Tuesday, January 4, 2011

Selangor Bakal Berdepan Krisis Pentadbiran

Saya nak sambung lagi tentang konflik yang sedang berlaku di Selangor sekarang. Inilah masa dan peluang terbaik yang kita ada untuk membuktikan siapa PKR dan DAP yang sebenar. Inilah masanya kita nak menunjukkan mereka sebenarnya bodoh dan tidak tahu memerintah.

Jika Khalid Ibrahim terus menerus dengan sikap dungu dia, negeri Selangor bakal berdepan dengan krisis pentadbiran yang cukup hebat dan boleh meruntuhkan kerajaannya sendiri.

Semalam Khalid Gagap memberitahu media yang dia tidak akan membenarkan Datuk Khusrin mengangkat sumpah menyimpan rahsia di depannya dan tidak dibenarkan masuk ke mesyuarat exco.

Ada orang yang keliru dalam bab ini dan bertanya kenapa nak angkat depan MB, bukankah angkat sumpah depan Sultan ?

Ceritanya begini, saya akan cuba terangkan sebaik mungkin. Saya tidaklah sehebat Prof Aziz Bab*, opssss maaf,tersilap, Aziz BaRi, tapi saya bolehlah bercerita sedikit sebanyak.

Amalan yang diamalkan sekarang,

Kuasa melantik seseorang SUK atau ada juga yang panggil SS adalah kuasa JPA. Setelah mereka meneliti seseorang calon yang layak, maka nama itu akan dihantar kepada Sultan untuk tujuan perkenan. (Ada sesetengah negeri yang cara perlantikannya berbeza)

Kenapa KSN perlu mendapat perkenan Sultan ?

Sebab Sultan adalah pemerintah tertinggi sesebuah negeri serta jajahan takluknya. Dengar doa sembahyang jumaat macamana bunyinya. Jangan jadi orang-orang Pas, mereka tak berdoa untuk Sultan , mereka berdoa untuk lim guan eng.

Selepas KSN menyembahkan nama calon yang difikirkan layak kepada Tuanku, maka Tuanku akan membuatkan pertimbangan samada untuk memperkenankan atau tidak calon berkenaan.

Ambil contoh diri kita sendiri, kita suka sama suka dengan Leha anak makcik bedah di Kg Pinang Sebatang. Bolehkah kita main redah pergi nikah macam tu ja ? mestilah kita nak dapat perkenan ibu bapa kita serta ibu bapa atau penjaga Leha terlebih dahulu. Kalau tak dapat perkenan, mana nak datangnya wali ? tiada wali menikah tidak sah. Yang penting perkenan ibu bapa, perkenan pak saudara, mak saudara atau saudara mara yang lain tak perlu.

Begitulah lebih kurangnya dalam soal perlantikan SS di negeri Selangor. Calon yang dikemukakan oleh KSN perlu mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu. Perkenan MB atau exco-exconya tidak perlu, apatah lagi perkenan setpol MB yang bebal nak mampus itu. Setelah Sultan perkenan, KSN akan melantiknya.

Selepas dilantik SS perlu mengangkat sumpah taat setia kepada Sultan dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri .

Selesai angkat sumpah depan Sultan di Istana , maka dia perlu meredah jalan raya dan pusing beberapa bulatan serta berhenti di beberapa lampu isyarat di Bandaraya Shah Alam untuk sampai ke Bangunan SUK. Sampai di sana dia perlu naik lif untuk sampai di Pejabat MB bagi tujuan mengangkat sumpah depan MB.

Sumpah apa yang dia perlu angkat depan MB, sedangkan SS sudah angkat sumpah depan Sultan ?

Depan MB, SS perlu angkat sumpah menyimpan rahsia kerajaan kerana SS perlu masuk ke mesyuarat exco yang diadakan setiap minggu. Dalam mesyuarat exco berbagai perkara yang sulit dan selit dibincangkan. Perkara-perkara itu tidak boleh dibocorkan keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Itulah yang dinamakan sumpah simpan rahsia.

