Tuesday, December 7, 2010

Dato' Seri, Undurlahhhhh

Sebelum anda membaca apa yang saya tulis, lebih baik anda klik di sini terlebih dahulu. Baca dan lihat semua dokumen-dokumen yang ada dengan teliti.

Ditangkap dan didakwanya Dato' Seri Khir Toyo oleh SPRM dan Peguam Negara semalam berpunca dari satu laporan yang dibuat oleh Adun DAP Sekinchan , Ng Sue Lim.

Tuduhan terhadap DSKT semalam adalah kerana membeli rumah dengan harga yang murah, sedangkan penjual membelinya dengan harga yang mahal. Penjual membelinya dengan harga RM 6.5 juta, kemudian dijual kepada DSKT dengan harga RM 3.5 juta.

Kenapa dia jual dengan harga RM 3.5 juta ?

Kerana itu nilai yang dinilai oleh ejen hartanah terkemuka yang ditubuhkan sejak tahun 1976 iaitu Rahim & Co dan surat tersebut ditandatangani oleh pengarahnya yang berbangsa cina, bernama Choy Yue Kwong.

Surat itu dihantar kepada Bank HSBC iaitu bank dimana DSKT memohon pinjaman untuk membeli hartanah tersebut.

Selepas itu bank meluluskan pinjaman sebanyak RM 3 juta kepada DSKT untuk membeli rumah tersebut.

Kita kena ingat satu perkara disini. Sebarang permohonan pinjaman bank untuk membeli rumah dari tangan orang (bukan dari pemaju), pihak bank akan melantik jurunilai untuk menilai harga rumah tersebut.

Setelah meneliti berapakah nilai semasa, barulah bank akan membuat keputusan berapa peratuskah nilai pinjaman yang boleh dikeluarkan kepada pemohon.

Dalam kes DSKT, dia ditangkap oleh SPRM dan didakwa di mahkamah kerana membeli tanah dan rumah dengan harga yang lebih murah daripada yang dibeli oleh penjual, walaupun nilai hartanah tersebut dinilai oleh ejen hartanah terkemuka.

Persoalannya di sini,

DSKT membeli tanah dan rumah tersebut mengikut nilai yang ditetapkan jurunilai bertauliah.

Sekiranya itu menjadi satu kesalahan sepatutnya jurunilai tersebutlah yang perlu dipersalahkan kerana menilai harga tersebut lebih rendah dari yang dibeli penjual.

Orang mana yang sanggup membeli hartanah dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dinilai oleh jurunilai bertauliah ? cuba beritahu saya orang gila mana yang sanggup lakukan begitu ?

Satu rekod baru boleh dicatat dalam negara kita semalam, apabila orang yang membeli hartanah mengikut harga yang ditetapkan jurunilai bertauliah adalah menjadi satu kesalahan.

Kepada sesiapa yang hendak membeli rumah selepas ini pastikan harga mesti mahal, jangan murah-murah nanti kena tangkap dan kena dakwa di mahkamah.

Apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang memalukan kepada ejen-ejen hartanah yang ada di Malaysia. Kalau perkara ini terjadi kepada Majlis Peguam saya yakin mereka semua akan berkumpul di depan mahkamah dan pegang lilin. Adakah persatuan ejen hartanah Malaysia atau jurunilai-jurunilai bertauliah sanggup buat begitu ?

Saya dapat merasakan tuduhan yang disebut di mahkamah semalam terlalu lemah. Setelah meneliti segala dokumen dan bukti-bukti yang tersiar di blog DSKT saya dapat merasakan beliau akan bebas.

Tetapi, sekiranya beliau dibebaskan sekali pun imejnya telah rosak dan karier politiknya telah punah. Setakat ini belum ada lagi orang politik dalam negara kita yang bebas dari kes mahkamah boleh kembali meneruskan karier politik mereka kecuali Anwar Ibrahim. Itulah kelebihan Anwar yang sukar ditandingi oleh mana-mana ahli politik dalam negara ini.

Saya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam kes yang dihadapi oleh DSKT, kerana SPRM mendakwanya dengan tuduhan dilihat terlalu lemah. Beli tanah dan rumah mengikut harga yang ditetapkan oleh jurunilai bertauliah. Jurunilai tak kena dakwa, orang yang membeli pula kena dakwa.

Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada DSKT, undurlah dengan cara baik. Letaklah jawatan Dato' Seri sebagai adun dan jawatan-jawatan politik yang lain. Saya tidak mahu menuduh apa-apa, tetapi Dato' Seri harus faham isyarat yang diberikan.

Dalam hidup ini, jika orang sudah tidak sukakan kita, buat apa kita nak tunggu lagi.

Tidak usah lagilah Dato' Seri hendak fikir tentang Selangor, tentang melayu, tentang Umno dan sebagainya.

Pergilah Dato' Seri, pergilah membawa diri mu bersama sekeping hatimu yang duka lara itu dan jika Dato' Seri kembali satu hari nanti, Insyaallah Dato Seri akan kembali sebagai seorang pahlawan yang hebat.

26 comments:

Anonymous said...

sukurangnya2 dato sri tk de la menyusahkn kedutaan turki untuk cari tpt berlindung...bkn macam peliwat haram jadah sekor tu.

wmu350 said...

ds khir telah dijadikan kambing hitam oleh pemimpin generasi akan datang.......

cite ni lebih kurang sama je dgn kes anwar dulu walaupun tak sama pada pendapat sesetengah [ihak tapi pada saya sama je...

rbf pun ada sebut nama anwar,sama da sengaja atau tidak tapi pada saya ini semua ada kena mengena dgn insan yg bernama ANWAR...

i know what u did last summer.!

imas said...

Bolih siarkah????

Anonymous said...

kenapa penjual sanggup rugi 3 juta..
kenapa nilai tanah di seksyen 7 murah gila, sedangkan rumah teres kat seksyen 13 pun dah hampir sejuta

Anonymous said...

banyak duit bhai mampu bayar ikat jamin RM750k .... berapa juta duit ada ....

wanbaki said...

bgi aku la faizal, Ds tak perlu letak jawatan yang melibatkn parti. Dia dah letak jawatan ketua pembangkang. Biarlah dia menghadap mahkamah dulu. kalau terbukti bersalah maka lucutlah semua jawatan. kalau tak bersalah ini akan jadi peluru nuklear...hehehe

Anonymous said...

Ds Kir beli banglo terbengalai sudah tentu harga murah dari pasaran. Kalau macam tu pihak berkuasa patut mengenakan tindakan yang sama terhadap pihak Dana Harta semasa kegawatan ekonomi 1997 kerana kebanyakan hartanah yang di beli murah berbanding harga yang sebenarnya.Untuk harta yang di lelong pihak berwajib perlu mengambil tindakan kerana mejual hartanah dengan harga lebih murah daripada harga yang di beli. Di Malaysia kini, jadi orang jahat lebih senang daripada jadi orang baik kalau kita ada pengaruh dan pandai kelentong.

Anonymous said...

apalah malang nasib politik melayu, dihancurkan oleh orang melayu lain dan yang bertepuk tangan siapa pula?

Anonymous said...

strategi menghalalkan cara .... kasi potong kaw-kaw bhai

Anonymous said...

KES NI MMG LEMAH SGT, CUMA NAK MELEPASKAN BATUK DITANGGA JER, BYK LG ADUAN PECAH AMANAH SI TOYOL JAWA NI DAH DIBAKULSAMPAHKAN DEK A.G GANI PAK TONGKO, AKHIRNYA BUANG KES...DAH TAU LAMA DAHHH! ;D

Anonymous said...

inilah namanyer politik.. sapa yg kuat pasti bertahan dan sapa yg lemah pasti kecundang... kenapa DSKT tak jd mcm DSAI.. lagi dihamtam bertambah lg kuat... buat promo free jee... aku yakin dlm kes DSKT ni, DSKT boleh bertahan.. cuma angka yg menjadi persoalan... alang2 mengelup pekasam, biar sampai kepangkal lengan.. lawan tetap lawan.. jgn berundur sebelum sampai waktu lg.. perjuang harus diteruskan.. selangor sekarang amat memerlukan pembangkang yg kuat seperti DSKT, klu tak kerajaan PR tak buat keja.. asyik cite air air air dan air je utk tarik perhatian rakyat.. yg depa baham kat belakang tu takde sapa yg tau... aku sokong DSKT teruskan perjuangan...

