Thursday, May 5, 2011

Bank CIMB Bersekongkol Dengan Pemaju Jahat Tipu Pembeli ?

Setiap kali berlaku pertarungan antara bank dengan pemimjam, dalam apa cara sekalipun amat-amat jarang ianya akan memihak kepada pemimjam. Boleh dikatakan 99.99 % ianya akan memihak kepada bank.

Jika bank salah sekalipun ianya tetap akan memihak kepada mereka kerana mereka sebuah istitusi yang besar dan ada kemampuan kewangan yang cukup untuk mendapatkan peguam-peguam bagi memijak-mijak para pemimjam. Di pihak pemimjam pula untuk menggunakan khidmat peguam bukan perkara mudah, kerana ianya memerlukan kos yang tinggi.

Apa yang nak saya hendak perkatakan ini adalah salah satu contoh yang menimpa ratusan pembeli rumah di Pulau Indah, Klang, berhampiran dengan PKFZ.

Pada tahun 2002, akibat teruja dengan perancangan kerajaan berhubung dengan pembangunan PKFZ, maka orang ramai telah berebut-berebut membeli rumah yang dibangunkan oleh sebuah syarikat yang bernama Simpulan Cemerlang di Kg Sungai Pinang , Pulau Indah, Klang, Selangor. Dengan harapan apabila PKFZ siap , mereka juga dapat menumpang tuah PKFZ. Sekarang, harapan tinggal harapan.

Setelah rumah dibangunkan dan bank pula telah melakukan progress payment sebanyak 70-80 % kepada pemaju, projek terpaksa diberhentikan kerana pemaju tidak pernah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Klang untuk mendirikan rumah tersebut.

Difahamkan Pejabat Tanah dan Daerah Klang juga mengambil tindakan yang sama kepada pemaju, iaitu mengarahkan projek dihentikan kerana tanah yang dibangunkan rumah tersebut tidak pernah ditukar statusnya dari PERTANIAN kepada KEDIAMAN.

Semakan yang dilakukan oleh pembeli sehingga semalam, menunjukkan tanah itu masih lagi berstatus tanah PERTANIAN dan semakan dengan Jabatan Bangunan MPK juga menunjukkan mereka tidak pernah meluluskan sebarang pembinaan bangunan di atas tanah itu.

Lot tanah bernombor 5125 , EMR 5659 masih lagi berstatus pertanian sehingga kini.



Lot tanah bernombor 5124 , EMR 5658 masih lagi berstatus pertanian sehingga kini.

Persoalan yang timbul disini, bagaimana pihak Bank CIMB boleh membayar progress payment kepada pemaju sehingga mencecah 70-80 % sedangkan tanah masih lagi berstatus pertanian dan MPK tidak pernah mengeluarkan kebenaran untuk membina bangunan di atas tanah tersebut ?

Rata-rata pembeli mengatakan itu semua adalah permainan 'silap mata' antara bank dengan pemaju untuk mengaut keuntungan.

Kedudukan pada hari ini, para pembeli diancam untuk tindakan bangkrap oleh pihak Bank CIMB kerana tidak menjelaskan pinjaman. Malah ada yang telah pun diistiharkan bangkrap.
Dalam bulatan: Perjanjian pembeli dengan bank menunjukkan no lot dan no EMR sama seperti tanah yang berstatus pertanian seperti diatas.

Dalam hal ini boleh dikatakan bank langsung tidak merasakan diri mereka bersalah, tetapi meletakkan 100 % kesalahan ke atas keatas pemimjam. Sedangkan bank tahu prosedur mereka untuk meluluskan pinjaman, pemaju mestilah memenuhi segala syarat dan peraturan yang ada.

Para pembeli memohon bantuan kerajaan atau pihak-pihak berkuasa lain untuk mengatasi masalah ini. Pihak SPRM juga harus menyisat pihak bank dalam hal ini, kerana mereka telah membuat bayaran bagi pihak pembeli kepada pemaju sedangkan pemaju tidak memenuhi syarat-syarat.

