Saturday, April 2, 2011

Video Seks: Ketua Polis Negara Tidak Faham Atau Wira Arjuna Yang Buat-Buat Tidak Faham

Malaysiakini hari menyiarkan satu tulisan yang ditulis oleh seseorang yang menggunakan nama pena Wira Arjuna. Klik di sini

Soalan yang ditanya oleh Wira Arjuna,
Persoalannya: Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.
Apabila polis kata video itu tulen, maknanya lelaki di dalam video juga tulen.

Itu menunjukkan wajah lelaki dalam video itu bukannya dipotong dan di tampal atas pelakon sebenar. Kalau dilakukan begitu, maknanya video itu palsu.

Sekarang polis kata tulen, tulennnnnnnnnnnnnnn.....

Apabila tulen maknanya semua tulen termasuklah pelakunya.

Kata Wira Arjuna lagi,
Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai tanpa polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan.

Mereka yang dimaksudkan adalah:

* Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman berkenaan dikatakan dibuat.

* Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan sembilan pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu

* Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.
Satu perkara yang Wira Arjuna buat-buat lupa nak persoalkan. Apa dia ? Jam tangan Anwar. Kenapa Wira Arjuna, takut ke ? Hi...hi...hi...

Semua hal berkaitan dengan kehilangan jam tangan, Anwar berhubung dengan Datuk Eskay melalui SMS. Saya ulang sekali lagi bro, melalui SMS. Kah...kah...kah...

Salah satu SMS yang dihantar oleh Anwar kepada Datuk Eskay berbunyi "aku beritahu Kak Wan (Wan Azizah) jam aku tertinggal dalam kereta hang".

Berpeluhlah hang nak pertahankan Anwar wahai Wira Arjuna....

Berhubung dengan tiga perkara yang ditimbulkan oleh Wira Arjuna diatas saya jawab satu persatu.

* Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman berkenaan dikatakan dibuat.

Malam itu jam berapa Anwar berada di rumah ? Nyatakan jam, malam panjang. Dulu semasa kes liwat Saiful timbul pun keluarga dia pun kata Anwar ada di rumah. Kemudian muncul CCTV dalam mahkamah menunjukkan Anwar sedang memasuki lif di kondo tempat dia meliwat Saiful.

* Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan sembilan pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu

Yang dikemukan Rafizi semua itu pembohongan dalam usaha dia nak tunjuk hero kepada Anwar, kononnya dia hebat dan dia boleh menyelamatkan Anwar.

Blogger MIM telah menjelaskan dengan begitu terperinci dan siap dengan bukti kehilangan Anwar selama dua jam dalam twitter pada malam tersebut. Last tweet yang dilakukan Anwar pada jam 9.20 malam sebelum bersambung kembali pada jam 11.39 malam. Lihat di sini

* Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku. (Wira Arjuna pertikai kenapa polis tidak panggil pihak yang dapat membantu siasatan)

Polis tak perlu panggil dan siasat malaun dua ekor itu kerana di bawah undang-undang sivil apa yang dilakukan oleh Anwar dalam video itu tidak menjadi kesalahan. Melainkan perempuan dalam video itu membuat laporan polis dia dirogol atau diliwat.Lihat sini

Kalau hari ini Wira Arjuna melakukan hubungan seks suka sama suka dengan teman wanitanya pun polis tidak boleh tangkap Wira Arjuna kerana tiada peruntukkan untuk melakukan sedemikian. Dari segi undang-undang syariah salah. JAIS, JAWI atau mana-mana pihak berkuasa Agama Islam negeri boleh tangkap , siasat dan dakwa orang-orang Islam yang melakukan begitu.

Contoh, kes Chua Soi Lek. Walaupun Soi Lek mengaku dia melakukan seks dengan teman wanitanya, polis tidak boleh mengambil apa-apa tindakan. Pihak berkuasa Agama Islam juga tidak boleh ambil tindakan kerana Soi Lek bukan orang islam.

Kalau kita nak tunggu siasatan polis selesai, jawabnya berjanggut dululah. Sekarang polis kata mereka akan serah kepada Peguam Negara. Sampai sana Peguam Negara kata tak boleh dakwa kerana tiada peruntukan di bawah undang-undang sivil untuk mendakwa orang yang melakukan hubungan seks suka sama suka.

Beginilah wahai Wira Arjuna, demi keadilan kepada semua, apa kata kalau kita sama-sama sokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat perkara ini. Itu jalan yang sebaik-baiknya. Apamacam bro, ada berani ke ?

