Monday, February 14, 2011

Safee Sali Mabuk Glamor

Safee Sali berangkat ke LUAR NEGARA pagi tadi.
Gambar dipetik dari Utusan Online


Setelah pelbagai desas-desus yang kedengaran tentang pemain bolasepak negara kita yang juga pemain pasukan Selangor, Safee Sali , maka hari ini sahlah sudah dia akan bermain dengan sebuah kelab bolasepak di Indonesia.

Sebelum ini bermacam-macam cerita yang kita dengar mengenainya, kononnya pasukan yang hebat-hebat di Indonesia berminat menggunakan khidmatnya.
Akhirnya pasukan yang berada di tempat tercorot Liga Indonesia, Pelita Jaya yang menjadi pilihan Safee Sali. Dalam pertandingan musim lepas Kelab Pelita Jaya hanya menang 3 kali daripada 14 perlawanan. Kalah pula 10 kali dan seri sekali. Lihat di sini

Kalau nak timba pengalaman dan nak belajar mestilah menyertai pasukan yang hebat. Apa ke jadahnya pergi main dengan pasukan yang tercorot ? Nampak sangat terlalu pelahap nak cipta nama sebagai pemain Malaysia yang pernah bermain di luar negara, sampaikan pasukan tercorot pun dijadikan pilihan. Asalkan dapat bermain di luar negara.

Kalau pasukan tercorot di EPL atau BPL bolehlah tahan. Ini pasukan tercorot di Indonesia yang menjadi pilihan. Apa punya turrrrrr...

Pesanan ringkas kepada Safee Sali, jangan mabuk glamor...

35 comments:

Harimau said...

Bro, gua rasa kalau dia boleh membantu Pelita Jaya tu at least lebih banyak seri daripada kalah, itu dah cukup baik...

Safee Sali nampaknya harus bermula dari bawah bermain di Indonesia... Semalam coach Selangor pon dah cakap, kalau dia tak sambung kontrak di Indonesia thn depan, Selangor sedia terima kembali.

Selamat berjaya buat Safee!

Anonymous said...

biaq pi kat dia laaaa....amboi hang nie semua nak kasi hentam ... jangan dok amek semua pegang satu dua cukup .... mamat nie tak penting sangat pun hal negara lebih penting ....

Anonymous said...

dengar cerita, dia pegi kelab sana tu dapat la playing time. desperate club perlu player baru.

kalau pegi yg top club, kang jadik pemain bangku simpanan je. dalam bola sepak, first team ni susah nak tembus kalau team tu mmg main bagus.

kontrak pun setahun je. daripada duduk bench, baikla main walaupun kat kelab bawah.

irs-Hursaini said...

Tak salah kalau saya katakan

Kalau Pelita kalah - tak lah malu sangat sbb pasukan tercorot..

Kalau menang - boleh dibanggakan sangat sebab berjaya memenangkan pasukan tercorok..

Anonymous said...

mane tak mabuk glamor tiba naik mendadak kes jaringan tbanyak jer yang amat aku meluat tgk berita 1.30 td siap ada pengurus peribadi dahsyat tu sbb nak tangkis finatik penyokong indon katanya,Akmal rizal dulu main kt oversea setahu aku xde pun pngurus peribadi....besar sgt ke safri ni

hanizam said...

pada aku, tak patut kita semua cakap macam tu...bagi dia semangat...

dia tengah perform, kalau main bagus, letaklah kat team maner sekali pun..

kalau dia main kat kelab ranking top 5, aku pasti peluang untuk dia nak tunjukkan skill terbatas berbanding kalau dia masuk kelab yang tercorot...

lagi pun coach & pengurusan selangor pasti dah bagitau ape yang patut untuk dia berhijrah kat kelab ni..coach devan pun yakin dia boleh main baik disana...

kalau ramai yang kata liga INDON lebih rendah tarafnya dari LIGA M, lantaklah...yang penting PIEE dah jadi perintis untuk player malaysia main untuk kelab luar...

kita bagi semangat untuk dia...liga INDON baru separuh jalan...kalau dia ada rezeki, dia boleh pergi jauh...tu hanya batu loncatan untuk dia pergi ke kelab lain...