Satu perkara yang mungkin ramai orang tak tahu. Anwar Ibrahim pun perlu angkat sumpah depan Khalid Ibrahim semasa dia dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Itu yang Anwar angin dengan Khalid, sudahlah bagi gaji RM 1 kemudian kena angkat sumpah depan dia pula. Jatuh martabat Anwar beb.

Dalam mesyuarat exco atau dalam bahasa mudahnya orang panggil dalam exco, SS adalah setiausaha dan MB sebagai pengerusi manakala exco-exco lain pula dipanggil Ahli Majlis Mesyuarat.

Dalam mesyuarat tersebut SS akan berada di sebelah kanan MB bersama dengan Pegawai Kewangan Negeri , manakala disebelah kiri pula adalah Pegawai Undang-Undang. Selepas mereka bertiga baru exco-exco yang lain.

Dalam exco, SS, PKN, PUUN tidak ada kuasa untuk memutuskan atau campur tangan sesuatu yang dibincangkan oleh Pengerusi (MB) dan ahli-ahli majlis mesyuarat (exco) . SS, PKN dan PUUN hanya boleh bersuara apabila pendapat dan pandangan mereka diminta atau memberi nasihat jika ada sesuatu keputusan yang dilakukan tidak betul.

Yang memutuskan segala keputusan, projek itu nak bagi siapa, projek ini nak bagi siapa, ladang babi nak bagi kepada siapa dan berbagai keputusan lain adalah exco. Tetapi, ha... ha...ha..., ada tetapi lagi tu. Exco hanya berkuasa memutuskan, mereka tidak berkuasa untuk melaksana. Tugas sebagai pelaksana adalah adalah tugas SS dan kakitangan-kakitangan di bawahnya.

MB dan exco boleh putus, tanah ini nak bagi kepada siapa, projek ini nak bagi kepada siapa tetapi kalau SS dan kakitangannya tidak lulus apa mereka boleh buat. Semua DO, Datuk Bandar atau YDP terletak di bawah SS. Bos mereka adalah SS, bukannya si gagap.

Contoh, katakan si A datang jumpa MB hendak minta luluskan lesen perniagaanya, MB tiada kuasa untuk luluskan dan MB tidak boleh hubungi YDP atau Datuk Bandar dimana si A hendak menjalankan perniagaannya supaya meluluskan lesen tersebut. MB hanya boleh beritahu SS, sekadar beritahu sahaja. Terpulang kepada SS untuk luluskan atau tidak setelah dia berbincang dengan YDP atau Datuk Bandar yang berkenaan.

Sebab itulah saya katakan Selangor bakal berhadapan krisis pentadbiran. SS tidak dibenarkan masuk exco, macamana keputusan exco hendak dilaksanakan ? Exco nak arah siapa untuk melaksanakan keputusan yang telah dibuat ? Mereka tidak boleh arahkan Timbalan SS, DO, Datuk Bandar atau YDP. Segala arahan perlu melalui SS dan SS yang akan salurkan arahan-arahan itu kepada kakitangan di bawahnya untuk dilaksanakan.

Apabila keputusan dibuat, tetapi tidak dapat dilaksanakan maka jadilah ianya sepertimana yang Nizar buat di Perak dulu. Dulu Nizar pernah buat mesyuarat exco di Kediaman Rasmi MB Perak, tetapi yang hadir hanya exco, SS tak datang. Pelbagai keputusan yang dibuat oleh mereka pada masa itu, tapi apa yang jadi ? buat keputusan untuk syok sendiri sajalah, kerana tiada siapa yang boleh laksanakan keputusan tersebut. Sini

Apabila bercakap pasal Perak saya teringatkan satu perkara iaitu kes tanah 999 tahun. Nizar dan exconya memutuskan untuk memberi pajakan tanah selama 999 tahun kepada kampung-kampung baru di Perak. Mereka putuskan perkara tersebut, tetapi yang melaksanakannya adalah SS.

