Friday, January 14, 2011

Darjah Kebesaran : Dr Khir Jawab Kenyataan Datuk Khusrin

Belum pun reda isu perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kini timbul pula satu masalah baru. Masalahnya berkenaan dengan penarikan darjah kebesaran kepada Dr Mohd Khir Bin Toyo.

Pada pandangan saya perkara ini perlu diperbetulkan kerana ianya melibatkan maruah seorang pemimpin. Kalau benar-benar pemimpin itu menipu saya tidak kisah. Beliau bercakap yang benar kemudian beliau diberikan gambaran seolah-olah seorang penipu dan akhirnya masyarakat menuduh beliau menipu.

Rakan-rakan pembaca boleh lihat komen-komen di blog Dr Khir bagaimana masyarakat menuduh beliau sebagai seorang penipu sebaik sahaja keluar kenyataan Datuk Khusrin semalam. Sini

Inilah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Semenjak jatuhnya Dr Khir sebagai MB Selangor, pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Mungkin itu semua itu ujian dari Allah SWT.

Saya tidak bercadang menulis panjang lebar perkara ini kerana tuan punya badan telah menjelaskannya selepas kenyataan Datuk Khusrin dikeluarkan. Sini

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mana yang kita rasa betul kita kena pertahankan. Begitu juga semasa Datuk Khusrin diserang bertalu-talu oleh PKR dan DAP, saya dan rakan-rakan blogger bangkit pertahankan Datuk Khusrin habis-habisan kerana kami merasakan Datuk Khusrin berada di landasan yang betul.

Tidak menjadi masalah untuk Datuk Khusrin mengumumkan darjah kebesaran Dr Khir digantung cuma Datuk Khusrin kena maklumkan juga berkenaan surat penawaran untuk memulangkan darjah secara sukarela yang dihantar oleh Dr Khir.

Semoga perkara ini dapat diperbetulkan balik kerana ianya melibatkan soal maruah. Kalau Dr Khir benar-benar menipu saya tak peduli soal maruhnya. Tetapi dalam hal ini saya tahu dia tidak menipu dan saya juga tidak mengatakan Datuk Khusrin menipu.

Mungkin juga terdapat salah faham atau tersalah maklumat dalam hal ini kerana Datuk Khusrin pun baru memulakan tugasnya tahun ini dan tidak mengetahui berkenaan dengan surat yang dihantar oleh Dr Khir pada tahun lepas.

Harap-harap begitulah dan tidak diketahuilah oleh saya sekiranya ada agenda lain di sebalik semua ini. Moga-moga tidak begitu.

Garam kunyit jika ditabur di atas luka yang masih berdarah tentu pedih sekali rasanya.

2 comments:

Anonymous said...

Dr Khir hantar surat bulan december..tapi pengantungan diperkenankan pada 11 jan 2011. Jadi, kedua-duanya bercakap benar la.

anti bohmau said...

bergerak atas landasan yg betul... jika tidak, senanglah tergelincir..

dlm politik, niat tidak menghalalkan cara. bertindaklah atas prinsip kebenaran.

jgn cakap sj nakkan kebenaran tapi sukar menerima hakikat bila ianya sudah terbukti..

apapun dr. mohammad khir toyo sudahpun memulangkan pingat & gelaran tu secara sukarela demi memlihara 'daulat tuanku'. datuk khusrin pula mengumunkan perlucutan tersebut...

betul tu anon 12:26pm,

tidak ada apa2 yg perlu diputar belitkan. sampai masanya nanti, yg benar akan terserlah, Insyaallah...