Wednesday, January 5, 2011

Kakitangan Kerajaan Merajuk, Khalid Gagal Pujuk

Pening memikirkan masa depan
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan padah menunggu

Petang semalam (4.01.2011) bertempat di Dewan Anex Bangunan SUK Selangor Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan semua pegawai-pegawai kerajaan Selangor.

Beliau panggil semua DO, Datuk Bandar dan YDP datang dengan alasan untuk memberi penjelasan berhubung dengan konflik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Saya difahamkan, sebelum pegawai-pegawai kerajaan datang ke pertemuan itu, mereka terlebih dahulu merujuk perkara berkenaan kepada Datuk Khusrin selaku ketua mereka.

Saya difahamkan juga Datuk Khusrin tidak sesekali menghalang semua pegawai-pegawai itu untuk datang malah Datuk Khusrin meminta mereka supaya hadir kerana perlu menghormati Khalid sebagai MB.

Selain Khalid pertemuan itu turut dihadiri oleh Teresa Kok, Xavier Jayakumar dan Rodziah.

Dalam pertemuan itu Khalid bercakap dengan begitu lembut sekali dengan pegawai-pegawai yang hadir dan dia cuba buat lawak dan gelak-gelak. Nak ambil hati lah katakan. Tetapi usaha Khalid gagal, semua pegawai kerajaan tidak termakan dengan gelak ketawa yang Khalid cipta. Mereka betul-betul berada dalam keadaan serius sepanjang pertemuan itu.

Khalid dikatakan mengakui dalam pertemuan itu bahawa perlantikan Datuk Khusrin adalah sah di sisi undang-undang dan kerajaannya perlu membuat pindaan terhadap undang-undang tubuh negeri bagi membolehkan kuasa dikembalikan kepada negeri.

Mengikut maklumat yang saya terima, dalam pertemuan itu dari tutur kata serta bahasa badan Khalid menunjukkan seolah-olah beliau telah sedar yang beliau telah jauh terlajak dalam isu perlantikan Datuk Khusrin. Beliau cuba untuk undur balik dan ingin memikat kembali hati pegawai-pegawai kerajaan. Tetapi usaha itu gagal. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya.

Sebaik sahaja Khalid selesai menyampaikan ucapannya, dia memberi ruang kepada pegawai-pegawai di depannya untuk bertanya soalan. Beberapa kali beliau bertanya "ada soalan nak tanya", tetapi tidak ada seorang pun yang bangkit untuk bertanyakan soalan kepadanya. Semua pegawai berada dalam keadaan serius pada masa itu.

Sekarang baru Khalid tahu langit tinggi atau rendah. Selama ini dia ingat dia seorang MB maka dia boleh lakukan apa sahaja dan beliau buat kepada pegawai kerajaan seperti anjing. Sekarang baru dia tahu, siapa dirinya jika tanpa pegawai kerajaan. Sekarang baru dia tahu kuasa siapa lagi tinggi.

Kepada rakan-rakan sekalian, sekarang marilah kita sama-sama berdoa agar krisis pentadbiran yang berlaku di Selangor terus berpanjangan. Kita sama-sama berdoa juga agar Allah SWT terus membuka pintu hati Khalid untuk tidak membenarkan Datuk Khusrin angkat sumpah simpan rahsia di depannya dan seterus tidak boleh masuk ke mesyuarat exco.

Cara itu akan membuatkan kerajaan PKR dan DAP akan runtuh dengan lebih cepat di Selangor. Amin...

3 comments:

Anonymous said...

xpahamlah..mb layan kakitangan seperti anjing??...maksud bro?

ruang bicara faisal said...

anon 1.58 tak kan itu pun tak faham. lihatlah apa yg mereka lakukan selama seminggu lebih yang lepas ini.

Kama Irahsa said...

kalu aku jd pegawai kerajaan negeri, aku tanya jer soalan2 maut kat khalid. nampak sgt peagawai2 kerajaan masih dgn perangai lama takut dgn bos.