Tuesday, May 17, 2011

Sayuti Omar, Kalau Nak Bohong Pun Biarlah Logik

Mohd Sayuti Omar atau pun lebih dikenali sebagai MSO adalah satu nama besar dalam bidang penulisan politik tanahair. Sebelum saya akhil bahlil lagi dia telah pun menceburi bidang penulisan. Terus terang saya katakan, saya amat meminati buku-buku tulisan MSO. Sebelum saya berblog, setiap kali saya berada depan komputer, blog yang pertama yang saya akan terkam adalah blog beliau, Merah Tinta.

Pada masa itu blog MSO boleh dikategorikan sebagai sebuah blog yang berkredibiliti dan sumber-sumber beritanya kukuh serta tidak menyiarkan berita-berita bohong. Tulisannya juga boleh dikatakan adil, siapa yang tak betul kena hentam. Sekali sekala menyebelahi Pas, ada masanya menyebelahi Umno. Ada masanya juga Anwar kena hentam dengannya. Pada masa itu saya menghormatinya sebagai seorang penulis bebas. Bagaimanapun keadaan telah berubah sejak tahun lepas. Blog MSO terasa tawar dan tulisan-tulisannya mula mengarut serta hujah-hujahnya mulai dangkal termasuklah ulasan dan ramalannya berkenaan PRN Sarawak.

Semenjak saya menyertai dunia blog dan bergaul dengan ramai penulis-penulis termasuk yang otai-otai, tetapi saya tidak pernah bertemu dengan MSO sehingga ke hari ini, bermacam-macam cerita yang saya dengar pasal MSO. Tapi saya tidak pernah pedulikan semua itu. Sebuah blog juga pernah menulis meminta supaya ahli-ahli politik tidak rapat dengan MSO. Klik di sini

Saya agak hairan kerana sejak kebelakangan ini boleh dikatakan dalam setiap tulisan MSO dia akan 'up' Anwar Ibrahim, Azmin Ali ,Khalid Ibrahim serta PKR. Dia tidak lagi membedal mereka-mereka seperti dulu. Walaubagaimana pun Pas dan Umno tidak terlepas daripada dibedalnya.

Saya cuba bertanya dengan beberapa sumber tentang perubahan sikap MSO terhadap Anwar dan PKR , jawapan yang ditemui semuanya sama iaitu, Anwar dan PKR telah membuatkan MSO menjadi jutawan melalui akhbar Siasah. Saya tidak pasti setakat mana kebenarannya, akan tetapi saya merasakan ianya ada asas jika kita melihat kepada tulisan-tulisan MSO sekarang dan beberapa bulan lepas seolah-olah menggambarkan dia telah 'dibeli' oleh PKR.

Saya tidak mahu pedulikan semua itu, selagi kita bernama manusia, maka selagi itulah kita akan bertuankan duit. Ada peluang untuk dapat wang yang banyak melalui cara yang sah dan halal, apa salahnya kalau kita ambil. Kalau seorang yang bertaraf 'ulama' seperti Nik Aziz pun cuba menyebat tajaan mengerjakan haji , apatah lagi manusia biasa seperti kita dan MSO.

Tujuan saya menulis mengenai MSO hari ini bukan berniat hendak mendedahkan perkara-perkara yang tidak baik mengenainya atau ingin memburuk-burukkan dia, tetapi saya hendak menjawab satu tulisan di blognya semalam.

Pada saya tulisan yang ditulis dan disiarkan oleh blognya semalam sama ertinya dengan MSO meletakkan dirinya ke dalam longkang di Lorong Hj Taib yang dipenuhi dengan lendir.

