Wednesday, March 7, 2012

PRU 13 Semakin Hampir?

Semakin hangat semakin sibuk orang ramai bertanyakan bilakah tarikh sebenar PRU ke 13...?

Persoalan yang paling penting sekarang ialah, apakah YAB Perdana Meneteri sudah benar benar bersedia untuk masuk gelanggang bersilat dengan bala tentera yang diketuai oleh Anwar Ibrahim..?

Setiap kali selesainya Pilihanraya Umum, keputusan akhir itulah juga yang akan menjadi penentu KPI prestasi seseorang ketua kerajaan bergelar Perdana Menteri....  Tun Dr Mahathir pernah cemerlang pada PRU tahun 1995 dan Tun Abdullah Badawi bertuah mendapat juga satu kemenangan mutlak pada tahun 2004 sebelum meruyup merudum pada tahun 2008...!!

Apakah Datuk Seri Najib akan mendapat semula majoriti 2/3 kerusi wakil wakil rakyat BN dalam Dewan Rakyat..??  Mampukah Najib rampas kembali Selangor..??  Apakah akan tercipta sejarah politik tanahair dengan berlakunya kejutan rakyat Malaysia menyaksikan kerajaan PAS Kelantan tumbang sewaktu era pimpinan Najib...???

Berikan komen anda...

49 comments:

Medan Info Kita said...

Kelantan tumbang...?? Wow! Satu political anticipation yg sgt2 ambitious bro...

Anonymous said...

aku tak yakin dpt 2/3 majoriti... tapi yg aku cukop yakin ialah Pas akan hilang banyak kerusi

Dap yg paling untong sbb undi cina dia dapat semua, nak harap mca chua soilek porno tu...? hampehhh

Anonymous said...

untuk dpt 2/3 tu agak susah, tp tak mustahil.

Pikirkan yg positif agar BN terus di beri mandat untuk memerintah.

Pangkah BN pon bulih masuk syurga..amal ibadat tiptop insyaallah.

Jgn pangkah parti yg menjanjikan syurga walaupon tak semayang..!

hangkedee said...

Tak bersatu.Orang melayu akan terkena" Arab Spring".

RBF Online said...

bro mik..., jgn terkejut kalau2 Pas tumpas di Kelantan. Ingat tahun 2004, berapa beza kerusi bro..?

RBF Online said...

Anon 11;00 am,

betul..., Pas yang paling rugi dlm Pru nanti, setuju!!

RBF Online said...

Anon 11;04 am

Nak masuk syurga masuk Pas la... Jumpa Pok nik

bzz said...

Dollah kaki tido dapat kemenangan mutlak??? Lu bior benar bro??

Should be, 1995 n 2004 milik Tun M. Walaupun Tun dah bersara 2004, tapi mostly yg aku tahu, undi BN sebab Tun M. including ramai kengkawan PAS n PKR... Benci, benci jugak kat Mahazalim, tapi diaorg tak boleh nafi, hidup senang sedap selama ni, mahafiraun la yg buat diaorg hidup senang.

RBF Online said...

Hangkedee,

kita sebenarnya dalam ancaman 'yahudi spring' sbb dah ramai agen2nya disini

Kama Irahsa said...

kedah BN menang

yg lain2 tiada perubahan..

Anonymous said...

saudara RBF,
RBF,

terus terang saya katakan pada mulanya UMNO akan kembali mencabar...TETAPI

isu Tun M akan kembali menjejaskan peluang UMNO...

hudud rekaan ulama Fiqh??

golongan2 melayu muda muslim akan melihat isu ini..ini bukan isu kecil.Ulama dalam UMNO sendiri,ustaz Fathul Bari sendiri menyatakan kenyataan Tun M adalah SALAH...

imbas kembali PRU12 dimana paklah ditolak kerana gambar berpelukan dgn michelle yeoh...

Masya Allah...semoga kita belajar dari kesilapan.