Anonymous said...

hehehe...nak menimba ilmu?nak pendedahan?...hehehe yg sebenarnya ...masyuuukkk!..USD10k tu bro!.Dengan Selangor paling tinggi rm20k!!.

Semoga berjaya Safee!...jgn nnt balik main utk Malaysia macam cibai sudah!!


anakjati_sgway

Mylasia said...

1.bg saya tak salah bro safiee sali main kat indo.
2.Gj yg diterima agak lumayan dengar kata lebih USD10k sebulan.
3. Jangkahayat khidmat pemain bola sepak ni pendek bro, dalam masa yang singkat ni lar dorg kena cari duit sebanyak yg mungkin.
4. Umur dah 27, habis hebat pun lagi 3 4 tahun dah tak boleh main.
5. Dulu ramai pemain2 dari zon afrika bermain di Malaysia. Bahkan ada yang dari england dan argentina pun pernah bermain di sini,so saya tak nampak sebarang masalah.
6.Keluarga Safie orang susah bro, mungkin ni lar caranya beliau mampu untuk mengubah hidup beliau dan keluarga beliau.
7. Apa pun tindakan safiee sali saya tidak nampak kerana nak glamour kerana rekod telah menunjukkan 1 or 2 orang pemain kebangsaan kita dulu pernah bermain di Australia.
8. Saya tetap menyokong penuh safiee dan mana-mana pemain yang ingin mencari pengalaman /mencari duit lebih di negara orang.

Anonymous said...

hehehe...rbf xtgk ke kat website FAM.
gaji dea US$10,000(RM 30,360) sebulan...kalau aku pon kena gi maen bola kat Indonesia pon sanggup dowh...sape xnak 30K sebulan...hehe..xdapat maen pon xpe

Anonymous said...

Apa pulak dia mabuk glamour!!Dia ada semangat yang tinggi,menghadapi cabaran di tempat orang,membina kejayaan untuk kelab tercorot..bukankah itu satu semangat juang yang tinggi.

Tengok kat Malaysia pon dia sering merantau ke sarawak dan negeri2 lain.Takkan nak jadi katak bawah tempurung jer bro.

Lionel Messi,Xavi,Iniesta kecik2 lagi dah merantau bro.Orang bagi semangat kat Safee,nih ko kutuk dia plak..come on la...bro

Anonymous said...

bro..bagi la semangat sikit..hentam hentam jugak la..

Anonymous said...

hahahahaha..rbf,bantai2,jangan x bantai Selangor

DNA said...

Bro,
dia tak pandai politik, tak pandai berniaga..cuma pandai main bola jer..so,dia kena kejarlah time dia boleh masyuk ni..lain lah ahli politik, leh dok berpenggal2 cari harta..

Anonymous said...

ape derrr RBF ni..sokong lee ckit..asyik nak hemtam jer..
dia tak kacau teloq hang!!dok diam2 sudah..
RM30k..hang nak bagi ka??

Anonymous said...

hampeh nye rbf..pemain feveret aku ko kutuk..marah giler aku jap..tp ko pulak blogger feveret aku...siap aku buat bookmark lagi...
apapun all the best kepada safee..insyaallah akan berjaya..rezeki adalah ketentuan tuhan..dan usaha adalah mesti.

Anonymous said...

Bro... hihi org kelate takde pegi luar ker bro...hihihi haish... minat dua2 RBF, SAFEE... anak jati selangor nie... ape2 pun bro.. jgn ler kutuk maa.. mamat nie takde kaitan ngan politik pun... bapak dia pun org UMNO maa...hihi

BajingAlas said...

Safee pernah memberi alasan yang tepat.
Mengelak bermain utk Persib Bandung sbb dipenuhi star2 dr luar..komfom jd reserve memanjang.
So main ngan team corot buat dia akan terus bermain sebagai regular player.
Jadi bintang tolak tepi dulu..yg penting main utk team dan income ok.

