Thursday, March 10, 2011

Kisah Cemas Rakyat Malaysia Di Libya

Kisah dibawah ini dihantar oleh seorang pembaca kepada saya melalui e mel.

Penghantar e mel berkenaan bernama Shobry Shahid, seorang pengurus projek yang bekerja dengan Ranhill Bersekutu Sdn Bhd di Libya.

Seganas-ganas askar Libya yang memukul orang-orang lain boleh kecuali En Shobry dari dipukulnya hanya kerana ayat keramat dia dari Malaysia. Begitulah hebatnya penangan nama Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada Shobry kerana sudi berkongsi kisah cemasnya.

Ikuti kisahnya di bawah yang saya siarkan tanpa sebarang suntingan.

Bro RBF,

pertama sekali , terima kasih tak terhingga saya sekeluarga ucapkan diatas bantuan saudara yg telah menyiarkan rayuan saya di laman web anda pd 22 feb 2011. Baru saja sekejap tadi saya melayari web saudara kerana kami baru saja selamat sampai bersama kumpulan pertama rakyat msia pada 1hb mac.

penat, letih, cemas, bimbang, takut adalah diantara ayat2 yg mampu saya tulis disini...tiada ayat yg dapat mengambarkan keadaan disana melainkan kesyukuran kpd Allah Ta'ala yg telah menerima rayuan dan doa kami disana.

keadaan masa tu begitu cemas, saya tak boleh siarkan nama masa posting sebab takut di pintas oleh pihak tertentu dan akan memudaratkan kami disana

Hari2 terakhir semasa bersama kesemua rakyat msia ke tripoli airport adalah detik yg begitu mencemaskan...kami terpaksa berdiri menunggu hampir 10 jam di luar kawasan airport pada suhu 10 darjah celcius ditemani ribut pasir yg mula mengganas pada sehari sebelum berlepas pulang.

Keadaan agak kelam kabut kerana ramai org terutama rakyat mesir berpusu-pusu unt keluar...keadaan diluar terminal seperti yg anda dilihat di medan perang...tiba-tiba kami diarah oleh pihak kedutaan unt lari keluar dr menhampiri terminal kerna rempuhan rakyat mesir telah membuat pengawal-pengawal disitu melepaskan tembakan...

tiada ayat bro...tiada ayat nak kami gambarkan....pada jam 11 mlm setelah berdiri dari jam 3 ptg...saya terpisah dr isteri dan 2 anak perempuan...sebab pengawal mula membuat 2 laluan...bayangkan persaan saya....tinggal seorang anak lelaki bersama saya pd ketika itu...hanya doa yg mampu saya bacakan... kumpulan kami masih diluar terminal...cuaca makin sejuk dan saya hampir jatuh...rakan2 lain telah meminta dgn pengawal unt membenarkan saya masuk ke terminal....alhamdulillah saya dpt masuk seorang ke dalam..tapi anak saya masih di luar... keadaan didlm terminal..pengawal memukul org ramai sesuka hati....saya terpenagkap didalam...tiba-tiba dtg seorang pengawal berpakaian askar menjerit tanya saya...mana paspot...mana mau pergi...saya cuma mampu berkata " ana safara malaise " atau saya bersama kedutaan malaysia...alhamdulillah....mereka terus berlalu tanpa mengapa-apakan saya....cuma saya seorg saja yg berdiri disitu....lain org akan dipukul....bro....bgtau KESEMUA RAKYAT MALAYSIA......ALLAH TA'ALA TELAH MEMBERI KEMULIAAN PADA SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA PADA SAAT-SAAT SAYA HAMPIR DIPUKUL...HANYA DGN AYAT KERAMAT....SAYA DARI MALAYSIA....SAYA TIDAK DIAPA-APAKAN OLEH PENGAWAL YG MEMUKUL ORG DLM TERMINAL PADA KETIKA ITU....

banyak lagi cerita yg nak saya kongsikan bersama rakyat malaysia.....AJAIB.....NAMA MALAYSIA SGT AJAIB.....BERBANGGALAH SBG RAKYAT MALAYSIA....TOLONG CERITAKAN PD SEMUA RAKYAT MALAYSIA...KALAU TAK PERCAYA...SAYA BERSEDIA BAWA MANA-MANA ORG BAIK TUAN GURU NIK AZIZ SENDIRI UNT KE LIBYA.....DATANG DAN LIHAT SENDIRI....INI LIBYA BUKAN MESIR....SESIAPA YG KENAL MESIR BELUM KENAL LIBYA...BOHONG KALAU NAK SAMAKAN MESIR DAN LIBYA....SAYA SANGGUP BAWA ANDA SEMUA UNT MELIHAT DGN MATA KEPALA SENDIRI....

bro....terlalu byk yg nak saya sampaikan..insyallah saya akan menulis lagi....penat dan letih masih belum bersurai dari diri ini lagi...

terima kasih sekali lagi bro....semoga allah membalas jasa baik tuan semua..

