Wednesday, May 11, 2011

Jeng...Jeng...Jeng.....Siapakah Yang Salurkan Maklumat Kepada Bigdog ?

Dimanakah gambar ini dirakam ?
Jawapannya ada di dalam tulisan ini

Hari ini sudah masuk hari ke lima kita berbicara tentang isu penubuhan negara kristian. Pihak yang pertama mendedahkan perkara ini ialah blog bigdog.

Sehingga ke hari ini bigdog masih mengekalkan pendiriannya tentang apa yang ditulisnya. Beliau tidak meminta maaf atau menarik balik tulisannya. Malah makin menambahkannya lagi.

Di kalangan para-para blogger yang mengenali beliau sudah puas mereka bertanya kepada blogger bigdog dari mana beliau mendapat maklumat berkenaan. Gunalah apa cara sekalipun, pusinglah soalan macamana sekali pun, pujuklah macam mana sekali pun bigdog tetap tidak memberitahunya.

Saya rasa saya telah menemui jawapannya petang tadi.

Melihat kepada keberanian bigdog mempertahankan tulisannya, kita semua dapat merasakan beliau mendapat sumber maklumat yang kukuh tentang perkara itu.

Sumber maklumat yang kukuh hanya boleh diperolehi daripada orang yang berada dalam majlis itu.

Siapakah orang bukan kristian yang berada dalam majlis tersebut yang sibuk melayan iPad dan menjamu selera ketika paderi-paderi sedang berdoa ? Sudah tentulah Jeff Oii....

Kalau orang itu orang kristian, dia tidak makan atau melayan iPad semasa orang-orang kristian sedang berdoa. Seperti kita orang-orang Islam, mana mungkin kita melayan iPad atau makan ketika Ustaz atau Imam sedang berdoa, berwirid atau berzanji.

Jeff Oii telah mengaku secara terbuka dia berugama buddha walaupun menggunakan nama Jeff.
“Saya beragama Budhha. Saya juga tidak mempunyai kuasa sebagai seorang Buddha untuk mengarahkan pihak Kristian melakukan apa-apa (seperti) yang didakwa itu.

Jeff Oii
Malaysiakini
Mengapa saya mengatakan Jeff Oii yang salurkan maklumat kepada bigdog ?

Jeff Oii dan bigdog adalah sahabat . Mereka amat rapat semasa bersama-sama dalam sebuah persatuan yang bernama All Blogs yang aktif sebelum PRU 2008.

Nak dijadikan cerita pula saya terjumpa sebuah blog yang bernama Zakhir's Zoo kepunyaan bigdog yang menunjukkan mereka berdua bertemu di Komtar beberapa bulan selepas PRU 2008. Sini

Jawapan yang diberikan oleh Jeff Oii apabila ditanya oleh Utusan Malaysia amat-amat meragukan. Seolah-olah hendak menutup sesuatu dan ada sesuatu yang tidak kena serta tidak menyalahkan bigdog.
Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia

Jeff Oii hanya membuat laporan polis dua hari selepas perkara tersebut kecoh (ahad petang), itu pun mungkin selepas ditekan atau dipaksa oleh kepimpinan DAP.

Mengapa perlu Jeff Oii menyalurkan maklumat berkenaan kepada bigdog ?

Saya berpendapat ada dua kemungkinan,

1) Mungkin sebagai seorang yang beragama buddha, beliau merasa tidak selesa apabila orang-orang kristian hendak menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara dan mahu mengangkat PM dari kalangan orang kristian. Perkara ini tidak boleh dibangkitkan dalam DAP, kerana majoriti pemimpin DAP beragama kristian. Untuk meletupnya dengan lebih berkesan , sudah tentu ianya perlu diletupkan oleh pihak lawan. Ini perkara biasa dalam politik. Perkara yang tidak berani diletupkan sendiri akan diberikan kepada parti lawan untuk letupkan. Pemimpin Umno sendiri pun terima berbagai-bagai maklumat dari pemimpin Pas untuk diletupkan. Jangan kata pemimpin Umno, blogger-blogger yang pro Umno pun terima banyak juga maklumat dalaman dari pemimpin-pemimpin Pas untuk didedahkan. Tambahan pula menjelang pemilihan Pas tidak lama lagi. Pelbagai maklumat yang kami terima tentang seorang exco Kelantan.

2) Mahu memperbesarkan perkara itu dengan niat hendak memerangkap BN dan mencari keuntungan politik untuk DAP.

Itu pandangan saya dan saya berkeyakinan dalam hal ini bigdog dan Jeff Oii banyak bermain wayang untuk menyelamatkan satu sama lain terutamanya untuk menyelamatkan kedudukan Jeff Oii.

