Tuesday, January 4, 2011

Khalid Ibrahim Jual Nama Sultan Selangor

Hari ini sekali lagi lagi kita didedahkan tentang pembohongan Khalid Ibrahim.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak bertitah bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Kenyataan itu adalah kenyataan Khalid sendiri, kemudian dia tipu pihak media dan rakyat kononnya Sultan bertitah sedemikian. Sini

Itu satu bab.

Sekarang kita masuk bab lain pula.

Semalam juga si gagap itu mengesahkan perlantikan Datuk Khusrin oleh SPA adalah sah di sisi undang-undang. Sini

Habis yang dia dan juak-juaknya duduk melalak selama seminggu apa ke bendanya ?

Seperti yang saya kata sebelum ini, mereka-mereka semua bodoh. Tidak tahu memerintah, tidak tahu peraturan dan tidak tahu undang-undang. Mereka buat ikut suka hati mereka sahaja.

Mereka tak tahu apa-apa, tetapi seminggu mereka duduk melalak menjatuhkan air muka orang lain sampai nak ajak rakyat berperang dengan Sultan, alih-alih semalam mereka akui pula perlantikan itu sah di sisi undang-undang.

Satu bab lagi , untuk membuktikan bahawa si Khalid Gagap memang bodoh dan bangang tahap cipan apabila semalam dalam sidang media yang sama dia beritahu tidak membenarkan Datuk Khusrin mengangkat sumpah menyimpan rahsia di depannya dan tidak membenarkan Datuk Khusrin mengikuti mesyuarat exco.

Anda semua lihatlah betapa bebalnya si gagap tersebut, dalam sidang media itu dia beritahu perlantikan Datuk Khusrin adalah sah dan dalam masa yang sama juga, di sidang media yang sama dan depan wartawan yang sama dia beritahu Datuk Khusrin tidak dibenarkan mengangkat sumpah serta hadir mesyuarat exco.

Tak ke bangang namanya tu ?

Kalau sudah sah apa lagi yang nak halang-halang ?

Itulah bukti dia nak bermain politik, dan dia sanggup buat apa walaupun melanggar undang-undang atau peraturan asalkan kehendak politik PKR dan DAP tercapai.

Bukan sekadar melanggar undang-undang atau peraturan, nama Sultan pun dia boleh guna untuk mencapai matlamat politiknya.

7 comments:

Anonymous said...

khalid ibrahim g mampos !!

Anonymous said...

Sekarang kami rakyat Selangor nak tahu siapa yang bercakap bohong, adakah istana bercakap bohong atau Menteri Besar yang bercakap bohong, kami rakyat biasa memohon supaya jangan susahkan kami..

Anonymous said...

Berentilah berpolitik, banyakkan kerja, jangan asyik nak layan DAP (atau DAp dah pegang telur)

Anonymous said...

salam 2 all..
haha..ini adalah lawak tahun baru! khalid ibrahim Raja Lawak Malaysia tahun 2010/2011. Tahniah!!!

Anonymous said...

salam.

Sy berharap saudara dapat mengguna bahasa yang lebih baik, molek dan elok dalam meluahkan kebenaran. Walaupun kita berada di pihak yang betul, atau cuba memebtulkan keadaan, penting juga kita menjaga tata budaya bahasa kita...itu pun salah satu cara membezakan "kita" dgn "mereka".

Joe Semput said...

Kalau Khalid halang Khusrin gi mesyuarat exco, apa tindakan yang boleh diambil terhadap YB Khalid?

Sapa yg nak ambil tindakan?

MANTRA said...

Salam

Siapa kata pindaan 1993 lucutkan kuasa Sultan lantik SS,LA & SFinO? .. Pahang buktikan >>http://dongtalk.blogspot.com/2011/01/siapa-kata-pindaan-1993-lucutkan-kuasa.html