MSO dalam tulisannya itu yang disiarkan semalam menyatakan bahawa PM telah berjumpa dengan Ketua Hakim Negara selama 6 jam sebelum berlepas keluar negara kelmarin yang dieja oleh MSO 'kelamrin'. Kesalahan ejaan dalam tulisan MSO di blog Merah Tinta adalah perkara biasa. Dalam tulisannya itu juga menyatakan bahawa pertemuan antara PM dan Ketua Hakim Negara ada sangkut paut dengan keputusan terhadap Anwar Ibrahim semalam.
Bahawa menurut tokoh berusia lebih 70 itu, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak sebelum berlepas ke luar negara kelamrin telah bertemu dengan Ketua Hakim Negara. Tidak pula disebut di mana pertemuan itu tetapi mungkin di pejabat PM atau di tempat lain. Masa pertemuan itu ialah selama 6 jam.

"Apa yang saya diberi tahu oleh seseorang yang di juga diberitahu, dalam pertemuan Najib dengan Ketua Hakim negara itu ada sangkut paut soal keputusan terhadap Anwar Ibrahim hari ini," katanya.

http://msomelayu.blogspot.com/

Sebagai seorang penulis yang lama dan berpengalaman, MSO sepatutnya tidak menulis cerita-cerita bohong untuk bacaan orang ramai. Sekiranya berita itu disampaikan oleh pihak lain sekalipun kepadanya, MSO perlu memeriksa terlebih dahulu kesahihan cerita tersebut. Dalam masa yang sama MSO juga sebagai pemerhati dan penulis politik perlu tahu PM berada di mana sekarang dan bila dia keluar negara dan bila pulangnya.

Wahai Tuan MSO, ketahuilah oleh mu bahawasanya PM Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang juga anak kepada Tun Rahah telah berangkat meninggalkan bumi Malaysia pada hari jumaat 13 Mei 2011 jam 9.30 pagi menuju ke Arab Saudi. Dari sana beliau menuju ke Bahrain, kemudiannya ke Qatar dan kini berada di UK sebelum berangkat ke AS.

Dari manakah sumber yang MSO dapat yang mengatakan PM berjumpa dengan Ketua Hakim Negara kelmarin selama 6 jam ?

Sekiranya perkataan kelmarin yang digunakan oleh MSO itu merujuk kepada beberapa hari lepas ,iaitu sebelum hari sabtu, tak mengapa, saya terima alasan itu. Tetapi masih ada benda yang tak logik lagi dalam tulisannya itu. Katanya PM bertemu dengan Ketua Hakim Negara selama 6 jam.

Dalam dunia ini tidak ada PM yang boleh berjumpa dengan seseorang selama 6 jam. PM tidak mempunyai masa sebanyak itu bagi bertemu seseorang , kerana masa adalah sesuatu yang amat berharga bagi seorang PM. Seseorang PM jika boleh mereka mahukan masa 24 jam untuk sehari dipanjangkan menjadi 50 jam kerana banyak kerja yang perlu dilakukan.

Jika sekiranya MSO hendak mempertahankan Anwar sekali pun kerana telah termakan budi janganlah buat cerita-cerita yang tak logik. Kata orang kalau nak berbohong pun berpada-padalah.

Nampaknya kini MSO telah menjadi pengganti Raja Petra untuk menulis cerita-cerita bohong bagi mempertahankan Anwar.

* Menurut kamus dewan edisi keempat perkataan kelmarin bermaksud sehari sebelum hari ini. Kalau tak percaya lihat di sini .

41 comments:

jo said...

Dari penelitian aku..MSO bukan penganalisis yang bagus dan tajam...sebagai contoh PRU Serawak...analisisnya amat meleset...dan memakan tuan diri...serupa dgn. prof. Google...pemerhatian yang tak tajam..dan tak ada homework...sekadar hear say...

Anonymous said...

Aku lama dah dok perhati orang tua serba tahu ni.Tgk entry dia 6hb..Rilek je dia bedal Tok Pa tapi sangat kurang ajar,sangat2 bila binkan nama Tok Pa dengan nama emak Tok Pa.Selagi dia tidak mintak maaf dengan dengan Allahyarhamah,maka jawab la dia di sana

_Anti Orang Tua Uban Putih_

Panglima Perang Cyber said...

kelmarin edisi loghat kelantan : semalam.


mso je lah yg sudi nak 'jilat' kahak hijau lendir segala kotoran yg dibuat Sang Peliwat Tegar Lagi Bersiri Anwar Al Dubur Wal Qubuli.

tulisan demo antara yg terbaik dlm alam siber ini.


syabas bro...nanti ganti MSO hehe

usin said...

mso = memang sah onar. patutnya semakin tua semakin bijak langkah putarbelitnya. ini tidak, semakin janggal dan semakin terserlah kenyanyukannya..

