Sunday, March 13, 2011

Pemimpin PKR P.Pinang Tipu Kelayakan Akademik

Daripada kepalanya, kepada pegawai-pegawainya hinggalah kepada pemimpin-pemimpin bawahannya semuanya pemimpin-pemimpin kerajaan yang memerintah Pulau Pinang kaki tipu.

Kata pepatah , ikan kalau kepalanya busuk maka ianya akan busuk sampai ke ekor.

Ketua Menteri kaki tipu , maka habislah orang-orang dibawahnya pun kaki tipu.

Baca berita di bawah yang dipetik dari Utusan Online

Pemimpin PKR tipu kelayakan akademik

BUKIT MERTAJAM 12 Mac - Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang juga Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kini sedang disiasat parti itu kerana didakwa menipu mengenai kelayakan akademiknya di laman web sosial Facebook.

Pemimpin tersebut dikatakan menulis dalam akaun Facebook bahawa dia merupakan pemegang ijazah sarjana muda dengan kepujian dari salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan walaupun tidak memilikinya.

Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas didedahkan di laman Facebook termasuk di akaun milik beberapa pemimpin PKR negeri baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Mansor Othman yang ditemui pemberita hari ini mengesahkan bahawa siasatan tersebut dilakukan selepas pihaknya dimaklumkan mengenai pendedahan itu Rabu lalu.

Mansor berkata, pihaknya akan menemui pemimpin tersebut dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan.

''Tapi saya belum berjumpa dengannya lagi," katanya ketika ditemui selepas perasmian Bengkel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini, hari ini.

Mansor yang juga Naib Presiden PKR diminta mengulas pendedahan mengenai dakwaan tersebut yang tersebar di laman web termasuk di akaun Facebook miliknya baru-baru ini .

Carian di akaun Facebook milik Mansor mendapati, terdapat rakan dalam web sosial itu turut membuat dakwaan yang sama sambil menyifatkan ia sebagai perbuatan munafik.

Difahamkan, pemimpin berkenaan memegang jawatan kanan salah satu kepimpinan sayap PKR negeri selain menganggotai jawatankuasa PKR di peringkat pusat.

Selain mengisi salah satu daripada dua kuota PKR bagi keanggotaan ahli majlis MPPP, pemimpin tersebut juga dipilih mengetuai salah satu jawatankuasa pengurusan pihak berkuasa tempatan itu.
Siapakah orangnya itu ?

Klik di sini

3 comments:

sejahtera39 said...

salam Bro RBF....
Parti Kencing Rakyat= PKR

jadi masalah menipu dan berbohong terlalu sinonim dengan mereka, tak kira ahli ke pemimpin ke sama saja telah menjadikan menipu dan berbohong mcm fardhu kifayah kepada mereka...

lihatlah mcmana annuarjubburrri menipu ahli2 PKR yang bodoh... diceritakan tentang langit dan bulan dan bintang tapi akhirnya annuarjubburrri tersangkut ditepi bontot!!! dasar manusia munafiq..

puak2 bawahan PKR masih buta .. buta mata/ buta hati
percaya kepada janji2 manis yang mereka sendiri tahu tidak akan terjadi tetapi dek kerana sifat semula jadi puak2 ni yang sangat hasad dan dengki dengan kepimpinan kerajaan BN harini itu semua tidak diperduli...

Anonymous said...

org yg ada kelayakan akademik plak,semua bagus sgt ke bro??
x menipu?x merasuah?x kaki betina?
x curang ngn laki@bini sendiri?

rasanya ramai gak ahli politik yg ada kelayakan tapi dungu....

-warga shah alam-

Anonymous said...

dia terlupa nak ambik PJJ diploma tasawwur la kot tu..

eh..dia bukan ahliPAS jdi tak boleh ambik

http://arrasyidin09.blogspot.com/2010/12/pendaftaran-pjj-diploma-tasawwur-islam.html