Anonymous said...

lepas ni dato seri bolehlah saman jurunilai tersebut sebab menyusahkan dia....

dah jelas kes ini ada kaitan dengan politik, bangsat sungguh permainan politik UMNO bermuka2...selama ini dato seri yang berusaha memperingatkan kealpaan badan perhubungan UMNO yang tidak bergerak walaupun berpengerusikan oleh PM sendiri...

Dato serilah yang pertama membongkarkan isu pasir dan air lpas tu barulah terhegeh2 di noh omar kehadapan dan ambil kredit...

bersabarlah dato seri, orang yang bergelumang dalam isu baja dan beras subsidi tak akan terlepas...ini hari mereka..

Anonymous said...

toko maal hijrah terbaru!

Anonymous said...

Isap kuat Faizal! Duit Toyol ko bawak lari je. KAH KAH KAH.

azman said...

Assalamualaikum Rbf

Tersentuh membaca perenggan terakhir tu, itulah dunia politik yang penuh dengan dendam kesumat dan iri hati.

Dr.Khir adelah ahli politik budiman.

halim said...

Teringat aku 2 minggu lepas aku ditegur oleh DSKT di Sekinchan di restoran Zam-Zam (Restoran Sri Kassim), masa tu aku sedang berbincang dengan client aku (cina) sambil minum-minum. Aku yang agak terkejut orang yang menepuk bahu dan memberikan salam tu adalah DSKT. Beliau dengan ramah bersalaman dengan aku dan klien aku tu (cina sokong DAP ye..) dan bertanya serba sedikit berkenaan perbincangan aku tu..pastu dia makan minum bersama-sama dengan staff dia kot bersebelahan dengan meja aku..dan klien cina aku tu berkata pada aku "kita tak benci sama dia,tapi dia kena keje lebih keras untuk dapatkan balik kita.."..aku tengok DSKT seorang pemimpin muda yang baik dan bagus,mngkin masa akan menentukan..

Anonymous said...

Salam RBF

Secara peribadi
aku suka tengok orang melayu kaya raya

aku suka tengok orang melayu pakai kereta besar dan terkini

aku suka tengok orang melayu berjaya dalam perniagaan berbilion bilion

aku suka tengok orang melayu mampu duduk dirumah yang harga berjuta juta

aku suka tengok orang melayu monopoli perniagaan dalam negara ini,macam di kelantan dan terengganu

aku suka tengok orang melayu mampu tinggal di hotel2 lima bintang
aku suka tengok anak orang2 melayu berjaya jadi saintis,jurutera,pakar jantung macam dr halili rahmat

aku suka tengok anak orang melayu dapat meneroka angkasa lepas macam dr mudzafar.

Orang yang tak suka dan dengki dengan kejayaan orang melayu adalah jenis orang yang hatinya busuk dan kecewa dengan nasib diri sendiri

Aku tak heran kalau bangsa lain sakit hati dan dengki dengan kejayaan orang melayu kerana mereka ada pelbagai niat untuk merasa demikian..khususnya niat jangkamasa panjang.

Bangsa lain tak pernah nak komen kalau bangsa sendiri kaya raya walaupun kaya dengan hasil judi..dan jangan lupa Lim Guan Eng kata judi haram..tapi dia tak pernah minta orang2 cina boikot Genting...aleh.aleh terima hasil judi bagi derma kat orang Melayu.

Siapa yang buat aduan mengenai harga rumah DSKT?

Siapa yang komplen mengenai pendapatan boss Syabas?

Siapa yang komplen kalau anak orang melayu ramai kat universiti,siapa yang komplen UITM nak buat kampus besar kat Serendah?

Pernah dengar puak2 ni marah kerajaan kerana orang2 melayu hidup merempat bawah jambatan?

Tapi kalau anak bangsa mereka yang merempat,puak2 ni akan buat demo besar2an dan serbu majlis PM.

Siapa juga orang Melayu yang kaya raya,punya rumah harga berjuta,hendaklah kita berbaik sangka.Kalau dia kaya dengan cara yang salah..Allah akan mengadili..

Kalau terlepas didunia..tidak mungkin terlepas di akhirat.

Yang kita beriya-iya buruk sangka dan berhasad dengki ni belum tentu selamat dari bala..dosa dah kompom dapat.

Kita ada SPRM..ada polis..ada undang2..biarkan undang2 berjalan..
Sapa buat salah..dia tanggung..