Anonymous said...

bro kalau nak tahu kesalahan ejaan biasa dibuat oleh seseorang penulis untuk mengelakkan dari disaman

jibam said...

dah nyanyok kot.

PondokDungunTerengganu said...

Aku ning bukang lah minat sangat dengang politik parti. Tapi aku perati sokmo puok-puok parti ning hok ade dalam radar aku. Aku tengok memang MOS sekor ning doh jatoh bengong dooh. Aku tingga komeng dalam blog dia tak dok setarang habok hok tubik. Guanne mung ning MSO. Aku buleh jaming dia ning doh punoh-ranoh. Dok pakka hara doh.

Anyway, sila betulkang perkataan 'aqil baligh' hok saloh ejaangnye dalam blog ning ok.

PondokDungunTgganu

Anonymous said...

dia ni kalau kita bagi komen yang tak sependapat dengan dia melompat marah bukan main. dia je yang betul. bukan main sinis lagi dia belasah kita. poyo.

Anonymous said...

ramai orang kata mso tu gila. betul ke ?

Anonymous said...

beberapa tahun lepas dia pernah bergaduh dgn seorang pekerja kedai tom yam di hulu klang. dia bayar tak cukup $5. kemudian dia keluar dan pekerja kedai tom yam tu beritahu dia tak cukup $5 dan dia bergaduh dengan pekerja itu diluar kedai sambil disaksikan orang ramai. buat malu ja

Melayu Berwawasan said...

entahlah mso aku pun tak suka cara dia buat liputannya.

MSG said...

Dia memang suda gilaa...
Tak payah komen byk2. Tgok peranghai dia pun sda tau.

Anonymous said...

mso pun dah kena sondol dgn bangsat tu kot????

Anonymous said...

ternyata hang silap besar rbf kerana hang pernah menghormati orang gila.

kua
kua
kua
kua
kua

anti bohmau said...

bila 'wang salah punca' jadi darah daging, perut kelam utk memerhati keliling!!!!!!

Anonymous said...

MSO sudah punah otaknya.....terlampau bertuankan duit.Neraka jahanam la kau MSO kalau macam 2.Umur dah dekat dengan lubang kubor weh.Hem......taubat le!

Anonymous said...

MSO sudah punah otaknya.....terlampau bertuankan duit.Neraka jahanam la kau MSO kalau macam 2.Umur dah dekat dengan lubang kubor weh.Hem......taubat le!

Anonymous said...

..kawe memang minat buka Tinta Merah, tapi sejak kebelakangan ni setelah jual Siasah kpd PKR, dia dok jilat jubuq Nuar pula..jangan sampai jilat 'belalai' Nuar sudah la..skrg bila baca tulisan dia rasa naik mual dan loya..Kuik huik !!!!

Mat Batang Berjuntai

Anonymous said...

MSO...
M-MAnusia
S-Sempit
O-Otak
kalau dah sempit otak...memang biul la..watpe nak layan..
Anggap saja TIDAK SIUMAN..

Anonymous said...

Bila PM berjumpa seseorang selama 6 jam, aku kira mmg PM dah takde kerja lain nak dibuat. Tapi sape nak percaya dakwaan begini, lebih-lebih lagi dari si MSO tua bangka nak mampos ni. MSO.., ingat-ingatlah sikit awak tu dah dekat pd kubur kata mari...!! Cukup-cukuplah jgn lagi buat fitnah yang bukan-bukan.

Anonymous said...

