Monday, February 7, 2011

MB Kedah Respon Tulisan Blogger


MB kesal blogger politikkan isu

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan sekumpulan blogger cuba mempolitikkan isu pelajar Malaysia yang sedang menghadapi krisis di Mesir sebagai tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, kenyataan blogger berkenaan yang menyindir Pas supaya membawa pulang sendiri pelajar yang menyokong parti itu dan tidak mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat adalah sangat tidak wajar.

“Ini jelas menunjukkan bukan pemimpin atau ahli Pas yang cuba meniupkan sentimen kepartian dalam isu ini seperti disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, sebaliknya apa yang berlaku di Mesir cuba dimanipulasi oleh mereka yang menyokong BN untuk memburukkan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Azizan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, kesan krisis di Mesir yang melibatkan rakyat Malaysia adalah masalah bersama, tidak kira sama ada pemerintah atau pembangkang.

“Jadi, kita perlu ada kerjasama bagi memastikan rakyat Malaysia di Mesir selamat. Ia tidak wajar diputar belit dan disensasikan,” katanya.

Azizan berkata, dakwaan kononnya Mesir adalah kilang untuk Pas melahirkan pelapis parti itu juga adalah tuduhan yang dilempar secara membuta tuli.

“Pelajar ke sana untuk belajar bukan untuk berpolitik, tetapi bila kembali ke tanah air, mereka ada hak memilih parti politik mana sebab selepas itu mereka perlu mengundi. Itu di luar kawalan kita,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
Apabila tulisan blogger hantu raya berjaya mengundang respon seorang MB maka ianya sudah dikira hebat. Mana tak hebatnya, MB yang respon. Bukannya ketua kampung, Menteri Besarrrrrr beb.....

Saya tidak mengetahui blogger manakah yang menulis perkara berkenaan, tetapi saya nak jawab apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak (DSAAR). Mungkinkah blogger ini ?

DSAAR berkata blogger yang mempolitikkan isu berkenaan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Saya nak tanya Datuk Seri balik, selama ini apa yang Pas tak politikkan ? Agama telah lama politikkan, hukum Pas politikkan, Quran dan Hadis pun politikkan. Kalau kita nak senaraikan apa yang Pas politikkan tiga hari tiga malam pun tak habis lagi.

Orang meninggal dunia pun Pas politikkan. Saya bagi satu contoh yang terbaru, yang masih segar dalam ingatan kita dimana belum sampai sebulan lagi kejadiannya.

Semasa lawatan PM ke Tenang pada 18hb Januari yang lepas kebetulan pada hari itu seorang pemimpin peringkat cawangan Umno meninggal dunia. Pas sebar cerita kononnya PM tidak melawat jenazah tersebut dan tidak ada orang hendak menguruskan jenazah sehingga terpaksa diuruskan oleh orang-orang Pas. Sini

Pas politikkan isu berkenaan semaksimum mungkin dalam kempen prk Tenang sehingga menimbulkan kemarahan penduduk setempat. Mengapa pada masa itu DSAAR diam seribu bahasa ? kenapa beliau tidak bersuara supaya isu berkenaan tidak dipolitikkan ?

Semua itu pembohongan semata-mata. Pas cipta isu, kemudian dia sebar dan dia politikkan berita bohong. Itulah perangai Pas yang kononnya memperjuangkan islam. Sanggup berbohong semata-mata nak kejar undi. Bukan setakat bohong , malah turut memfitnah PM. Untuk mengetahui kisah sebenar sila klik di sini.

Sepertimana yang kita tahu di negara Mesir adalah lubuk bagi Pas dan disanalah kilang-kilang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Pas beroperasi. Setiap tahun pemimpin-pemimpin Pas akan kesana untuk bertemu dengan produk-produk mereka.

Apabila timbul masalah pada hari ini , DSAAR berkata krisis di Mesir yang melibatkan rakyat Malaysia adalah masalah bersama, tidak kira sama ada pemerintah atau pembangkang. Jadi, kita perlu ada kerjasama bagi memastikan rakyat Malaysia di Mesir selamat. Ia tidak wajar diputar belit dan disensasikan.