Saya merasakan, pada peringkat awal mereka mungkin tidak menjangka perkara ini akan kecoh sampai ke tahap sekarang. Tetapi setelah keadaan terlalu kecoh, Jeff Oii banyak bertukar rentak berbanding hari pertama.

Siapa lagi nak tolong kawan, kalau bukan kawan yang menolong walaupun terpaksa menjadi kambing hitam.

8 comments:

Gelombang Wangsa Maju said...

RBF ... BRAVO! ... MANTAP ARTIKEL LU!

Gelombang Wangsa Maju said...

PERMISSION MINTA LAMBUNG ARTIKEL LU!

afterdark said...

Thank you for the posting, that actually makes sense. You have a very sharp mind and a talent for research.

Saya sebenarnya tengah bengang mengapa pula ramai yang secara tiba-tiba ingin menghentam blogger bigdog malahan mahukan beliau dimasukkan ke dalam penjara?

Saya tidak nampak apa-apa pun yang luarbiasa mengenai apa yang bigdog telah lakukan. Mungkin Blog Bigdog siarkan sesuatu yang terlalu kontroversi, malahan mungkin juga salah fakta, tapi daripada segi etika apa bezanya bigdog dengan blogger-blogger lain di alam siber ini samada Pro-Umno atau Pro-Pembangkang?

Adakah blog PapaGomo tidak pernah kontroversi atau betul semua faktanya?

PapaGomo sendiri dalam artikelnya menyatakan bahawa terdapat usaha menjadikan Kristian agama rasmi Sarawak? So apa beza kualiti cerita PapaGomo tu dengan BigDog? Bukankan kedua-dua blogger ini juga sebenarnya memblogkan sesuatu yang sama kontroversi cuma merujuk kepada geografi yang berbeza?

Sebagai orang borneo, saya tidak begitu faham mengapa posting mendakwa kononnya Sarawak hendak dikristiankan dianggap seolah-olah lebih rendah tarafnya atau ‘kurang mengancam’ berbanding dengan posting bahawa seluruh Malaysia hendak dikristiankan. Kenapa? Takut rusuhan? Adakah itu bermaksud bahawa sekiranya rusuhan berlaku di Sarawak kerana posting PapaGomo maka ‘value’nya rendah sikit berbanding jika rusuhan berlaku di Semenanjung kerana posting BigDog?

Saya bukannya hendak mempertahankan Bigdog dari segi kandungan isi ceritanya pun. Tapi saya cuma terkilan apabila membaca posting di PapaGomo mencadangkan BigDog di-ISA kerana membahayakan perpaduan orang-orang semenanjung sedangkan dalam masa yang sama blog PapaGomo pula membuat cerita yang boleh membahayakan perpaduan di Sarawak dan tiada pula war-war supaya dirinya sendiri pun di-ISA kan.

Kalau nak bercakap mengenai ethics dalam blogging.. salah satu perkara yang kita kena ambil kira juga adalah there should be no double standard. Kalau tak nak keluarkan isu-isu berbau perkauman maka semua blog kena buat. Berhenti ja terus, tak payah komen lagi. Lagi satu jangan mencadang-cadang blogger itu dan ini nak di ISA kan. Benda ni meletup bukan sebab dia pun sebenarnya, tapi sebab UTUSAN yang majukan kandungan blog dia tu ke peringkat nasional. Pelik, tak ada pula war-war daripada blogger pro UMNO suruh ketua editor Utusan tu di-ISA kan.

To BigDog and blogger Marahku, I am so sorry to hear what is now happening to you guys. I’m sure both of you are very upset by now and frankly speaking I can’t say I blame you if you both no longer supports Barisan Nasional. But hopefully you both hang on and don’t lose hope with BN. It’s not BN fault. Someone is using you as a black sheep to escape the liability.

To all other bloggers, lets this be a lesson to you all. Don’t reveal your true identity in your blog.

PAPA GOMO said...

aku macam nak TUMBUK je Pukimak anak haram Anjing Besar ni,.. badan dah lah macam BABI....Cibai betul...

lu tolong cakap Si Anjing besar ni gua nak ajak dia Bertumbuk.

ruang bicara faisal said...

sabar papa gomo....

sabar.....

Anonymous said...

tumbuk jer laaa papa gomoi wakakakakkkaka
sama jer taraf lu orang macam cibai .... tapi ok la cibai kan sedap bila kena cabai wakakakakakakkakaakkkakakak

Anonymous said...

cibai chinna doll lagi sedap dari cibai sepat kering... keh..kehh

Anonymous said...

I cant believe ada orang sebodoh ini di malaysia