Kalau SS tidak mahu melaksanakannya pun boleh. Tetapi oleh kerana atas dasar menjalankan tugas secara profesional tanpa menyebelahi mana-mana parti politik dan patuh kepada apa yang telah diputuskan oleh exco SS tetap melaksanakan perkara tersebut. Itu buktinya kakitangan-kakitangan kerajaan kita menjalankan tugas tanpa mengira parti apa yang memerintah. Itulah yang ditulis oleh Yb Zul Nordin di sini.

Tetapi sebaik sahaja jatuhnya Nizar sebagai MB maka dia mula menghalakan muncung senapangnya kepada SS Perak. Katanya SS punca kejatuhannya. Kepala bapak dia ! Apakah SS yang berkuasa untuk menentukan seseorang wakil rakyat untuk keluar masuk sesebuah parti ?

Berbalik kepada isu di Selangor. Khalid Ibrahim dan konco-konconya berkata perlantikan Datuk Khusrin bertujuan untuk meruntuhkan kerajaannya.

Memang benar, saya setuju dan sokong 100 %. Kerajaan Selangor sekarang sedang menuju kehancuran. Tetapi bukan Datuk Khusrin yang menghancurkannya, sebaliknya Khalid sendiri yang hancurkan.

Khalid sedang gali lubang sekarang melalui tindakkannya berperang dengan SS. Apabila dia berperang dengan SS maknanya dia sedang berperang dengan semua kakitangan-kakitangan kerajaan yang ada di Selangor.

Kalau Datuk Khusrin nak buat, dia boleh petik satu jari sahaja jem habis seluruh jentera kerajaan di Selangor. Apa yang Khalid dan faekah boleh buat ? dia nak tahan gaji semua kakitangan kerajaan ? Tak boleh, yang bayar gaji PKN dan siapa bos kepada PKN ? Silap haribulan Khalid dan exco-exconya sendiri pula yang tak dapat gaji.

Dia nak tahan kenaikan pangkat kakitangan, pun tak boleh. Itu kuasa SS. Maka jadilah dia seorang MB yang tunggul kayu. Kerjanya duduk dalam pejabat, selak kain faekah, habis selak kain faekah pegi selak skirt elizabeth wong pula. Kemudian panggil sidang media beritahu ada kamera perakam dalam pejabatnya.

Tetapi saya yakin Datuk Khusrin tidak akan melakukan itu semua kerana beliau menjalankan tugas mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Yang tak nak ikut peraturan sekarang adalah Khalid Ibrahim. Jadi, jangan salahkan Datuk Khusrin atau kerajaan pusat jika ada perkara-perkara yang tidak dapat dilaksanakan di Selangor . Sila salahkan Khalid, dia punca kepada segala masalah. Dia yang cipta masalah dan dia yang mengkelam kabutkan lagi masalah. Cili kasi taruk. Betul tak parpukari ?

Sekarang Khalid ada dua pilihan sahaja, dia nak terima Datuk Khusrin sebagai SS atau dia nak lihat kerajaannya tidak boleh berfungsi dan besar kemungkinan boleh runtuh.

Semalam di Sinar Harian Khalid memberitahu wartawan supaya melihat drama apa yang akan berlaku di Selangor minggu ini. Sekarang rbf pula nak beritahu rakan-rakan pembaca semua tunggu dan lihat filem apa yang akan berlaku di Selangor dalam masa terdekat ini. Saya difahamkan akan ada benda besar yang akan berlaku. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

10 comments:

Anonymous said...

stedy RBF...
Lengkap dan padat..ini bukan satu pujian,tapi ini satu penghargaan untuk saudara..teruskan saudara...

Anak Jati Selangor

Anonymous said...