Manakala pihak pemaju pula telah pun diistiharkan bangkrap sekarang dan dapat bergembira dengan wang hasil penipuan mereka kepada pembeli.

** Pinjaman pada tahun 2002 dengan Southern Bank. Sekarang bank tersebut telah diambil alih oleh CIMB.

41 comments:

Anonymous said...

anda ada dua pilihan..

a) mengadu pada tribunal tuntuan pengguna

b) mengadu pada Anwar Ibrahim

pilih yg mana satu.

Anonymous said...

Harus dilaporkan segera kepada Bank Negara Malaysia. Serang habis2 CIMB ni bro. Hari tu aku tibai sebab sistem e-banking dia lembab mcm taik. U fikir Bro, thn 2010 keuntungan CIMB sebanyak RM2.64 billion. Si anak haram CEO dia tu kerek nak mampos. Tak dpt projek dari Tun M, dia pi tibai DEB. Anak haram nyer CEO CIMB.

Anonymous said...

Aku setuju... aku ingat nak ba*ar je bank2 ni... kita ba?ar, kita ba?ar... je ...

Anonymous said...

bank dimalysia layak dipanggil bank setan
u ada wang wa kawan lu sudah takda wang wa telan
lu lurus wa susah mau kawan sedikit mengkok ...itu wa sulah faham
ikut lurus lu mesti tak jumpe jalan lu mesti cona bengkok baru lu nampak jalan
ADA FAHAM ??? TA TAK FAHAM !!!!???? Oooooiyo ini mcam sush mau kawan

cerita bank dimalaysia

pijut82 said...

Salam,
Pihak bank CIMB mmg berperangai mcm itu selalu lepas tangan dan tak hendak ambil tahu. Yang mereka tahu untung sahaja!
saya ada kes dgn CIMB 2 kali berkenaan dgn pembelian kereta.
1. dah beli kereta namun baru perasan yg kereta itu kereta potong dan pihak bank x mahu bertanggungjawab dan menyalahkan pihak insurans.
2. walaupun dah byr tunggakan kereta dan dah call kepada center CIMB di sebelah Menara KL namun kereta still kene tarik. walhal pekerja CIMB itu boleh ckp dgn penarik kereta itu supaya batalkan. pergi ke Center, dier boleh buat bodoh sahaja!!

1 kes dgn Bank Rakyat dimana pembayaran tunggakan dah di buat dan dah call pegawai bank tersebut 2 kali namun masih lagi sampai surat peguam suruh hadir ke mahkamah.. call lawyer, dier kata pegawai bank x update apa-apa pun.

Sesuatu harus dilakukan agar pengguna tidak ditindas!!

Anonymous said...

ramai sgt pegawai Bank yg rasa dia cerdik tp g jerbengong nak mampos. cerdik tipu or

Abd Razak said...

diantara pencuri,api dan bank mana satu yang paling kejam??
1.api bila bakar rumah,rumah hangus tapi tanah masih hak tuan rumah yg terbakar.
2.pencuri.masuk rumah curi barang,rumah daan tanah masih dimiliki tuan rumah
3.bank.rampas dan lelong rumah dan tanah sekali..tuan rumah kena cari rumah sewa.

jadi kesimpulan diatas bank lah yang paling jahat dan baik kalau kita masih mampu bayar bunga

Anonymous said...

SALAM,

Inilah satu dosa yang amat di murkai Allah. "RIBA" Diatas keringat riba inilah "menipu dan manipulasi" rakyat. Sedarlah wahai penjawat-penjawat kerusi pusing yang tinggal dalam bilik aircond.

Wang yang anda perolehi daripada gaji atau alaun atau obertime itu adalah hasil dari wang riba. Dengan wang itu jugalah anda memberi makan kepada anak, isteri dan orang tuan dikampung. Mengikut hukum Allah, sesiapa yang terlibat dengan RIBA ( pemberi atau penerima ) adalah dosa besar.

Ya Allah..inilah akibat dari makan duit riba. Aku bertaubat dengan mu ya Allah..