AKU BANYAK KALI POST KOMEN KAT DIA TAPI TAK LEPAS. CUMA YANG PUJI DIA SAJA YANG LEPAS. NAMPAK SANGAT NIPU.......

Anonymous said...

Salam,

PM amek 6 jam jumpa ketua hakim.. katakanlah jumpa jam 2.00 petang kalaulah 6 jam, kul 8.00 malam baru habis...

Hai... MSO nak kelentong sapa ni...
Semua rakyat bodoh ka....????

oh malaysiaku said...

seorang anak sepupu saya, yang juga seorang pensyarah sebuah institusi pendidikan kerajaan, adalah penyumbang 'tetap' artikel2 dalam Siasah. walaupun sebelum ni dia merupakan penyokong kuat UMNO, namun sekarang telah bertukar angin dan condong kesebelah PR. kerana apa? bayaran yg diterima.

jadi apa nak dihairankan dengan MSO ni, walaupun rambut dah semua hampir putih, lagi banyaklah masuknya kalau keinginan 'seseorang' tu dituruti. fikirannya telah terbeban dengan lambakan wang ringgit, walaupun terpaksa menggadai prinsip dalam hidup.

saya pernah memberi komen dalam blognya dengan fakta dan rujukan suatu ketika dulu berhubung ucapan DS Najib yg menyentuh Yusof Al-Qaradawi yg dipersoalkannya, tetapi telah tidak disiarkannya. sejak dari itu saya sudah merasakan blog MSO adalah blog yang tidak lagi berkredibiliti dan pandangan peribadinya sudah boleh dipertikaikan, kerana pada saya dia sudah tidak dapat menerima pandangan orang lain yg tidak sehaluan dengannya. dan saya tidak lagi mengunjungi blognya sehingga kehari ini ...

Anonymous said...

orang tua kaparat tu,kepala dah botak cari idea bangang

Anonymous said...

ralit aku baca tulisan mung ni rbf.mung memang pandai menulis.kalau semua puak2 blog menulis macam mung barulah sedap sikit weh

msu said...

mso ?

siapa bayar duit dia akan sokong

anti bohmau said...

masih tak lupa cerita mso ikut husam ke indon & cuba rasuahkan pegawai kastam kerana husam nak bawa balik burung yg perlu di kuarantinkan...apa rasuah tu halal bila husam pemimpin pas buat?

Anonymous said...

satu tulisan yang mantap dan satu hujah yang bagus. beginilah caranya nak matikan fitnah pembangkang. bukannya dengan cara maki hamun seperti diamalkan oleh mereka.jika anda turut sama memaki hamun seperti mereka apa bezanya anda dengan mereka ?

Anonymous said...

Saya tengok hampir 100% orang yang bagi komen kat sini 100% sependapat, iaitu blog MSO ni memang dah jadi blog haprak yang kerjanya mengampu Anwar dan tak de kredibiliti.

Tambah komen saya jadi 101%.

Sebenarnya saya rasa ramai orang dah bengang sangat dengan blog dia. Sebabnya ialah tulisannya nyata sangat dangkal, hujah ampu berlebih-lebihan, tak de fakta. Yang menjadikan kita bengang dengan dia ialah bila kita balas kat blog dia, dia takkan siarkan. Dia hanya siarkan yang sehaluan dengan dia aje.

Sekurang-kurangnya si Tulang besi tu, walaupun bejat, tapi masih lepaskan komen yang tak sehaluan dengan dia.

Sekarangnya saya nampak tajuk blog dia pun dah naik menyampah. Kejap-kejap susupan petang. Tah hape-hape.

Saya cadang RBF buang blog dia dari link blog RBF.

