Saturday, January 1, 2011

Betul Ke Rais Yatim ?

Sejak minggu lepas lagi orang bercakap di kedai-kedai kopi, kedai mamak, di coffee house hotel dan juga melalui sms mengenai pendedahan wikileaks kononnya ada seorang menteri kita terlibat merogol pembantu rumahnya. Khabar-khabar angin yang tersebar itu mengaitkan nama Menteri Penerangan, Datuk Seri Utama Rais Yatim (DSRY) yang terlibat dalam kes itu.

Saya sendiri tidak mengetahui sejauh mana kebenaran ceritanya itu. Blogger Azli Shukri ada menulis mengenainya dan mengatakan khabar angin tersebut adalah satu fitnah terkutuk. Sini

Masalahnya, benda ini telah lebih seminggu diperkatakan , tetapi sehingga hari ini DSRY tidak bangkit untuk menafikan perkara itu. Tidak diketahui pula oleh saya sekiranya beliau tidak tahu menahu yang beliau dikaitkan dengan tuduhan itu.

Oleh yang demikian saya menyokong apa yang ditulis oleh blogger GAP dan House PK iaitu DSRY perlu bangkit dan jelaskan perkara itu. Sini dan sini

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ianya boleh menjejaskan imej kerajaan, BN dan DSRY sendiri. Khabar angin kalau dibiarkan ianya akan menjadi semakin ribut taufan Jangan biarkan persepsi buruk melekat kepada rakyat. Kerana persepsilah yang membuatkan BN kalah teruk dalam pru 12.

Dalam soal menangkis khabar angin, saya perhatikan orang-orang sebelah kita selalunya terlalu lembab untuk bertindak. Mereka selalu biarkan khabar angin itu menjadi ribut taufan. Apabila telah menjadi begitu ianya tidak mampu dihalang lagi.

Perkara ini tidak berlaku kepada pihak sebelah sana. Apabila ada cerita tidak baik terhadap mereka, mereka bangkit sepantas kilat menjelaskan kepada rakyat, walaupun tidak dinafikan ada benda yang mereka jelaskan tidak benar.

Lihat sahaja contoh yang terjadi baru-baru ini. Apabila wikileaks mendedahkan Singapura tahu tentang kegiatan liwat yang dilakukan oleh papa Nurul Izzah, sepantas kilat mereka bangkit dan putar belitkan cerita kepada rakyat dan Anwar sendiri terpaksa turun ceramah di pasar malam.

Itulah cara nak tangkis persepsi buruk.

Jadi dalam soal ini, itulah yang perlu dilakukan oleh DSRY. Beliau perlu bangkit segera untuk menafikan tuduhan tersebut. Jangan biarkan khabar angin menjadi barah. Ini soal maruah dan harga diri, apatah lagi individu seperti DSRY , seorang ahli politik veteran yang penuh dengan pengalaman dan imej yang baik sebelum ini. Sesuatu yang agak malang di penghujung karier politiknya beliau telah dituduh dengan tuduhan yang amat berat. Tuduhan ini boleh merosakkan nama baik dan jasa-jasa yang dicurahkan selama ini.

Oleh yang demikian, saya amat-amat berharap agar DSRY bangkit dan jelaskan perkara ini secepat mungkin sebelum ianya menjadi barah. Apatah lagi isu ini pula melibatkan negara jiran Indonesia. Jika tidak dinafikan ianya akan menjadi isu pula di Indonesia dan boleh menambahkan lagi ketengangan antara mereka dan kita yang telah pun tegang sebelum ini dengan pelbagai isu lain.

Sekarang segelintir rakyat Indonesia masih lagi berdendam dengan kita, apatah lagi dengan kekalahan mereka dalam perlawanan bolasepak beberapa hari lepas. Mereka akan mengambil kesempatan itu untuk ganyang kita dengan kes pembantu rumah mereka dirogol.

Jika pembaca bertanyakan kepada saya, apakah tuduhan itu benar ? saya memilih untuk sukar mempercayainya.

