Wednesday, April 4, 2012

Kecoh Soal Laporan Minoriti: Pembangkang Menafikan Demokrasi

Pembangkang sentiasa menangani isu dengan cara bikin kecoh, kelam-kabut dan huru-hara.   Menghentak meja, membaling kerusi, menjerit-jerit, memaki hamun, malah membaling Molotov cocktail semuanya merupakan ‘trademark’ khas operasi pembangkang.  

Pendek kata, sikap mereka langsung tidak menunjukkan sikap manusia waras, bijak, matang, professional, rasional mahupun bertamadun.
 
Semalam, dalam sidang Dewan Rakyat sekali lagi pembangkang membuat kecoh hanya kerana tidak bersetuju dengan 4 dari 22 syor yang dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihanraya.  Selain itu, mereka juga mempersoalkan penolakan terhadap cadangan agar Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir pada 29 Mac 2012.   

Sedangkan, penolakan tersebut adalah berdasarkan keputusan undian iaitu 6 undi menolak dan 3 undi bersetuju.  

Nampaknya pembangkang mempunyai masalah dengan amalan demokrasi yang menentukan keputusan melalui pilihan majoriti.  Hanya kerana keputusan majoriti tidak menyebelahi mereka, maka mereka akan membuat kecoh atau pun huru-hara.  

Sikap pembangkang ini menjadikan rakyat semakin ‘cuak’ dengan mereka.  Walaupun pembangkang cuba mencari ‘kredit’ dengan membangkitkan persoalan dan bantahan tetapi tindakan mereka bukannya memberi faedah tetapi hanya menjauhkan lagi rakyat dari mereka.  

Rakyat mungkin mengangkat pembangkang sebagai juara jika sekali sekala bangun membuat kecoh atas isu-isu yang kononnya membela rakyat.  Tetapi jika terlalu sering membuat kecoh, walaupun isu tersebut telah diselesaikan melalui undian secara demokrasi maka rakyat mula merasa meluat dan mengambil sikap sinis terhadap  pembangkang.  

Rakyat mula tertanya-tanya, apakah ini sikap pejuang demokrasi tulen?  Juara hak asasi dan hak bersuara?
Bagaimana pejuang demokrasi tidak boleh menerima keputusan majoriti?

Sebenarnya, pembangkang hanya ingin mencari publisiti kerana telah benar-benar ketandusan isu yang signifikan untuk mempromosi diri.  Lebih dari itu, pembangkang juga, terutamanya Azmin Ali yang begitu lantang di Dewan Rakyat semalam sebenarnya hanya ingin mengalih pandangan rakyat dari isu kedayusannya dan persundalan isterinya, Shamsidar Taharin yang kembali hangat akhir-akhir ini.  

Tetapi, apa yang lebih besar dari ini semua ialah pembangkang sebenarnya hanya ingin mencipta alasan awal sekiranya kalah dalam pilihanraya akan datang.  Kerana itu, mereka perlu membuat kecoh seolah-olah PSC tidak berkesan dan tidak telus.  Untuk tujuan ini juga, segala jentera pembuat huru-hara seperti Bersih akan digerakkan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap sistem pilihanraya.  Sekali gus, jika Bersih berjaya digerakkan secara besar-besaran, ia mungkin akan membantu Pakatan Rakyat berkuasa tanpa melalui proses demokrasi dan ini akan merupakan bonus kepada mereka.  

Oleh itu, sama ada kesemua 22 syor tersebut diterima atau tidak, yang mana ia telah pun diterima kemudiannya, atau laporan minoriti tersebut dimasukkan ke dalam laporan akhir atau tidak, bukanlah jaminan yang pembangkang tidak menimbulkan huru-hara pada bila-bila masa mereka suka.  

Ini kerana hayat parti mereka bergantung kepada kebolehan mereka mencipta kekecohan dan mengganggu ketenangan, dan seterusnya keamanan negara.   

Apapun, kita wajar bersyukur kerana sikap mereka ini telah memudahkan lagi rakyat Malaysia membuat pilihan dalam pilihanraya yang akan datang. 



Beruang Biru

7 comments:

Aura4Fly said...

salam perjuangan tuan
saya ingin memohon tumpang berjuang dgn pautan di blog tuan
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/
Harap pihak tuan sudi berjuang bersama-sama saya. Terima kasih
Bahasa kita bahasa mudah,
Bahasa cintakan perjuangan Agama Bangsa dan Negara
Wasalam...

Anonymous said...

tak habis2 buat onar..sorryla nak dapat undi dari kami sekeluarga

Adi Kencana said...

Nampak sgt x ikhlas bila masuk PSC.

FLAT 4 TINGKAT KERINCHI - TAKDA RUMAH KE, MEMANG SENGAJA TAK NAK PINDAH, NURUL? Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

baniADAM said...

Ramai yg tunggu PR13....nak tunjuk jalan keluar kat ANWAR & GANG.......

Anonymous said...

aku harap cina 2 kristian memyesal lah ko kali ni...kerana menghina umno yg telah bg ko second chance of living here...tanah malayu

kita tunjukk kepaduan kita..

setiap ceramah tempat rakanrakan semua yg ada pkr kita ramai2 gelakkan depa terutama..
anwar mati akai bila dtg melaka...kita ada team gelak kita utk halau portugis melayu ni nyah ko dr bumi melaka

harap pro pro bn dpt ambil iktibar kebijaksanaan Ali
Rustam memerintah melaka.

destinasi melaka juga masuk ranking donia...

ada permatang pauh ..ada baling masuk ranking donia... kerja dia siang malam hasut sana hasut sini... tempat sendiri cam tu jugak.. dok mengata tempat2 lain

poyo said...

umno perompak rakyat ....thats reality guys!!!!!!!!!!!

Bersih 3 Suku said...

Salam perjuangan.

Mohon blog saya dipautkan di blog ini.

www.bersih3suku.blogspot.com

Terima kasih.