Thursday, April 12, 2012

Gempa dan Tsunami: Tahniah Atas Langkah Yang Cekap

Seperti yang kita tahu semalam telah berlaku satu gempa bumi yang kuat dan boleh membuat berlakunya tsunami.

Gegaran semalam lebih teruk dari gegaran tahun 2004. Alhamdullillah tidak berlaku bencana yang teruk semalam.

Apa yang saya nak kongsikan di sini bersama rakan-rakan sekalian adalah rasa teruja saya dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sebaik sahaja gempa berlaku semalam.

Nyata peristiwa tsunami 2004 memberi pengajaran dan pengalaman kepada kerajaan kita tentang langkah-langkah kesiapsiagaan yang perlu diambil sekiranya peristiwa yang sama berulang.

Semalam kita boleh lihat bagaimana maklumat-maklumat yang disebarkan kepada rakyat dan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sebaik sahaja gempa berlaku.

Laporan menerusi tv, radio, internet, sms dan bbm bergerak dengan pantas bagi memaklumkan situasi semasa dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh rakyat.

Tidak lupa juga tindakan pantas agensi-agensi kerajaan yang berkenaan yang turun ke lokasi-lokasi yang berlaku gempa atau kawasan yang berpotensi berlaku gempa samada untuk menenangkan keadaan atau mengambil langkah-langkah perlu yang lain.

Lihat gambar di akhbar Berita Harian hari ini bagaimana Ketua Polis Perlis turun ke kawasan pantai yang berpotensi berlaku tsunami dan meminta orang ramai meninggalkan kawasan pantai. Cuba anda bayangkan jika ketika itu tiba-tiba berlaku tsunami,silap-silap kita kehilangan seorang Ketua Polis Negeri. Tapi itulah tugas dan pengorbanan anggota polis yang sesetengah orang tak nampak. Yang tak elok atau kesilapan yang sikit-sikit mereka perbesarkan dan buruk-burukkan bagai nak rak.

Begitu juga dengan APMM yang berada di kawasan pantai sepanjang malam tadi bagi memantau keadaan.

Tidak lupa juga pasukan bomba yang mengarahkan semua anggotanya bersiap sedia dan memanggil semua anggota yang bercuti kembali bertugas.

Jabatan Meteorologi juga boleh dikatakan setiap beberapa minit menyalurkan maklumat-maklumat semasa. Sampai satu tahap mereka boleh salurkan maklumat tentang kelajuan ombak yang sedang menuju ke lokasi-lokasi tertentu di pantai barat siap dengan waktu lagi. Hebat.....syabas !

Jabatan penerangan pula pantas menyalurkan maklumat kepada rakyat bagi mengambil langkah persediaan serta mengelak kejadian panik.

Akhir kata tahniah kepada kerajaan serta agensi-agensinya samada yang disebutkan nama disini atau yang tidak disebut atau yang melakukan kerja di belakang tabir diatas langkah-langkah persediaan yang diambil semalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

7 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Tahniah kepada Kerajaan BN, agensi2 yang terlibat dan penduduk2 yang berisiko menerima akibat jika tsumani berlaku selepas gempa yang melanda baru2 ini.

Hayati said...

Syabas dan tahniah. Tak pernah terlintas di hati untuk menggantikan kerajaan BN kerana telah terbukti sentiasa menjaga kebajikan rakyat . Selama nya BN...

Anonymous said...

setuju dgn Hayati...tahniah dan semoga Allah membalas ketulusan hati mereka yg terlibat..mrk tlh memberi imej positif pd krjn BN..tahniah sekali lg..

Anonymous said...

Sudahlah. Banyak perkara yang lebih penting untuk diutarakan.

Anonymous said...

Sudahlah. Banyak perkara yang lebih penting untuk diutarakan.

Anonymous said...

BN buat kerja senyap senyap tapi nampak hasil, PR blm buat kerja dah heboh satu dunia, tapi...lu orang pikir lah sendiri...

Anonymous said...

gay bersepah patutlah asik gempa bumi