Anonymous said...

macam mana sukan kat malaysia nak maju terlalu banyak mahluk macam rbf ashik nak hentam saja depan belakang.Bagi le sikit semangat pada orang yang macam ini yang ingin berhijrah kerana kerja beliau(safi salee)nabi sendiripun berhijrah....tak ada salahnya berhijrah demi kerjaya beliau setidak2 ada juga pemain bolasepak Malaysia bermain di liga luar Malaysia.Liga diIndonesia tu tinggi ke rendah taraf dari Malaysia itu bukan soal....untuk safi salee janmgan peduli kata nista dari orang yang tak punya jati diri...semoga anda berjaya disana.

RBF BUSUK HATI said...

RBF.

safi sali sendiri akui pelita jaya team tercorot, tiada striker.pasal tulah safi nak main kat situ.

team lain dah ada ramai striker simpanan dalam dan luar negara. peluang nak main 1st eleven susah.

dia bukan mabuk glamer.

orang kelantan macam rbf memang dikenali takde semangat kesukanan.

kalau safi ni orang kelantan, mungkin rbf tak hentam kot ?

orang cari rezeki rbf marah. rezeki halal safi cari tu bro.

nak tanggung mak bapak dia,keluarga dia.

kejam sungguh la artikel rbf ni.

hati busuk.

Anonymous said...

mabuk glamer? cermin diri dulu brader.. sy bkn penyokong fanatik slgor atau safee sali tp biar la dia pg, tgk dunia lebey luas dr asyik main kt cni..

liga indonesia hampeh? cermin diri dulu brader.. ISL ranking ke 8 liga terbaik asia.. juara liga diorg dpt tmpt asian champions league trus.. MSL mane ltak nya? bkn kutuk, sbb sy support team2 local.. tp kita kne realistik & berpijak pd bumi yg nyata dan bukan mengiyakan je kata2 org atas.. team malaysia dah main ok, org atas yg kuar tp nak dtg balik FAM.. hampehhh.. klu dia main persib bandung, blum tntu dia dpt jersi no 10 dan main 1st team.. fikir2kan dan cermin diri dulu..

rbf gila glamer said...

bukan safee yg giler glamer tp rbf yg kemaruk glamer!

Anonymous said...

Bro, agak² la.. Gaji mahal tu.. Kalau main kat Persib Bandung, sana dah ramai striker.. kang duduk bangku simpanan.. Baik main team ayam, kalo blh naik, br la Safee yg power.. Malaysia Boleh.

Aram lu bro.. !!

Anonymous said...

apehal rbf ni...tbe2 ckp psl safee sali plak..

agak2 kalo safee sali pndah main ngan wolves(pasukan tercorot EPL),dikira gle glamor jgak ke??rbf ckp psl politik je la...xyah ckp pasl bola..

p/s ~ ke rbf nk tmpang glamor safee??tu yg wat artcle ni???hahahaha

Anonymous said...

bro lu mmg pandai politik sukan lu hancus...pe bangang sgt liga indon tun kelapan terbaik asia...maknanya tercorot kat indon surely tak nombor satu mesti atas dari nombor satu kat liga glamer malaysia...lu politik dahle bola lu mmg bodoh bro

bac said...

apa cerita bro? selama ni aku sokong n baca artikel kau dan kebanyakkan aku rasa artikel kau ok..ada isi. Tapi artikel kali ni sumpah mmg bangang..tolong la bro...bukak sikit minda kau tu..ape yg kau tau pasal sukan bro? dari badan kau sendiri pon dah boleh agak kau mmg jenis langsung tak bersukan...apatah lagi nk tau apa2 pasal sukan. Sorry bro, cuma aku geram sbb artikel kau kali ni ikut kepala lutut kau. Tapi bila bab politik aku sokong la..mostly. Bab sukan..sorry.,kau bkn orangnye.