-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

KETUA DAN TIMBALAN SERTA BEBRAPA LAGI KERJA KUAT BAGAI NAK MATI YANG KAT BAWAH KATA KITA KALAH....BUKANNYA NAK BUAT KERJA TAPI ASYIK KATA KALAH SANA-KALAH SINI....YANG KAT KALAH TU NAKKAN KERUSI SEBENARNYA

SLING SHOT said...

Takde sapa boleh ramal bila parlimen akan dibubarkan.paling penting kerajaan BN harus menyelesaikan kemelut UMNO-BN agar tidak berlaku sabotaj dalaman jika terdapat beberapa calon "kurap" yang tidak tersenarai sebagai calon untuk PRU 13 nanti.

Suka atau tidak hakikat yang perlu diterima.. Undi cina kesemuanya berpihak kepada DAP. Sungguhpun begitu masyarakat cina masih berada didalam keadaan dilemma samaada untuk terus membuang kerajaan BN atau terus menyokong kerajaan PR.

Spekulasi saya kuat mengatakan kelantan tidak mustahil terlepas ke tangan BN.JIka gagal ..bukanlah bermaksud kerajaan BN tidak melakukan transformasi atau melaksanakan tugas pemerintahan dgn baik dan berkesan..tetapi itu masalah dalaman penduduk dan rakyat Kelantan itu sendiri.

Perjuangan Pas semakin hari semakin tidak relevan..Keujudan Pas sebagai sebuah parti politik Islam sepatutnya tidak wajib ujud sejak dari dulu lagi.. memadai hanya memperkukuhkan syariat Islam melalui badan Ulama bagi menegakkan syiar Islam.. at the end of it.. ulama kini sudak bergelar ularmak kerana unsur unsur dakyah dan doktri parasit parasit dari luar parti seperti DAP dan PKR yang berjaya menembusi pertahanan Parti Pas yang sememangnya lemah sejak dari dulu.

Hakikat yang perlu kita terima adalah pertembungan bangsa Melayu dan kaum cina.. Bangsa melayu pastinya akan pertahankan hak mereka sebagai bumiputra di Tanahair sendiri,manakala cina pula berhempas pulas untuk menguasai Malaysia kerana mereka beranggapan yang mereka sering ditindas sejak dari zaman kemerdekaan.Ini merupakan peluang terakhir dan peluang terbaik yang mereka ada.

Tak dapat undi cina pun tak apa... bagi saya .. BN tetap akan memenangis kerusi di PRU 13 dan adalah mustahil bagi PR untuk menguasai Putrajaya.Menang simple majoriti termasuk Selangor "california malaysia" .

Apa yang penting kerajaan BN harus melakukan perubahan dari A-Z.Umno need to trasform and full Revamp.

Jika terlepas ke tangan PR dan PM adalah Anwar Ibrahim .. Nauzubillah... Malaysia bukan lagi boleh digelar sebagai negara Islam.. Tetapi bolehlah disamakan dengan Singapurapura dan sekutu sekutu yahudi yang lain.

wallahualam...

RBF Online said...

Kamal Irahsa..., iya saya setuju! Kedah ada harapan

RBF Online said...

Warga Shah Alam,

jgn risau.. isu Tun M bukan isu besar, cuma perlukan penjelasan shj.

Isu Pas yg bercelaru sebenarnya lebih memberikan milage kpd BN..

Pas bertambah celaru dgn kisah Dr Hasan Ali vs Parasit.., untung utk BN..!!

RBF Online said...

Anon 12;15 pm

Kita terus tegur dan beri kritikan membina kpd mana mana pimpinan yg kerjanya curi tulang...! Iya ini semua golongan menyusahkan kerja PM + TPM dll pimpinan yg bekerja kuat.

RBF Online said...

Sling Shot...,

Tksh kerana sependapat dgn saya, iya Kelantan tak mustahil jatuh ketangan Umno BN...

Anonymous said...

Daripada kajian dan pemerhatian para sarjana dan intelektual, simple majority tu dalam tangan. Lagi 35% tu memang kalau direndam dalam air panas sekalipun, tetap pangkah Pakatan. Hanya melihat kepada 16% pengundi atas pagar. Ini yang menjadi penentu semada BN dapat 2/3 atau simple majority...