Disaat orang-orang dia sedang tersepit disana , tahu pula dia apakah itu erti kerjasama. Disaat dia sedang enak dibuai mimpi bersama PKR dan DAP apabila kita ajak berkerjasama dia tolak mentah-mentah dan pelbagai kata-kata hinaan dihamburkan kepada kita. Hari ini seorang pemimpin Pas bercakap pasal kerjasama. Wa...kah....kah....kah....kah....

Tetapi Umno tetap Umno, BN tetap BN, cara tidak pernah berubah masih lagi nak buat baik walaupun orang buat jahat kepada mereka. Setakat ini semua pelajar-pelajar di Mesir tidak kira Pas atau Umno dan yang tidak berpolitik telah dan akan diangkut keluar dari Mesir.

Untuk memastikan tidak ada pelajar yang tertinggal, seorang Ahli MT Umno, Datuk Azeez Rahim sanggup turun menjelajah dari satu tempat ke satu tempat di Mesir bagi memastikan tiada yang tertinggal. Lihat di sini

Serban besar tu Datuk Azeez, Pas ke Umno tu ?

Semoga DSAAR mendapat taufik dan hidayah apabila melihat apa yang terjadi di Mesir. Umno boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan bukan dengan syaitan. Umno tidaklah seteruk seperti yang Pas gambarkan selama ini yang kononnya penuh dengan kezaliman.

Untuk mengikuti laporan operasi pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir sila lawati blog Medan Info dan Agenda Daily.

25 comments:

Anonymous said...

Teruskan Bro, sekali sekala mereka patut diajar!!!

-Penyokong Senyap-

Anonymous said...

WELL SAID BRO...THUMBS UP!

Anonymous said...

cukup2 la menimbun dosa....banyak dah tu

Anonymous said...

Blogger juga yang salah, diri sendiri dan parti sendiri masih belum nampak kesalahan, kuman seberang laut nampak, gajah..

Tsunami Wave said...

Salam. Kita tunggu DSAAR komen plak lepas ni apa dia nak kata. Biasa la manusia pas memang camni bila susah minta orang tolong, bila senang lupa diri (setan masuk badan.)

Anonymous said...

Salam. kita tunggu komen dari DSAAR apa dia nak kata lepas ni. dasar tak kenang budi punya orang.

Anonymous said...

sunah nabi tu bro... jangan nak mempersendakan pulak..

tapi nak buat cmna, org umno mmg cmtu..

Anonymous said...

itu lah Pas .. bila kena pada mereka, tak boleh komen ... pasal pa sekarang mereka minta tolong dgn Kerajaan BN .. sedangkan selama ini kata kerajaan BN zalim ...begitu juga dengan TV # dan RTM ... melalui media ini juga mereka dapat info terkini ...

Anonymous said...

ooo.. boleh rupanya dia bercakap, ingatkan tak tau apa2 asek no komen aje... tapi mesti dia salahkan jugak kerajaan Malaysia sbb beri bantuan.

Anonymous said...

dah la bro.. serban tu sunnah rasullullah s.a.w.. jgn nak politik kan... berdosa bro.....

Anonymous said...

Aku sampai mati pun tak percaya hamPAS. Takde satu hapa pun yang boleh dibanggakan.

RBF - Bagus gak ada blogger yang terejal.

Anonymous said...

Saya setuju benar dgn blogger yg tulis blog sampai MB pun turut "berhujah".

Kadang-kadang benar Pakatan Haram ni sebenarnya keliru, haru-biru dan buat fitnah sesuka hati tanpa usul periksa. Rata-rata buat fitnah cakap k'jaan minta wang nak bawa balik student, tak pri-hatin, lambat la..DIA ORANG apa tau? DIA ORANG tau menyalak, cuma hantar puak puak pergi Mesir tolong sama dgn k'jaan tak ke ini dinamakan kerjasama. "Kerjasama menfitnah" buat apa? Ada student guna duit sendiri sbb mereka punya wang dan mahu berbuat demikian. So what?