Anonymous said...

rbf....
lu belasah je nik ajis dan kuncu2nya je le..ape ke hal yang kau pegi campur hal sapee...biar le dia nak main dengan kelab mana....dia tidak susahkan rakyat m'sia sepertimana pkr, dap & pas pis pus tu...ape punya bloger lah lu...lu hemtam je 'PAKATAN RAKYAT' jangan campur hal2 yg lain2....dia nak glamor tu dia punya pasal..kita doakan saja sapee berjaya dalam karier dia..kita jangan cemburu dengan kejayaannya yang telah menaikkan minat rakyat malaysia terhadap sukan bolasepak dimalaysia ketika ini...bukannya macam parti pembangkang...yang nak menghancurkan m'sia...tu yang patut lu terus hentam habis2san sehingga PRU13...

pengembala said...

aku main game pes winning eleven pun dalam become a legend pun mula dari bawah beb!

hahahaahhahahahah

promote,kalu dia main boleh menang banyak bagus ah,biar lah dia jadi muka belasahan,mungkin dia boleh membantu kelab kuih tepung "pelita" fc tu

Anonymous said...

ah sudah,si babi blogger ni semua bnda dia nk hentam,ko hentam pembangkang dan pantat bini hang sudah la,ni smpai sukan pun ko nk hentam apa kejadahnya???

Anonymous said...

hahaha...mmg kena la ko bro,kena panggilan hangit,kutuk2 pun agak2 la..ni ikut kepala lutut longgar sbb melancap kuat hang tu jer buat isu,hahahaha

Anonymous said...

bro,

balik kelantan kerja kat kelantan

kerje kat selangor mabuk glamor

jangan mareeeeee..

Anonymous said...

pedas betul bro rbf ni. apa kes bro marah sangat kat dia ni? x setuju dia tinggalkan sgor? biarkanlah periuk nasi dia, dah dia nak gi main di luar. berikan lah semangat apa2 pun.

harap2 bro safee menjadi pemain bintang di sana ada juga nama Malaysia. jangan pulak pi ke pakatan rakyat sebab hentaman rbf. jangan ambil hati ye bro safee, usik2 je tu.

Anonymous said...

aku rse blogger ni yg gila glamour...orang nk buat blog dia pun nak buat blog...dulu safee sali tak popular mcm skrg ada blogger shock sendiri ni nak tulis psl safee sali...??nak tumpang populariti safee salu, idea murahan la bro...ni msti dah kne basuh ngan org2 politik ni...dah hebat baru nak tunjuk muka...inter-frame habis...blogger ni yang gila glamour...haha...

Anonymous said...

hang ni pandai lebih sgt...politik hang bantai, sukan hang bantai...hidup hang ni dok dengkis saja kot...

Anonymous said...

Manusia macam nih pun ada ker?apa punya busuk hati lah korang nih...apa lah dosa safee kat korang yang korang dengki sangat ngan dia...safee tak kacau korang berak pun...artis kita pun ada yang carik makan kat indon.apa ada hal..takkan nak duduk bawah tempurung jer weh...student kita pun ramai kat indon sedangkan U kita lagi bagus2 dari U kat sana...x jadi isu pun selama nih..tapi bab safee korang nak kecoh2 pulak...aku pun sokong UMNO gak...tapi taklah BEBAL sangat mcam korang...har!har!....~JONGOS!mbpj.

Anonymous said...

Salam,

Saya Tuah. Ingin komen pasal catatan anda di atas tentang Safee Sali.

Setahu saya, pemilihan kelab Pelita Jaya ialah satu STRATEGI pihak2 berkenaan.

Dengan memilih Pelita Jaya yang tercorot, Safee Sali dapat bermain sebagai pemain utama (bukan pemain simpanan/substitute).

Kalau bermain dengan kelab terhebat, pastinya Safee Sali agak sukar dapat jadi pemain utama.

Sekiranya Safee Sali berjaya menaikkan "ranking" kelab Pelita Jaya, ia dapat memberi nama baik kepada pemain2 profesional Malaysia yang lain. Mungkin akan ada lebih ramai pemain Malaysia diterima di luar negara.