Friday, March 2, 2012

Tipu Tuntutan:Ariffahmi Lepas Rahman Masuk Jel


Semalam Mahkamah Seksyen Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM 400,000 kepada Ahli Parlimen Sabak Bernam kerana menyalahguna wang peruntukkannya sebagai wakil rakyat RM 10,000 sebanyak 8 kali bersamaan dengan RM 80,000. Pembantunya juga dijatuhkan hukuman yang sama.

Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan pembantunya juga pernah disiasat oleh SPRM kerana kesalahan yang sama. Tetapi oleh kerana pembantunya, Teoh Beng Hock telah terjun bangunan, maka adun berkenaan selamat kerana bukti dan keterangan tak cukup. 

Teoh Beng Hock telah menyelamatkan Adun Seri Kembangan daripada pintu jeriji besi. Dia telah menjadi lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangkan orang lain. 

Nasib MP Sabak Bernam tidak berapa baik kerana pembantunya tidak terjun bangunan. Jika tidak beliau juga mungkin terlepas. 

SPRM dan mahkamah sering dituduh menjadi alat kepada kerajaan yang memerintah untuk menekan pembangkang. Akan tetapi apa yang berlaku sebaliknya. 

Bukan niat saya untuk mempertikaikan tugasan SPRM serta keputusan mahkamah.Tetapi jika melihat trend sejak kebelakangan ini banyak keputusan SPRM serta mahkamah memihak kepada orang-orang pembangkang. 

Adakah mahkamah dan SPRM merasa tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap mereka , maka mereka terpaksa membuat keputusan yang memihak kepada pembangkang dan mengenakan orang-orang BN untuk menunjukkan mereka telus ? Wallahualam

Sepertimana yang kita sedia maklum, beberapa hari lepas SPRM telah membuat keputusan untuk tidak mendakwa menantu MB Kelantan sewaktu dia menerajui PMBK. Dalam hal ini saya agak keliru sedikit. Jika SPRM tidak mendakwa Adun Seri Kembangan kerana tidak cukup bukti dan keterangan tidak mengapa. Yang itu kita faham kerana saksi utama telah membunuh diri. Tetapi dalam hal Ariffahmi saya agak keliru.

SPRM pernah membebaskan Nik Aziz kerana tidak mengikut prosedur yang betul semasa melantik menantunya sebagai CEO. Blog gelombang merah ada menunjukkan minit mesyuarat bagaimana cara Nik Aziz melantik menantunya dan saya yakin benda itu juga sudah sampai ditangan SPRM. Minit itu jelas menunjukkan Nik Aziz mengumumkan perlantikan menantunya selepas mesyuarat tamat. Perkara tersebut langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat. Lihat di sini
Mesyuarat tamat jam 12 tengahari. Selepas tamat baru Nik Aziz umumkan perlantikan Ariffahmi

Soal SPRM tidak mendakwa Nik Aziz kerana tajaan untuknya dan keluarga menunaikan haji tidak mengapa. Itu kita faham kerana dia belum terima walaupun sudah pasang niat.

Berhubung yang terbaru pula, SPRM tidak mendakwa Ariffahmi kerana menggunakan wang PMBK untuk membeli tiket kapal terbang kelas bisnes bagi dirinya dan isterinya juga membuatkan saya tertanya-tanya, bagaimana dia boleh lepas sedangkan bukti telah ada. Lihat di blog gelombang merah

Begitu juga dalam hal menipu tuntutan-tuntutan pembayaran dengan PMBK. Ariffahmi juga terlepas. Lihat di sini

Bukti-bukti yang ditunjukkan secara jelas menunjukkan Ariffahmi melakukan kesalahan. Tetapi mengapakah SPRM mengatakan bukti tidak cukup ?

Saya bukannya hendak bersangka buruk kepada SPRM, malah saya juga berharap rakan-rakan pembaca juga tidak bersangka buruk terhadap SPRM. Cuma kita perlukan penjelasan lanjut....

12 comments:

CIFUT said...

Bagi pembangkang ini baru lah yg dikatakan KEADILAN. Lepas ni klu nampak org2 PR langgar isyarat lampu merah, polis jgn saman tau.