Anonymous said...

bagi saya,penjelasan Tun M mengenai hudud ini sangat besar impaknya pada akidah...

umat islam kita dah makin celaru,dan kini semakin bercelaru...

kerana politik,kita semua dihancurkan..

renungkanlah buat sahabat2 BN dan PR....

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Demi Agama bangsa dan Raja.

whan

Anonymous said...

kelantan tak kot masih hamPAS pegang tapi menang TIPIS jer la .. maybe dengan 1 atau 2 kerusi meja jer ...

yang akan dapat BN MENANG

PERLIS, KEDAH, PERAK, SELANGOR, PAHANG, TERENGGANU, N.9, MELAKA, JOHOR, SABAH

2 NEGERI LAGI 45/55 ....

RAMALAN OLEH AHLI NUJUM NEGARA
WOHAHAHA

irs-Hursaini said...

Kelantan sekarang, UMNO dan BN berusaha semaksima mungkin untuk ambil negeri Kelantan. Tok Pa bersedia dan mengumpul kekuatan dari semua peringkat start golongan muda sampai ke veteren UMNO. UMNO Kelantan berusaha untuk menang dan kembalikan kegemilangan Kelantan.

UMNO Kelantan dah start sebelum PRK Manek Urai lagi.

Rakyat semakin sedar, PAS gadai bukan sahaja tanah di hulu Kelantan, tapi dah gadai tanah pantai serta tanah laut di hilir pula. Acu mari Tumpat, tanah baru menambak pasir dah jadi 'Hak Milik bla3... dilarang menceroboh". laut yang belum menambak dan air baru paras dada dah terjual.. adulaa.

Rakyat Kelate nk gi dok mana lepah ni.. Kkapit (tersepit) di tengah2.

Acu Test Sepenggal!
Gelombang Merah!
ABAI!

baniADAM said...

,Insyaallah UMNO/BN akan dapat majoriti selesa kerana PKR & Pas dijanka akan kalah banyak kerusi parlimen dan negeri....DAP akan menang banyak kerusi bandar.....tak caya tunggu aje lah...

Anonymous said...

bn kena kerja kuat lagi, jgn cepat selesa ngan keadaan

Anonymous said...

boleh jatuh ke tangan BN negeri klantan. Poster menangis2 tak laku dah di klntan. Orng bkan klantan je yng asyik junjung poster 'menangis` tuu

hanizam said...

isu yang ditunggu-tunggu oleh semua orang...

pendapat aku, BN masih boleh menang & tubuhkan kerajaan..

yang penting kerja kuat untuk yakinkan balik serta tambat semula undi protes 2008 lalu...

dulu banyak kawasan kalah sebab undi protes..Pakatan bukan kuat mane pun...

menang pun hasil fitnah & cerita negetif yang dihasilkan oleh Blogger sehingga ramai yang percaya...masukkan gambar itu, reka cerita ini...

kali ni tak mudah PR nak menang selesa...kalah tu dalam tangan..lihat saja PRK yang lepas...deretan kemenangan BN capai...

kalau kena strategi yang betul, manifesto yang berfaedah untuk rakyat, insyallah, kemenangan tidak mustahil dijelmakan...

tang undi kaum cina, rasanya tunggu & lihat..

Kaum India, rasanya Undi kepada BN akan bertambah semula...

yang penting, bila dah menang, rajin-rajinlah turun kawasan...

jangan makan Rasuah..jangan Takbur...berkhidmatlah untuk agama, bangsa & negara...

wassalam...

Anonymous said...

Pehal lak anuwar siap main ngan pelacur cina pn org sokong huahuahua.....

RBF Online said...

Anon 12;43 pm

Satu pandangan yg agak balance..., Tq

RBF Online said...

Warga Shah Alam,

jgn terlalu risau.., damage pada Pas yg semakin dilihat sbgai budak suruhan Pkr & Dap semakin terserlah, rakyat nampak.

