Tuesday, February 1, 2011

Mazlan Aliman Cirit Birit


Dalam Dun Tenang ada 12 peti undi. Jika dikira bersama peti undi Pos ada 13 kesemuanya.

Dari 12 peti undi itu, 3 daripadanya merangkumi kawasan Felda. Felda Chemplak, Felda Chemplak Barat dan Felda Tenang.

Daripada 3707 majoriti kemenangan BN hampir 65 % ianya disumbangkan oleh pengundi di kawasan di 3 Felda berkenaan. Bravoooooooooo Feldaaaaaaaaa......

Itulah yang membuatkan Mazlan Aliman lari balik dari Tenang sebaik keputusan diperolehi. Dia sanggup berenang redah air banjir untuk keluar dari Labis, itu pasallah dia cirit birit , kerana terlalu banyak tertelan air banjir sewaktu berenang.
Ceramah Mazlan Aliman di Felda Chemplak Barat yang dihadiri oleh puluhan ribu warga Felda

Mana nak letak muka woiiiii, menyalak bagai nak gila, akhirnya 500 undi pun Pas tak dapat di kawasan Felda.

Lagi satu, dia tak tahan kena balun dengan pemimpin-pemimpin Pas yang lain kerana dia telah menipu mereka semua. Setiap hari dia hantar laporan yang baik-baik kepada pengarah p/raya Pas. Kita boleh menang bos, jangan risau bos, kita menang di Felda bos.

Mendengar kata-katanya itu mendorong Pas mengeluarkan wang yang banyak untuk mencetak banner-banner menghentam Felda dan di gantung di segenap ceruk kawasan Felda.

Keputusan keluar , Pas hanya dapat 437 undi di kawasan Felda. Wa kah....kah....kah....kah....kah...kah....kah....kah.....

Itulah yang membuatkan Mustafa Ali naik angin. Daripada dulu lagi Mustafa Ali sudah pesan kepada Mazlan Aliman supaya jangan serang Felda lebih-lebih kerana bimbang akan makan tuan balik. Sekarang apa yang Mustafa Ali kata ada benarnya.

Daripada tiga Felda yang ada, Felda Cemplak yang mencatatkan keputusan paling memberangsangkan. Bukan untuk setakat kawasan Felda, tetapi untuk keseluruhan peti undi Dun Tenang.

Tahniah diucapkan kepada bahagian angkat yang menjaga peti undi berkenaan iaitu Umno Bahagian Sri Gading(Datuk Md Aziz) , Bahagian Sembrong (Datuk Hisham) dan Bahagian Simpang Renggam (Datuk Hamid).

Saya berada di kawasan berkenaan beberapa hari sebelum pengundian dan pada hari pengundian dan saya perhatikan jalinan kerja jentera-jentera ketiga-tiga bahagian angkat sungguh mantap.

Pada hari mengundi ada lebih kurang 1000 orang jentera yang ke hulu ke hilir mengangkut pengundi keluar dalam hujan yang lebat dan membuat jentera Pas lumpuh sama sekali kerana orang-orang Pas pun mereka turut angkut. Perkara ini saya telah catatkan pada hari mengundi di sini.

Saya berkeyakinan bahagian-bahagian angkat yang menjaga kawasan Felda lain pun sama juga bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan BN. Kalau mereka semua tidak bersungguh masakan kita boleh menang besar di kawasan Felda.

Tidak ketinggalan juga kerja keras dari Datuk Ahmad Maslan dan Tan Sri Isa turut menyumbang keputusan gemilang untuk BN di kawasan Felda.

Akhirnya Mazlan Aliman terpaksa lari balik dalam keadaan cirit birit.

Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan rumah Mazlan Aliman tolong pergi hantar pill chi kit teck aun dan air teh o kelat kepadanya agar dia cepat sembuh dan boleh berentap dengan kita lagi.

Kalau dia nak mc, tolong beritahu Maarof. Nanti maarof boleh kaw tim dengan doktor.

13 comments:

Anonymous said...