Yang best tu berarak juak juak pkr /pas g Kedutaan Amerika konon nak berjuang buat rakyat Mesir..pehhh tabik ooo kalau Puak-puak ni berarak kat Mesir lagi bagus dan cepat Nik ajis keluar fatwa baru. Melalak ja kuat, tapi haruk pun tarak. Bukan kat isu ini, isu lain pun sama.

Dunia ni dah tua, lebih tua dari Nik Ajis, kalau bencana menimpa terima laa ketentuan dari Yg Maha Esa. Kita ni sepatutnya tak perlu masuk campur urusan negara orang nak berhimpun buat demo haram. Kita sepatutnya rasa takut dan berdoa agar negara kita tidak semacam negara bergolak yg lain. Tapi bagus juga puak PAS/PKR buat demo haram depan Kedutaan US, bertambah juak laa Amerika dan bertambah pucat laa Anwar nak menjawap panggilan bertanya khabar..

Anak Lenggong said...

Apa yang nyata dan diketahui ramai, semua ahli PAS samada pemimpin ataupun penyokong sama sahaja..iaitu pabila mereka lakukan dihalalkan tetapi pabila puak yang tidak sehaluan mereka melakukan perkara yang sama tak boleh pulak...kepada Azizan, Nike Ajis serta ahli PAS...sepatutnya sebelum mengkritik orang lain sesekali tu cuba renung pada diri sendiri..jangan asyik nak pandang pada orang lain jee...jangan sampai pakaian yang dipakai dah terlondeh pun tak sedar..nanti lagi teruk orang PAS diliwat oleh nuar brahi dan kit siang anak branak...

azman said...

Assalamualaikum RBF

Mereka tu hamPas semuanya..nak tunggu dajjal je dtg supaya mereka bole berkawan...

Anonymous said...

tuan RBF

jawapan tuan kepada apa yg diutarakan oleh menteri besar tu mmg benar..tepat dan jelas...

org bfikir dengan otak..akan dpat melihat kebenaran kata2 tuan...

mmg mentaliti org2 PAS, dia org aja betul dlm semua hal..
UMNO/BN tak penah betul ...

dasar pemikiran dua kupang PAS...
mmg hamPAS

aku mat 2011

Anonymous said...

Bagi sesape yg celik & mahu melihat; bertelinga & mahu mendengar; berotak & mahu berfikir : Apa yg terjadi sbelum nih, di Galas, Tenang & pemindahan budak2 di Mesir adalah petunjuk dari Allah Ta'ala sape yg haq & sape yg berkahaq.

Yg haq memanfaatkan yg ramai & yg berkahaq memantatkan yg ramai.

mustaqiim said...

hang nih memang bodoh la...

duit kerajaan dengan duit bn hang kena tau beza bongok...

yang dok bayaq cukai hari2 tuh bukan orang bn saja...

cuba hang jadi cerdik sikit...do some math!

Anonymous said...

di UPSI ada Anhar Opir,bekas orang kuat PMRAM

Anonymous said...

Tahniah .. Pakatan rakyat semakin gerun dengan blogger pro kerajaan .. Tidak seperti blogger pakatan rakyat .. Hanya tahu mengeluarkan cerita yang tidak ada asas sama sekali .. Teruskan usaha ..

DSAAR said...

emm r emm r emm r emm r

Klik Di Sini said...

salam tuan..

ni nak merayu nie.. mohon link blog saya ke blog tuan.. Saya orang baru dalam blog2 nie..
Jadi nak tumpang ah kepopularan blog tuan.

segala kerjasama diucapkan ribuan terima kasih.

mimview.blogspot.com

MAMAT KUBA said...

