-awal lagi dia sudah menolaknya.

Ini tidak, dia sudah terima tawaran itu, kemudian apabila rahsia telah pecah kepada kaum quraisy malaysia barulah dia batalkan. Itu pun dia bukan batalkan dengan rela hati, tetapi dia batalkan dengan marah-marah kononnya kaum quraisy malaysia menghalang dia ke Mekah.

15 comments:

Anonymous said...

Kalau begitu jawapannya , selepas ini jika ada orang bagi rasuah kepada kita, tetapi kita tidak memintanya maka ianya bukan satu kesalahan. Kita tidak minta, orang nak bagi. Apa lagi rembat sajalah kerana SPRM kata itu tidak salah.

Setuju! setuju! setuju!

Lepas ni sesiapa saja pegawai kerajaan yang kena dakwa PASTIKAN anda gunakan ayat tersebut semasa perbicaraan di mahkamah.
Nik Ajis dan Ariffahmi jadikan model untuk anda semua..

hilbert said...

Salam 1Malaysia RBF,

Saya rasa siasatan kes yang melibatkan rasuah Datuk Nik Aziz patut diambil oleh polis saja..SPRM buat siasatan macam berat sebelah saja...atau Ghani Patail telah buat keputusan yang tak betul..

anakbangsa said...

rbf saya setuju dgn definasi rasuah sprm ni.kalau camtu sprm x de kes le atas khir toyo kan?makin x faham definasi sekarang ni.mana2 yg didakwa terima rasuah,ckp je bukan kita yg minta.kes n.ajis ni boleh dirujuk utk melepaskan diri dr dakwaan.

Wong Pencen said...

Nik Aziz tak betul.
Ariffahmi tak betul.
SPRM tak betul.

rbf betul.

Namun, apa-apa pun, alangkah baiknya kalau rbf dapat membuangkan segala unsur FITNAH dari laman kelolaannya ini.

Anonymous said...

LEPAS NI AKU KAUW TIM AJA DENGAN POLIS TRAFIK KALAU KENA PERANGKAP LAJU

LEPAS NI AKU KOW TIM AJA DENGAN PEGAWAI PENGUATKUASA MANA MANA AGENSI KERAJAAN KALAU ADA SEBARANG MASALAH

PENERIMA RASUAH JANGAN RISAU SEBAB LEPAS NI ANDA TAK PERLU MINTA RASUAH, KAMI SENDIRI AKAN BAGI. YOU SCRATCH MY BACK I SCRATCH YOURS .. WIN WIN SITUATION ... APA MACAM SPRM ??????

Anonymous said...

ntah2 sprm tu org pas x?xpon geng2 aljuburi.xpn geng DAP berak xbsuh.

azman said...

Assalamualaikum rbf

Jika begitulah duduk perkara,bolehlah mereka mereka yang kes mereka tu dah putus, minta di buka semula kes siatan dan saman malu kat SPRM.bole tuntut juta juta tuuuuu

azman said...

Assalamualaikum rbf

Niky dah bagi sedekah kat SPRM la tu.

Orang nak bagi sedekah, kita terima jelah,tu takkan nak dipersoalkan plak?. Dia ikhlas pe?.

rauna said...

FATWA TERBARU ULAMA SPRM TENTANG RASUAH.

Berita Baik Untuk Seluruh Rakyat Malaysia.

Orang yang menerima rasuah tidak bersalah kerana bukan meminta walaupun mengetahui itu adalah berbuatan bersubahat dengan rasuah.

Kepada seluruh rakyat malaysia selamat BERRASUAH DAN MERASUAH.

Anonymous said...

sejak najib naik jadi PM, aku lihat siasatan sprm dan pendakwaan yang dilakukan oleh AG lawak jenaka...kenapa? Najib ingin menjadi amat popular dari pak lah....

betul kata RBF mana ada perasuah mengakui rasuah yang dimakannya...diharapkan PM yakni najib tun Razak peka dengan keadaan sekarang...apakah kerana inginkan majoriti lebih besar sanggup mengorbankan kesetian dan kepercayaan orang sedia ada menyokong UMNO dan BN?

memang benarlah kata pujangga...orang yang terasa popular tidak nampak kesan yang dilakukannya spt pak lah...

ketahuilah cara najib ini hanya menguntungkan PR yang sedang lemah dan melemahkan BN yang sememangnya lemah...apa najib ingat dngan mendakwa kelompok orang UMNO mampu mengembalikan sokongan rakyat?

Najib patut sedar sekarang rakyat mahukan perubahan kerajaan yang ada..mereka tidak mahu lagi UMNO ...tak payahlah membuat sesuatu yang menguntungkan kaum dan puak mereka sedangkan dalam pada yang sama penyokong sendiri berpaling arah.....

aku rasa PRU akan datang majoriti akan makin berkurang dan mungkin akan kehilangan negeri lagi atau hilang kerajaan pusat kepada PR....

Anonymous said...

kesimpulannya FUCKING IDIOT

Anonymous said...

SpRM pun nak jadi glamour... mereka dah takut dengan Pakatan Rasuah sebab kes teoh Beng Hock. Agak2 sebelum teoh terjun mungkin dia tak sempat nak offer. Kalau offer kat SPrm tak payah terjun ler gamaknya. SpRm pulak nak tunggu offer sebab kalu mintak nanti dituduh pulak pegawai SPRM mintak rasuah untuk tutup kes rasuah. PEning jadinya dengan sprm

Anonymous said...

hehehe...rileks2, xperlu terlalu terburu2 membuat kesimpulan....kita tgk sajelah nanti bagaimana kesudahannya...yakinlah sedikit ngan SPRM...;)

Anonymous said...

baru anda semua kenal SPRM ni mcm mana??

baru korang nak pertikai kan SPRM??

hmmmm,sedarlah..SPRM seperti di bawah telunjuk seseorang.nampak sgt tiada ketelusan..

byk lagi kes bapak2 jerung...
tgk la kekayaan muhamad taib tu..
harap rakyat sarawak berubah..tah ape yg dipentingkan dengan pemimpin yg gila harta mcm tu...

-warga shah alam-

Anonymous said...

cOOL ANDA SEMUA. sprm BARU TUTUP KES TU, BYK LAGI DEPA TAK BUKAK.. YG TU SEMUA peluru utk pilihan raya nnti.. tunggu dan lihat... kes balak depa tak cakap apa lg.. byk lg kes...
percayala ckp aku... hehehe biaq dia rest sket dan lalai kepala otak dia skang ni.

Nnti depa bukak, hampa tengok la, kurang2 pon ICU punya...