Salam hormat dr saya sekeluarga

21 comments:

Anonymous said...

"Tak orang lain boleh kerja ini!" Inilah jasa Tun M yang telah mengharumkan nama Malaysia di dunia dan dalam kalangan negara negara Islam....Alhamdulillah

Anonymous said...

cerita gila apa ni

Anonymous said...

kepada saudara Shobry,
Syukur Alhamdulillah saudara sekeluarga selamat pulang ke tanahair. Terharu bila membaca emel saudara. MALANGNYA ada segelintir 'orang' kita yang cuba me'MESIR' dan me'LIBYA' kan negara kita yang bertuah ini...semoga ALLAH S.W.T melindungi negara kita dari anasir2 jahat ini...AMIN

Cikgu Di said...

Salam persaudaraan untuk semua.

Bila tamat membaca monolog yang di ceritakan oleh saudara kita yang berada di Libya melalui blog tuan betapa terharu dan bangganya saya menjadi rakyat Malaysia.

Apa tidaknya dalam keadaan yang begitu gawat dan hampir menerima "pelepang" dari pihak tentera yang bertugas maka dengan menjual nama Malaysia saudara Shobry telah terselamat begitu juga urusan beliau selepas itu Allah telah mempermudahkannya melalui kedutaan Malaysia hingga beliau bersama rakyat malaysia yang lain selamat pulang. Begitu juga apa yang berlaku kepada pelajar-pelajar kita di Mesir sewaktu hendak di bawa pulang ..mereka tetap memandang tinggi nama Malaysia dan melalui "nama keramat" inilah segala urusan Allah telah permudahkan.

Masih tidak bangga lagikah kita menjadi rakyat Malaysia.....?
Walahualam...

Anonymous said...

Pada Anon yg pertama tu

Betul kata kata saudara. Kalau tak sebab Tun M kita ni tak dipandang walau sebelah mata di sebelah timur tengah atau dimana mana di dunia ni. Saya berkerja di salah satu negara Gcc. Saya tau kelebihan perkataan Ana nafar Malaysia (saya orang Malaysia) di bumi timur tengah. Berlinang air mata bila sebut nama Tun M dan jasa jasa beliau.

Kepada saudara Shobry

Selamat pulang ke tanah air tercinta.

Proud to be Muslim from Malaysia

Salam

Anonymous said...

@Anonymous
March 10, 2011 8:40 PM

Ko yang gila kot.

Anonymous said...

anon March 10, 2011 8:40 PM

cerita tak gila, kau yang gila babi

JoN said...

kalau la tersebut nama niki ajis time tu gerenti pengawal tu ckp celako..celako..celako hehehe..
apa2 pun syukur alhamdullilah kepada rakyat malaysia yg selamat smpai di malaysia dr libya...

Anonymous said...

yes proud to be islam malaysian.....dan hanya perkataan laknat sahaja yg sesuai bg mereka memburukkan dan mencemarkan nama malaysia sperti Anwar Ibrahim...yg seratus pertus menghina dan memburukkan nama malaysia pada ceramahnya di uni of sdyney pada thn lepas.....

r0 said...

bayangkan, kalau nuarjubori jadi PM.

"saya dari msia"... mau kena rejam... sodomis sodomis... mampus!

Anonymous said...

kepada saudar shobry

alhamdulillah selamat tiba di tanahair & cerita saudara sungguh mengharukan.. Itulah nama keramat MALAYSIA di mata dunia, ingatlah kita jgn hendak meMesirkan atau meLibyakan negara hanya sebab kepentingan segerombolan org bodoh & berkepentingan politik.. Bangga saya menjadi rakyat MALAYSIA & pada yg masih tak puas hati tu lucutkan saja kerakyatan & pergi lah mana2 negara yg anda suka, jgn dok menyalak mcm anjing lagi.... wallahhualam

chikadakbiru said...

Assalamualaikum w.b.t

Ini komentar pertama saya bg blog2 berunsurkan politik. Tahniah dan terima kasih kepada saudara RBF dan juga Saudara SObry yang sudi berkongsi cerita pahit/maung semasa berada di LiBya. Menangis saya dibuatnya...Begitulah keramatnya 'Malaysia' di hati Rakyat Libya. Sungguh menginsafkan, dan betapa terharunya saya menjadi rakyat Malaysia. SEmoga Allah s.w.t terus melindungi negara kita dari anasir-anasir jahat dan musuh dalam selimut.

