Thursday, January 13, 2011

Al-Fatihah Kepada Saudara Abdul Aziz

Sahabat blogger yang seperjuangan dengan kita saudara Yang Gambi telah meninggal dunia pada jam 11.10 malam tadi (rabu malam khamis) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Arwah telah meninggal Dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Arwah bernama Abdul Aziz Baharom dan berumur 56 tahun

Jenazahnya akan di kebumikan di Felda Keratong 2 Pahang.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa kepada Allahyarham.

Ya Allah ya tuhanku, Allah maha pencipta, Allah maha pengasih dan Allah maha penyayang.

Ya Allah daripada mu kami datang dan kepada mu kami kembali.

Ya Allah ya tuhanku tuhan yang maha pencipta, rakan kami telah kembali ke pangkuan mu, Ya Allah, permudahkanlah urusan kuburnya, ampunilah segala dosanya-dosanya dan tempatkanlah rohnya dikalangan orang-orang yang beriman.

Ya Allah, sesungguhnya hanya kepada mu tempat kami meminta, perkenankanlah doa hamba-hamba mu yang serba kekurangan ini ya Allah. Sesungguhnya tiada tuhan yang kami sembah melainkan Allah yang satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah.

Amin-amin ya rabal al amin.

Perhatian kepada rakan-rakan pembaca

Sebagai menghormati rakan seperjuangan yang telah kembali ke Rahmatullah, maka pada hari ini (khamis) blog ini tidak akan mengeluarkan apa-apa posting. Kembali menemui pembaca pada hari jumaat.

3 comments:

Anak Lenggong said...

Salam takziah kepada semoga roh nya berada disamping orang yang beriman..aminnn...sebagai pengunjung setia blog beliau saya berasa terharu kerana kehilangan saorang pejuang bangsa agama dan bangsa ..walaupun beliau berjuang tanpa sebarang bayaran...

Anonymous said...

Al-Fatihah...moga roh beliau di tempatkan di kalangan org beriman..Amin...
Takziah buat keluar Arwah Bloggers Yang Gambi..


Anak Jati Selangor..BLADE..

Tenang Lautan Biru said...

Mohon link tuan untuk blog kami. Nak hadapi PRK Tenang ...