Tuesday, January 18, 2011

Musuh Dalam Selimut, Gunting Dalam Lipatan, Api Dalam Sekam

Saya terbaca di blog x-pkr tentang seroang lelaki yang bernama Azmi Mat Nayan. Mengikut x-pkr lelaki ini adalah pengkagum Anwar Ibrahim.

Katanya lagi, dulu sewaktu Pak Lah menjadi PM, dia rapat dengan orang Kepala Batas, tetapi dalam masa yang sama bertindak sebagai penggerak Yayasan Aman pimpinan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Menurut x-pkr lagi, lelaki itu sekarang ini dikatakan sedang berusaha kuat mencari kawan-kawan di Pekan iaitu di kawasan parlimen PM.

Saya tidak menuduh 100 % beliau sebagai musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan. Akan tetapi perkara ini perlu disiasat.

Saya perhatikan dalam bab ini kita ada kelemahan. Kita terlalu baik dan terlalu mudah menerima seseorang tanpa memeriksa dengan lanjut atau mengkaji latar belakang seseorang. Kadangkala orang beginilah yang membawa masalah kepada kita satu hari nanti. Depan kita mereka berpura-pura menyokong kita, belakang kita mereka pergi bagi kepada musuh kita apa maklumat yang mereka dapat.

Dalam kalangan blogger pun ada yang begitu. Sudah beberapa kali saya perhatikan dalam perjumpaan blogger-blogger, ada seorang blogger yang pernah menjadi pemain utama untuk menyerang BN dan Umno di era reformasi satu masa dahulu sering dijemput dan duduk bersama dengan kami dalam perjumpaan. Dalam pertemuan-pertemuan itu ada masanya perkara-perkara yang dibincangkan sulit.

Saya dimaklumkan kononnya blogger berkenaan telah bersama dengan kita sekarang. Tetapi sukar untuk saya percayakan semua itu, kerana saya mendapat maklumat yang dia masih lagi bergaul dan berkawan rapat dengan musuh-musuh kita sekarang.

Kawan-kawannya yang menjadi musuh kita itu masih lagi kuat dengan pihak sebelah sana. Kalau sudah berkawan rapat, faham-faham sahajalah. Mustahil dia tak ceritakan apa yang dia tahu mengenai kita. Kalau sekadar berkawan sahaja, saya boleh percaya dia tidak menceritakan apa yang dia tahu mengenai kita.

Berbalik kepada cerita Azmi Mat Nayan.

Dibawah ini tulisan yang saya petik dari blog x-pkr
1. Azmi MAt Nayan, berasal dari Permatang Pauh juga. Lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa semasa AnWAR menjadi Presiden UIA. Selepas menamatkan pengajian, menjadi proksi Datuk Ishak Ismail (Pak 'Aq), bekas pemilik Idris Hydraulic Bhd, IWK dan KFC.

2. Pak 'Aq diketahui menjadi kaya-raya ketika AnWAR dalam kabinet. Pak 'Aq juga mendakwa beliaulah yang menyelesaikan semua bil penginapan AnWAR dan rakan-rakan semasa AnWAR menjalani rawatan di Munich pada tahun 2004.

3. Azmi berperanan sebagai orang tengah antara AnWAR dan Pak 'Aq. Azmi juga berperanan sebagai talam dua muka untuk kepentingan perniagaan beliau. Suatu masa dahulu cukup intim dengan bbrp org Kepala Batas ketika Pak LAh menjadi PM.

4. Dalam pada masa yang sama juga bertindak sebagai penggerak Yayasan Aman pimpinan AnWAR dan Azizah di Ptg. Pauh. Masih sering menghadiri mesyuarat Yayasan Aman, namun sudah meninggalkan sahabat di Kepala Batas. Kini berusaha kuat mencari kawan-kawan di Pekan.

5. Menghampiri usia 40, Azmi masih bujang w/pun cukup berkemampuan untuk berumahtangga. Terkini, beliau menjadi Pengarah Urusan bagi sebuah syarikat berorientasi sukan dan menggunakan bintang sukan negara sebagai strategi promosi.

6. Tiada halangan utk beliau berniaga, cuma jangan jadi gunting dalam lipatan. Mengaut keuntungan dari DEB, pada masa yang sama mencaci dasar itu dan menyokong AnWAR hapuskan keistimewaan org melayu. Selain itu kita juga mahu mendengar Azmi mengistiharkan apakah hubungan sebenar beliau dengan AnWAR......
Saya membuat carian di google dan jumpa satu berita mengenai lelaki berkenaan di Kosmo Online. Dalam berita itu ada sekeping gambar yang disiarkan ketika upacara memotong kek, jika tidak silap saya terdapat gambar Amiruddin Shaari, Adun PKR Batu Caves (berbaju batik) bersama dengannya dalam gambar itu. Sini

Saya juga menyokong saranan blogger x-pkr agar Azmi mengistiharkan apakah hubungan sebenar beliau dengan AnWAR ?

Apa yang saya tahu dan sejarah tulisannya yang lepas-lepas, blogger x-pkr tidak akan menulis sembarangan. Beliau hanya menulis setelah beliau mempunyai hujah yang kukuh serta bukti-bukti. Sekarang kita sama-sama tunggu apa jawapan Azmi.

1 comment:

Anonymous said...

Inila ketam2 melayu bangsat yg naik melalui keistimewaan org melayu dan hasil bodek keliling pinggang lepas tu pertikaikan plak pasal nak mkn sorang. Beza tul ngan ketam cina...