Anonymous said...

Hah, bila 2 bulan keta tertunggak siap panggil org tarik keta, masuk bulan ke 3 nak pergi settle tgk keta kena lelong, walhal satu surat tak dapat atau tak reti nak talipon, ada ke mcm tu, dah kena lelongan suh bayar tunggakan bila habis bayar minta surat resmi settlement dah kat 8 bulan tak kunjung tiba, talipon kata on the way tp tak ada. Kad Kredit pun sama, bila cancel bayar bulanan asyik dok charge interest apa ke jadah tu, Citibank kad cancel tak de pun charge interest tak samapi 4 bulan.

Pegawai bank ini ikut buku, buku kata A tak leh A- atau A*. Jgn ikut buku walhal orang atasan boleh bagi "allowance" bagaimana nak settle kes kes tertentu. Ada cara, kalau dah malas bertanya boss boss yg rugi pelanggan, yg untung bank.

Saya harap pelanggan yg ditipu atau di scam oleh org tertentu dlm sesuatu urusan boleh berjumpa peguam minta hantar surat tunjuk sebab atau bukti bukti agar pelanggan tidak tertipu terutama pemaju yg hendak kaut untung. Kemungkinan pemaju berjanjikan sesuatu sehingga menyebabkan pihak bank yakin mengeluarkan pinjaman pada pemaju.

Anonymous said...

Peminjam yg bodoh, mengapa tak diselidik sebelum membeli. apa mau bising2.

Mae said...

Pasal CIMB aku teringat peristiwa kat cawangan CIMB di PJ, masa tu aku nak bayar tunggakan kereta 3 bulan. Diorang asyik tepon suruh bayar. Masa aku kat sana, depan aku ada satu laki Cina sedang bertekak dengan pegawai bank. Laki Cina tu bawak awek Cina cun seksi putih melepak pakai skirt tinggi atas lutut. Dari perbalahan mereka, aku dapat tahu Cina tu dah tertunggak 22 bulan !

Anonymous said...

Kita kena rasional dalam perkara ini, jgn ikut hati. Faham betul betul situasi.

Mengikut pengalaman saya di dalam hal tanah ini, bank tak salah. Bahkan bank juga teruk kerana dah kuar duit berjuta dan tak dapat balik sebab masalah ni.

Sepatutnya segala urusan pemilikan tanah berkait dengan pejabat tanah, majlis daerah dan penguatkuasaan.

Di samping itu, undang-undang yang belum ketat pada masa itu digunakan oleh parasit-parasit yang mencari kesempatan.

Dan kita kena menerima hakikat tak ramai orang yang leh faham pasal transaksi tanah. Ianya amat memeningkan.

Anonymous said...

hehe..baru anda tahu perangai CIMB ni mcm mane...

sebelum Najib naik jadik PM,CIMB ni hampir2 nak pupus dah..ramai pekerja dah kene VSS,termasuk la sepupu aku.dah la bini dia dok sarat mengandung anak pertama..mmg kesian betul time tu...

tup tap tup tap,lepas najib naik jadi PM,tibe2 plak boleh gah balik bank ni...
siap owner dia bleh masuk ranking 40 org terkaya di Malaysia lagi..mmg dahsyat..

tgk la siapa bos CIMB ni..
bgtau skit kawan...hehehe..

ni lah antara kesah CIMB ni..bank paling rakus mengcekik rakyat malaysia...tahniah CIMB,tahniah Bos CIMB...

-jgn x siar plak yer RBR :)

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

bank pemakan riba

Anonymous said...

mungkin pemaju telah memalsukan dokumen seperti geran tanah dan development order..

couverv said...

haha betul, masyarakat bawahan yg kena lastnya .

http://couverv.blogspot.com/

X Banker said...

Salam semua..

Ttg hal kereta kena tarik/lelong ke, carik lawyer mntk advise, sbb mungkin byk dokumen yg bank tak ikut Akta Sewa Beli. Biro Bantuan Guaman pun bole, jgn sampai hak kita lunyai kena pijak.

