Thursday, February 24, 2011

Rakyat Perlu Bayar RM 10 Ribu Seorang Untuk Makan Dengan Anwar

Di Kelantan Nik Aziz dan menantunya makan kek di pagi hari raya yang berharga RM 516.00 sebiji. Dua biji kek harganya RM 1032.00. Klik sini

Di Kuala Lumpur pula untuk makan malam dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah rakyat perlu bayar RM 10 ribu seorang. Manakala untuk makan malam bersama Azmin Ali dan Tian Chua pula rakyat perlu bayar RM 3 ribu seorang. Klik sini

Itulah wajah pemimpin yang menjerit siang malam kononnya berjuang untuk rakyat dan mempertahankan hak rakyat. Mempertahankan hak rakyat atau mencuri duit rakyat ?

Baru jadi ketua pembangkang rakyat perlu bayar RM 10 ribu untuk makan dengannya. Kalau dah jadi PM kelak tak tahulah berapa juta rakyat perlu bayar untuk makan dengannya.

Si tua dari Kelantan pula yang dulu sering berceramah menceritakan kejujuran Khalifah Umar Abdul Aziz tidak menggunakan pelita kerajaan ketika melakukan urusan peribadi. Pelita kerajaan dihembus apabila kerja kerajaan selesai dan nyalakan pelita sendiri untuk urusan peribadi. Dia nak menggambarkan perkara kecil seperti pelita pun kita perlu jujur sekiranya kita menjadi pemerintah.

Itu kata dia dulu, sekarang dah dua puluh tahun jadi MB jangan kata pelita, kek RM 516 sebiji yang dibeli dengan duit kerajaan pun dirembatnya. Projek-projek yang disapu menantu tak usah nak kiralah. Duit tiket kapal terbang dah pulang ke belum ? Klik sini

Rakyat nak percaya lagikah pemimpin penipu seperti itu ?

Sila jawab wahai saudara Idris Ahmad yang bebal sepertimana abangnya yang juga bebal yang membacanya doa untuk Lim Guan Eng dalam khutbah jumaat.

Apa lagi parpukari, cili kasik taruklah !

No comments: