Wednesday, January 5, 2011

Krisis Di Selangor : DAP Punca Kepada Segala Masalah

DAP didakwa menjadi dalang kepada kekecohan yang berlaku dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee mendakwa, perkara itu jelas terbukti apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dijadikan keldai politik oleh DAP.

PKR kini berada kemas dalam cengkaman DAP

Katanya, ia ekoran banyak rahsia Anwar tersimpan dalam kocek pengerusinya, Karpal Singh terutama melibatkan kes liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari.

"Oleh itu, Anwar tidak berani membantah apa sahaja yang disuarakan oleh pemimpin DAP itu walaupun mencabuli perlembagaan negara dan bermatlamat menghancurkan ketuanan Melayu dan institusi raja-raja Melayu negara ini.

"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga dilihat hanya seperti patung yang ikut telunjuk DAP dalam apa jua perkara walaupun kesannya menyusahkan rakyat," dakwanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Syed Ali berkata, PKR dan DAP secara terang-terangan cuba mempolitikkan isu tersebut dan PKR dilihat cuba bertindak sebagai diktator dan bersikap kuku besi walaupun pada dasarnya bertentangan dengan amalan biasa.

"Abdul Khalid juga seperti cuba menyorok sesuatu apabila bermati-matian menolak pelantikan Mohammed Khusrin walaupun mendapat perkenan Sultan.

"Cadangan beliau untuk mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda perlembagaan negeri mengesahkan kemungkinan ada sesuatu yang cuba dipertahankan," katanya.

Sumber: Utusan Online

3 comments:

santauangin said...

Sekarang bila DAPigs dah mula nak menguasai org Melayu apa yg org Melayu boleh buat sekarang ?

Cg Pian said...

ESOK HARI TERAKHIR KHALID GAGAP. LEPAS ITU, APABILA SUK BARU MASUK KHALID TAK GAGAP LAGI, TERUS BISU.

Anonymous said...

DAP punca segala masalah??

tgk kt penang,sape yg bela kontraktor melayu??

sape yg dok pong pang berjuang pasal melayu..
last2 bile LGE keluarkan fakta,siap mintak maap lagik...

betul cakap LGE,kontraktor melayu x pernah diabaikan...kontraktor melayu UMNO yg dah lama membuncit jer yg terabai..kesian kesian..

baru kontraktor kroni UMNO sedar erti susah tu mcm mana...