Ttg hal tanah ni agak pelik. Setuju CIMB pun kena kencing hehe tapi apa2 pun pergi bank bincang cari cara settle. Tak adil la sampai kena bankrap sbb benda mcm ni. Tapi persoalannya takkan CIMB tak nak ambik tau psl status tanah tu sebelum byr pd pemaju. Mcm ada yg tak kena je..

Kepada Anon 12.16pm.. Mati hidup balik jadi katak pun aku takkan pilih B...

Anonymous said...

to anon 3.34

Bukan soal sape bos CIMB.
Tak kira sape pon bos dia hatta ko sekalipon, kalo dh namanya bank konvesional, Maybank, Public, BSN, dll... mcm tu gayanya. Sebenornya bukan CIMB je yang ada kes macam ni.. Smua bank ada. Jangan nk alih isu la.. Boring la cam ni.. Smua isu ko nak politikkan

Anonymous said...

Just nk kongsi sikit pengetahuan... Sbl bank kata 'ur loan is approved', bank akan suruh lawyer dia buat carian status tanah kt pejabat tanah...

Dan kos guaman ditanggung oleh pembeli. (walaupun carian hanya sekali, maklumat yg sams, tp fee guaman tetap x dikurangkan)

Dalam kes ini, kita boleh charge bhw, pihak bank yg tidak bertanggungjawab, kerana bhg kelulusan meluluskan pembayaran untuk status tanah yg masih meragukan.

Mgkn dh masanya, customer fight fir their rights to annul and void the agreements because, the responsibility to verify the land search falls on the banks shoulder because customer paid them in term of fee, as well as loan approval. The bank's officers were not prudent enough and we can raise the issue of integrity.

Klu mcm kt UK, the institution yg akan kena tampar (slap) dan hak sebagai pengguna adalah paling teratas and never forfeited in any cirumstances.

Ed... Im a proud Malay.

ReentryCapsule said...

CIMB ni memang PUKIWAK.Dulu aku nak mintak loan kereta memang macam cibai.Macam-macam alasan taik yg dia bagi,Itu la ini la,takder history record la,Branch Approval la,HQ Approval la...Macam la aku nak beli Ferrari.Sekali aku mintak AMbank tiga hari dah approve.

Lepas tu aku pergi CIMB nak bukak Current Account pulak.Bagi IC check CCRIS,CTOS,MENTHOS,KEPALAJADAH BUTOS semua nak check n lepas tu kena tunggu dalam masa tiga hari bekerja baru tau dia approve atau tak kita bukak Current Account kat bank CIMB ni.Kalau approve dia akan call inform.

Aku blah masuk Ambank cakap nak bukak Current Account.Lepas checking semua pung,pang,pung,pang dah boleh bukak Current Account.ChekBook tiga hari siap.

CIMB ni memang PUKIWAK.Banyaknya Melayu BANGSAT KEPALA IBLIS KOT yang duduk kat dalam sana.Menganiaya orang sampai bangkrap.Mati elok jadi BANGKAI BABI.PtuiiHH...!!


Terima KaseeY..!!!

Anonymous said...

1-pembeli xbuat "search" land title kt pej tanah utk tgk sndiri apa status tanah tu sblm beli rumah..tp bape ramai rakyat malaysia tau sal undang? yg sembang pasal hak asasi itu polis xadil, mahkamah ni zalim tu ramai la kt kedai kopi kt kedai mamak tp benda yg betul2 perlu tau sal undang2, haram nk tau..