Ada sape2 nak komplen kat SPRM tentang kekayaan

Robert Kuok,Ananda Krishnan,Lee Shin Cheng,Lee Kim Hua,Teh Hong Piow,Quek Leng Chan,Yeoh Tiong Lay,
Tiong Hiew King,Vincent Tan

( Syed Mokhtar AlBukhary )
nasib baik ada sorang melayu terselit kat top 10 nie..tu pun dok no 8
moga2 tak orang yang busuk hati gi komplen pasal kekayaan SMA ni..

wassalam

Anonymous said...

bersungguh betul peguam negara nampaknya kali ni..dia sendiri turun padang..peh kes besar betul npknya..selama ni semua perkara cakap takde kes..dari namawee sampai ke kes nik aziz beribu ringgit beli kek sampai ke nizar dok fitnak PM najib hurus keris nak basahkan KL dengan darah cina..sampai ke kes pasir berdengung kat selangor..semuanya manjang takde kes..ontah le jang..den pun pening..

Anonymous said...

betul tu RBF...punya lama AG kumpul bukti tu hadapkan khir ke mahkamah..

last2,kes yg disabit pun mcm x kuat jerk..

eh,sape yg salah??pihak AG ke???punya lama dok siasat,tp ciput je dpt...

dr.khir pun dah standby dgn bukti..siap konpiden lagi cakap x bersalah...

another script,another drama...

dah agak dah
:)

Anonymous said...

"Datuk Seri jangan risau. You boleh mintak TANGGUH kes sampai kucing bertanduk punye..Tengoklah kes I nih...bukan takat kucing bertanduk lagi,tangguh sampai BABI pun dah boleh terbang ke sana sini punye..

LIEWAT tetap LIEWAT
TANGGUH tetap TANGGUH"

nasihat BABI AlJubori kpd DS Khir.

Anonymous said...

ALJUBURI
BN PRU13 ni akan kehilangan lebih banyak kerusi...heheee..lebih2 lagi UMNO..tau x kenapa sesetengah org melayu sekarang ni meluat sgt dgn UMNO??? Sebab pemimpin la, bkn sebab perjuangan UMNO, kalo ada saki baki yg masih setia pada UMNO adalah kerana sayang kan parti tersebut, tapi kalo macai2 jer yang sayang dgn parti , pembesar2 berlagak macam tuan tanah kedawong alamat la BN akan jadi pembangkang .Kat Johor yg masih setia pada UNMO purata umnor 40++ , yang muda2 memang da meluat sangat lebih2 lagi dgn kenaikan harga barang2 baru2 ni, sampai ada yg berkata kalo LKS jadi PM pon xperla asal khidupan lebih baik dari BN memerintah...apa yg membuat org muda melayu lari dari UMNO? Pemimpin UMNO sekarang ni la kena jawab..

To Live Again said...

to wmu350

Xde ape pon persamaan si nuar 2 dgn DSKT..Si nuar 2 dulu bkn jadi kmbg hitam tp dia yg mengKAMBING HITAMAKAN sape dia x suka..

Lgpon tuduhan ke tas dia mmg kuat..Perbuatan jht dia bkn pembangkang je nmpk even org2 umno pon blh nmpk..X pyh cita byk la..Cuba la tgk akaun azmin ketika muda2 dulu pendapat sbgai /U sulit sekitar 2k++ tp dlm bank dh ada berjuta ringgit..2 blm ckp pasal rahim ghouse, kamarudin jaafar dll..

Xde sape pon nk kmnbg hitam sespe..Kalau DSKT dgn kes 5-6 juta ni pon dh bersalah, nuar x pyh cita la..10x bersalah!

Chairman Kaga said...

WAHAI PENCACAI.
SAYA BARU BALIK DARI MENJELEJAH BEBERAP BLOG YG TERANG2 MENGUTUK SARANAN ENGKAU NI.

HARAP MAKLUM. TETAPI SAYA SETUJU. NILAH SARANAN YG CUKUP BAGUS UTK MEMBERSIHKAN NAMA PUAK GEROMBOLAN.

MUAHAHHAHA DAN HE HE HE HE

TIPS: JANGAN PADAM KOMEN AKU IA. TAK BAIK TAO TAK

Anonymous said...

Isu beli rumah rendah dari harga pasaran sepatutnya tak timbul. Jika pembeli dan penjual setuju untuk jual beli walau RM1 sekalipun tidak menjadi masaalah. Penakrifan Open Market Value adalah bila ada willing buyer dan willing seller.

