Sunday, January 9, 2011

Astro Awani Perlu Jelaskan Perkara Ini

Pagi tadi (ahad 9.1.11) penduduk-penduduk Kg Jalan Kebun Shah Alam telah mengadakan satu perhimpunan secara aman bagi menyokong perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas dasar Datuk Khusrin adalah anak jati kampung berkenaan.

Selain menyokong Datuk Khusrin dalam perhimpunan itu juga penduduk-penduduk kampung menyatakan bantahan mereka terhadap kenyataan adun kawasan mereka yang dikatakan menghina KDYMM Sultan Selangor.

Perhimpunan tersebut mendapat liputan dari beberapa media masa utama negara kita. Dikatakan ramai pemberita berada di sana.

Saya mendapat panggilan dari seorang kawan yang tinggal di kampung berkenaan yang memberitahu tentang dua orang pemberita yang mencurigakan.

Salah seorang dari mereka memakai pas media TV Selangor. Menurut rakan saya yang mengejutkannya ialah pemberita yang memakai pas TV Selangor tersebut tiba-tiba mengeluarkan mikrofon Astro Awani dari dalam beg yang dibawanya untuk temuramah penganjur demo.

Rakannya yang tidak memakai apa-apa pas media pula merakam temuramah tersebut dengan hanya menggunakan kamera video yang kecil.

Timbul keraguan dalam hal ini, mengapa pas yang dipakai milik TV Selangor (tv internet PKR) tetapi mikrofon pula milik Astro Awani.

Itu satu hal.

Satu hal lagi pula, tidak munasabah Astro Awani sebagai salah sebuah stesen tv yang besar di negara kita menggunakan kamera video yang kecil yang berharga RM 1-2 ribu yang seperti kita sendiri pakai. Kalau itu sahaja alat-alat yang dipakai Astro untuk buat kerja adalah tidak patut mereka caj kita semua mahal-mahal setiap bulan untuk dapatkan siarannya.

Persolannya kini,

Adakah Astro ada menjalinkan kerjasama dengan TV Selangor ?

Adakah telah berlaku penyamaran dalam hal ini ?

Adakah pemberita TV Selangor atau Astro buat dua kerja ?

Perkara-perkara inilah yang perlu dijelaskan oleh Astro. Saya tidak minta pihak TV Selangor jelaskan kerana bagi saya mereka tiada kualiti , mereka hanya cap ayam. Berbeza dengan Astro, sebuah jenama yang gah.

Buat masa sekarang saya tidak mahu menuduh yang bukan-bukan dan saya juga mengajak rakan-rakan pembaca agar jangan mentafsir yang bukan-bukan terlebih dahulu. Kita tunggu penjelasan dari pihak Astro.

Gambar-gambar dibawah dirakam oleh rakan saya sebagai bukti dan dikirimkan kepada saya melalui e mel sebentar tadi. Sila klik pada gambar berkenaan untuk melihatnya dengan jelas.

Gambar atas dan bawah (no 1 dan no 2)

Pas media TV Selangor tergantung di dadanya dan mengeluarkan mikrofon Astro Awani dalam beg yang dipegangnya.




Gambar atas dan bawah (no 3 dan no 4)

Mikrofon Astro Awani digunakan untuk temuramah dan sila lihat perakam video yang digunakan rakannya (kanan,bertopi merah). Wayar dari mikofon disambung ke kamera video kecil tersebut.

Lihat pula kamera yang digunakan oleh jurugambar yang bertopi di sebelah kiri. Itulah saiz kamera yang selalu digunakan oleh kebanyakan stesen tv. Sebab itu rakan saya kata tidak munasabah langsung kamera video peribadi digunakan oleh Astro untuk membuat liputan.

17 comments:

Anonymous said...

pihak astro kena menafikan dan membuat report polis, sure budak dua orang ni masuk jel.

yat said...

confirm .menyamar', microphone tu agaknya dibuat sendiri...

Anonymous said...

kasi sumbat dalam-dalam jer lagi baguih sumbat dalam perigi buta pastu bubuh ular, lipan, tikus banyak-nbanyak ... muahahhahahah

Anonymous said...

Ada TV Selangor ke? Pirate TV ke? Tak pernah dengar pun.

Anonymous said...

Baguslah sekurang kurangnya ada liputan,tak kira lah kamera besar kerusi atau besar bola ping pong itu menunjukkan kecangihan peralatan moden.Kalau nak kamera besar panggil lah TV 1,2,kerana masih pakai peralatan lama.Jadi berterima kasihlah kerana masih ada yg membuat liputan dan janganlah berperasangka buruk kepada orang lain..nanti orang akan menyampah.Tak pasal pasal benda yg baik akan manjadi polemik lain pula...iaitu orang akan sumpah seranah kita pula.....AMAN

Anselmo said...