Kenapa saya begitu ?

Pertama, kerana mengikut tulisan blogger Kickdefella beliau tahu tentang perkara itu semasa beliau bersama dengan seorang pemimpin tertinggi Pas dalam kenderaan rasminya. Walaupun tidak dinyatakan secara terus terang siapa pemimpin tertinggi Pas itu , tetapi kita sendiri boleh faham siapa bos Kickdefella semasa beliau bekerja di Kelantan. Bukan setakat terima berita malah beliau ke Indonesia untuk menemuramah mangsa. Bagaimanapun menurut Kickdefella pemimpin tertinggi Pas tidak mahu mendedahkan perkara tersebut. Ikuti tulisan Kickdefella di sini.

Bagi saya ianya sesuatu perkara yang pelik apabila pemimpin Pas mendiamkan perkara tersebut. Kenapa mereka tidak dedah atau gunakan itu sebagai modal p/raya 2008. Jika tidak mahu dijadikan modal p/raya 2008 sekali pun mereka tidak gunakan isu itu sebagai modal dalam dua pilihanraya kecil yang telah berlangsung di Kelantan iaitu Manek Urai dan Galas.

Adalah sesuatu yang mustahil, jika Pas sudah tahu tentang perangai buruk musuh mereka tetapi mereka tidak dedahkan.

Saya berpendapat, pemimpin Pas tidak mendedahkan perkara itu kerana mereka merasakan tuduhan itu tidak betul, apatah lagi apabila mereka sendiri berjumpa dan menemuramah mangsa. Jika mereka dedahkan juga benda yang tidak betul, mereka bimbang ianya akan menjadi senjata makan tuan.

Perkara kedua yang membuatkan saya sukar mempercayai adalah kerana DSRY adalah seorang pemimpin yang terkenal yang lemah lembut, sopan santun dan berbudi bahasa. Beliau juga sewaktu menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah memperkenalkan kempen Budi Bahasa Budaya Kita.

Kempen yang dijalankan beliau boleh dikatakan berjaya dan berkesan. Bukan sahaja berkesan di kalangan rakyat malah di kalangan pemimpin pembangkang sendiri. Buktinya, sebelum Anwar meliwat Saiful, dia terpaksa bertanya terlebih dahulu kepada Saiful dengan penuh budi bahasa dan sopan santun, "can i fu*k you today". Itulah bukti keberkesanan kempen berkenaan yang dibuat oleh DSRY.

Dua perkara inilah yang membuatkan saya sukar untuk mempercayai tuduhan yang dilemparkan terhadap DSRY. Bagaimana pun itu setakat saya sahaja. Saya tidak tahu orang lain percaya atau tidak, dan saya tidak boleh memaksa mereka bersependapat dengan saya.

Jalan terbaik untuk DSRY bersihkan namanya sepertimana yang berulang-ulang kali catitkan di dalam blog ini iaitu beliau perlu bangkit dan jelaskan perkara tersebut dengan sejelas-jelasnya.

13 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

salam sahabat, itulah sebaik2 untuk rais lakukan...

Panglima Perang Cyber said...

itu antara opsyen yg boleh kita cadangkan.

tuan punya badan tentu tengah ligat berfikir bagaimana nak selesaikan fitnah tersebut.

we will wait n see.

rasa tergelak baca tulisan bro bab 'can i fuck u today' hahahaha


demo memang ada gaya wartawan hehe

Selangor In Change said...

http://selangorinchange.blogspot.com/2011/01/kata-cina-muslim-ini-bukan-ada-sesuatu.html

Anonymous said...

