Wednesday, February 16, 2011

Kempen Boikot Maybank

Beberapa hari lepas rakan-rakan blogger mengadakan satu pertemuan bagi membincangkan tentang makhluk yang bernama Tengku Zafrul.

Semuanya berpunca daripada tindakannya mempertikaikan keputusan PM melantik Tan Sri Isa Samad sebagi pengerusi Felda. Katanya perlantikan itu memberi isyarat yang salah terhadap pasaran. Makhluk yang bernama Tengku Zafrul adalah CEO Maybank Investment.

Lantik Tan Sri Isa kononnya memberi isyarat yang salah dan seterusnya boleh melembabkan pasaran. Apakah dengan perlantikan dia sebagai CEO Maybank Investment selama ini pasaran kita mencanak naik ?

Halo mamat, jangan jadi poyolah. Jangan ingat kamu itu bagus sangat. Hidung pun masih berhingus lagi ada hati nak berentap dengan orang yang penuh pengalaman seperti Tan Sri Isa.

Untuk mengenali siapa makhluk yang bernama Tengku Zafrul saya petik tentang latar belakang dia dari mykmu.net
Tengku Zafrul adalah “pemain utama” zaman Abdullah Ahmad badawi yang masih dikekalkan oleh Dato Seri Najib seperti mana Omar Ong dan beberapa kerat manusia penjahanam negara.

Zafrul tidak layak mempertikaikan kredebiliti Tan Sri Isa kerana latar belakan beliau sendiri penuh tanda tanya dan skandal yang tidak terjawab. Layakkah Zafrul kekal sebagai CEO sebuah sayap pelaburan bank terbesar di Malaysia jika beliau membuat beberapa tindakan korporat yang meragukan sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Sesiapa yang masih ingat isu penggabungan ECM LIbra dengan Avenue Capital dan menyaksikan syarikat kecil milik beberapa tokoh koporat yang rapat dengan Khairy Jamaluddin dan Kalimullah telah menelan syarikat GLC Avenue Capital. Zafrul sebagai Managing Director Avenue ketika itu dikatakan turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan “perompakan korporat” ini. Sini

Beliau meninggalkan Avenue dan kemudiannya menyertai Citibank. Penyertaan di Citibank dilihat sebagai tempoh senggang dari kontroversi dunia korporat tempatan. Dakwaan sandiwara ini mungkin ada benar kerana beberapa ketika kemudian beliau dilantik sebagai CEO Tune Money sebuah lagi syarikat yang ada kena mengena dengan Tony Frenandez, Kalimullah dan juga dikatankan Khairy Jamaluddin. Ramai yang melihat perlantikan ini sebagai membalas jasa Zafrul ketika usaha ECM mengambil alih Avenue dahulu.

Dalam pertikaian penjualan EON Cap Berhad kepada Hong Leong, Nama Zafrul turut disebut dan disapina oleh pelabur Hong Kong yang menyaman beberapa Pengarah EON Cap.

Jika dilihat rekod perkhidmatan Zafrul yang agak mencurigakan ini, wajarkah beliau mengetuai sebuah cabang perlaburan bank terkemuka Malaysia?
Jangan nak berlagak hebat kalau diri sendiri pun penuh dengan najis.

Sudahlah berlagak, kurang ajar pula. Dia kurang ajar kerana tidak menghormati Felda selaku salah satu pelanggan terbesar Maybank sejak berpuluh tahun lampau. Sekarang sudah sampai masanya untuk Felda bertindak balas dengan mengeluarkan semua wang-wang dari Maybank sebagai pengajaran kepada Maybank.

Blogger-blogger juga telah sepakat untuk melancarkan kempen boikot Maybank sehingga makhluk yang bernama Tengku Zafrul dikeluarkan dari kumpulan Maybank.

Kami juga akan membuka ruang kepada pembaca-pembaca untuk menghantar e mel bagi menyatakan rasa tidak puas hati atau masalah yang mereka hadapi sepanjang berurusan dengan Maybank.