Mmg sudah dijangka..Selangor yg diketuai MB plg bebal dlm sejarah akan lingkup tx lama lg...

Anonymous said...

Tq bro RBF. Sungguh padat isinya sampaikan saya yang tak tau jadi tau. Namun begitu konco2 Pakatan Ultra Bangang akan tetap mengatakan ulasan dan kenyataan tuan tidak tepat, pencacai UMNO dsbnya. Biasala kan Ultra Bangang.

Teruskan usaha murni tuan untuk memberikan penerangan demi penerangan kepada kami. Kami sentiasa dibelakang tuan untuk menyokong.

akuantipr.

Anonymous said...

Sangat tepat dan padat. Suka baca blog RBF... ayat yang sungguh mudah utk difahami org rakyat biasa macam saya. Itulah Khalid Ibrahim dan konco-konconya menunjukkan kebebalannya mentafsir undang-undang. Sangat lah bodoh. Dahla pembohong, derhaka pulak tuh. Sudah terang lagi bersuluh memang Sultan Selangor tak berkenan dengan cara kerajaan negeri sekarang mentadbir. Harap RBF serang habis-habisan.

Anonymous said...

Ooooo...gitu rupenye.... habis tu dan lepas tuuu.....lingkuplah Kerajaan Negeri Selangor....Jangan sampai kakitangan yang bertugas di bawah pentadbiran Negeri tak dapat gaji dahlah.


Orang lama..anak negeri Selangor.

Anonymous said...

RBF bila nak di-interview Utusan sebagai pakar perlembagaan?

Buat apa lempar teori mak datuk kau kat sini. Pi la TV ke, Utusan ke. Barulah legit...

Mungkin kau pun ada bakat jadi MB sekali. Noh Omar pun tak sehebat kau buat komen syiok sendiri. Hahaha

Anak Jati Selangor

halim said...

Khalid ni nampak mcm tak tahu undang2..main redah je ikut suka,sekarang baru nak terhegeh-hegeh pinda perlembagaan. Khalid kena ingat, SS ni bukanny hakmilik kekal dia pun..kata lah Pilihanraya akan datang ni PR tewas..SS masih ada kat situ sebab dia bukan ahli politik..yang kena terajang keluar dari bangunan SUK tu Khalid dan beruk2 dia lah..Ada otak, tapi masih nak guna kepala lutut gak..

hanizam said...

pendapat aku,sangat berbesar hati bila pengarah dari JABATAN AGAMA dilantik sebagai SUK negeri...

sebabnya, dia dah ada banyak pengalaman terutamanya dalam mentadbir jabatan agama & majlis agama islam selangor (kalau aku tak betul, mintak maap)...

jadi, bila dikatakan kerajaan BN tak islamik dalam mentadbir negara, nilah masanya kerajaan selangor terutamanya PAS yang sesat tu untuk tunjukkan yang calon yang berpengalaman mentadbir dengan pegangan agama yang baik, dapat membantu & mencerminkan tentadbiran yang telus, baik serta islamik....

jangan hanya pandai bercakap itu tak islamik, ini tak islamik, kena batang hidung sendiri, senyap....

lantak ko le khalid, kalau jadi ko boikot angkat sumpah tu, dah jadi sejarah baru ape yang MB & Exco2 bebal tu dah buat....

akan diingati sampai bila-bila kebodohan barisan pentadbiran selangor yang menang "TERKEJUT" dalam PRU lepas, tapi totally tak tahu mentadbir negeri...peghrabis & lingkupkan negeri tu yang mereka tahu....

Anonymous said...

Saya kagum dengan kesungguhan RBF dalam penulisan blog, teruskan kecemerlangan anda.

Firdaus Shahnaz said...

Terima kasih pada RBF, yg tak tahu kita jadi tahu, mana yg bodoh jadi pandai sikit, tapi jgn la ada jugak yg bodoh, tapi buat buat pandai mcm brader 5:17am tu. cih