RBF Online said...

t.kaseh ahli nujum negara...!

RBF Online said...

irs-Hursaini... iya setuju Acu Test Sepenggal untuk Kelantan!

RBF Online said...

saya setuju dengan bani Adam...

RBF Online said...

Anon 1;43 pm

insya allah mudah2an... demi menyelamatkan islam daripada digadai oleh Pas

RBF Online said...

Hanizam...,

komen anda bole jadi satu artikel utk bloggers... terbaik bro!!

Anonymous said...

Hadiah untuk Anuar Ibrahim, mungkin 1 video akan keluar oleh Datuk Trio, bikin panassssssss

Anonymous said...

Kalau dapat balik Selangor dan Kedah.. kira very good dah tuu...

Apapun .., jom kita berjuang demi Ugama, Bangsa dan Tanahair...

Lenyapkan pengaruh Nuar Bereheng... & kalau tak boleh lenyapkan DAP.., kurangkan seat mereka...!

Hidup UMNO..!!

njah50 said...

Insyallah, sekiranya orang Melayu masih sayang kepada Malaysia

Anonymous said...

ramalan aku kalau pru di buat antara march-jun 2012

PERLIS- BN MENANG MUTLAK
KEDAH-KEDAH BN MENANG MUTLAK kalau bakal mb bukan ahmad basha,mukris
P.PINANG- DAP MENANG BUKAN 2/3
PERAK- BN MENANG BUKAN 2/3
SELANGOR-BN MENANG BUKAN 2/3
PAHANG-BN MENANG MUTLAK
TERENGGANU-BN MENANG MUTLAK
KELANTAN- BN MENANG BUKAN 2/3
N.9-BN MENANG MUTLAK
MELAKA-BN MENANG MUTLAK
JOHOR-BN MENANG MUTLAK
SABAH-BN MENANG MUTLAK
SARAWAK-BN MENANG MUTLAK

tapi aku rasa tak payah buat pilihan raya tahun ni tunggu hingga hujung tahun atau penggal habis march 2013 banyak lagi najib boleh buat untuk mendapat kemenangan mutlak di semua negeri.banyak lagi masaalah rakyat belum selesai.banyak lagi konsesi highway najib boleh bagi 50%
banyak lagi jalan tak elok najib boleh repair dan bagi besar lagi
banyak lg sekolah cina,india najib boleh bagi bantuan

Ibni Ismail said...

Pada pemikiran saya BN akan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. Sukar untuk mendapatkan kembali 2/3 yg hilang tu.

UMNO dan DAP akan menang besar. Saya jangka kita buat pertama kali akan mempunyai sistem pemerintahan dua parti berasaskan bangsa. Melayu melalui UMNO sebagai pemerintah manakala Cina melalui DAP sebagai pembangkang. Keadaan ini yang merisaukan kaum cina. Bukan satu di luar jangkaan jika org Cina kembali mengundi MCA bukan sebab sayang MCA tetapi risau survival bangsa mereka.

Kelantan pula memang sudah lama UMNO patut menang tetapi melalui senarai calun sahaja kita tahu yg UMNo memang segan nak menang. menang atau kalah bergantung pada calun. Jika masih letakkan calun yg menetap di KL, rasanya mimpilah umno boleh menang.

Anonymous said...

Ambo rasa... Tambah kerusi di kltn buleh, nk twn blk susah. Pas tak kuat tp umno xmahu menang. Kalau dia jd calon baru berasa nk menang... Cah ketin!!! Pengundi luar susah nk duga. Dia kerja kl ... Byk kemudahan. Blk kg sekali sethn musim rayo poso. Undi pas nk masuk syurga mudah.

Realiti, pemimpin umno di bahagian dn cwgn masih mcm lama, xbg projek x buat kerja. Bukan semua lh. Org cerdik pandai makin jauh diri dr jd pemimpin. Kontraktor ada duit buleh jd pemimpin.

