Wednesday, February 2, 2011

Mana Perginya Pemimpin dan Penyokong Pas ?

Tenang: Antara pengundi, kecelaruan Nik Aziz

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang telah diduga dan terbukti sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat, termasuk undi Cina dan India.

Namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, secara sinis mengatakannya 'tak menang dan tak tewas'. Hakikatnya beliau mengakui Pas kalah. Tetapi secara tersirat beliau menyindir MCA yang tewas kerana masih gagal menarik sokongan pengundi Cina di mana BN hanya menang tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina.

Beberapa pemimpin DAP mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, gagal menarik pengundi Cina di kawasannya sendiri. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali mengakui Pas memperoleh banyak undi daripada kaum Cina.

Teryata fatwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat iaitu tidak mengundi Pas adalah jahiliyah tidak mampu mempengaruhi pengundi Melayu. Dalam hujan lebat sambil mengharungi banjir mereka keluar mengundi BN.

Seperti Mustaffa, Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Md. Isa, turut menyalahkan faktor hujan dan banjir menyebabkan Pas kalah. Soalnya apakah kalau cuaca panas terik Pas boleh menang? Sebaiknya mereka menerima kudrat Tuhan. Takkan Pas mahu menyalahkan dan menolak kuasa Tuhan kerana tidak menyebelahi mereka.

Paling menarik dan melucukan ulasan Nik Aziz Nik Mat yang berkata, Pas tidak memburu kemenangan di dunia semata-mata dan menganggap perjuangan amal makruf nahi mungkar Pas telah berjaya. Sambil itu beliau menyoal bolehkah perjuangan UMNO itu dibawa ke akhirat?

Inilah kecelaruan fikiran Nik Aziz. Kalau Pas percaya perjuangannnya untuk kebaikan, menentang kemungkaran serta menuju akhirat tidak mungkin dalam kempen Pas melakukan fitnah dan pembohongan hanya kerana mahu meraih undi. Penuh kemungkaran. Ini yang dikatakan perjuangan Islam?

Eloklah selepas Tenang, Pas bermuhasabah. Taktik lapok yang memperbodohkan pengundi terutama Melayu dengan memperalatkan agama sudah tidak boleh diterima. Lebih-lebih lagi apabila Pas terlalu mengharap undi Cina hingga sanggup bersekongkol dengan DAP.

Orang Melayu mulai memikirkan masa depan anak cucu-cicit mereka. Buku jingga 100 hari dilihat sebagai penjual mimpi yang tidak berpijak di bumi nyata. Apa yang boleh ditawarkan.

Kini Tenang dilanda banjir teruk. Mana perginya pemimpin dan penyokong Pas yang ramai pada hari berkempen tempoh hari? Rakyat mahukan bantuan. Inilah pengajaran paling besar tentang kejujuran dan keikhlasan mengikut Islam. Tapi Pas hanya mahu undi saja.


M. HANAFIAH A. SAMAD

Parit Yusof, Muar, Johor.

Dipetik dari : Utusan Online

10 comments:

Anonymous said...

BIASA LA TU, DALAM FILEM SERAM MANA-MANA PUN APABILA BULAN MENGAMBANG, ANJING-ANJING AKAN MELOLONG DAN MENJELMA LA SANG HANTU UNTUK MENGANGGU DAN MERASUK MANUSIA.

Anonymous said...

Salam bro,

Dia orang ni kalau bagi bantuan wang ehsan kerjaan pusat ramai lah yg datang sampai sanggup tipu lagi. Tapi tang nak tolong buat keja diorang lah yang paling liat sekali. Kalau ceramah pas diorang cukup suka tambah-tambah tang mengutuk dan fitnah orang.

nenekebaya said...

ala depa tu cakap lebih tapi tak leh pakai pun...duk wat fitnah kata macam2 tapi habuk pun tara...yang depa tau amik tau hal org..tapi kalu nk tlg tu takda la...tapi kalu pasai bantuan laju ja kedepan...kalu tak dapat siap maki hamun lagi...satu lagi..mohon add link nenek bleh..http://www.penanenek.blogspot.com/...tq

Anonymous said...

kasihan..rakyat di tenang dilanda banjir buruk...tapi yang saya heran kenapa puak-puak PAS ni x tunggu sampai banjir surut? mana p Din Puduraya? Mahfus..nik aziz, anwar, lim guan eng...mana depa ni p????teringat aku pada lagi dato Allahyarham Sudirmna hj Arshad..BALIK KAMPONG..WOWOWOW BALIK KAMPONG..WOWOW BALIK KAMPONG..KAMI KALAHHHH...WOWOWOW KAMI KALAH..WOWOW KAMI KALAH..WOWOW KAMI KALAH ..HATI SEDIH.

Anonymous said...

salam bro,
andaikata pas menang kat tenang, dah tentu diorang akan cakap Allah bantu mereka dgn menurunkan hujan yg dasyat sehingga menenggelami penyokong2 BN.

Anonymous said...

Tuan,
Kenyataan N.Aziz tersebut amat mengelirukan terutama sekali pada penyokong PAS. Sebab penyokong UMNO dah faham PAS hanya menggunakan Islam untuk kepentingan politik parti. Penyokong PAS keliru dah sekarang sebab UMNO lebih banyak membuat pembangunan untuk Islam berbanding dengan PAS hanya membina Islam melalui ceramah. Tetapi apabila diberikan kuasa lain jadinya. Hanya cakap "bekerja ikut cara Islam" tetapi bila bekerja dan bercakap tidak nampak keislamannya pun. Fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

rakyat dah semakin muak dengan pencacai2 hamPAS! orang2 hamPAS ni hanya tau nak jilat juboh cina2 DAPig je! celaka punye orang2 hamPAS! melayu islam di fitnah tapi cina2 kafir DAPig di puja! celako! celako! celako! orang2 hamPAS ni!!!

Anonymous said...

Pemimpin2 PAS - go and fly kites!

Belum keputusan diumum harituh pun PAS PIS PUS dan belah awal2, tambahan pulak dah kalah, lagi arr bayang pun xnampak!

PAS kalau dorang buat sesuatu pun mmg tak ikhlas,mengharap habuan tertentu sebab tuh doa sampah Nik Najis dihamPASkan dlm tong sampah-
lepas tuh bertelo sebijik rioh seantero dunia....

Getik beno teman dgn parti sesat nih yg tak ada HALA TUJU!

Anonymous said...

Satu lagi, kalau dalam ceramah PAS, siapla berkotak2 tabung untuk derma jihad (poket sendiri) di atur sekeliling kawasan ceramah tu. PAS hanya pentingkan diri, soal ugama hanya mainan mulut je.

jannah said...

Korang kat sini mengutuk apa kurangnya?

I'm yet to be 21. Not yet supporting either parties. Obviously, it shud be the one with LEAST/ZERO corruption, and the truth will not be gotten only from a NEWSPAPER whose report is hardly true.

Believe me, a people of trust, is one with faith. Regardless of the parties. Refer to The Book, how to confront a case of 'unknown' news status.

Jangan menghakimi tanpa menyelidiki. Khuatir akan tergelincir dalam ruang menganiaya dan memfitnah.