Anonymous said...

bro this idiot is really anwar ass licker.jgn percaya sgt dgn mso ni.dia ni lebih kurang standard RPK.beza dgn dia dgn rpk mungkin dia ni pandai berkopiah.tp bila menulis fakta xtentu hala.kalau dia menulis dia cuba meniru gaya RPK menulis hikayat yg mana dia boleh bercerita seolaha2 dia berada di tpt kejadian.tp malangnya kalau xsilap saya few months ago atau last year,dia dh terkantoi psl isu DR yusri abim hentam anwar pandikuty.dia tulis bukan fakta yg betul.apparently Dr yusri baca blognya dan komen dan sound dia direct.he he.Dr yusri ckp mso tidak hadir pun dlm meeting tersebut.so pecah lubang dia ni dpt maklumat hanya berdasarkan ckp pihak ketiga.dan this pokkor ni kalau kita komen even yg tidak bias dia tidak akan kasi lepas.mmg celaka kakah ni

Anonymous said...

to be honest.aku xsuka penulis politik pojok mcm mso lutfi,syed attas.diorg ni siapa byr lebih dia jilat.cerita yg mso dh jd jilat tu betul bro.ade dgr juga siasah dh kene beli.tu dia skang jilat pungkok nua

Kama Irahsa said...

aku dulu pun minat bc Merah Tinta. hari2 mst bukak sbb entry dia tak berapa nak bias. skrg ni mmg terus pro-PKR. skrg aku malas dh nk bukak. tak rugi pun..

Anonymous said...

sekarang ni kalau depan komputer blog RBF saya terkam dulu.

ruang bicara faisal said...

anon 2.48

ha...ha...ha..ha...

terima kasih banyak2

Anonymous said...

Hi Anon 2:48 PM

Bukan ko sorang jer, aku pun bukak blog RBF firstly klu on computer...

Aku jadi geram mgg lepas, bila RBF tak tulis ape2 2-3 hari.. rupa2 ada problem blog dia.. ingat dia gaduh laki bini.. tak sempat menulis.. hehehe.. sorry RBF

Teruskan menulis....

Dinzi.

Tok Pawi said...

jom bakor

MOSAR said...

Sedar dirilah wahai insan kerdil ciptaan Allah. Hidup bukan lama. Jangan sombong, yang penting Jangan jadi orang yang muflis di akhirat nanti.

Ciri muflis di akhirat 1. Selalu mencaci/umpat orang 2. selalu fitnah orang 3. makan harta orang 4. menumpahkan darah orang (bunuh) 5. memukul orang tanpa hak. Walau sebanyak mana kita sembahyang, berpuasa, zakat, haji, sedekah dan sebagainya lagi tetapi kategori kita mungkin akan jadi muflis disebabkan ciri disebutkan. Muflis didunia takpa, boleh guna nama bini, anak untuk meniaga dan mgkn lepas dari muflis selepas itu, tpi di akhirat tiada siapa dapat membantu. Pahala yg kita bawa akan dipungut oleh orang yg kita tuduh. Manakala yg paling malang, Beban dosa orang yang kita umpat dan fitnah akan terbeban kpd kita. Insaflah dan sedarlah, sebelum dilaknati dan dijatuhi bala oleh allah terhadap tuduhan yg kita tidak nampak dgn mata sendiri sebelum kita menuduh individu lain.

Faith Ajar said...

benarlah semakin hampir ke lubang kubur lagi gigih setan menarik kaki ke pintu neraka. Akibat cinta kuasa dan cinta dunia..

Anonymous said...

memang betul, aku banyak kali post komen kat blog dia, tapi dia tak siarkan. Yang dok angkat Bang Nuar saja.

Bang Mat kota kuala muda

Anonymous said...

sama je dgn ko...ko anti PR..so ko pon tulis benda yg tak sahih pon ..cth.. ko kata nik aziz pon sapu duit org nk bg utk dia pi mekah..sdngkn siasatan SPRM tak de...so..sama jg ko mangkuk..dasar pencacai angkat najis Umngokk...

adatle klo sssorg tulis dia condong ke arah mana dia suka... hak kebebasan.... lantak dia le dia nk tulis hape...buduss le ko nih...

Anonymous said...

ramai plak yg tetiba jd 'aku dulu pembaca setia blog Tinta Merah'.... skrg..blablablabla...

pegidahhh....dasar hipokrit je smua tuu...hahaha