Sedar lah, kepada Penyokong2 PAS di FELDA:

Bahawa anda atau Mak Bapak anda semasa masuk ke RANCANGAN FELDA dulu cuma membawa segulung tikar dan bantal.

MASEH KE KAU INGAT?

UNIT MEDIA BARU UMNO HULU LANGAT said...

tergelak nak putus urat kentut aku baca posting kau rbf...kahkahkahkah. Padan muka PAS..kelentong kuat sgt.

Jeffry said...

ANALISIS TERBAIK! KEHKEHKEHKEH..MAZLAN TAK LALU MAKAN SEBAB TERLALU BYK TELAN AIR BANJIR!..BRAVOOOOOOOOO!!!

Anonymous said...

Alhamdulillah..., undi yang banyak oleh para peneroka FELDA kepada BN menunjukkan bahawa masih amat ramai umat Islam yang tahu bersyukur atas anugerah yang telah Allah takdirkan kepada mereka. Rezeki di FELDA, samada banyak atau sikit adalah kuasa Allah semata2...

Kepada para penghasut yang mahu peneroka menggigit tangan yang membantu..; ANDA TEWAS..! ... dan andainya anda terus menghasut tanpa bertaubat..., anda pasti akan tewas sekali lagi..., tetapi kali ini anda akan tewas di tempat yang tiada peluang untuk berpusing balik ke dunia..!

Anonymous said...

bro..ayat bro yang terakhir buat gua ketawa berdekah2...maarof blh ambik komisen utk kawtim MC sama doktor tu...masyuk..!!

Anonymous said...

Mazlan tu sapa nak berjuang untuk Felda? sangat tak sesuai, dah lah cakap dia busuk macam tandan sawit yang rosak terendam air bah, langkah dia pun tak ada ong, sumbang mambang Anda lihatlah di Felda Tenang, Jentera dia hanyut hampir lemas BN yang tolong, dia cabut lari. Kalau Mazlan tak caya tanya petugas di Felda Tenang yang ramai dari Kuantan, Temerloh dan Jerantut Pahang.Ada makcik tu jerit kata BN barang naik, aleh-aleh AIR BAH yang naik. Padan dia, sebuk tumpang di pondok jentera BN pulak.

AloQStaQ said...

HAHAHAHA Best !

Great article bro!

AloQStaQ

usop said...

gua tak rasa dia perlukan pil sakit kepala kali ini.. dia perlukan ubat kuat jua sebab kepala dia dua-dua sakit..

Anonymous said...

LAWAK LA....HAHAHAHA

Anonymous said...

Memang manusia ini tak sedar diri, tak tau bersyukur dengan rezeki yang Allah telah beri kepadanya. Tinggal di FELDA, di bantu oleh kerajaan, tidak tau nak berterrima kasih kepada kerajaan. Kalau dia seorang tak suka kerajaan, tak payahlah nak heret bersama-sama peneroka yang lain untuk membantah kerajaan. Inilah jenis manusia tak sedarkan diri.

Sudir said...

Wakaka.. tapi kena beringat.. itu Felda kat kawasan Johor. Aku rasa Felda kat Pahang, Perak dan beberapa negeri lain pengaruh allagaPAS ni agak kuat. Ni orang Felda kene kerja kuat sikit..

Tapi apa yang pasti memang Mazlan Aliman ni cirit birit..

Anonymous said...

bor..ayat lu yg terakhir mmg x tahan la bro..mmg ketawa berdekah2 dlm ofis..maarof mc mmg kaw tim punya olang..

Scarlett O'Hara said...

Terbaca dalam blog Aduka Taruna ( yg kena belasah kat Rusila dan kena tangkap kes hina Sultan Johor tu) Cikgu Mala ( tak layak dipanggil cikgu)kalah sebab sokongan melayu hutan pada BN.Cuba fikir siapa melayu hutan yang dimaksudkan?Tentu org FELDA kan?Rasa nak bagi penampo je kat orang kurang ajar mcm Aduka Taruna tu.