Guru2 jd pemimpin dlm umno suatu masa dulu... Tp skrg cuba tgk ada brp kerat. Nampak cerdik sikit pakat tendang takut lwn tokey. Tu sebab tukang kebun pun bleh jd calon umno. Yg ne ikhlas ambo kata umno xde standard pilih calon. Bukan nk keji tapi pakat pikirlah takat mana ilmu dia. Nk faham konsep 1malaysia pun kerut dahi. kalau dia jd calon lg, confirm ambo xblk mengundi.

- king superba

Anonymous said...

Bro.. stuju rakyat nampak, tp pemimpin bn buat tak brp nampak. Rakyat kecewa dgn pemimpin kita peringkat bwh. Nk dpt sain ketua kg dulu bukan main susah. Umno patut menang. Pak jib dh byk sgt buat transformasi utk rakyat... Tinggal 1 lg... Transformasi pemimpin cwgn dn bahagian.

- king superba...

zakzak said...

ada komen yang mengatakan 16% undi adalah daripada kalangan atas pagar.

saya golongan atas pagar.

tapi rasanya pada PRU13 ni, saya akan menjadi penyokong A.B.A.I

begitupun saya sedar yang BN tu bukanlah malaikat, malahan sesetengah bahagian, bagaikan raksaksa yang rakus menelan itu dan ini, tapi berbanding dengan apa yg akan terjadi jika PR menang, berat ke arah BN pilihan saya.

Melihat iltizam PM baru2 ini yang merendah diri memohon maaf atas kesilapan, dan ingin menjadi pilihan terbaik untuk rakyat, rasa saya lebih ramai pengundi atas pagar yang akan condong ke arah BN.
i know i am

Anonymous said...

Salam,

Rasanya PRU dalam tempoh terdekat ini.

saya adalah seorang warga malaysia yang baru berumur 22 tahun, dan telah mendaftar sebagai pengundi.

Kelantan tak mustahil boleh di tawan BN, jika kena pada caranya.

Tapi BN jangan leka, umpama peribahasa, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan kerana hendak mengejar kelantan, negeri lain dilupakan.

Rasuah dan Kroni harus di lupuskan.

-22_Sabahan-

RBF Online said...

buat semua pengunjung blog yg memberikan komen serta pandangan...,

tkaseh diatas penyertaan tuan2. nampaknya sudah kelihatan ada sinar harapan mahukan BN menundukkan kuasa Pakatan yg semakin terserlah kepicangan mereka....

RBF Online said...

Anon 7;36 pm

nampaknya ramalan yg konfiden abis nie... tapi kalau menjadi kenyataan tak mustahil Anwar lari malam

RBF Online said...

Ibni Ismail..., saya setuju!!

RBF Online said...

Zakzak, tahniah kerana menyokong ABAI

nsk said...

Tapi senario di Sarawak kini tampak berubah...
Dengan peningkatan jumlah pengundi muda yg dikatakan lbh 3 ratus ribu menjadi penentu kpd kedudukan BN disini...
Hakikatnya, tak ramai MP atau wakil parti sudah bergerak cergas di Sarawak.
Banyak kpg2 msh sepi drp pandangan mata para pemimpin, apatah lagi para DUN yg baru bjaya dlm PRN yg lalu...
DAP semakin membina kekuatan disini... itu fakta yg wajar dikaji dan ditepis kembali oleh BN Sarawak.... hakikatnya Cina Sarawak dengan gabungan glgan muda bumiputera buka islam bakal mengubah sesuatu keadaan di Sarawak..
Sy tidak berani mengatakan yg BN akan hilang banyak kerusi di Sarawak nanti tetapi ada kemungkinan kerusi DAP bakal meningkat lebih tinggi berbanding kedudukan PRN yg lalu...
Jadi , rayuan pduduk yg sygkan BN... Tolong BN bergerak di Sarawak, buang cara dan tindakan lapuk yg membosankan.... hanya trn pdg bila ada majlis rasmi.....

Anonymous said...

Oghe klate acu test sepenggal