Tuesday, May 10, 2011

Kristian Agama Rasmi: Pemimpin BN Pun Turut Jadi Bodoh

Sebelum anda pergi lebih jauh sila baca berita berkenaan terlebih dahulu dan fahami ianya betul-betul. Klik di sini

Penyakit fobia kepada Utusan Malaysia yang melanda pemimpin-pemimpin Pas, PKR dan DAP kini nampaknya telah menular kepada pemimpin komponen BN.

Tanpa memahami apa yang dilaporkan Utusan, mereka turut sama membabi buta ikut menyerang dalam isu kristian agama rasmi yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Tak usah menjadi menterilah, sekiranya Bahasa Malaysia selaku bahasa rasmi negara pun tak boleh difahami. Kalau orang melayu kata cina pendatang mereka marah, tapi berpuluh tahun jadi rakyat Malaysia, bahasa rasmi negara pun tak boleh difahami. Sila serah balik kad pengenalan anda wahai Mr Koh Tsu Koon.

Pihak yang pertama menimbulkan persoalan untuk menjadikan kristian agama rasmi negara adalah blog bigdogdotcom.

Perkara tersebut ditimbulkan pada 6.5.2011 jam 8.33 pagi.

Sepertimana yang kita tahu, pengaruh media baru amat kuat di zaman sekarang, entah berapa ribu orang yang telah membaca berita yang disiarkan bigdog pada hari berkenaan. Perkara-perkara sebegitu jika tidak ditangani dengan segera boleh menimbulkan huru-hara kerana dizaman sekarang apa sahaja yang tersiar di media baru cepat tersebar.

Mungkin atas dasar tanggungjawab sebagai sebuah akhbar perdana yang telah wujud sejak 72 tahun lalu (19393-2011), maka Utusan Malaysia mengambil jalan untuk menyiasat kesahihan perkara tersebut.

Dalam berita yang disiarkan bigdog ada menyebut tentang MP Jelutong, Jeff Oii, maka Utusan telah menghubungi Jeff Oii untuk bertanyakan perkara itu. Tidak cukup dengan itu Utusan menghantar wartawan mereka ke tempat tersebut dan daripada tinjauan yang mereka lakukan, mereka hanya mendapati ada kerusi meja tersusun dan beberapa rahib sedang berbual-bual.

Penafian Jeff Oii dan hasil tinjauan yang mereka lakukan, semuanya disiarkan oleh Utusan dalam laporannya pada keesokan hari. Tidak ada sepatah haram pun Utusan laporkan semasa tinjauan mereka, mereka dapati paderi-paderi sedang berikrar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kristian. Ini berbeza sama sekali sepertimana yang digambarkan oleh pemimpin-pemimpin Pas, PKR dan DAP yang seolah-olah Utusan sedang menyemarakkan api perkauman dan keagamaan yang teruk..

Seperti yang diperkatakan oleh laman selangordaily.com, sepatutnya Utusan dipuji kerana bertindak adil, menyiarkan apa yang dilaporkan oleh blog bigdog, kemudian turut sama menyiarkan penafian dari Jeff Oii. Malah dalam laporan itu , Utusan lebih awal lagi meyiarkan penafian oleh Jeff Oii berbanding dengan apa yang dilaporkan oleh bigdog. Mungkin itu semua dilakukan atas dasar untuk menenangkan keadaan. Lihat di sini

Sekiranya benar Utusan hendak menyemarakkan api perkauman atau keagamaan , tidak perlu bagi mereka untuk menyiarkan penafian Jeff Oii. Bak kata parpukari lebih baik cili kasik taruk, kasi panaskan lagi kedaaan. Tetapi Utusan tidak melakukan 'cili kasik taruk' kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih parah.

Oleh yang demikian, kepada pemimpin-pemimpin BN serta rakyat malaysia sekalian, janganlah kita terikut-ikut dengan gendang yang dipalukan oleh puak-puak di sebelah sana. Mereka memang benci Utusan, mereka marah kepada Utusan , Utusan adalah musuh mereka nombor wahid , selepas itu barulah BN dan Umno. Apa yang mereka mahu ialah agar kita juga membenci Utusan, supaya kerja mereka menjadi mudah dan melayu serta Islam pun turut lemah.

Ada kalanya pemimpin-pemimpin cina dalam komponen BN tidak ada otak. Mereka sepatutnya berterima kasih kepada Utusan yang berada di barisan hadapan dalam berperang dengan pihak sebelah sana dan Utusan sering sahaja menyiarkan berita-berita tentang mereka. Surat khabar cina pun tak bagi ruang sebaik itu kepada mereka, kerana kebanyakan surat-surat khabar cina sekarang berkiblatkan kepada DAP . Cuba tanya kepada Mr Tsu Koon, setakat mana surat khabar cina tolong BN dan tolong dia sendiri ?