Pada pandangan saya, pihak penilai sepatutnya perlulah menilai dengan harga yang sebenarnya mengikut penakrifan diatas. Sekiranya penilaian dibuat terlalu rendah maka penjual berhak untuk tidak menjual. Ataupun sekiranya penilaian dibuat pada harga RM7juta misalnya, tetapi penjual dan pembeli masih ingin berurusan pada harga RM3.5 juta dan kedua-duanya bersetuju maka tidaklah menjadi kesalahan.

Dalam istilah penilaian ada diketegorikan sebagai Nilai Jualan Paksa (bukan dipaksa tetapi terpaksa atas sebab2 yang tidak menyalahi undang2), nilai kasih sayang (seperti jualan dari bapa kepada anak) dsb. Ini semua tidak mencerminkan nilai pasaran sebenar yang selalunya lebih rendah dari harga pasaran sebenar dan juga tidak salah jika berlaku.

Sekiranya ada unsur rasuah maka siasatan menyeluruh termasuk penipuan nilai pasaran oleh penilai perlu diambil kira atas sebab bersubahat.

Anonymous said...

Maaf RBF - kau berbicara dengan hujah yang begitu lemah tanpa mengambil kira komplikasi undang-undang.

Benarlah DSKT membeli rumah pada harga yang jauh lebih murah dari harga beli pemilik sebelumnya dan ianya berdasarkan penilaian jurunilai hartanah. Sepatutnya ia tidak harus menjadi suatu kesalahan.

Akan tetapi, bila ianya melibatkan pembelian oleh seorang menteri besar yang masih memegang tampuk kekuasaan, transaksi tersebut menjadi suatu yang amat diragui.

Dalam undang-undang kontrak penawaran dan penerimaan haruslah didasari dengan pertimbangan yang munasabah (reasonable consideration). Adakah ianya sesuatu yang munasabah untuk syarikat pemilik asal harta tersebut membeli rumah pada harga RM6.5 juta untuk dijual pada harga RM3.5 juta kemudiannya? Dan ianya telah pun berlaku, tetapi atas pertimbangan apa?

Kamu harus ingat kes ini dikendalikan sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail. Jika gagal kerana kekurangan bukti yang kukuh, seperti yang kamu dakwa, adakah kamu fikir peguam negara sanggup meletakkan leher dia pada kes ini?

Adakah MACC sanggup mengesyorkan pihak Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan jika MACC belum melengkapkan siasatan dan mempunyai bukti2 secukupnya? Sila baca blog post oleh A Voice di Another Brick in The Walls, mengenai proses siasatan MACC yang begitu ketat, serta di bawah pemantauan pelbagai lapisan panel bebas yang dianggotai oleh 42 orang ahli panel bebas yang terdiri dari kalangan professionals, ahli akademik, bekas2 hakim dsb selain daripada 6 orang wakil politik, 3 dari BN dan 3 dari PR.

Renung-renungkan...

-al-fareed-

Anonymous said...

Anonymous said...
ALJUBURI
BN PRU13 ni akan kehilangan lebih banyak kerusi...heheee..lebih2 lagi UMNO..tau x kenapa sesetengah org melayu sekarang ni meluat sgt dgn UMNO??? Sebab pemimpin la, bkn sebab perjuangan UMNO, kalo ada saki baki yg masih setia pada UMNO adalah kerana sayang kan parti tersebut, tapi kalo macai2 jer yang sayang dgn parti , pembesar2 berlagak macam tuan tanah kedawong alamat la BN akan jadi pembangkang .Kat Johor yg masih setia pada UNMO purata umnor 40++ , yang muda2 memang da meluat sangat lebih2 lagi dgn kenaikan harga barang2 baru2 ni, sampai ada yg berkata kalo LKS jadi PM pon xperla asal khidupan lebih baik dari BN memerintah...apa yg membuat org muda melayu lari dari UMNO? Pemimpin UMNO sekarang ni la kena jawab..

December 8, 2010 4:01 PM

Johor tang mana ko kata dah hlg skongan kat umno ?? aku rasa ko ni bkn pas, bkn pkr tp anak cina skudai skong dap yg buat kesimpulan berdasarkan penilaian beberapa org.. bodoh.. umno masih utuh di dalam jiwa anak2 muda melayu johor.. berambuslah ko dari johor sial.. Hidup umno.