2-kalau dkatakan pemaju dah forged atau adjust apa2 surat menyurat ttg approval dr PTG [pej tanah], mustahil bank ni bangang tahap khinzir-xbuat search sendiri kt land office utk compare title apa jadah suma..mustahil bank xder panel guaman utk advise derang [sbb majoriti bank ni mmg zero knowledge ttg law kt malaysia]

3-cmne pembeli leh kena hukum muflis [bankrupt] buta2 jer tanpa gi mahkamah? mana dtg undang2 bank leh sesuka hati adjudge seseorang loan defaulter tu bankrupt tanpa bwk kes ke mahkamah? dan nk jalan kes kt mahkamah lak, mahkamah perlu bukti yg bank dah served notis tok kaduk apa suma kt loan defaulter suh dtg court jwb saman..kalau loan defaulter xtau menahu kes dia dah bwk ke mahkamah, mahkamah mana leh buat kep. adjudge bankrupt terus?

dam sekalipun suma proses penyerahan dah diusahakan tp writ saman prosidng kebankrapan masih gagal diserahkan kpd loan defaulter ni td, bank masih perlu iklankan notis saman tu sokabar..ni dpanggil substituted service tp bape ramai org malaysia yg baca sokabar? kunon2 sokabar ni dah jd utusan yg meloya lah, berita yg hairan lah, tp hakiat sebenarnya?

pendek citer, punca permasalahan ni cuma satu-dangkal pengetahuan ttg undang2 trhadap hak diri sendiri..yg derang tau, hak asasi nk demo lah nk pas memorandum lah, polis kena ada waranlah tp sendiri punya hak, apa lanc** pun xtau..dah lah terang2 bank mmg buta undang2 tp bila kita consumer lg buta tahap jahil, dah tentu bank senang2 jer isi perut dia sbb bank tau, consumer lg bodoh dr derang..

Anonymous said...

sistem bank kat m'sia tak bertamadun. aku paling takleh terima sistem tarik keter. macam haram jadah.

Anonymous said...

Dah tau xmampu bayar, jgn berhutang. Dah kena tarik, nak bising2 pulak.masa nk buat pinjaman merayu2 minta luluskan. Nk sain agreement bace la dulu term &condition.

AF XXXX said...

To Anon May 6, 2011 12:46 AM,

Setuju dgn pendapat anda.Sebenarnya terdapat 'conflict of interest' dalam hal ini dan sangat2 'reflect' pihak pentadbir dan pengurusan bank tersebut. Sesebuah bank yg baik akan mematuhi prosedur FRS/MASB dengan betuluntuk tujuan2 pengauditan seterusnya dapat megelakkan penyelewangan, contoh Public Bank yg byk memenangi anugerah pengguna.

to Anon May 5, 2011 9:16 PM

Anda pun ada 'conflict of inteterest' dalam menyokong pihak bank tersebut (CIMB). Faktor politik memang 'significant' dengan kestabilan bank, sebagai contoh di Negara2 yg dilanda kekacauan dan masalah politik, apa bank yg benar2 'established' di sana?

Guna otak dan pemikiran pembangkang Malaysia, tidak pernah ada yang baik!!!

Anonymous said...

salam rbf,

kwn pun bukan suka sgt kat CIMB ni, tapi rasionalnya kita tak boleh la nak salahkan semua kat CIMB, sbb:-

1. yg luluskan pinjaman dan keluarkan masa tu adalah Southern Bank, CIMB mewarisi kebodohan pegawai Southern Bank secara terpaksa apabila mengambilalih Sothern Bank;

2. semua urusan jualbeli rumah dan pinjaman ada menggunakan peguam yg juga bertanggungjawab mengesahkan kpd bank status sebelum bayaran progress dibuat, yuran peguam dibayar oleh pembeli, peguam pun la diheret sama; dan

3. bagaimana pihak berkuasa tempatan boleh pejam mata sehingga rumah siap 70%-80% kalau pelan bangunan dan status tanah belum lulus,bukan rumah sebuah je yg dibuat,pun bkn tanah 1 lot, sebuah taman perumahan tu.

kwn percaya lebih elok kita kita cabar dan kita tengok pihak mana yg boleh selesaikan perkara ini

apapun kwn setuju kena kesian kat pembeli-pembeli yg tentunya lebih teraniaya berbanding CIMB yg kaya-raya tu...