Anonymous said...

kpd mereka2 yg mengaku sbg warganegara Malaysia, bersyukurlah..

joe labu said...

satu ketika semasa sy di australia, di suatu tempat yg ceruk hulu banat...bila dikabarkan sy dr malaysia, org australia itu terus tunjuk tanda bagus "mahathir.good".

di tempat sy belajar...sahabat2 dr pelbagai negara juga kenal mahathir.."good" kata depa.. sy try jg tanya kenal tak anwar ibrahim, nik aziz..hehe...

Anonymous said...

Anon 8.40
kebenaran kau kata cerita gila...kau rakyat malaysia ke bukan??? pergilah sana nak tau gila ke tidak.

Anonymous said...

Salam utk semua...

Saya juga ada pengalaman utk kongsi betapa beruahnya diri sbagai rakyat Malaysia! Tambahan pula ketika itu TDM masih lagi PM kita.. Pengalaman saya sewaktu Melancung ke Europe yg ketika itu baru saja menerima bencana dr peristiwa 11/9.

Disebelah saya warga Bangladesh dan dihadapan saya warga Indonesia dan beberapa pelancung dr beberapa negara lain yg saya tak ingat dr negara mana... Pemeriksaan cukup ketat, semua org diperiksa dr head to toes & bila tiba giliran saya, saya hanya sekadar menunjukkan PASSPORT MALAYSIA saya sahaja dan saya dilepaskan tanpa sebarang soal siasat dan tanpa sebaang pemeriksaan...

Immigration Officer tu siap senyum.. Ohh fm Malaysie...

Begitu juga semasa saya berada di Hong Kong, bila saya katakan saya dr Malaysia, siap 1 mamat nii fm Canada tanya sy bagaimana 'KEADAAN KESIHATAN DR. M SEKARANG?'.. Saya terkedu, kerana sy 'wud say totally putus hubungan' dgn negara saya.. Dia cakap Dr. M masuk hospital dan apa saja tentang Dr. M akan menarik minat beliau and how he wish Dr. M menjadi PM diaorang!! di KANADA..

Tak sedar airmata sy mengalir, betapa bangganya sy menjadi rakyat Malaysia ....!

Kepada mrk diluar sana terutama penyokong tegar ANUwar.. Malaysia dikenali kn TDM, PM searang adalah kesinmbungan perjuangan beliau yg masi belum selesai.. DSAI s nothing selain dr perosak bangsa & akidah... Nik Aziz bukan pejuang Islam sebenar.. Beliau menggunakan Islam utk kepentingan peribadi beliau semata2...

Kepada r Shobry, selamat kembali ke Malaysia yg aman ini...

Salam
@Izan~~

Anonymous said...

Kalau tak silap saya, sewaktu lawatan TDM ke Libya suatu waktu dulu, diberitakan Muammar Gadaffi terlalu taksub terhadap kepimpinan TDM sehingga segala barangan yg digunakan semuanya Made In Malaysia.. Sehingga 3 kali sehari TDM dijemput keistana Presiden.. (betulkan fakta kalau ada yg tersilap..) Muammar Gadaffi terlalu kagum dgn kepimpinan TDM...


Wallahu'alam..

P/s banyak cerita yg ingin dikongsikan dan cukup membanggakan jika bercakap tentang TDM...

aL-MaRBaWi said...

Malangnya Nik Aziz Nik Mat tak akan bangga sebagai rakyat Malaysia.

Jika beliau bangga semestinya beliau akan bersyukur.

Bersyukur kerana aman dan harmoninya Malaysia ini adalah hasil usaha BN.

lidey lim said...

terharu saya baca artikel ni...

semoga Allah terus pelihara kita semua....

alhamdulillah bersyukur kerana dilahirkan sebagai rakyat malaysia. alhamdulillah!

Anonymous said...

salam,sememangnya "saya dari org malaysia" adalah ayat keramat , terutamanya di bumi Timur Tengah dan Afrika. Di Dubai terutamnya, mereka selalu tanya "awak filipino/indonesia? disbbkan ramainya rakyat kedua2 negara tersebut di sana. Tapi bila kita kata " tak, saya dari Msia", amboi, cepat aje keluar " Good/very nice country, dah byk kali pergi nak pergi lagi, etc. Yg mak Arab biasanya sombong dgn kita sbb ingat kita ni taraf amah dia pun laju je bercerita ttg betapa bagusnya malaysia. Di bumi Sudan ni pun, org malaysia sgt dihormati oleh rakyat tempatan..

Gerakan Timur said...

Salam En. RBF,

Mohon copy surat dari saudara Shobry ini untuk blog GT.

Terharu sgt2 nih... nak kongsi pada semua!

Don't worry En. RBF, the credit is yours!