Thursday, June 2, 2011

Dua Lelaki Datang Cari RBF

Saya baru menerima berita dari pengawal keselamatan di kawasan kediaman saya. Katanya ada dua lelaki yang tidak dikenali dan berlagak samseng telah datang ke pondok pengawal tersebut bertanyakan mengenai saya kepada pengawal keselamatan terbabit.

Pengawal berkenaan cuba mengelak untuk menjawab apa-apa pertanyaan mereka, tetapi mereka cuba buat baik dan memujuk pengawal itu.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sebelum ini kejadian seperti itu tidak pernah berlaku semenjak saya menetap di sana selama 12 tahun.

Saya tidak tahu apa puncanya dan saya tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. saya nak pulang ke rumah terlebih dahulu ditemani sekumpulan rakan-rakan untuk berjumpa pengawal keselamatan terbabit dan akan ke balai selepas itu
 
Cuma saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi peristiwa tersebut bersama rakan-rakan sekalian supaya anda tahu sekiranya berlaku apa-apa terhadap saya selepas ini. Doa anda semua dipohon untuk keselamatan saya. Anak-anak saya masih kecil.

Manalah tahu takut-takut ini adalah tulisan terakhir saya di laman blog ini. Nanti anda semua tertanya-tanya pula kenapa blog ini tidak terisi dan kemana RBF menghilang.

25 comments:

musram rakunman said...

Bro, Tuhan senantiasa melindungi umatnya.

Anonymous said...

saudara rbf harus berhati-hati dan berwaspada selepas ini...ada orang dah panas bontot! Mungkin ada kaitan dengan article saudara sebelum ini.

Anonymous said...

budaya politik apa lagu ni..kena kritik,kena kutuk teros antaq samseng.ptuihhhhhhhhhhhh!!!!

Anonymous said...

saya mendoakan keselamatan bro dan keluarga..

BLADE

Anonymous said...

dia nak tarik kereta rbf kot dah lama tak bayar...
apa2 pun usah gentar saudara.saudara dilindungi Allah hendaknya...Amin...teruskan posting.saudara pun dah top bak kata husam..

Anonymous said...

buat laporan polis..kenapa kebebasan bersuara di halang???haramjadah betul

amace pok pah said...

Ni kalau bukan dari geng kapak jangak mesti dari geng kapak rongak

marilyn said...

Aku doakan keselamat bro dan keluarga.mereka dah panas pungkok dah tu bro.

Anonymous said...

semoga Allah melindungi RBF... Amin... betoi kata Marilyn tu...diaorang dah panas pungkok... ni lar cara freedom of speech ala pakatan rakyat... bile kebenaran dilaung oleh bloggers... panasss... hantar samseng lar, ugut lar, laporan polis lar, macam2 lagi... teruskan perjuangan RBF...

Jeffry said...

KUATKAN SEMANGAT, TABAHKAN HATI BROO..LU MMG REAL FIGHTER!

Anonymous said...

Berani kerana benar,takut kerana salah. . .Walaupun sy org kuat umno tp sy x gentar nk buka pekung jika umno salah. . .Pada rbf,jgn gentar bro,klu pikir kita betul watpa nak takut.
Lagi satu sy nk komen juga,bila mana2blogger ygsilap terutama bumiputera. . .cepat lak amik tindakan,tp klu kaum lain ygtulis/suara. . . Cepat je ckp dah settle. . . Kekadang saya rasa tak adil juga.
Contoh kenapa anak dato rais kena cepat je beliau melanting,tp bila org lain kena langsung tak amik pot. . .klu saya silap maaf la ye tp saya bukan macam pengikut awar aljuburi atau pun n.ajis. . .Ikut ckp setan yg direjam tu tanpa fikir.

Bingai @ Bangang said...

Allah bersama-sama orang yang benar!

hilbert said...

Salam 1Malaysia RBF,

Kurang bijaklah rasanya dua orang lelaki tu, apa ke susah cari bro di tempat kediaman..kan sekarang zaman internet..cakap atau komen saja di blog atau facebook milik RBF,,nak tanya apa atau nak cakap apa, kan senang dan tak paya bedepan dengan pengawal keselamatan

Anonymous said...

nnt akn ada org ckp kerja UMNO laa tue....

Semoga RBF tabah dlm perjuangan

aReils said...

hahaha..

depa dtg tu nk MENUNTUT ILMU agaknya..

tak pon nk mintak buat KELAS TAMBAHAN menulis blog..

hahahahaha.. kuatkan semangat bro!!