Anonymous said...

kita kena tau punca. punca kat sini ialah pemaju dan peguam. jangan lupa PEGUAM. bila nak pinjam kena sign perjanjian jual beli. ni peguam dah pakat dgn pemaju, main bank dan pembeli. patutnya saman jer peguam pasal dia tak buat kerja, tapi kutip duit jer ...lagi satu masa tu BN perintah. bila bn, biasanya ada surat daripada langit buat arahan kpd MPK untuk selesaikan kes tersebut ... agaknya la ...

lagi satu bank yang aku menyampah ialah bank Islam. bank yang banyak memburukkan agama Islam. nama Islam, kerja tak macam yang beragama Islam. betul-betul memburukkan agama. baik tukar nama. jangan guna nama Islam, betul dah jadi macam pas. kerja hampas macam sampah betul kakitangan dia.

Anonymous said...

Isunya status tanah aje. Tak nampak? Selangor bawah PR sengaja tak mahu lulus tukar status tanah agar nampak CIMB salah. CIMB ada adik Dato' Najib, jadi UMNO salah. Ini memang bukan soal politik tapi cuba dipolitikkan. Kalau utamakan rakyat, tukar aje status tanah selesai masalah.

Jiwa Melayu

Anonymous said...

Semua Bank Konvensional kat Malaysia ni mentedarah RIBA berlebihan..

Tapi siapa yang mengubal akta bank konvensional ni..??? Sendiri jawabla...

RIBA + LABA = NERAKA...

Anonymous said...

Janganlah kelirukan rakyat.. mana ada syarikat buat bisnes nak rugi hatta dalam islam pun. Yang membezakan adalah cara perniagaan dilakukan. Dalam islam memerlukan persetujuan antara kedua pihak... itu dinamakan akad dalam urusniaga. Kalau tak setuju tak ada siapa yang paksa tapi tiada satu syarikat pun dlm dunia ni nak berniaga untuk rugi atau setakat pulang modal aje walau pun secara islam.

Gomo said...

Pi lah mengadu pada adik Najib selaku pemegang terbesar saham dalam CIMB. Sian orang UMNO, kena tipu dengan orang kuat UMNO sendiri

Anonymous said...

INI SEMUA SALAH LAWYER YANG DILANTIK OLEH PEMBELI ATAU LAWYER PENAL BANK, DI MANA LAWYER2 TERSEBUT MENJALANKAN TUGAS TIDAK BERITIKA. PIHAK-PIHAK PEMBELI BOLEH LAH MALAPURKAN KEPADA BAR COUNCIL

YB Raz said...

bukan cimb je..boleh cakap semua bank camni..biasalah kalau bank berasaskan sistem yahudi.

Anonymous said...

Benar... bukan CIMB saja..

Alam Perdana, kini dah masuk 10 tahun lebih. Pembeli beli tanah lot dari Pemaju VEGA BUILDERS. Pinjam Bank. Tanah kini dirampas kerajaan Selangor kerana LHBCN tak bayar hasil cukai tanah?

Habis pembli dah hutang bank. Tanah pula dirampas. Yang beli rumah, belum siap-siap hingga kini.


Projek Lagoon Perdana pun sama juga. Satu blok tidak dapat diteruskan kerana struktur asas tak kuat. Pembeli dah bayar duit progress. Tabi bangunan tak boleh didirikan. Dah lebih 10 tahun juga.

Bagaimana bank, arkitek & pihak-pihak terbabit dapat "mengesahkan" % progress projek dan seterusnya suruh pembeli bayar?

Mahkamah Tribunal? Dah masuk mahkamah tinggi pun, dan dah dapat "judgement" pun. Apa dapat? Lagi banyak duit habis kat lawyer. BACA KAT SINI

Hal ini, undang-undang tidak dapat menegakkan keadilan. Siapa yang dapat bertahan lama (ada duit banyak pakai loyar) dialah yang sebenarnya menang. Habis tu pembeli kerdil nak lawan bank, pemaju yang beratus juta ringgit nilainya tu? Habis-habis pemaju tutup kompeni, bukak kompeni lain.

Pembeli juga yang berhabisan duit, barang dibeli lenyap!