Kami akan ganyang Maybank habis-habisan sehingga Tengku Zafrul dikeluarkan.

Kepada mana-mana pembaca yang ada sebarang masalah atau ada rasa tidak puas hati dengan Maybank sila hantarkan e mel kepada saya di rbf_501@yahoo.com atau juga kepada rakan-rakan blogger saya yang lain seperti Papa Gomo, Parpukari, GAP atau yang lain-lain.

10 comments:

Anonymous said...

boleh kaa...berapa kerat sangat duit melayu yang dalam maybank ni .. maybank tak bersalah yang sepatutnya perlu korang semua minta mangkuk hayun nie wajib letak jawatan serta merta bukannya dengan pukui canang suruh boycott maybank ....

Hj Khairi said...

...sokong saranan rbf..ramai2 kita tutup akaun Maybank shggga 'budak hingus' yg jadi alat ini di nyahkan..masih banyak lagi bank di Msia..

Anonymous said...

malangnya maybank ada ceo celup cam dia ni...

mazri said...

JOM BOIKOT MAYBANK....
AKU PUN DA MASUKAN AYAT BOIKOT MAYBANK DALAM FB SETIAP KALI AKU BALAS CHAT NGAN KAWAN AKU....

..........BOIKOT MAYBANK.............

Anonymous said...

as salam bang..kalau nak boikot, jangan boikot semua bang..gaji masuk ikut maybank..hehe

Anonymous said...

aik... marah ker? tak betul ker dia ckp? so maksudnya semua org yg rasuah ni bleh laaa pegang jawatan dalam kerajaan BN.. patut laaaa Najib jadi PM... hahahahahhahahahahahah

Anonymous said...

ini Tengku asli ke atau Tengku ciplak.Banyak tengku di Malaysia..dari Haiderabat un ada pakai nama Tengku atau dari Sulawesi pun ada juga pakai nama Tengku.Maka Tengku Zafrul ini asli atau pun ciplak ..siapa boleh huraikan?

Anonymous said...

kau nak marah mamat ni mengapa sampai nak merosakkan maybank.
sebuah syarikat tempatan yang berjaya mengorak kaki ke luar negara. mana nak lawan bank bank cina yang dah kaya raya tu.

suruh je mamat tu disingkirkan dan ganti orang lain yang lebih kaliber.

Tuah Alwi said...

Bro RBF, Tengku Zafrul cuma menyatakan pendapat professional dia. Saya tak rasa dia nk rendah2kan PM atau ada agenda personal. Benda betul kena lah ckp betul. PM pun bkn maksum. Dia pun bkn maksum. Jgn kita pun jd mcm pembangkang yg bodoh sombong. Org tegur kita terima lah dgn senang hati. Betulkan mana yg tak betul. Jgn kita sombong bila org tegur kita. Kalau dah jd mcm Hosni Mubarak baru kita nak terima, dah terlambat. Sementara jiwa rakyat Malaysia masih sayangkan kerajaan, jgn lah kita jd kaum yang sombong. Tengku tu cuma orang professional. Dia belajar dan pakar dalam bidang dia, RBF pula pakar dlm berbloging. So, support dan respect satu sama lain. Kita jgn pengampu2 bodoh yg akhirnya memakan diri dan merugikan negara. Sayangkan PM tegur2kan. Sayangkan RBF kenalah selalu click RBF online. tak gitu? Peace no war...

Anonymous said...

Apa bagusnya maybank investment??? Maybank bagus
yg tang investment. Ape bagusnye?? Baek cimb ka dbs ka lg baguih no.

Dr ceo smpi frontliner. Sume cm hampeh. Buat bg taik ja
ko g tpt laen la zafrul. Mak ko kan otai. Xkan xda kenai sapa2 ka. Xyah duk maybank. Buat busuk nama saja.

Piirah