TAHNIAH RBF KERANA BIKIN ORANG KUAT PAS PANAAAAAS....PANASSSSS....AKU NI ORANG KELATE TAPI AKU BUKAN PENYOKONG PAS....SEJAK KECIK LAGI AKU DAH TENGOK KEJAHATAN PAS.....DI KAMPUNG AKU JELI TAHUN 70 AN,80 AN SUDAH ADA PERPECAHAN..BEGITU JUGA DI SELURUH KELATE...INI SEMUA ANGKARA PARTI DAJAL LAKNATULLAH PAS....AKU BERSYUKUR KERANA ALLAH TIDAK MENGGERAKAN HATI UNTUK MENYERTAI PARTI MUNGKAR PAS..AKU SELAMAT....AKU SELAMAT DARI MENDAPAT DOSA YANG JELAS DAN NYATA JIKA AKU BERPARTIKAN PAS.....AALHAMDULILLAH......KEPADA RBF TERUSKAN PERJUANGAN ANDA..KERANA PERJUANGAN INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TUNTUTAN AGAMA......PERJUANGAN BAGI MEMBUKA PINTU HATI MEREKA YANG TERLALU GELAP DAN BERLUMUT ANGKARA PARTI SYAITAN....AKU ORANG KELATE AKU TAHU SIAPA ITU PAS....PARTI YANG PENUH KEJAHATAN,KESOMBONGAN,BONGKAK,TAKBUR,RIAK,AMARAH,DAN SEJUTA KEMUNGKARAN ADA DALAM PAS.....MANUSIA PAS ADALAH MANUSIA YANG TIDAK TAHU BERBUDI DAN BERBAHASA...MANUSIA YANG TIDAK BERSYUKUR PADA MANUSIA DAN JUGA ALLAH.......MANUSIA SEMBRONO YANG MENYAMBAR APA SAJA PELUANG DAN RUANG YANG MENGUNTUNGKAN LALU DI HALALKAN......MANUSIA YANG MENGHARAMKAN APA SAJA YANG MERUGIKAN DIRI DAN PARTI BIAR PUN BENDA ITU BETUL SERTA BENAR......INILAH MANUSIA PAS...MANUSIA PENJAHANAM AGAMA ALLAH DI BUMI BERTUAH INI....KEPADA MB KEDAH TOLONG JAWAB AKU NAK DENGAR PENJELASAN DATO.

Anonymous said...

mamat kuba ..aku nk tny ko 1 je, tak payah nak belit2....ko sokong tak pemerintahan islam?klu ko tak sokong,maknanye ko tolak islam..aku cuma nk tau ko nie islam ke kafir.ko jwb eh.

MAMAT KUBA said...

AKU SOKONG ISLAM TAPI BUKAN ISLAM PAS DAN ISLAM BAWAAN WALI SELIPAR NIK AZIZ......AKU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH SAMA SAPERTI LU JUGA...CUMA AKU TERLUPA NAK TAMBAH PERKATAAN PAS DALAM DUA KALIMAH SYAHADAH TERSEBUT...MU DAH TAMBAH PERKATAAN PAS KAH...KALU TAK TAMBAH MU PUN JADI KAFIR.....KAH.KAH.KAH,KAH...HIDUP WALI SELIPAR

Anonymous said...

Udah2 lertu... melayu sesama melayu nak bergaduh, kalau kita igat dan takut Allah SWT, pasti kita semua takut untuk menunding jari serta mengata sesama agama.

Kita sebenarnya semuanyer BODOH sebab kita adalah HAMBA ALLAH SWT yang serba BAHARU, Yang paling BIJAKSANA adalah kembali kepada PENCIPTA kita, dunia dah diakhir ZAMAN....

Bertaubatlah sbelum TERLEWAT....
POLITIK DUNIA x akan kemana...
Yang TERUTAMA hanyalah POLITIK KITA di AKHIRAT nanti...

Pintu TAUBAT ALLAH SWT sentiasa terbuka untuk kita.... semoga kita sama-sama mendapat hidayah ALLLAH SWT... Amin...