Anonymous said...

kelulusan pinjaman tidak meletakkan syarat status tanah itu ditukar terlebih dahulu..geran tanah kebiasaannye dilakukan biasenye selepas project itu siap/separa siap dimana ia pemecahan tanah kepada lot2 yg lebih kecil dilakukan pada waktu yg sama..

document utama pihak bank:

(i) Ade kebenaran project dari jabatan negeri
(ii) Lesen kontractor
(iii) Pengesahan dari consultant project mengatakan % progress siap
(iv) nasihat dari panel penilaian tentang harga tanah tersebut.

bila RBF kata CIMB bersekongkol, ianya spt CIMB tidak melakukan standard prosedur sblm membenarkan pembayaran progress claim -- buta2 bayar ikut surat kontraktor..perlu diingat, bank mempunyai 3 auditor utk menilai tahap keberkesanan bank - bank negara auditor, internal auditor, external auditor..

tidak boleh menyalahkan pembeli - kerana kebiasaannye, pembeli tiada akses kepada kesemua dokumen2 ini - kemungkinan kesalahan yg dilakukan oleh peguam yg dilantik utk urusan jual beli

jd, siapa yg patut dipersalahkan, selain kontraktor yg terlibat?

jd, pilihan terletak ditangan kita..nak beli barang murah, jgn la beli barang yg tak berkualiti..kang cepat rosak..

jika saya, saya akan membeli rumah daripada developer yg ade reputasi yg tinggi..mmg agak mahal tp beli rumah adalah spt menyimpan duit di bank --dalam bentuk lain..tidak akan rugi dan tiada susut nilai spt membeli kereta ferrari..

tq

Anonymous said...

bukan cimb je...semua bank pun sama..
semua mentekedarah wang peminjam dgn riba dan laba yg melampau.
sebab tu kami sejak kecik dah dinasihati jgn keje bank atau yg sewaktu dengannye..

Anonymous said...

ok bro, teruskan bising kamu... dan teruslah mengundi parti penyagak tu...

dan biar lah kamu dikerat dan setiap titk darah kamu disedut...

kita ada pilihan untuk berubah dan terpulang lah

Anonymous said...

Semua bank kat malaysia termasuk yg ala koperasi memang sialll.Aku tekejut bila akaun 2 tahun tak aktif duit pegi amanah.Bahalul... duit banyak tu dalam akaun... sejak bank ditubuhkan lagi... aku pegi bawak buku lama tu... pegi semak buku.... ooo banyak tu riba aku dapat.. tup tup nak keluarkan tak dapat sebab tadi tu la. akhirnya aku kene buka buku baru start 2011 .. sejarah akaun aku pinjaman 15% zaman anuar menteri kewangan berakhir... sial babi punya bank.

Anonymous said...

DEBT SLAVE AS THE BOTTOM PROGRAMMED PYRAMID MONARCHI..WE GIVE YOU DISEASE,DRUG,SEX,LIFESTYLE,DISHONOUR,ENTERTAINMENT,UNTILL U LIED DOWN..WE WILL PROVIDE U 'LOAN'..JUST PRINT SOME NOTE..TRANFER SOME E-MONEY..AND U WILL WORK AS WE PROGRAMMED..EVEN UNIVERSITY GRADUATE WILL GET SCROLL WITH SOME DEBT IN HAND..RANSOM..THINK...WAKEUP..!!

Anonymous said...

Bank kat malaysia nie yahudi....penindas terlampau.....korang hanya layak di gelar kaya kalau korang ada mas berlonggok kat umah.. kalau kat bank....makna nya ko masih miskin....bank menggunakan 80% wang simpanan kita untuk pernigaan diorang... untung 1% korang dapat tolak servis zero...ahhaahahabaik simpan duit dalam bantal

Anonymous said...

dont apply for any bank loan kalau bgtu...banyak songeh btul...kalau nak senang g pinjam kedai2 yang buat pinjaman ala2 berlesen tu...

Anonymous said...

Bank kan Yahudi. Check sejarah kenapa Hitler benci Yahudi