Masalah yang sering dihadapi oleh orang-orang sebelah kita ialah mudah terpengaruh dengan berita yang dibawa oleh pihak sebelah sana. Orang sebelah sana kata Najib bunuh Altantuya, orang sebelah kita pun percayalah Najib bunuh Altantuya. Orang sebelah sana memburukkan Rosmah begitu begini, orang sebelah kita pun turut sama percaya apa yang diperkatakan dan turut menyebarkan berita yang tak betul yang dibawa oleh mereka di sebelah sana.

Jangan cepat melatah, dulu ramai orang kita yang turut sama percaya Datuk Seri Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tetapi selepas beliau bersumpah, selepas pakat-pakat terlopong.

Sekarang orang sebelah sana kutuk dan caci Utusan Malaysia, maka orang sebelah kita pun terikut-ikut rentak mereka dan turut sama mengutuk serta mencaci Utusan. Baca dan fahami dulu apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Mereka bukannya bodoh, kalau mereka bodoh tiadanya mereka dapat bertahan puluhan tahun. Yang bodoh itu adalah Hata Wahari, yang bebal itu juga Hata Wahari, yang bangang itu juga pun Hata Wahari.

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku sekalian, ingatlah Utusan Malaysia itu adalah lambang maruah orang-orang Islam dan melayu di bumi bertuah ini. Sakitnya Utusan sakitlah kita, pedih Utusan pedihlah kita, hancur Utusan habislah maruah kita.

Semalam sekumpulan budak-budak yang masih berhingus yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Mahasiswa Islam telah mengadakan demontrasi mengoyak dan memijak Utusan Malaysia. Mereka-mereka ini kalau kita nak panggil orang utan pun tak layak , kerana orang utan lebih tinggi tarafnya dari mereka. Sini

Budak-budak berhingus itu semua tidak layak bergelar mahasiswa kerana mereka tidak memahami apa yang dilaporkan. Mahasiswa kepala otak apakah begitu ? Buat rugi duit mak bapa sahaja hantar ke universiti dan buat menyusahkan kerajaan bagi pinjaman PTPTN kerana Bahasa Malaysia pun mereka tak faham.

Kerana apa mereka bertindak begitu ? kerana fahaman budaya Pas dan DAP telah meresapi fikiran mereka. Jika anda terjumpa budak-budak hingusan dalam gambar tersebut sila bagi pelempang sebiji atau ludah atas muka mereka, supaya mereka tersedar.

Sebagai penutup, sekali lagi saya ingin ulangi agar orang ramai dapat membaca kembali dan fahami apa yang dilaporkan oleh Utusan dalam hal berkenaan. Tiada ada sebaris pun perkataan yang mereka keluarkan untuk memecah belahkan rakyat negara ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Sebaliknya Utusan telah bertindak dengan bijak untuk menenangkan keadaan.

Nota: Apabila saya menulis seperti diatas mungkin ada yang beranggapan saya meletakkan kesalahan kepada bigdog atau pun menuduh bigdog punca kepada permasalahan ini. Bukan itu maksud saya. Saya berkeyakinan bigdog mendapat sumber berita berkenaan dari orang yang berada dalam majlis berkenaan. Saya akan jelaskan kemungkinan-kemungkinan itu dalam tulisan selepas ini. Cuma dalam hal ini saya nak jelaskan tentang kecekapan dan sifat tanggungjawab Utusan Malaysia mengawal keadaan supaya tidak menjadi huru-hara dalam negara dengan menyiarkan berita penafian tersebut walaupun mungkin mereka terpaksa berbohong.

10 comments:

Nanang Kesuma said...

Yg bodohnya Tsu Koon , tak yah la jadi Menteri kalau kebodohan tahap GABAN...

Anonymous said...

hehehe rbf, xsempat la nak bagi pelempang ke ludah sekor2 budak UM tuh, aku smpai arini ade final exam paper lagi...heran aku...musim tgh exam pon sempat lagi diorang dalam 'mood' berpolitik....haih la...lantak la korang....

Anonymous said...

Kalau macam cibai pemimpin UMNO bertindak terhadap ISU Kristian dan Isu Anuar jangan harap aku akan undi UMNO pada pilihanraya akan datang. Selamat Tinggal UMNO.

Anonymous said...

saudara RBF,memnag tepat sekali kata saudara yang kita ni mudah sangat terikut rentak pihak pembangkang yang sebenarnya menyemarakkan api kebencian terhadap laporan Utusan.

kelebihan mereka ialah kebanyakkan orang melayu tidak pandai berbahasa cina apatah lagi membaca tulisan cina.sebab itulah bila akhbar mereka menulis dan melaporkan berita yang berat sebelah dan tidak benar,kita langsung tidak tahu tetapi apabila Utusan melaporkan sesuatu berita yang tidak dipersetujui mereka dan yang boleh dibaca oleh hampir kesemua rakyat,cepat2 dihentam, disaman dan sebagainya.
Secara rasionalnya banyak laporan dari akhbar berbahasa cina ini pun amat rasis dan tidak adil terhadap kerajaan BN dan orang melayu khususnya.Adakah kita cepat melenting?Cuba lah tanya mereka yang fasih membaca dan bercakap bahasa cina tentang kebenaran ini.Bacalah juga artikel artikel tulisan Dr.Ridhuan Tee tentang perangai mereka ini.Bila orang melayu bergaduh sesama sendiri yang seronok siapa?yang menangguk di air keruh siapa?

