Wednesday, January 19, 2011

Insan Ini Perlukan Bantuan Kita, Tolonglah Dia....

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....

Sebaik sahaja menatap gambar di atas pasti kita semua akan geleng kepala dan terkejut melihatnya. Itu perasaan kita yang melihatnya, cuba kita bayangkan pula perasaan orang yang mengalaminya. Sudah tentu dia lebih seksa dari apa yang kita lihat.

Nama insan dalam gambar diatas ialah, Muhamad Haruman Miskon dan berusia 22 tahun.

Beliau adalah anak YATIM PIATU.

Berasal dari Tanjung Karang Selangor

Petikan berita dari Utusan Online,
Seorang pemuda yatim piatu menderita lebih dua bulan setelah hampir keseluruhan tubuhnya melecur teruk akibat terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor, dekat sini.

Dalam kejadian 26 November tahun lalu, Muhammad Hairuman Misnun, 22, tercampak kira-kira lima meter dan seluruh badannya berasap setelah galah daripada aluminium yang digunakannya 'terkait' wayar elektrik.

Akibat insiden itu, dia cedera parah dengan tangan kanannya terbakar dan kemungkinan terpaksa dipotong manakala hampir seluruh bahagian dada dan belakangnya melecur hingga ke dua-dua kakinya.

Kakak mangsa, Maryuni Misnun, 32, berkata, ketika kejadian adiknya itu ada bersama seorang lagi rakannya yang turut bekerja mengait buah kelapa sawit.

"Adik saya selalu mengambil upah mengait kelapa sawit bersama-sama rakannya itu. Pada hari kejadian, sedang mereka bekerja, tiba-tiba rakan adik saya terdengar bunyi letupan yang kuat.

"Dia begitu terkejut melihat adik saya tercampak lebih kurang lima meter dalam keadaan badan berasap dan pakaian terbakar.
Beliau kini berada di wad 5B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama membantunya setakat mana yang kita boleh bantu. Hari ini hari orang, mungkin satu hari nanti hari kita pula.

Besar ganjarannya kita menolong anak yatim piatu.

Insyaallah saya akan mengikuti dengan dekat perkembangan semasa insan tersebut dan akan melaporkan kepada anda dari masa ke semasa.

4 comments:

Anonymous said...

arap dptkan detail utk saudara kita ni...
spt akaun bank num...

TQ Rbf

-warga shah alam-

Anonymous said...

aduh kasihan sekali, harap semua boleh membantu beliau

Anonymous said...

Salam Rbf,

Tolong sertakan detail akaun bank mereka untuk dihulurkan sedikit bantuan.Terima kasih.

Rose

lanz_mr said...

Salam,
minta info a/c atau alamat untuk tujuan derma.
tq