Saturday, May 14, 2011

Kematian Osama: Satu Dunia Ditipu Oleh AS

Awal bulan ini kita dikejutkan dengan berita kematian Osama Ben Laden dalam satu serangan pasukan komando khas AS di Pakistan.

Kita ditunjukkan dalam televisyen bagaimana Presiden Obama menyaksikan secara langsung operasi menyerang Osama.

Sebaik sahaja 'Osama' terbunuh , dengan penuh bangganya Presiden Obama bangun berdiri di White House mengumumkan yang Osama telah pun terbunuh dan keadilan telah dapat ditegakkan.

Keesokannya harinya sekeping gambar yang tidak dapat dipastikan kesahihannya seperti diatas telah disiarkan. Kemudian diikuti dengan pengumuman oleh AS bahawa mayat Osama akan disemadikan di laut.

Percayakah anda kepada itu semua ?

Jika anda tanya saya , sedikit pun saya tidak percaya kepada itu semua. Saya berani katakan yang terbunuh itu bukannya Osama Ben Laden. Pada saya itu semua adalah plot yang telah dirancang untuk kepentingan politik Presiden Obama dalam usaha untuk mengekalkan dirinya sebagai Presiden AS sepenggal lagi.

Selama ini AS memang terkenal dengan sikap ego dan bongkaknya. Mana mungkin mereka nak tembak Osama sampai mati. Mestilah mereka hendak tangkap Osama hidup-hidup, kemudian tunjukkan kepada dunia gambar askar-askar mereka sedang menarik-narik kepala Osama bagi menunjukkan kehebatan mereka, selepas itu kurung di Guantanamo Bay atau mana-mana pusat tahanan , keluar masuk mahkamah, kemudian barulah dihukum mati. Sepertimana mereka lakukan kepada Saddam Hussein.

Lihat contoh apa yang terjadi kepada Saddam dalam usaha AS hendak tunjukkan kehebatan mereka kepada dunia, mereka rakam bagaimana Saddam menjalani hukuman gantung dan kemudiannya mereka sebarkan satu dunia. Itulah perangai Amerika.

Bila tiba giliran Osama, seorang pengganas yang mereka kehendaki sekian lama, serang, umum telah terbunuh, sebarkan gambar sekerat , tidak beri mayat kepada ahli keluarga untuk disemadikan, sebaliknya dihumban ke laut sahaja. Kenapa ?

Itulah bukti mereka berbohong...

Kenapa itu semua dilakukan ?

Tahap populariti Presiden Obama di AS semakin hari semakin merosot. Manakala pilihanraya presiden akan diadakan tidak lama lagi. Obama mesti mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan kembali popularitinya untuk membolehkan beliau kekal menjadi presiden sepenggal lagi. Beliau cuba potretkan dirinya sebagai seorang yang hebat kerana berjaya memusnahkan musuh nombor satu rakyat Amerika.

Setelah hampir sepenggal menjadi presiden boleh dikatakan tidak apa-apa yang hebat yang dilakukan oleh Obama. Semakin hari ekonomi dunia semakin teruk. Ekonomi Amerika sendiri pun semakin teruk sehingga bank yang besar pun boleh bungkus. Obama juga banyak tidak memenuhi janji-janji pilihanrayanya. Orang-orang sekulit dengannya juga banyak yang sudah mula cuak kepada beliau.
Satu perkara yang kita harus ingat tentang Obama. Beliau menjadi presiden bukan kerana kebijaksaannya atau kehebatannya. Beliau diangkat sebagai presiden kerana kepopularannya. Kita semua masih ingat semasa beliau berkempen dulu, beliau gunakan segala medium dunia cyber yang ada (twitter, fb, blog, fs , flickr, dsbg), kepetahannya berpidato serta bahan-bahan kempen yang menarik. Itulah yang membuatkan rakyat Amerika tergila-gilakannya. Bila sudah dipilih, setahun dua orang masih suka lagi, selepas itu orang mula nampak dia tidaklah hebat sangat.

Cara Obama dipilih tidak ubah seperti cara kita mengundi artis-artis akademi fantasia di negara kita. Semua mereka dipilih kerana populariti, bukannya kerana kualiti. Ke mana mereka semua sekarang. Mawi ? ha...ha...ha.... dipilih kerana kononnya warak. Jumpa dia, dan tanya kepadanya, pernah buat maksiat atau tidak sebelum nikah ?
Sebelum wujudnya media baru pun cara begini telah wujud. Contoh, Joseph Estrada di Filipina dan Gus Dur di Indonesia. Kedua-duanya rakan karib Anwar Ibrahim. Joseph Estrada di pilih kerana dia bekas bintang filem yang popular di Filipina. Bila sudah diangkat sebagai presiden, kerja hancur. Gus Dur pula dipilih kerana kaitannya dengan Nahdlatul Ulama selaku sebuah pertubuhan Islam yang terbesar di Indonesia. Selepas diangkat jadi presiden lagi hancur.

Seorang lagi rakan Anwar Ibrahim yang diangkat menjadi pemimpin kerana kepopularan, bukannya kerana kecerdikan. Siapa dia ? uLarmak Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.Dia dan partinya dipilih kerana kepopularitian dan kehebatannya menjanjikan syurga kepada rakyat Kelantan serta kehebatannya menukar rasuah kepada zakat. Bab kerja hancur beb....

Di Malaysia sindrom memilih pemimpin kerana kepopularan semakin hari semakin semakin ketara. Lihat sahaja semasa PRN Sarawak tempohari. Cara DAP menonjolkan calon mereka baik secara langsung atau melalui bahan-bahan kempen seolah-olah kempen memilih artis popular dan sama seperti cara yang digunakan oleh Obama semasa kempen pilihanraya presiden Amerika 2008.

