Tuesday, January 11, 2011

Skandal Kek Ariffahmi

Apabila SPRM mengumumkan tidak akan mendakwa Nik Aziz kerana kesalahan melantik menantunya tanpa mengikut prosedur, orang yang berlebih-lebihan bergembira sehingga membuat kenduri adalah menantunya.

Aik....dia pula yang lebih-lebih, sedangkan SPRM tidak pernah umumkan dia bebas dari rasuah sepanjang bertugas di PMBK. Lihat kenyataan medianya yang disiarkan di blog isterinya. Sini

Ariffahmi oh Ariffahmi, berkhayallah kamu selagi kamu boleh berkhayal. Saya nak lihat setakat mana kamu boleh berkhayal. Saya dan rakan-rakan blogger akan membuatkan kamu dan isteri kamu tidak boleh tidur malam.

Buat permulaan saya nak ceritakan pasal kek terlebih dahulu. Kepada rakan-rakan pembaca pula saya nak beritahu, kita akan mula dengan yang kecil-kecil terlebih dahulu, kemudian baru kita pergi kepada yang besar, yang lebih besar, yang terlebih besar dan yang sangat besar.

Pada minggu-minggu terakhir bulan Ramadhan 1430h (september 2009) Ariffahmi yang pada waktu itu berkidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi PMBK telah mengarahkan pembantu peribadinya supaya memberitahu Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran PMBK agar menguruskan pembelian kek dan hamper sempena Hari Raya Aidilfitri.

Setelah menerima arahan daripada pembantu peribadi Ariffahmi maka jabatan yang diarahkan pun membuatlah kerja mereka sepertimana yang diarahkan.

Enam biji kek yang beratnya 10 kilo/biji dan 16 hamper telah dipesan setelah mendapat kelulusan pembelian dari Ariffahmi.




Daripada enam biji kek yang dibeli, satu biji kek (10 kg) diberikan kepada MB dan satu biji kek (10 kg) lagi diberikan kepada Ariffahmi sendiri. Kebiasaannya pada hari raya kita semua makan ketupat, pulut, rendang dan yang sewaktu dengannya. Tetapi tidak bagi keluarga Nik Aziz, mereka ala-ala mat salleh sikit, pada hari raya mereka makan kek sampai 20 kg. Tak pernah dibuat orang.

Yang menjadi kartun dalam hal ini ialah apabila Ariffahmi sendiri meminta pesanan kek supaya dihadiahkan kepada dirinya sendiri. Dia arah dan dia lulus pembelian dan dia hadiahkan kepada dirinya sendiri.

Bagus sungguh menantu seorang ulama dan tok guru. Mungkin kerana kenyang makan kek yang dihadiahkan oleh Ariffahmi lah yang membuatkan Nik Aziz melantiknya sebagai CEO PMBK berkuatkuasa pada 1 syawal 1430h.

Cuba anda bayangkan pada hari raya dia boleh lantik menantunya sebagai CEO. Orang sibuk nak beraya , dia pula sibuk nak bagi jawatan kepada menantu. Semuanya kerana penangan kek 10 kg yang dihadiahkan oleh menantu.

Sekarang rakyat boleh lihat bagaimana rupa pemimpin dan parti yang mengaku dirinya hebat , suci dan bersih. Orang lain semua jahat, rasuah dan menyeleweng, dalam dunia ini parti mereka sahaja yang bersih dan suci.

Pemimpin dan keluarga yang kononnya dari kerajaan berkebajikan boleh makan kek sampai harga RM 1032.00 (2 biji) di hari raya sedangkan rakyat mengemis di tepi jalan pada pagi hari raya. Sini

7 comments:

Anonymous said...

Puak ni kek pun nak menipu. Kalau dapat negara agama pun dijualnya....

nun manjung said...

Es es es sakitnya hati ini...

nun manjung said...

Sakitnya hati ini...

Anonymous said...

aaa...aku pun nak hadiahkan kek la pada tg nik aziz, 20 biji dgn berat 3kg setiap satu, 10 cheese cake & 10 kek lapis...lapor la pd SPeRM..huhuhuhu

Anonymous said...

n.ajis ni dengan menantu pun kena jual. tu pasal DAPig dengan aljuburi pun senang2 n.ajis ni kena kelentong. celako! celako! celako!

Anonymous said...

marah betul RBF dgn kes kek ni...

kt selangor ni dulu khir toyo dapat jam tangan beratus ribu xde plak anda nk bising...

mmg jenis org UMNO pakai jam ratus ribu ke??

hebat hebat...

-warga shah alam-

Anonymous said...

Biasalah...kalau UMNO buat apa je rasuah,kalau puak PAS buat tak ada apa-apa kesalahan...maklumlah Pok Nik kan ada,apa-apa hal boleh dapat pengampunan dengan segera,kah..kah..kah..!hancuss...!