Astro Awani lah tu, sapa plak lagi. Pas Media TV Selangor, memanglah Astro ni peminat bontot. Kalu tak macam mana microphone blh ada. Astro mengaku je, senang. Kita kan negara bebas. Kepada pembaca budiman, fikir-fikirlah langganan kita kat Astro, patut kita minta Rais benarkan TV lain mcm Astro.

Naza said...

sumbat bontot pn dh cukup....bior die geli...muahahahaha...

Anonymous said...

sebijik mcm yahudi....leh lak nyamar reporter tv len..blajo ngan anwar la nie....anak didik yahudi

blogenstarz said...

MAMAT NI PUN BINGAI HAPAK SUNGGUH.
NAK JADI WARTAWAN,KENALAH PROFESIONAL !
ASTRO ... JAWAB YA !

Anonymous said...

Salam, RBF aku rasa budak ni stringer, takde rakan media yg suka suka nak guna mic flag media lain, dlm pic aku nampak reporter lain pun ada..takan tak kenal..isu camera kecil tak penting, yg penting behind the camera, aku pernah guna handycam untuk liputan BBC, takde hal pun..lain kali terus je gi tanya..kann sng dapat penjelasan, minta no phone..boleh follow up..

Panglima Perang Cyber said...

Astro patut jawab hal ni.


jawab jgn tak jawabbbb

Anonymous said...

aiyoyoyo awani takkan buat keje macam tu lah, ini semua tindakan desperate pkr pas pis pus dan DAPig

Anonymous said...

ini soal keselamatan mereka..keje wartawan ni perlu ade skil menyamar2 ni, bukan ape..utk tujuan keselamatan, mmg etika kewartawanan perlu dipatuhi, tp wartawan juge tidak ingin mengambil risiko pakai microfon tvselangor..

kang tak pasal2 dgn diorg2 skali kena bakar, sedangkan mereka hanye cari makan ikut arahan boss shj..

so maafkan org ini, cuma astro awani kena la amik tindakan kerana ianye membabitkan kredibiliti mereka..takkan nak bagi lepas je penyamar yg menggunakan nama mereka..

To Live Again said...

woi anon January 9, 2011 5:36 PM

rbf bukan pertikai sgt pon bab KAMERA BESAR KE KECIK ke..2 cuma selingan dn kiasan..Besar lg kamera yg KHALID JMPA kn hahha..

Yg rbf nk dedahkan di sini ialah PENYELWENGAN dn PENIPUAN yg mamat ni cuba buat..Kalau dh dia dr TV SELANGOR..Pkai jela microfn tv selangor..Ni salah dr segi etika kewartawanan..

I jugak boleh mencemarkan nama baik astro awani..Kalau esk2 astro awani yg menyamar jd wartawan TV PAS KE TV SELANGOR ke pas 2 terkantoi xkn la puak2 ni nk diam..

2 yg rbf cuba timbulkan

Anonymous said...

kalu benar wartawan2 ini bukan dari astro awani dan tiada kebenaran menggunakan platform astro awani utk menjalankan aktiviti kewartawanan, astro awani kena amik tindakan kepada TV Selangor..bukan kat dua org individu menyamar ini..kesalahan patut diletakkan kpd tv selangor, pasal 2 wartawan ni biar tv selangor yg hukum mereka sekiranya benar mereka melanggar etika kerja yg ditetapkan tv selangor tersebut..

Anonymous said...

anon 5.36 - isunya bukan pasai liputan lah ngok. ni pasai budak tu pakai pass dari media lain, guna mic dari media lain. tu menyamar namanya.. tak professional, tak kiranya stringer ker apa ka. kalau aku pakai media pass malaysiakini tapi tonyoh mic bernama tv, ada betul ka?

Anonymous said...

salam RBF dan forumer..

tahniah sbb rata2 rakyat sokong perlantikan Khusrin dan junjung setia sultan...

jika sidang tergempar DUN dijalankan,walopun PR tiada majoriti 2/3,adakah2 wakil2 dari UMNO akan menolak cadangan menyerahkan kepada sultan dan MB dlm melantik SUK??

harap2 sidang itu berjalan lancar..sama2 la ADUN dari UMNO setuju mengembalikan hak kepada Sultan utk menentukan perlantikan SUK selepas ini..

Hidup Sultan,Hidup bangsa melayu!!
jgn derhaka...

mohon disiarkan....

salam
-warga shah alam-