Anonymous said...

..Tsu Koon tidak bodoh, dia belajar manyak tinggi dan lama jadi Ketua Menteri P Pinang..cuma hati dah jadi hati DAP.......

Hati Kamar

umno totok 98 said...

Sebenarnya pemimpin UMNO semuanya penakut dan telah hilang semangat pahlawan dan tiada strategi langsung dalam menghadapi serangan pembangkang krn merasakan BN adalah kerajaan yg amat lemah sedangkan BN menang dgn jumlah yg besar walaupon tidak 2/3 majoriti, lihatlah PR yang kalah PRU12, namun bersikap seolah2 telah menang 100% kerusi PRU yg lalu, diaorang bersemangat dan ikhlas berjuang kerana tidak takut hilang kuasa dan pangkat berbanding dgn pemimpin BN yg siang malam dok pikir poket sendiri andai kata BN kalah dlm PRU13, berubahlah wahai sang pemimpin BN sekelian, UMNO ok tapi sebahagian pemimpinnya bermasalah... fikir2kan lah

Anonymous said...

sedih tengok pelajar UM terutama anak melayu sanggup pijak suratkabar melayu dan bangga pulak tu ajak kaum lain sekali pijak ..... inikah contoh bakal pemimpin negara .... adakah bagsa india @ cina koyak dan pijak suratkabar depa .... pikiaq laaa woiiii ...

Anonymous said...

AKU TAK KIRA APA NAK JADI PUN JADILAH!! KALAU UTUSAN YANG KERAJAAN SALAHKAN DALAM SOAL KRISTIAN NI SUMPAH AKAU TAKKAN SOKONG UMNO BN LAGI!!! APA NAK JADI PUN JADILAH..MELINGKUP KE MAMPUS KE JAHANAM KE UMNO N BN NI LANTAKLAH..

Anonymous said...

Pertama kenapa kao merujuk kepada kiasan seorang bloggers yg TERBUKTI ADALAH KAKI BOTOL dan KAKI PAO?

Kedua, kenapa kao tulis nota utk mengelakan diri dituduh sebagai memgkritis bigfog. bigfog tu siapa? najib kao tak peduli ke

Anonymous said...

Bro,

Just read thru Big Dog posting again. Ini kisah DAP yg tak puas hati. Big Dog hemtam DAP menggunakan agama sebagai landasan mendapat sokongan. Rasanya DAP tertekan sebab dah banyak kali isu ugama Kristian digunakan untuk meraih sokongan.

Dap tak blh menafikan parti itu menggunakan slogan Vote against BN is vote for Jesus. sebenarnya dia org nak tulis Vote for Dap is vote for Jesus .tukar ayat sikit sebab dia orang ni cerdik sikit ,tak direct macam Pas Undi Pas masuk syurga.

Big Dog persoalkan kenapa Jeff Ooi (ingatkan Kristian rupanya Buddhist sebab nama depan tu Kristian name)berada di dalam perjumpaan tu.Pastor peralatkan Jeff Ooi atau Jeff Ooi peralatkan pastor.

Kalau sidang nak berdoa saja I don't think they need politician ,Jeff Ooi bukan pastor.Kalau nak ubah perlembagaan kena ada politician yang ada temapt di Parlimen sebab Perlembagaan tak boleh diubah kat Religious Convention Maybe ada agenda lain . Big dog posted a good question.

So let police investigate and DAP should stop playing this issue. are they defending Christian or defending them self .Orang Melayu tunggu keputusan penyiasatan polis but yang berlaku sekarang DAP menghasut orang Kristian dalam mempertahankan diri mereka dan menimbulkan kemarahan orang Melayu dgn menghemtam Utusan.

I hope other pro UMNO blog seperti PAPAGOMO give support to Big Dog. Blog tu dah lama mempertahankan UMNO.semasa berjinak jinak dgn blog , Big dog antara blog yg saya ikuti sbb mereka berhujah dengan fakta dan alasan yg kukuh serta logik.

so bro, Teruskan asak DAP dan ah beng DAP yg berlagak pandai tapi tak pandai pun.

Dan bagi mahasiswa yang koyak Utusan tu harap pi Jabatan Pendaftaran minta supaya bangsa Melayu tak ada dalam kad pengenalan.kita tengok boleh masuk universiti ke tidak?