Dalam sejarah, RCI pernah menyebelahi Anwar semasa kes mata lebam dulu. Pada tahun 98 semua orang menuduh Tan Sri Rahim Noor adalah individu yang menumbuk Anwar sehingga lebam biji matanya. Pada masa itu juak-juak Anwar menjerit-jerit menuntut RCI ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu demi untuk keadilan terhadap Anwar. PM pada masa itu , Tun Dr M bersetuju untuk menubuhkan RCI. Hasil dari siasatan yang dijalankan mendapati memang benar seperti apa yang dituduh iaitu Tan Rahim Noor adalah orang menumbuk Anwar.

Jika pada masa itu kamu semua boleh berjuang-juang habis-habisan menuntut RCI ditubuhkan, mengapa sekarang kamu semua mengelak sana, mengelak sini, taichi sana, taichi sini ?

Desak kerajaan tubuhkan RCI, biar mereka siasat. Kalau bukan anwar, bukanlah. Namanya pun bersih dan confirmmmmmmmmmmmm BN akan bungkus dalam pru akan datang. Saya sendiri pun akan datang tunduk dan cium kaki Anwar memohon ampun dan maaf kepada dia kerana menuduh dia lelaki dalam video itu.

Kamu orang semua berjuang selama ini untuk menang p/raya dan memerintah negara. Sekarang ada peluang yang terbaik untuk kamu semua menang p/raya, kenapa kamu tak sambar ? DNA tak nak bagi, RCI tak mahu tubuh, jadi macamana nama nak bersih dan nak menang ?

Sudahlah Wira Arjuna, sudahlah....

Keadaan sudah terlalu teruk untuk kamu pertahan atau selamatkan Anwar.Nasi sudah hampir menjadi bubur. Anwar sukar untuk diselamatkan lagi. Lebih baik kamu minta Anwar tinggalkan politik. Jika tidak kamu akan lebih malu lagi selepas ini. Masih banyak peluru yang berada di tangan Datuk Eskay yang belum dilepaskan.

Wira Arjuna, saya menanti tulisan mu yang menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat video tersebut demi keadilan kepada Anwar.

FB sokongan kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja. Klik sini

7 comments:

Anonymous said...

Cara untuk bersihkan nama kalau tak nak bagi DNA, tak nak tubuhkan suruhanjaya diraja adalah "solat hajat" minta Allah swt hantar malaikal maut ambik nyawa cepat2 sebelum segalanya terungkai supaya nama tak "BUSUK". Ada berani ka?

Anonymous said...

NAK ALIBI APA LAGI WIRA ARJUNA?
ALIBI KELUARGA? TAK PAYAHLA, DLM KES LIWAT TEMPOH HARI PUN DAH TERANG2 DEPA TIPU KONONNYA ANWAR ADA BERSAMA DEPA..ADA VIDEO TAU..

Anonymous said...

Org Singapura,
Artikel hebat.Bagus bro,apa kata kita tukarkan nama dia kepada PONDAN TAK GUNA.budak belum tau cebok dah nak ajar org angkat wuduk.Sodok aja beruk2 ni bro

Ayah Man said...

Arjuna nampaknya cuba menghidupkan2peranan saorang penyiasat (Ironside) dan pakar undang2 (Karpal Singh). Macam nak cemoh pihak berkuasa Negara ini saja.
Segala yg diutara untuk diperbahaskan adalah factor atau bahan yg amat trivial or of little value or of no substance. Jika dihayati drp bebrapa penulisan pengikut2 blog mengenai Anwar, pada pendapat saya Anwar dah terasak di satu penjuru dan dlm bahasa lain...a position of check from which a king cannot escape.
Yg menghairankan mengapa beliau bolih setuju diadakan Sembahyang Hajat Beramai2.
Rakan2 PAS yakin Anwar dianyia jadi mereka lakukanya dengan penuh iklas. Tetapi Anwar, Wan Azizah, Nurul dan beberapa yg lain hampir2 sudah mengetahui keadaan yg sebenarnya.. Jam Anwar bukanya tertinggal disurau atau masjid tetapi didlm sabuah bilik hotel dimana berlakunya watak2 dan kelakuan2 sex olih orang2 yg tak kesah kpd harga moral. Anwar bukan satu makhlok yg biasa. Beliau adalah anugerah Tuhan. Maka Wan Azizah tidak tertanggong aib yg menimpa beliau serta keluarganya

Anonymous said...

apa lagi beruk-beruk ni nak. mantap bro

Anonymous said...

kita tubuh RCI dan wira arjuna boleh jadi salah seorang anggotanya. baru adil... setuju wira arjuna...

Anonymous said...

dah dikata beruk jangan beruk pedas cili tu hang nak makan juga la ni.. ha.. melocat loncat kau... kepedasan anuar dah kantoi,, bro caya lu...