Akhirnya mereka menang. Sejarah telah membuktikan beberapa calon yang bertanding tempohari telah pun menjadi adun dalam penggal sebelum ini dan telah terbukti kerja mereka teruk , tetapi mereka tetap dipilih. Kerana apa ? kerana populariti....

Satu lagi contoh yang boleh kita lihat dan masih lagi berkait dengan Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, bercakap tak pandai, kencing masih berbuih dan ubun-ubun pun masih lembik lagi, tetapi bila masuk pilihanrya boleh menang. Kerana apa ? popular, kerana dapat rakam video VK Linggam sedang mabuk. Begitu juga dengan Nurul Izzah, dipilih kerana popular, kerja hancur.

Orang yang popular memang pandai bercakap, dalam masa yang sama mereka juga pandai temberang. Orang yang bekerja , tidak bercakap banyak, dia hanya sibuk dengan kerjanya dan otak mereka sibuk nak fikir pasal kerja.

Wah.....dah jauh saya melencong nampaknya. Daripada cerita Osama dan Obama kini dah masuk ke politik Malaysia pula. RBF biasalah, kalau tak balun atau kaitkan Pas dan PKR tak sah dalam setiap tulisan tidak kira apa topiknya. Kalau tak kutuk Pas, badan saya akan sengal-sengal.

Sebagai penutup kepada kisah Obama dan Osama, nampaknya satu dunia telah ditipu oleh AS berhubung kematian Osama Ben Laden. Semuanya telah dirancang dengan rapi untuk kesinambungan politik Barrack Obama.

14 comments:

hilbert said...

Salam RBF,

Saya pun beranggapan serupa anda.. leih jauh lagi saya sampai saat ini tidak pernah terfikir yang orang bernama Osama bin Laden betul2 wujud..tu semua sandiwara sengaja dicipta oleh Amerika Syarikat sama seperti mereka menjadikan Rambo sebagai hero barat di Vietnam. Saja memperbodohkan dunia.

Saya dah tengok video jenazah Osama bin Laden kena humban dalam laut dari helikopter..jelas sekali mayat tu bukan Osama kerana warna kulit jauh lebih cerah dari kulit kita orang Asia.

Anonymous said...

911 hanyalah helah Amerika untuk memerangi Islam

Banyak bukti menunjukkan ke arah itu. Terlalu banyak yang meragukan tentang peristiwa 911

Osama adalah watak khayalan yang dijadikan kambing hitam

Osama harus mati kerana jika tidak tembelang Amerika akan pecah

Anuar adalah murid Amerika paling hebat. Anuar harus jadi Presiden Amerika bukan Perdana Menteri Malaysia

Amerika adalah negara DAJJAL

AMENO ChaCha Marrba said...

APA BEZA pulak diantara Amerika Sykt dan BN/UMNO yg putar2 cerita2 bohong mengenai pemimpin2 PAKATAN?? Sedangkan byk lagi crita2 dan skandal2 pemimpin2 BN/UMNO???

Bukan cara BN/UMNO serupa saja??

Ameno ChaCah Marrba

BeritaKini said...

Kepada Hillbert,

ada video?? wow..

BeritaKini said...

di mana nak tengok video tu?

Anonymous said...

osama bin laden tue sendiri watak yg dicipta oleh AS..di rekrut oleh CIA utk membuat "kacau" masa zaman soviet dulu
skang nie jd musuh no 1 diorg..
sama gak ngan husni mubarak..presiden mesir yg "dinaikkan" oleh AS gak..dan skang..diorg blk yg menjatuhkan dia..

ader kemungkinan Anu'war yg mencetuskan kekecohan kat negara kite nie atas arahan AS gak..
- waallahualam -

Anonymous said...

Ya..... kita tunggu dan lihat apa lagi agenda US selepas mengisytiharkan kejayaan membunuh Osama. Yang pasti.... kononnya Al Qaeda sedang merancang membalas dendam.
Yang saya tahu .... penggal pentadbiran Obama dah nak expired... nak cari populariti untuk dipilih semula sbg presiden kot?

Anonymous said...

nampak tak kempen obama tu? CHANGE.
kononnya nak ubah, dan menang.
skrg dpt apa? takdenya berubah apa2 pun..makin byk kesusahan dan penipuan terhadap umat Islam ada la.
sama la jugak dgn kempen pembangkang di malaysia yg kononnya nak ubah. takdenya ubah apa pun..tengokla..makin huruhara adala.skrg pun dah nampak mcm2..

Anonymous said...

seronok betul baca entry rbf kali ni hehehe

toksenawi said...

Bohong dan tipu muslihat itu kerja Yahudi dan Kristian. Baca muslihat Kristian dalam www.toksenawi.blogspot.com

Anonymous said...

AS menjadi proksi kepada Israel, dan APCO adalah associatenya.

Anonymous said...

dah mati la tu takkan depa nak bohong tujuan tak tunjuk gambar dan mayat sebenar maybe jasad OBAMA dah hancur ... supaya tidak menimbulkan lebih banyak kebencian kepada penganut agama islam lebih baik jangan tunjuk .... sorry bhai aku tulis bukan kerana aku sokong US ker Israel ker aku tulis berdasarkan akal yang waras .... tq UMNO, PKR, PAS, dan semua parti politik dalam malaysia tak boleh pakai .....

Anonymous said...

rbf , betul ke mawi buat maksiat sebelum nikah ?

jika benar saya bentul2 hampa kerana saya peminat dia yg menghabiskan duit beribu2 mengundi dia

Anonymous said...

bodolaaa pi tanya mawi pulak lu apundek tu lu punya hal laa ... sampai la ni nak ungkit pehal woiii ... aparaaa pundek