"Perkara kedua yang membuatkan saya sukar mempercayai adalah kerana DSRY adalah seorang pemimpin yang terkenal yang lemah lembut, sopan santun dan berbudi bahasa. Beliau juga sewaktu menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah memperkenalkan kempen Budi Bahasa Budaya Kita."

part ni lawak la bro..hahaha..tanya org kg dia, dia lebih kenal, aku malas nk cerita kat sini..

ingat JJ, dia nampak baik, tapi rupanya.....mujur wanita tu memaafkan, kalau tak teruk juga JJ didakwa atas tuduhan meraba punggung...

so, benda ni xheran..muka baik sekalipun jgn disangka xbuat perkara buruk...fitrah manusia..

wikilik said...

kalau ko imbas balik tahun 2007..rais yatim pernah tarik diri dari jawatan tertentu....xtau sbb apa...tp aku rasa time ni la yg berlaku...

baca kat sini..tahun 2007 tuuu...
http://jiwokelate.wordpress.com/2007/08/02/rais-yatim-tarik-diri-calon-setiausaha-agung-komanwel/

mnorkembalak said...

Salam, saya menyokong penuh tidak berbelah bagi terhadap catitan bloger rakan (rbf online)memang tepat dan padat untuk membetul kan jika ini satu kekeliruan.
imej kerajaan perlu di bersehkan walau dengan apa jua cara...

Anonymous said...

fITNAH MEMFITNAH SUDAH MENJADI MAKANAN YANG MENYELERAKAN SEGOLONGAN ISLAM DI MALAYSIA HARI INI.

MELAYU/ISLAM TIDAK AKAN MUSNAH KECUALI MELAYU ITU SENDIRI YANG AKAN MEMUSNAHKANNYA

Anonymous said...

tahniah RBF, layout yang sangat bagus..senang nak baca dan sejuk mata memandang

Jolobak Jolobu said...

Betul atau tidak, masa rocky mula timbulkan isu "Who gets Santa Rais' RM1 billion handout?", macam-macam kenyataan dan tindakan diambil oleh Rais.

Hingga dilanggar prosedur dan salahguna kuasa. Takut pulak report SPRM.

Konon maruah keluarga tercemar kerana nama anak disebut.

Tapi bila Najib kata "terkilan", macam lipas kudung nak jumpa Rocky dan Big dog.

Sekarang nama ketua keluarga disebut, kenapa diam saja ...

Dengar Maznah dah tidak duduk di Ampang lagi tapi dah duduk Seremban?

Dahlah Rais ni bukan baik sangat. Masa dia MB N9 macam2 cerita. Tanya orang Felda dan Guthrie.

Anonymous said...

TU LA..AKU TERTENGOK DALAM HARAMKAH PUN ADA TULIS BERITA NI..APA LAGI SAMAN JE LAHH HARAMKAH NI..SEBAB KUAR BERITA UNSUR FITNAH TERKUTUK LAGI..BIL 1601 TARIKH 31 DISEMBER - 2 JANUARI 2011..MUKA SURAT N11 RUANGAN NASIONAL..TAJUK "PERKOSA AMAH,MENTERI ITU MASIH DALAM KABINET"..SEKIRANYA PERKARA INI FITNAH MAKAN DSRY PERLU MENYAMAN HARAMKAH INI....AYUH!!!

Anonymous said...

UNTUK DSRY.... SEGERAKAN KELUARKAN KENYATAAN BAGI MEMBERSIHKAN NAMA DAN SAMANLAH MEREKA YANG MENABUR FITNAH INI....USAH BIARKAN BENDA INI BERPANJANGAN KELAK IA AKAN MENIMBULKAN PERSEPSI YANG NEGATIF TERHADAP DATO SERI DAN JUGA UMNO...CEPATLAH DSRY BERTINDAK SEBELUM BENDA INI MENJADI BARAH.....

Anonymous said...

Entah pun siRAIS YATIM nih....kalau cerita tuh xbetul, apa mau tunggu..kasi clearlah bebe!! Lainlah kalau memang berlaku kan kan kan?

Org kata jgn judge book by it's cover, thus, kalau benda nih xbetul ambillah tindakan sewajarnya....ingat jgn BERBOHONG sbb Allah nampak apa yg kamu buat atau katakan!!

Anonymous said...

...is just a warfare...psycho-politics...