Anonymous said...

hanya Tun Makhdir saja yang tak takut Anuar, yang lain kalau tak takut malu tetap ada.termasuk SPRM

Anonymous said...

Jgn marah ya, kami org PAS mmg tak de salah atau dosa sbb kami ada TG n.ajis yg maksum setaraf nabi( dah naik grade dulu wali terompah). klu salah atau dosa kami jumpa TG n.ajis , dia nnti kasi ampun.Kami hebat sbb bleh kawan dgn setan, bleh suka2 kutuk dn maki org dn bleh kafirkan kalian.Kami tak perlu susah2 nak masuk sorga..just undi PAS. Klu kalian mahu jd ahli sorga ikut kami pangkah bulan naik roket masuk sorga pd PRU13

mat saga said...

SPRM...

hmmmm... dorang nie semuanya pengecut..

orang BN kebanyakannya baik-baik.. bila kena tuduh atau dakwa takde sorang pun nak buat demo atau protes guling-guling kat jalan raya... senang dan makin garang la orang SPRM dengan puak-puak ni..

orang pembangkang lahanat pulak semua jenis pelesit... bila kena tuduh atau dakwa maka semuanya pakat-pakat buat demo atau protes kat jalan raya laa , serang pejabat SPRM la , kumpul ramai-ramai kat balai polis laa dan macam-macam lagi SPRM kena saiko dengan puak-puak ni.. tu yang buat SPRM kecut telor dan menikus..

ternyata pegawai penyiasat dan pendakwa SPRM ni lemah dari segi mentaliti bagaimana nak overcome semua taktik dan pembangkang..

harap SPRM menerima teguran dari bro gua iaitu RBF dengan positif.
kalau tak tau macammana nak tackle semua problem tu harap Big Boss SPRM resign. Mungkin pengganti nanti akan lebih baik.

Anonymous said...

rbf... jika kitalah org yg menyeleweng kewangan seperti mana ariffahmi, adakah SPRM akan melepas kita seperti mana mereka melepaskan Ariffahmi????? sudah tentu jawapan tidak.. jadi kenapa perlu adanya double standard dlm hal begini???

Grand Marquis said...

Saya baru perasan sekarang. Gambar perempuan tu sama dengan gambar yang ada kat gambar Husam.

Anonymous said...

Kertas kerja semua siap.resit pembayarn semua ada....tapi semuanye palsuuu aduhhh...brape lame buat keje cam ni hah...

Anonymous said...

Sy juga slalu cuba utk berprasangka baik dan utk kes arifahmi ni, sy cuba merumuskan kenapa SPRM tak ambil tindakan, kemungkinan yg tidak boleh ditolak adalah spt kat bawah ni..:

(i) Perlantikan Arifahmi sbg CEO : tak perlu diminitkan atau perlu keputusan EXCo sbb sbg Menteri Besar, Nik Aziz mempunyai kuasa yg sepenuhnya tentang perlantikan CEO

(ii) Pasal kapal terbang klas business utk isteri - mcm sy yg bekerja disebuah bank, sy juga entitle utk membuat claim utk tiket vacation utk isteri sy dan keluaga sy melalui claim - ia tertakluk kpd selagi tak lebih dari had yg dibenarkan..sy rasa Arifahmi sbg CEO, byk lagi kelebihan2 yg ada utk dia juga utk isteri nye juga..spt menteri juga dapat allowance utk pemandu peribadi isteri..

jd, sy tak amik port sgt tentang hal ni, kerana mungkin ada alasan kuat utk SPRM utk berbuat demikian..

pukimaq said...

Rasuah tu biasa je.Membontot dengan sayangku luar biasa.

faith ajar said...

Skrg ni kat.malaysia pembangkang lagi berkuasa.. Pemimpin2 umno.lebih takut depa.dari rakyat.sprm lgsg takde telur.dgn org melayu depa bkn main samseng lg

Anonymous said...

ada campur tangan dari pihak atasan yang tidak mahu ada pergolakan politik...dan memberi satu lagi 'hero' kepada orang ramai spt mana anwar ibrahim...

Anonymous said...

emmm..ramai yg dlm sprm tu org2 kelantan..cuba check,,brpa bnyk tanah2 yg diberi kpd mereka ni semua..cubala check..ini kenyataan..