Anonymous said...

goyang apa bhai ... jumpa jer laa... yang dok tulis nak buat kecoh pasai apa sama jer lu punya auta dengan aljuburi punya poo singgggggggggggg

Anonymous said...

geng tabligh kot ajak pi masjid ....

ruang bicara faisal said...

anon 9.07,

saya tak goyang. sebaik shj menerima panggilan tentang perkara itu saya terus pulang ke rumah, bukannya pergi ke kedutaan turki.

apabila saya sampai mereka telah tiada. sehingga sekarang mereka tidak datang kembali. saya duk tunggu juga nak tahu apa yang mereka nak.

Anonymous said...

saudara RBF,apabila timbulnya kebenaran,yang batil akan gugur dengan sendirinya...moga saudara dan keluarga sentiasa di lindungi ALLAH SWT...

Horas! Hulu Langat said...

Dulu papagomo kena...skrg rbf pulak. mcm siamang btul la perangai puak2 yg dikritik nih. Konon menjerit2 pasal kebebasan media...kebebasan bersuara, tp cakap tak serupa bikin.

Apa yg blogger yg sebelah diaorg tak ckp pasal pemimpin umno...semua ada. Tapi tak ada pulak DS Najib ke...Rais Yatim atau sesiapae nak hantar samseng.

Polis Karma said...

ah long kot..

hang ade utang yg x byr ke?

hehe..

Anonymous said...

Mungkin niat disalah tafsir.. Kawan-kawan datang melawat nak bertanya khabar disalah sangka samseng.. Haha, suka betul buat kontroversi.

Walau apa pun, hati-hati lah ye.. Kerana mulut badan binasa. Jangan sampai keluarga pun tergadai sudah..

Anonymous said...

hang ada hutang dengan orang kut, dak pun hang buat pedajal dengan orang lain. Kete ada sangkut tak..?

ABE ZUL KELATE said...

NAMPAKNYA POLITIK JALANAN,POLITIK MURAHAN,POLITIK PICISAN,POLITIK DANGKAL TELAH MUNCUL DI TENGAH MASYARAKAT....WALAU PUN IANYA SEMAKIN DITOLAK OLEH SEBAHAGIAN BESAR MANUSIA YANG WARAS...TETAPI MASIH ADA MANUSIA LEMBU YANG MASIH MEMEGANG POLITIK ALA SAMSENG DAN ALA KAAMPUNG DUSUN UNTUK DIJADIKAN AMALAN DAN PEGANGAN.....DI SAAT MANUSIA MEMBICARAKAN SOAL TAMADUN,SOAL PERADABAN RUPANYA MASIH ADA LAGI MANUSIA YANG BUTA HATI DAN BUTA MATA UNTUK MELIHAT REALITI DAN KEBENARAN.....KEPADA RBF USAH DIPEDULIKAN MEREKA YNG BERFIKIRAN BUDAK-BUDAK......TERUSKAN USAHA ANDA BAGI MENDEDAH KEPINCANGAN,KEJAHATAN DAN KEBODOHAN MEREKA UNTUK TONTONAN MASYARAKAT......PERCAYALAH GOLONGAN INI AKAN PUPUS DENGAN SENDIRI SEBAGAIMANA NASIB YANG DITERIMA PARTI SEMANGAT 46 SATU KETIKA DAHULU......YANG PASTI MEREKA AKAN BERKUBUR.....SESUNGGUHNYA DAN DEMI ALLAH PERJUANGAN SONGSANG MEREKA MENDAPAT MURKA DAN LAKNAT ALLAH.....DEMI ALLAH MEREKA AKAN MUSNAH DEAN HANCUR SATU MASA NANTI.......TUNGGULAH SAAT ITU DAN BERJUTA RAKYAT WARAS MENANTI SAAT ITU...........

Anonymous said...

aku agak hang memang kena tibai sampai patah semua sendi & keluar berak...b4 that aku nasihatkan hang pi minta maaf dgn ibu hang..dgn isteri & anak anak hang dulu..kang apa, berani buat, hang berani tanggung laa bro...hang kang power ada silat..hang bertumbuk & velasah laa gangster kpg tuu... Baru 2 org bertanya , dah pun kecut...apa laa luu Bro...luu berani main api, hang berani laa tanggung akan akibatnya...hang berani jolok sarang tebuang, hang beranilah tanggung akibatnya..hidup Melayu berdarah Mat Kilau..tq